29 Mar 2013

Review Filem Gangster Celop Memang Kelakar!

Assalammualaikum.


Minggu nie dihabiskan masa tengok movie dengan wawa semput. Gelak sakan tengok Syamsul Yusof dan Kamal Adli. Walaupun takda sangat scene gaduh2 tapi memang best. Paling penting dapat tengok blogger fames si Hanis Zalikha yang boleh berlakon dengan baik la. Yang kesiannya keluar penjara tak siapa pun yang jemput 2 gangster ni. Haha..


Kisah mengenai 2 orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal) dan Adam (Syamsul) yang baru keluar penjara selama 5 tahun dan bertekad menjadi insan yang baik. Mereka dikehendaki menjaga anak kepada Mat Jambu, seorang  ketua gangster yang pernah melindungi mereka dulu a.k.a bodyguard. Kalau tak bukan Suzana (Hanis) yang baru pulang dari overseas. 




Semua menjadi huru-hara apabila mereka terlibat dalam konflik antara Mat Jambu dan Man Cirit (Azad Jazmin) yang menjadi musuh tradisi. Rasanya movie nie kelakar la, tak sampai 5 minit dok bantai gelak ja. First time Yus Raja Lawak berlakon as one of the main character dalam filem nie. Memang sesuai dia jadi ayahanda gangster. Azad Jazmin memang terbaek kalau jadi gangster. Gila sungguh dia tu. Gangster Penang cakap ala-ala Jepun. Ending yang tak disangka-sangka. Hahaha.. Kena tengok movie ni taw.


Paling suka scene release tension kat dangdut tu. Haha.. Gangster layan dangdut la. Lawak tengok Kamal nyanyi lagu dangdut. Suara dia boleh tahan sedap la.  





Antara dialog yang aku suka :


"Ini pelakon extra, sudah biasa berlakon extra.. Gelak.. Haha"

"Kita ni gangster apa celop nak jadi babysitter ni, tak gangster langsung"

"Man, ni semua kau punya pasal la man, spa halal la spa haram la.. Panas siot"

"How are you Mr Queen Inglish.. Yes it's isn't. Haha"

"Bang.. Inilah kali pertama kami merasai kenikmatan air ni bang.. Sedaap! (air Slurpee)

"Yelah memang orang tak tahu kita gangster, orang ingat kita ni bapok, gay"

"Eh jeles la tu kecik2 mak tak belikan Hello Kitty kan"

"Semakin lama dia berkuasa, makin lama saya tak merasa"


No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com