27 April 2013

Resepi Moonhoney ❥ Pizza



Assalammualaikum.


Holla people, I'm back to blogging world. Nak habiskan kesudahan kisah aku lari dari rumah. Akceli aku lari untuk menuntut ilmu masakan. Haha, sila gelak kalau rasa lawak. Kalau tak lawak baca sampai habis tau. Nampakkan tajuk entry lebih kepada moonhoney or bulan madu tapi saja terbalikkan ejaan. Malam rabu lepas, aku dengan Sha bermalam di rumah K.Faizah (staf) di kuarters matrik. Memandangkan hubby dia bekerja di Klate, jadi boleh la ber ber gedik satu malam. Bergumbira sebelum kami-kami berpisah, Sha tu dah nak habis sem, aku dah nak habis LI jadi lepas nie mesti jarang dapat jumpa. 



Menunggu eisya di Taska. Kita snap dulu


Menunggu kak beli bahan2. Kami snap lagi. Kesian eisya separuh.
Dalam bulatan DUN Kepala Batas - Dato' Seri Reezal Merican


Eisya memang manja. Mommy to be.. Aminn


Model PLA.. Tunggu aku dukung nie. 


Oke, back to story.. kak selalu cakap pizza dia tak menjadi. So malam tu kami buat sampai menjadi. Haa, memang menjadi. 3 dulang untuk dibawa ke opis pagi khamis. Dengan bantuan aunty bread maker, tak lenguh tangan nak meng-uli tepung. Nak resepi? Bolehhh. Meh nak kongsikan saat-saat kegumbiraan di dapur membuat pizza mozarella bercheese. Ayat tak boleh blah.. 


Eisya tengah fikir, nak main iPad ke nak main tepung?
Sapa la calit tepung kat pipi dia. Hihi


Bread Maker dari Cosway. Harga 200++

____________________________________________________________________________

Bahan Roti:

2 cawan besar tepung high protein
1 sudu teh Yis
1 sudu teh gula
2 sudu susu segar
1 sudu teh garam
2 sudu mentega
Air secukupnya

Bahan Pizza Topping:

Isi ayam dan daging (hancur)
Nanas (tin)
Cendawan butang (tin)
Tomato Puree (Prego)
Oregano
Garam
Lada Putih
Lada Benggala
Sosej
Keju mozarella (diparut)
Mayonis






1. Tadaaaa! bahan yang diuli oleh auntry bread

2. Canaikan doh menggunakan penggelek. Disini la part paling umpphhhh. Gelek satu badan.

3. Sapu mentega di atas dulang dan masukkan pizza, kena penuhkan permukaan.

4. Pizza yang telah masak selama 15 minit dan biarkan sejuk.

5. Sementara tunggu pizza masak, potong bahan-bahan untuk buat topping dan goreng isi ayam dan daging.

6. Setelah pizza sejuk, ratakan pes tomato diatas. Hias ikut kreativiti sendiri.

7. Setelah siap hias, bakar pada suhu 200 darjah selama 5 minit. 



Dah siap! Hehe... Pizza yang dibuat dengan penuh kasih sayang.
Tak habis2 staf menyakat aku. Dah pandai buat pizza dah boleh kawen. OMG :)

36 comments:

Remy hazza said...

dah masak ke belum nie...kena hantar kat rumah remy satu...... ngidam dah nie....he3

Cik Tia said...

yeayyy! mesti rasanya pun wallah :D

Kakzakie said...

Oh... murah aje bread maker Cosway ye.. kalau Amway berganda-ganda harganya dari ini. Tapi yg penting hasilnya memusakan. Dah tak payah pergi pizza hut atau dominos lagi:)

NinaAz said...

Tudia. 3 dulang pizza . Bestnyaaa. Nk buat jugaklah. Tapi???. Mihmihmih

Tihara said...

sedapnya pizza nina, kalau dekat dah pi rumah wat muka tak malu nak mamam :)

Annyss Aleeya said...

wah. beshnye bt pizza sendiri. blh letak topping byk3. kehkeh.

Azhafizah Md Nor said...

wahh..lepas ni boleh tempah kat awak ye :)

Mas Zull said...

assalamualaikum lyna...sedapnya...:)

latifah zainal said...

sedap2...nak sikit boley?hehe..btulla tu dah pndai buat pizza boleh kawen..hehe..

Nieyxzha Hassan said...

nyum..nyum...lapar XD

gadisBunga™ said...

wew. Nampak sedap! Lenkali buat lebih sikit. Frozenkan. Pastu anytime rasa nak makan, bakar aje kan? :)

Lisa Sheila said...

eee sedapnya piza tu nina... mintak sket..hehe...

nina, nnti email alamat umah yer kat email ni... lisasheila85@gmail.com

Kathy Rbain said...

hmm...sedap..

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

kalau dekat boleh knah rasa kan..=)

Murni Alfathunnisa said...

rajin cik nina buat pizza..kite rajin makan je..hehe...actually, lebih suka pasta dari pizza. lagipun takde bread-maker..makanya malas lah nak buat.

Nana Liena said...

Eisya comel.! hehe.
dah pandai masak snnga la suami nanti.. LOL..hehe jangan marah

deno said...

deno tak pandai buat piza.. hehe

Kathy Rbain said...

salam dear..
jemput join segmen kathy
http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/04/segmen-kathy-mencari-bloglist-mei-ogos.html

Miss Volvo said...

teringin nak beli breadmaker hurmmmmmmmmmmphhmm

reenapple said...

tetiba aku rasa pizza tu macam sedap je. Dah la aku tengah lapar tapi aku diet malam. Mih mih mih

Amanina Mads said...

Waalaikummusalam mas.. boleh la :)

Amanina Mads said...

Boleh2..hehe
Soalan cepumas tu. haha

Amanina Mads said...

makan jom..hehe

Amanina Mads said...

Yup, boleh simpan kalau takmo makan lg.
Bakar sampai ranggup tau.. hehe :)

Amanina Mads said...

Hehe.. boleh tahan sedap.. letak topping byk
oke.. nak dtg rumah pun boleh

Amanina Mads said...

Hehe.

Amanina Mads said...

Boleh saja kak =)

Amanina Mads said...

Hehe.. rajin nak belajar masak ja.
Pasta pun suka jugak. Malas nak uli tepung. Hehe

Amanina Mads said...

Hahaa.. apala nana nie. Calon pun takda lg

Amanina Mads said...

Hehe.. senang ja nak buat deno

Amanina Mads said...

Wassalam dear..
Done.. Tq pelawa nina :)

Amanina Mads said...

Beli pakai member card.. dpt diskaun

Amanina Mads said...

Sedap sebab cheese banyak.. hehe
Ohh org diet xboleh mkn cheese laa.. ngeh2

||aLeaSaRa|| said...

nanit buat lagi pos kat kak lea tau.nampak sedap wow!!!owh baru bercita2 nak makan pizza untuk sahur.tapi hubby kata nanti tak masuk lagi pukul 10 am semua pengsan sebab lapar he3....

Amanina Mads said...

Hehehe.. kak lea bg alamat. memang sedap lah sampai bwk pi ofis.
makan pizza tak kenyang makan nasi gak yg kenyang. hehe. nanti tak sempat tunggu berbuka

Yun Sing said...

Amboi ada piza..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com