6 May 2013

Selesai Mengundi PRU13 :)



Assalammualaikum.


Hyep, akhirnya selesai jugak tangggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia. Pangkah tu dah pilih yang rasa terbaek tapi harapan memang tak boleh nak berangan-angan. Aku paling awal bangun dan bersiap, nasib baik jiran tolong hantarkan ke skolah. Dah sampai terus check nama dan saluran. Biasa la time tu aku gelabah tengok orang dah mula beratur, pulak tu mengundi tanpa mak disisi. Kena berdikari la wahai cik Nina. Konfem pilihan raya akan datang aku kena beratur sorang-sorang jugakkan. Beratur di saluran 6 dan itu saluran last di SK Kuala Perai. Yang bagusnya mak mengundi di skolah rendah aku, dan aku mengundi di skolah mak. Rata-rata semua orang muda dan sebaya aku. Yang tak boleh blah, depan dan belakang aku memerangkap geng-geng tadika, sekolah, geng mengaji. Macam bersepakat pulak. 



First time masuk bilik mengundi, bagi IC dan pihak SPR check dan nama disebut kuat lepas tu baru jari telunjuk kiri disapu dengan dakwat. Baru la masuk tempat nak memangkah. Diberi 2 kertas, 1 untuk Parlimen dan 1 lagi untuk Negeri. Perasaan jangan cakap la, terketar-ketar masa nak pegang pen. Dah tak tengok nama dun asyik tengok logo parti saja. Bila dah buang undi baru rasa lega sangat. Lepas tu baru rasa nak jalan-jalan tengok orang mengundi kat skolah-skolah lain, rasa nak lepak kat shopping mall, tengok warga asing menghabiskan masa memancing ikan kat dalam parit. Ada ikan ke? Haha. 




Malam ini keputusan amat la mengecewakan, memang dah agak dari awal lagi Pulau Pinang takkan dapat pada Barisan. Memang payah nak dapatkan semula. Paling sedih bila gerakan bagi tau di Parlimen Bagan saja 1000 orang pengundi baru tidak turun mengundi. Kenapa boleh jadi macam tu? Sayang bukan. Apatah lagi bila dok depan tv asyik tengok DAP memenangi 6 kerusi bagi setiap Parlimen. Yang pelik tu, dun yang majoriti orang melayu pun boleh dapat kat cina. Yelah, melayu mudah lupa. Harapkan Parlimen Kepala Batas itu pun kerana orang-orang masih sayangkan Pak Lah. Apa pun adat bertanding mesti ada kalah dan menang.




Nota Tuan Kedaun:

Baru tau rupanya dakwat warna biru untuk orang dewasa,
Warna merah untuk orang mengundi awal. Rasa macam nak cari jodoh bukan dari Penang.
Nanti boleh ikut hubby balik mengundi kat negeri lain kan? Hihihi *gatai



52 comments:

Annyss Aleeya said...

kan? penang ramai kaum cina. susah melayu nk dpt balik. pape pun. tetap bersyukur kpd Allah swt. :)

Nana Liena said...

haha..semua biru cik kak..hehe..
tak apa la..next pru usaha la sampai dapat..huhu..

Nana Liena said...

ada macam2 warna ink pulak e? baru tahu juga..hehe

Ujie said...

Ada ke yg kena ink purple? Sume mmg biru kan..kecuali pengundi awal warna merah.

Remy hazza said...

penang tu susah nak dapat balik kalau org sana masih bersama pakatan....mungkin mereka tak ambil iktibar selama hari nie.....

Suria Lekatlekitgurl said...

tahniah kerana mengundi :D

latifah zainal said...

yes..adat bertanding kalah mng.tp kecewa tetap ade..akak kecewa lim kit siang mng..sedey datuk ghani kalah...huaaaaaa

Kathy Rbain said...

patutlah dakwat kathy warna biru..hehehehe..ye,dulu kathy kat sabah,sekarang undi kat johor plak...

Mas Zull said...

assalamualaikum amanina...dah selesai pun...;)

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

hee..semuga cepat dapat jodohnya. Aamiin =)

deno said...

hari ni dakwat dah makin kurang.. cuma sikit di kuku.. hihik^^

Kakzakie said...

Kekuatan sesuatu bangsa bila semuanya bersatu. Bukan pada rakyatnya saja tapi peneraju juga. Bila sekali berjanji tapi mungkir tidak mustahil org akan mudah utk percaya lagi Nina...

HaFizaH aYu said...

haipp..dtg jenguk sini kita pon xhupdate ag ni sal ngundi kne hupdate nih hehehe

Khai♥Rin : anies said...

dakwat dah hilang ke belum??

are_lin@yu said...

ayu warna biru dewasa lah eh..hihi..hanya pendudk penang yg mmahami kan..ngeri lain tak rasa ;-)..moga kita bangkit ;-)

reenapple said...

Tahniah sebab dah mengundi. :)

Cik Tia said...

dah dewasa la ni ek? tu kaler biru. hehe

PakcikLie PCL said...

mungkin banyak lg pembaharuan yg boleh pemeritah negeri lakukan utuk kebaikan bersama rakyatnya.

Aisy Nasiha said...

amboi, kemain citer kisah PRU, tetiba ada selingan nak kawin lak ye? hihi.. tak pe, silakan penuhi impian adik ye....

kita doakan yang lebih baik utk lima tahun ni..yang dah terjadi ni, anggaplah pengajran

Khairul Zamri said...

wahhh kelas gitu posing.

boni kacak said...

hurm.. mungkin ada hikmah segala2 yang berlaku tu

Myra Jay said...

Owh baru tau jugak warna dakwat berlainan ye ;)


**Sedih gak penang masih kekal di tangan DAP - MJ salah sorg pengundi Bagan... hohoo

MaMa Rey said...

akhirnya selesai mengundi..keputusan pun dah tau..

Fiza Rahman said...

Even dah 3 kali mengundi, masih terasa debarannya. Kecewa juga dgn keputusan kali ni. Melayu...bangkitlah.

Nick Nashram said...

saya pun dah selesai jugak.
tggu pru 14 pulak :)

Remy hazza said...

kita doakan semoga org2 melayu kat penang nanti tidak dipinggirkan....

Amanina Mads said...

Yup.. melayu kena bersatu bru boleh dptkan semua.. Alhamdulillah :)

Amanina Mads said...

Hehe.. yelah biru tp cuci jd purple pulak
Yeahh.. cuba lagi

Amanina Mads said...

Hehe.. merah dgn biru je nana

Amanina Mads said...

Tak la kaler biru tp cuci jd purple pulak

Amanina Mads said...

Betul tu remy.. melayu penang tak sedar2 lg

Amanina Mads said...

Terima kasih..hehe :D

Amanina Mads said...

Kecewa, sedih semua ada kak. Itu lah macam mana kit siang dpt johor

Amanina Mads said...

Hehehe.. Yeahh apa pun kathy mengundi jugak

Amanina Mads said...

Waalaikumsalam mas.. selesai :)

Amanina Mads said...

In Shaa Allah.. Aminn =)

Amanina Mads said...

Hehehe.. 2 hari je dakwat dh hilang :)

Amanina Mads said...

Betul tu kak.. bukan senang nk dapatkan semula kepercayaan rakyat

Amanina Mads said...

Hehehee.. hye

Amanina Mads said...

2 hari dh hilang

Amanina Mads said...

Hihi...semua biru ayu. skrg negeri selangor pulak yg rasa :) ya bangkit !

Amanina Mads said...

Terima kasih reen ! :)

Amanina Mads said...

Hehehe.. yelah tia

Amanina Mads said...

Memang banyak perubahan kena di buat PCL

Amanina Mads said...

Hehe..ada 2 dakwat ;)
Hoho..kita satu parlimen MJ..sedih sgt2

Amanina Mads said...

Alhamdulillah

Amanina Mads said...

Ohh.. mesti la terasa. Melayu.. ish sedih dgn bangsa sendiri

Amanina Mads said...

Hehehe.. mana ada

Amanina Mads said...

Mungkin..semua takdir

Amanina Mads said...

Tunggu PRU 14..kita tgk cemana pulak :)

Amanina Mads said...

Hihi..opcos. 2 in 1 la katakan. In shaa Allah kak

Harap2 macam tu la.. Aminn

Amanina Mads said...

Aminn.. harap2 kami tak ditindas

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com