20 February 2013

Pantun Khas Mat Rempit


Beruk rempit


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Beli motor bapak bayarkan,
Minyak motor emak isikan.


Kalau ada semur di ladang,
Boleh hamba menumpang madi,
Jangan diharap kami kan pulang,
Selagi ada minyak di tangki.


Apa diharap padi seberang,
Entahkan masak entahkan tidak,
Menjelang pagi tak juga pulang,
Entahkan hidup entahkan tidak.


Rama-rama cantik,
Ikan keli panjang,
Depan ada polis trafik,
Divider jalan kami seberang.

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

:)

diana said...

tengok ada tak mat rempit nak balas,..heheh

Amanina said...

Anum: ^___^

Amanina said...

Diana: Hehe...mat rempit tak baca blog

Anonymous said...

Who's mat rempit (sorry,aku mahluk di indon)

Amanina said...

Rempit means naik moto laju-laju

izzuan said...

adakah i tergolong juga?

Amanina said...

Haha.. mat rempit dh komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com