18 Feb 2013

Rokok Elektronik Tetap Bahaya


Pernah dengar nama rokok elektronik? Dari tahun lepas, aku dah tengok menatang nie masa pi kursus kat Langkawi. Syoknya tengok junior-junior aku sedup hembus dalam ferry sampai ke hotel. Ada yang suruh aku try, ohh saya tak merokok, saya cuma penghisap lollypop perisa apple saja.



Rokok elektronik atau "Electronic Nicotine Delivery Systems" (ENDS) dipasarkan sebagai pengganti rokok dan didakwa tidak menimbulkan bau dan asap. Bentuknya seperti batang rokok biasa, tetapi tidak membakar daun tembakau. Rokok nie dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menghisapnya.


Dunia memang semakin canggih dan rokok ini dilabelkan sebagai rokok yang selamat digunakan. Boleh pecaya ke? sebabnya rokok ini tak berasap, takda karbon monoksida dan takda abu. Secara terperincinya, dalam rokok elektronik terkandung sejenis nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine yang menjadi penyebab kanser. 


Rokok ini mempunyai kesan racun kimia yang tinggi jika nak dibandingkan dengan orang yang tidak menghisap rokok. Racun kimia ini pulak akan menyebabkan orang menderita kanser paru-paru, mulut dan tekak, kecacatan benih dalam kandungan dan serangan jantung. Rokok nie lebih kurang adik-beradik shisha yang juga bahaya. Jadi lebih baik tak payah menghisap apa-apa langsung. Kepada orang yang tidak merokok, jangan cuba-cuba merokok kerana ia akan menjadi ketagih.


Seperti bapakku yang merokok, sekarang nie dah makin berkurang dan aku akan kawal dari masa ke semasa. Siapa lagi nak jaga bapa kalau bukan anaknya sendiri. Dah la ada hati nak cari bakal suami yang tak merokok. Pesanan dari kementerian kesihatan dalam rumah. Hahaa.

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com