21 April 2013

Marah Tanda Sayang Benci Tanda Rindu.


Assalammualaikum.


Seringkali kita tersalah mentafsir apa yang ada dalam hati mereka bila mereka sedang memarahi atau lebih tepat menegur kita. Seringkali kita menjauhkan diri apabila dimarah kerana berkecil hati apabila ditegur. Aku juga begitu, selepas dimarah mahupun diherdik, aku duduk lalu berfikir mengapa aku dimarahi? Apakah tindakan yang aku buat sehingga mereka memarahi aku? Sentiasa positif, kenapa kita dimarahi. Seteruk mana diherdik ayah, sesakit mana dileteri ibu, sebenci mana ditegur rakan, setakut mana ditengking guru. Ingat mereka sentiasa ada alasan tersendiri untuk memarahi dan menegur. 



Seseorang tidak akan menegur tanpa sebab yang kukuh. Mungkin kerana sikap kita yang negatif membuatkan mereka berfikiran begitu. Marah tanda mereka benar-benar ingin kita berubah dan benar-benar mengambil berat terhadap kita. Jangan sesekali membenci, kerana sejauh mana anda membenci pasti dia selalu bermain difikiran anda. Setiap kali membenci, setiap kali itu anda memikirkan mereka. Jangan cepat kita rapuh, jangan cepat membuat rumusan. Sebaliknya berfikirlah mengapa mereka marah dan menegur. Sudah pasti ada kesalahan yang kita lakukan dan perlu kita perbaiki supaya tidak dipandang serong oleh yang lain. Bencilah jika kita rasa itu terbaik kerana setiap kali kita membenci mereka akan tetap kita fikirkan. 


Namun ingat, jangan sekali biarkan ego menguasai diri. 

30 comments:

Condoriano said...

Tu lah I rather prefer kena marah dari silent treatment, makan hati mcm tu.
Cuma kadang-kadang ada juga yg jenis semuanya yg kita buat tak kena, asyik nak marah je.
Kalau parents sekarang pula ada yg marahkan anak sebab stress di tempat kerja or so, yg sometimes menyebabkan kadang-kadang anak tu didera, nauzubillah..

waddah jannah said...

betul tu,, ika setuju,, nice entry,, :D

Siti(zoey) said...

saya pun org yg x ska kena marah..haha.

LYAfrina said...

setuju...
ambil positif... adakalanya kenyataan juga amt myakitkan kan..

With Julia said...

Konsep memberi nasihat dan menerima teguran perlu ada dlm setiap diri kita...sometimes org suka bg teguran dan nasihat tp bila berbalik pada diri sendiri x boleh terima...entry yg bagus :)

Rina Supian said...

Insaf sekejap baca. Ye betul, jgn ego & berfikiran negatif.

Kakzakie said...

Itulah tandaa Nina kalau marah atau benci mesti bersebab. Samalah dgn rasa suka dan sayang mesti ada sebabnya kan..

Myra Jay said...

Always think +ve, baru kita tak rasa tertekan walaupun kena marah :D

Nana Liena said...

parah kalau ego kuasai diri.. huhu

Ema Blog said...

berdiam lebih baik

wahida said...

betul tu...

reenapple said...

mungkin. Aku pun tak tahu. kadang3 manusia ni suka sangat terikut emosi lebih lagi perempuan.. ehehehe

Liza Razak said...

selalunya bila orang tegur kita...itu tandanya dia sayang dan ambil berat kat kita :)

Ujie said...

Tajuk entri ni ssuai utk insan kesayangan je.
Utk yg lain, mmg betul2 marah..betul2 benci. ^__^

Nasuha said...

Btul. Kta kna fikir positif.

Mas Zull said...

assalamualaikum amanina....betul tu jangan biar ego menguasai diri kita...:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

terima dgn positif..

Lisa Sheila said...

betul tu...pokok pangkalnya .. (cheeehhhh) :p kita msti berfikiran positif...

Etuza Ezawarna said...

banyakkan sabar dan merendahkan diri lebih baik, namun kena usulkan pendapat jg dgn ikhlas..

Khai♥Rin : anies said...

asalkan berpada2

jeBateja said...

wow.....i pun kena positif sekarang ni...selalu kena marah ni...

D'Lafee said...

Always take things +ve.. :)

hana hadi said...

betul tu.. kadang2 org xfaham.

kalau hana kena marah, hana diam je.. hehe xfikir plak sebab apa.biarlah

Remy hazza said...

betul....marah2 sayang......benci2 merindu......

Kathy Rbain said...

tiada siapa yang sempurna kan sis?

Amanina Sofea said...

Itu la, kadang2 org saja nk lepaskan geram pada kita.
Macam parents tu, bertimbang rasa sikit pd anak2. kesian budak2 kena dera.

Amanina Sofea said...

Hehee.. tq ika =)

Amanina Sofea said...

Haha..

Mizz Aiza said...

tapi kalau nak marah tu jangan pula sampai menyakitkan hati insan tersayang.. kita pun ada perasaan dan maruah juga.. hehe.. tiba-tiba emo pula..

Amanina Mads said...

hehehe.. betul tu. marah biar berpada-pada

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com