7 March 2013

Bila Rindu





Assalammualaikum.





Minggu merindu datang lagi. Mengapa merindu sedangkan baru bertemu? Mengapa rindu datang sedangkan selalu berhubung dengan si dia? Itulah cinta..itulah fitrah bagi mereka yang sedang berkasih sayang. Berkasih sayang tak salah tapi jangan sampai melekakan dan memudaratkan diri. Kadang kala kita rindu tapi takkan nak bergayut di telefon 24 jam. Kita semua banyak tanggungjawab pada Allah, diri sendiri dan urusan kerja seharian. Takkan nak berkepit 24 jam sedangkan kita punya urusan peribadi sendiri kan? 


Kadang kala bila merindu gambar jadi penghubung antara kita dan dia. Bila merindu biasanya gambar jadi ubat sebelum tidur. Gambar adalah kenangan antara kita dan dia. Namun bukan semua benda mampu kita potretkan dalam gambar. Cuma kadang kala text dari dia mampu memberi sedikit kegembiraan di saat hati merindu. Kalau rindu jugak tengok profile facebook dia pun jadi. Bukan aku sorang macam tu ada ramai lagi yang seangkatan. Hehe.. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com