26 May 2013

Musim Kawin ✿


Assalammualaikum.


Bulan nie banyak betol orang jemput makan kenduri kan. Kat rumah kad kawen dah bermacam kaler dan mak boleh pulak buat list makan nasi minyak mengikut tarikh. Hahaa. Biasanya kalau time cuti skolah mesti time tu menjadi musim orang kawen. Masjid kat rumah selalu jadi tempat orang akad nikah sampai pasangan pengantin lebih dari 2. Semoga tok kadi sihat walafiat kerana besar tanggungjawab nak nikahkan ramai orang serentak dalam 1 hari. Aku jugak tak terkecuali makan kenduri, malangnya kenduri kembar aku di Changkat Jering tak dapat pegi. Sob.. sob.



Dari tengahari sampai ke petang hanya habiskan masa berjalan. Walaupun kenduri kawan skolah aku tu still dalam Penang tapi jarak rumahnya dengan rumah aku tersangat la jauh. Dalam sejam lebih baru sampai. Harini bermulanya penggembaraan 2 orang gadis menjejaki rumah pengantin beratus kilometer. Seyes jauh sebab sebelum tu banyak tempat yang kami singgah. Cik Tinie menjemput dirumah bersama Damia (anak kazen dia). Lepas tu hantar budak tu balik ke Lunas. Bayangkan kami taktau jalan nak ke Kuala Muda. Berhenti di simpang 3, tengok signboard Lunas-Kulim-Padang Serai-Butterworth. Nak pilih mana 1 pun tak pasti. Kesiankan kalau blurr di tengah jalan.


Padang Serai Mari.. herher


Kuala Muda, here we come !



Sesampainya di Padang Serai, nampak signboard sama jugak. Last-last baru makcik tu nak tengok GPS guna fon dia. Memang seronok menghabiskan minyak T___T. Dengan GPS, baru nampak signboard Tasek Gelugor. Itu tandanya aku dah tau jalan sampai ke tempat praktikal. Ngeh..ngeh. GPS tu pandai tunjuk jalan short cut. Tengok sepanjang jalan sawah padi yang menghijau. Cantik viewnya :)


Bendang yang menghijau - Pokok Sena, Kepala Batas.


Kampung Bakau Tua & Pasir Gebu? Haaa



Tak sangka masuk kampung jumpa signboard nama unik. Seronok berjalan tengok suasana kampung. Maklum la aku dah terlalu jauh dari rumah. Masuk daerah lain jadi agak jakun sikit. Betol tak tipu. Dalam perjalanan tu boleh lagi menjerit, 2 kali nampak bangkai biawak mati tengah jalan. Sempat jugak sembang pasal kawan aku nie. Sebelum dia dengan hubby kawen, mereka pernah putus tunang. Itu lumrah dan jodoh mereka tetap ada.


Pakai belt.. Ia menyelamatkan anda


Yaya & Tinie.. Pinky ladies



Bila sampai rumah pengantin, aku sedar betapa jauhnya dia ulang-alik rumah dengan skolah dulu. Bapak jauh sangat, Butterworth-Kuala Muda. Sanggup skolah jauh-jauh. Yang penting dapat jumpa pengantin. Dari skolah sampai sekarang tak berubah. Still mantain kecil molek. Dah macam reunion walaupun ada kawan yang dah balik. Jom tengok gambaq gedik sampai muntah. Maaf terlebih banyak daripada biasa.


Meqelit muka kena matahari.. sunburn la tu


Ini tengah buat iklan pencerahan Fair & Lovely..  cerah, sederhana dan gelap. Mengong mamy


Hantaran pihak lelaki.. simple kan


Eh..eh kami lagi



Maaf tak dapat nak bersanding atas pelamin. Kawan aku takda majlis bersanding cuma makan beradab saja. Jadi anak-anak gadis, mak gadis kena tertonggek atas katil pengantin. Kesian, katil pengantin dipijak-pijak. Haha. It's oke janji happening dan pengantin sporting.



Atotot sweetnya..


Senyum kambing tak ikhlas.


Candid !



Selamat pengantin Baru 
Azah & Ony



video


Layan disebalik tabir.. video sweet like candy


34 comments:

Nana Liena said...

selamat pengantin baru..kahwin muda..warna biru.. hehe ^^ moga berkekalan

Annyss Aleeya said...

memang skrg byk jemputan kawen. musim cuti. biaselah kn? hihi.

NinaAz said...

Cantikkk baju pengantin. Gabungan warna tu naik serinya. Hihi. Btw. Selamat pengantin baru buat pasangan ini

latifah zainal said...

sweet kwn2 nina nie..pengantin lagilah sweet..selamat pengantin baru utk diorang..semoga bahagia ke akhir hayat..

S.K.A said...

hu3..best tol dpat jalan2 mkan knduri =) bgus btol xbersnding..smple je..lg dberkati majlis tu

Teena Tna said...

Musim cuti sek nie byk knduri kawen kan, mggu dpn ade 6 mjlis..x taw nk g mne satu..

Kakzakie said...

Ramai yg dah ambil pendekatan tak nak bersanding, selain berjimat bukan juga tuntutan... meriah juga kakak tengok:)

Murni Alfathunnisa said...

jauh mengembara makan kenduri. takpa la bukan selalu..bermusim ja ni. bakau tua, pasir gebu..semua jalan menuju kuala muda. truely kampong. akak pun tak pandai jalan belah sana..selalu pi main cerodong ja, tapi sampai la..alhamdulillah.

selamat pengantin baru buat pasangan mempelai..

Khai♥Rin : anies said...

suka tgk pengantin...sempoi je...
btw SELAMAT PENGANTIN BARU AZAH & ONY!

Kathy Rbain said...

wah bestnyer...selamat pengantin baru buat kedua mempelai..

ieda immi said...

selamat pengantin buat pasangan , cantik warna biruuu ;)

musim cuti sekolah nie ramailah yg kawin kan .. apa lagi gantung kuali ekeke ;)

Khairul Zamri said...

selamat pengantin baru semoga bahagia

AiSyA LiEzA said...

skrg mmg musim khwn la.. rasa nak khwn jugakk laaa... hahhaha xD tapi xde calon lagi.. adeh!! ekkekek.. smga mereka bhgia sllu..

*pss.. iklan fair n lovely tu mmg berkesan kut!! ehhehhe xD

Amanina Mads said...

Hehee.. sweetnya kawen muda. Aminn :)

Amanina Mads said...

Hihi..yelah. meriah dgn kenduri

Amanina Mads said...

Hehee..memang cantik pink+biru muda..

Amanina Mads said...

Hehee..kami biasa2 je. Aminn..

Amanina Mads said...

Hehee..memang best makan angin sambil makan kenduri =)
Yelah bersanding pun cost bertambah..huhu

Amanina Mads said...

Yelah.. wahh banyaknya majlis. kena buat list tu. hehe

Amanina Mads said...

Hehee.. ikut keperluan tp yg penting akadnya kan kak :)

Amanina Mads said...

Hehee.. jauh perjalanan luas pengalaman. kalau selalu jenuh jgk..
Harapkan GPS, kalau ikut signboard memang tak sampai.
Jauhnya kak pi main smpai sana. Alhamdulillah.

Amanina Mads said...

Hehehe.. pengantin memang sempoi.

Amanina Mads said...

Terima kasih..hehe

Amanina Mads said...

Hehe..terima kasih ;)
Yelah, rumah sndiri pun gantung kuali ;)

Amanina Mads said...

Terima kasih..Aminn

Amanina Mads said...

Yelah.. cuti skolah 2 minggu ramai yg buat kenduri.
Carilah calon cepat2..hehe. Aminn..semoga berkekalan.

p/s: heheehe.. cerah berganda pulak

Nina Maslizza said...

bestnya dpt kawen :)

Nao Mei said...

Alolo..sayang cik akak tak join sekali...
kalau tak ada lah muka cik akak kat situ..hahaha

selamat pengantin baru :)

ANNA MARIANA said...

selamat pengantin baru..
wah, cantik sangat baju dorang :)

Myra Jay said...

selamat pengantin baru..

Memang asal cuti sekolah je penuh dengan jemputan kan ;D

Amanina Mads said...

Hehehe :)

Amanina Mads said...

Hehehe.. rugilah kalau macam tu
Selamat buat mereka :)

Amanina Mads said...

Terima kasih.. Buat sendiri baju tu :)

Amanina Mads said...

Hehee..selamat sudah.
Yelah, pakat2 makan kenduri :D

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com