12 Feb 2013

Tips Melayari Facebook


Memandangkan dah masuk minggu bekerja semula. Bermakna facebook takkan dilayan lagi. Well, jiwa tidak lagi pada fb. Sudah borink melayan itu, melayan ini. Kat sini ada beberapa tips penggunaan facebook dari Ustaz Zaharuddin, khususnya buat umat Islam yang telah ramai menggunakan facebook. Ini bukan entry nak menjadi penasihat agama ya. Cuma nak share saja :)


Tips Melayari Facebook


  • Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank, taraf kesihatan dsb. Cukuplah sekadar menyatakan nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.

  • Elakkan ghibah (mengumpat) di dalam facebook kerana mengumpat diibaratkan memakan bangkai saudaranya sendiri.

  • Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh-temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain.

  • Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib, horoskop. Sama ada atas dasar "suka-suka" atau sebaliknya.

  • Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (perempuan) tanpa had. Perlu diingat ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

  • Jaga aurat dan pandangan mata. Jangan muat turun gambar yang tidak lengkap berpakaian (faham2 jelah).

  • Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang ada dalam aplikasi percuma facebook.

  • Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database (pangkalan data pihak asing) untuk memantau kehidupan dan info peribadi kita jika tak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai malah ada satu organisasi di dunia yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik pon tak mampu mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Maklumat ini digunakan untuk tujuan kejahatan dan ketamakan. BEWARE !


P/s: Kalau nak selamat upload gambar banyak2 lagi. Haha. Twitter nampak lagi oke sebab takda aplikasi bodoh2, takda orang nk poke,takda nak invite main game, takda chat, takda like dan paling penting takda iklan lucah2 suruh beli produk 'mantap'...


4 comments:

  1. nasihat baik untuk mereka2 yang kurang peka akannya.. semoga kita semua menjadi insan yang beretika bagus dan disayangi Allah SWT

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Saiazuan.. In Shaa Allah

    ReplyDelete
  3. setuju,,
    kat fb or social nework..
    x pyah la ltak byak sngt mklumat pribadi..tq 4 shring :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com