1 March 2013

Sebab Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah


Assalammualaikum. 



Selamat tengahari semua dan salam Jumaat buat para jejaka yang menunaikan solat Jumaat. Dihari yang mulia, di bulan Mac dan cuaca yang baik aku nak share dengan benda yang selalu aku fikirkan. Kadang-kadang tu tertanya jugak kenapa, but why? Oke, semua pernah kecewa kerana cinta? Ditinggalkan kekasih? Ini mungkin jawapan kepada apa yang berlaku... 



Sebab Allah temukan kita dengan orang yang salah


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, kita masih ada rasa syukur pada ketentuanNYA. 


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. 


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. 


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA. 


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & MAHA PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA. 



Khas buat kawan2 yang selalu menangis dalam fon sambil menceritakan perasaan sedih mereka. Ada yang cakap aku perempuan tabah dan kuat tapi hakikatnya tak. Aku pun sama seperti mereka tetapi situasi dan masa yang membezakan kami. Hargailah pasangan anda. Bukan mudah nak dapatkan orang yang boleh memahami kita dan bertolak ansur. Usah diingat kisah cinta yang dah expired tu wahai si gadis, buang masa dan air mata untuk orang yang tak pernah hargai kita :)


7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

:)

Amanina said...

=)

man said...

hargai apa yg allah swt bg kat kita.hehehe

man said...

hargai lah allah swt bg

Amanina said...

Hehe..bersyukur dengan nikmat yg kita dpt

Anonymous said...

Jangan putus asa , berdo'a sama Allah swt dan jangan lupa bersabar .
Semua pasti ada pasti ada hikmahnya...

Amanina said...

Aminn.. semoga bahagia akhirnya

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com