17 Feb 2013

Maksud Cinta Platonik


Platonik.
Lelaki dan perempuan bersahabat baik itu namanya platonik.
Kawan baik pernah tanya. Boleh ke lelaki dan perempuan bersahabat baik tanpa menimbulkan apa-apa perasaan cinta??
Boleh ke?


Walau macam mana pun, tetap akan ada rasa sayang dan rindu. Tapi mungkin bergantung kat individu jugak kan? Tak semua orang sama. Seseorang yang hadir dalam hidup individu yang kosong harinya dan sunyi jiwanya juga bahaya. Lagi-lagi individu tu berlainan jantina. Eh, jangan layan sangat perasaan tu kalau dah ada yang istimewa.. Kalau takda, kot kot boleh jadi pasangan. Hihi..


Cinta Platonik ialah satu istilah yang diguna pakai bagi menjelaskan satu perhubungan intim (lebih dari sekadar kawan) antara sepasang lelaki dan wanita tanpa berlandaskan sebarang tarikan seksual mahupun fizikal semata-mata. Kebiasaannya, mereka yang melalui hubungan ini pasti akan cuba menyelindungkan keakraban mereka di sebalik "persahabatan" yang terjalin. Tapi jika ada sesuatu yang tak dijangka berlaku contohnya jika salah seorang daripada mereka ada hubungan dengan orang lain pasti akan ada diantara mereka yang tak puas hati tapi takda apa yang boleh dibuat memandangkan tiada sebarang pengakuan dan luahan isi hati yang terpendam daripada mereka tapi bagi mereka yang mengalami cinta platonik nie, mereka akan merahsiakannya. 






Punca mereka merahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Contohnya, masing-masing ego berkeras taknak meluahkan perasaan sesama sendiri dan tak yakin hubungan yang dibina mampu bertahan atau belum bersedia dan masih berusaha mengenal hati budi masing-masing. Mungkin juga takut dan risau sekiranya ikatan persahabatan akan longgar/kekok sekiranya membuat pengakuan tentang perasaan yang mereka pendam atau perasaan cinta memang tak wujud dalam diri mereka.


- salah satu kenangan -


Sesiapa yang punya cinta platonik mesti indah bukan. Seperti aku juga, tak sangka akan ada cinta sebegini. Ketika aku dan ex menukar nama fb masing-masing hampir berbulan lamanya demi tak mahu ada lelaki pelik-pelik add aku sampaikan takut nak approve akhirnya pada 12 April 2011 ada sorang lelaki add di fb yang ketika tu bernama tan sri el azrie dalam tulisan jawi. Entah kenapa aku approve dia tanpa rasa takut dan tak sangka 3 hari selepas tu aku break. Seminggu lepas tu dia pula tanya mana peginya nama ex aku, ohh rasa sedih sangat tapi mungkin dia taktau masa tu. Takkan bila orang tanya aku nak marah-marah pulak. Nasib baik kami cuma bermesej dalam fb tanpa orang lain tahu tambah-tambah lagi aku tak mahu adik-adik dan juga sepupu ex tau masalah aku. Sejak dari tu, kami berkawan baik, selalu berhubung cuma dalam fb tanpa bagi no fon. Ada juga dia ajak jumpa tapi aku takot, berkali-kali dia mintak no fon tapi berkali-kali jugak aku buat-buat taktau hingga tengah malam 14 May 2012 baru la aku beri no fon memandangkan keesokkannya cuti sem 4. Tak sangka dia sanggup datang amek di stesen bas, tunggu aku menyorok dalam 15 minit semata-mata aku takot nak jumpa. Mesti maw takot la tak penah-penah jumpa dan itu 1st time aku dan dia jumpa, tengok diri masing-masing, pegi makan sebab sama-sama lapaq, aku makan char kueteow, dia makan 2 bungkus nasi lemak. Lepas tu dok berebut beg aku yang berat tu. Oke, aku mengalah dan bagi dia bawak satu. 


Dari hari ke hari text..text n text..sampai dia ajak tengok wayang. Dari minggu ke bulan, memang takda lelaki lain yang aku keluar selain dengan dia. Semakin lama, aku suka dengan sikap dia yang jarang nak marah-marah, suka buat lawak, teman aku pegi kemana-mana saja. Mungin dari segi layanan dia membuatkan aku mula rasa sayang. Masing-masing meluahkan rasa dengan perbuatan saja tanpa cakap. Start balik Ipoh untuk study, aku rasa rindu pulak kat dia. Memang rasa macam aku nie dah sewel tapi cuma boleh control takut nanti orang cakap syok sendiri pulak. Malunya kalau macam tu. Takot jugak bertepuk sebelah tangan dan aku ingat kami berkawan baik macam teman mesra. Ciri-ciri lelaki idaman ada pada dia tapi jodoh belum tahu lagi. Oke stop sampai situ saja, aku harap hubungan nie akan bertahan lama tapi kita cuma boleh merancang. Mungkin salah aku jugak dia mendiamkan diri. Apa boleh buat hidup kena diteruskan, aku kena tumpu pada keja. Kesian bebudak tu nanti bila tengok portal matrik. 


Dah setahun 8 bulan kita kawan ye awak, lama tu. Sesungguhnya takda niat langsung nak main-mainkan perasaan atau nak bagi harapan. Apa yang jadi semua bukan lakonan. Harap dihalalkan segala makan minum saya. Saya mengaku yang saya sayangkan awak. Cuma berani nak buat pengakuan dalam blog kalau depan-depan memang tak berani. Semoga awak bahagia disisi orang yang tersayang.


Biar orang nak cakap apa lepas baca entry nie. Dah terlalu lama aku pendam. Makin disimpan makin resah. Aku nak hidup normal, eh bukan selama nie aku hidup normal kah? Hadoii, agaknya sebab aku tak tidur lagi kot. Sibuk siapkan portal student sampai lupa dah masuk pukul 3 pagi. Nak beradu dulu. Tataaa..



Suka tengok video ni ada maksud mendalam


2 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com