30 Jun 2013

Review Filem : Fast And Furious 6


Weekend hujung bulan nie disudahi dengan tonton wayang siri ke 6 Fast & Furious. Bagi peminat yang tengok full movie dari siri 1 - 6 mesti faham keseluruhan cerita. Akhirnya dapat jugak tengok sebelum ia ditamatkan tayangan di GSC Sunway Carnival. Nasib baik kawan lesen nak teman, kalau tak kempunan la jawabnya. Huhu. Walaupun banyak aksi yang wow! tapi serius lawak jalan ceritanya dengan aksi Roman tu. Tak habis-habis dengan perangai tak senonoh dia. Punya gelak kuat dalam wayang tapi kesian tengok kawan sebelah, dia agak blurr. Yelah, dia tak faham lettew apasal semua orang gelak. 






Oke back to story, siri kali nie banyak unsur-unsur kekeluargaan dan percintaan. Tahniah buat Brian dan Mia kerana dapat baby comel dan mereka menetap di Canary Island, Spain. Macam biasa ada part romantik Vin Diesel dengan Elsa Pataky dalam bilik tapi harap maaf scene first tu kena potong di Malaysia. Sebelum ini Vin bersama Elsa selepas berjaya tumpaskan penjenayah Brazil. Kali ini, Hobbs bersama assistant barunya mengantikan Elena yang menjadi awek Toretto.  Misi kali ini, Hobbs meminta pertolongan team Toretto untuk tumpaskan pasukan lawan yang mencuri cips dan mendapati awek Toretto yang selama ini sudah meninggal rupanya masih hidup iaitu Letty. Hati tak keruan tengok awek sendiri tembak pakwe. 


Shaw dah jadi gila dan habis kereta Roman. Sebab tu dia fly begini



Fast & Furious 6


Bertambah anggota baru dalam keluarga Toretto-O'Conner dan disambut bahagia oleh Dom. Namun kebahagiaan itu tak rasa aman kerana status mereka sebagai penjenayah antarabangsa masih menghantui. Hobbs bersama Riley, pembantu barunya tengah memburu sebuah organisasi criminal dan anggotanya terdiri dari pelbagai negara yang diketuai Shaw. Hobbs sedar untuk menumpaskan mereka dia harus meminta pertolongan team Dom.



Ketika itu, Dom lihat gambar Letty, kekasihnya yang telah meninggal ternyata masih hidup dan menjadi orang Shaw dan Dom mengumpulkan teamnya dan hanya ada 1 permintaan iaitu memberi kebebasan kepada mereka diatas kesalahan jenayah. 




Dilema Dom yang kembali bersama Letty disaat dia bersama Elena memang sadis. Roman dengan sikap humornya, Tej yang seperti biasa dengan komputernya, percintaan pasangan Han dan Gisele. Ternyata Han dan Ramon tak pandai berlawan dengan Jah, orang bawahan Shaw. Scene hebat dimana Dom menjadi 'Superman' untuk menyelamatkan Letty yang berada di atas kereta kebal. 


Han mati?


Aksi-aksi berani yang penonton harapkan dari siri Fast & Furious, ridiculous but fun to watch. Scene last memang ohsem, mana taknya kereta menjatuhkan kapal terbang dan Gisele mati kerana menyelamatkan Han. Oke, aku sedih bila tengok. Mereka merancang untuk menetap di Tokyo.


Time nie baru terbongkar rupanya pembantu Hobbs, iaitu Riley, awek Shaw rupanya. Sakit hati bukan. Tak sabar nak tengok siri ke 7 yang menjadi siri last pada 2015 nanti! Plot sekuel Tokyo Drift, Han terbunuh dan watak Jason Statham sebagai penjahat seterusnya :)  


🌟🌟🌟🌟/5

26 Jun 2013

Review Filem : Man of Steel





Filem nie lebih gila dari Iron Man 3, dari segi aksinya. Malah, filem ini lebih teruk ketidak logikannya daripada filem Fast and Furious. Ala, filem untuk berhibur, jadi have fun!. Tambah perisa lagi, kemusnahan harta bendanya lebih banyak dari The Avengers dan Transformers! Pendek kata Man of Steel bercerita tentang besi. Kadang-kadang merasakan Man of Steel seperti mengikut jejak The Dark Knight. Mungkin kesemua cerita adiwira begitu kot dan agak malas nak menonton. Cuma ketika scene pertama tu pelik sebab kenapa ada babak orang tengah bersalin nie. Haha.





Mengisahkan seorang budak yang berasal dari planet Krypton yang dihantar oleh ayahnya sendiri ke bumi demi menyelamatkan anaknya Kal-El/Clark Kent. Setelah 33 tahun hidup di bumi, beliau melalui berbagai situasi hidup disamping mencari jawapan atas kewujudannya. Disitulah dia berjumpa dengan seorang wanita Lois Lane. Kemudiannya General Zod mengesan Kal-El dan cuba untuk mendapatkannya semula. Kal-El cuba menyelamatkan bumi dari kemusnahan dan beliau bertekad untuk tidak mempercayai General Zod yang juga telah membunuh ayahnya sendiri.




Henry Cavill sesuai dengan watak tu tapi entah rasa sedih bila tengok kehidupan dia yang menjadi Clark Kent. Seperti hilang arah tuju dan rasa tak patut biarkan ayah angkatnya mati dalam puting beliung lebih kurang macam Spiderman pulak. Custom Russell Crowe macam wow! Dia tak rasa berat ke bila pakai macam tu. Memang hebat bukan. Wataknya sebagai ayah Clark memberi bahan tambahan yang istimewa untuk Man of Steel. 






Gear Kereta


Bukan senang nak belajar bawa kereta bagi yang belum pernah bawa. Memang awkward sangat bila pegang stereng bawa kereta manual sampai kena lukis. Hehe.. Gear kereta manual ada 5 saja tak termasuk gear reverse. 




p/s: Cikgu cakap tangan kita bukan transparent.. Huhuhu
So Cik Eiya lukis menatang nie kat tangan aku.. LOL

24 Jun 2013

Kawan Buat Jahat Jangan Dibalas

Assalammualaikum.


Untuk membuatkan hati kurang rasa sakit baik aku layan lagu Afgan yang berjudul Pesan Cinta. Takmo tidur terganggu dengan perbuatan orang kepada aku. Dalam Islam, haram hukumnya mempercayai Hukum Karma kerana itu kepercayaan masyarakat Hindu mengenai kelahiran semula (Reborn). Ada juga setengah orang mungkin berfikir Karma yang dimaksudkan ialah "What goes around, comes around!". Rasanya semua orang faham maksud tu. Kiranya macam buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Tapi sebagai Islam, baik percaya pada Qada' dan Qadar Allah. 







Okelah. Secara terus terang, bagi kawan-kawan yang telah lama menjadi kawanku mereka tahu aku punya ramai kawan. Tak kira lelaki perempuan. Tapi aku lebih ramai kawan lelaki dalam hidup. Kawan je tau tak lebih dari tu. Hihihi *Saya Sebenarnya Tak Ready Lagi. Mungkin kawan lelaki lebih faham sikit dari kawan perempuan, contohnya kalau keluar mesti takkan ada orang lelaki yang kacau mengacau. So rasa lebih secure tetapi kawan perempuan tetap disayangi oke. Cuma kekadang rasa 'annoying' dengan perangai 'menunjuk-nunjuk' sesetengah mereka. Dat means I never choose 'bulu' baru boleh jadi kawan.. *Please don't hate me bloggers, I didn't say about you*





Punca sebenar aku kurang berkawan dengan perempuan kerana sudah banyak kali hati disakitkan oleh mereka. Kawan lelaki pun ada juga, dapat awek terus lupa kawan. Esok lusa awek tinggal baru terhegeh-hegeh cari kawan balikkan. Well, kadang-kadang aku tercari dimana salah silapnya aku dalam persahabatan. Yelah, kita lupa mungkin kita pernah buat salah, mungkin dibalas balik sebegitu tapi rasanya takda. And..and aku pulak jenis tak puas hati mesti disoalnya orang tu. Kalau diam sampai bila pun masalah tak selesai. Dan tabik springs sama kawan-kawan yang berani bersoal jawab dengan aku, complaint tentang perangai aku yang terlepas cakap ke. Haa.. kira bagus juga mereka still ada masa untuk nasihat aku. 



Kesimpulannya di sini. Kau tak payah balas dendam kalau ada orang buat jahat, percayalah nanti mereka dapat balasan juga. Kita hidup di dunia nie bukan macam tu saja, Allah maha melihat setiap perbuatan hambanya. Terima kasih kepada orang-orang yang memburuk-burukkan nama aku di tempat praktikal, akhirnya result LI aku cunn. Itu pun nasib baik aku tak block hampa kat FB, kalau yang sudah kena BLOCK dengan aku tu, harap jangan terasa ya. Itu dah tahap benci plus takmo amek tau dah pasal hidup hang.   



p/s: Sorry kawan. Aku mungkin bukanlah seorang kawan yang baik tapi semasa kita menjadi kawan aku dah melayan sebaik-baiknya sebagai seorang kawan tak kira lelaki atau perempuan. 

19 Jun 2013

Filem Review After Earth



Filem Review After Earth | Harinie ambil kesempatan untuk nonton movie yang berada di ranking ke 2 memandangkan setiap hari rabu wayang di TGV murah. Terpaksa melupakan niat tengok filem Fast & Furious 6 disebabkan tarikan hebat filem anak beranak Smith nie. Kena mengalah dengan orang tu. Nanti merajuk susah pulak, dah aku tak pandai pujuk. Tettt.. Oke, siapa yang tak tonton lagi pi tengok cepat-cepat. Boleh bagi 5/5 bintang kot. Memang ohsem dan hebat pengembaraan 2 beranak di planet bumi yang tak didiami oleh manusia lagi. Filem ini 1st time Will Smith berlakon dengan anaknya dan watak tu menjadi. 



After Earth Poster



Amaran keras bagi ibu-ibu mengandung dan pesakit jantung kerana sound gempak dan takut ada yang terperanjat. Aku pun takut tengok makhluk ursa tu. Haihh.. ada saja part nak menjerit. Ada orang melting bila tengok kehenseman Will. Harap dia tak bertukar jadi negro. Ngeh..ngeh. Part paling wooowww bila Will check keadaan kaki dia yang patah. Terfikir kalaulah doktor guna alat canggih untuk scan kerosakan dalaman badan. Mesti takda xray. 



Kitai dan Raige dalam perjalanan ke Nova Prime


Sinopsis After Earth :



Filem ini mengisahkan situasi Bumi 1000 tahun selepas berlakunya bencana dahsyat yang mengakibatkan seluruh manusia di bumi berpindah ke planet baru. Orang-orang yang masih hidup tinggal di planet yang dinamakan Nova Prime. Ada seorang jeneral, Cypher Raige (Will Smith) yang membawa anaknya Kitai Raige (Jaden Smith) ke sebuah planet bersama Ursa, makhluk yang membunuh manusia, tetapi ia buta dan dapat kesan menusia melalui ketakutan. 


Planet Nova Prime
Kitai ditenteramkan ayahnya

Makhluk bernama Ursa

Kaki Raige patah dan cedera dalam rempuhan



Dalam perjalanan tiba-tiba pesawat mereka dirempuh ribut asteroid dan terpaksa mendarat di planet bumi. Pesawat mengalami kerosakan dan Raige mendapati Ursa telah terlepas di Bumi. Ketika itu keadaan bumi sudah tidak sama dengan 1000 tahun dulu. Persekitaran mereka tidak selamat dan terdedah kepada bahaya. Memandangkan beberapa bahagian pesawat yang terpisah, Kitai perlu mencari isyarat kecemasan yang berada di ekor pesawat semasa terhempas. Scene flashback memang banyak, memori bersama kakak Kitai (Zoe Kravitz) yang mati dibunuh ursa. Scene sedih bila burung helang mati kesejukan kerana menyelamatkan Kitai. Dalam misi mencari bangkai pesawat itu, Kitai menghadapi kesusahan, bahaya dan belajar untuk tidak takut. Dari pengalaman itu, Kitai berjaya membunuh Ursa dan mereka pulang Nova Prime.



Raige memantau pergerakan anaknya

Diganggu babun liar yang ganas

Kitai teringat kakaknya sebelum dibunuh Ursa

Terlantar dalam kesejukan

Kitai berjaya mendapatkan bantuan kecemasan


🌟🌟🌟


13 Jun 2013

Bencana Ribut Di Penang

Assalammualaikum.



Petang tadi seluruh Penang mengalami bencana alam paling buruk. Dimana pokok, bumbung bangunan di bawa lari oleh ribut, manakala ombak kuat di pantai. Ya Allah, betapa takutnya tengok puting beliung di kawasan rumah petang tadi. Besarnya kuasanya, pokok tumbang didepan mata di taman dan menghempap 2 buah kereta, bumbung rumah orang habis diterbangkan angin yang kuat. Maka kita dikehendaki berselawat untuk meredakan angin. Adakah ini satu petanda? Apakah yang bakal terjadi nanti. Kejadian petang tadi meragut nyawa orang dan diberitakan bahawa kerang naik di pantai.. Allah maha mengetahui. Semoga dilindungNYA. Aminnn...


Habis remuk kereta Kancil dan Swift tu



Georgetown- Mengikut berita 9 orang cedera, 2 orang meninggal dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang harinie menyebabkan pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister jatuh dan menghempap beberapa kenderaan di tepi jalan. Memang satu keajaiban kerana pemancar itu tidak jatuh menghempap masjid yang betul-betul berada di hadapan bangunan umno sebaliknya jatuh ke jalan raya. Ada hikmahnya Pulau Pinang dilanda ribut sehingga mengorbankan nyawa penduduk dan rakyatnya sendiri!


Selamatkah pemandunya? Kejadian di Jalan Macalister

Jalan yang retak.. Subhanallah





*Autopublish 

11 Jun 2013

Doodle by Blogger Kathy

Assalammualaikum.


Selamat pagi eh dah tengahari la. Harini terlajak tidur, bangun pun lewat gara-gara cuaca hujan. Oke, firstly nak cakap terima kasih kat blogger Kathy sebab rajin melukis doodle yang comel-comel buat juri blognya. Dalam keadaan dia yang tak sihat pulak tu. Tak sangka termasuk jugak dalam senarai pengomen tegar. Cewahh.. apa pun tahniah jugak buat blogger-blogger lain.   




7 Jun 2013

Jenis-Jenis Wali

Assalammualaikum.


Salam Jumaat, segak-segak tengok kaum adam balik dari solat Jumaat. Haihh jatuh hati pulak. Sejuk mata memandang. Hehee. Entry kali nie berkaitan dengan ayah yang diminta menjadi wali untuk majlis petang ini. Wait a minute, kalau ikutkan ayah memang tak boleh menjadi wali kepada cucu saudaranya. Aku bangkang habis-habisan! Hahaa.. Chill dulu, nanti tak pasal-pasal perkahwinan ini jadi tak sah. Meh nak intro dulu..



Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul ('aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan. Mesti seronokkan kalau cakap bab kawen-kawen nie. Semua orang nak! Teringat masa sem 1, kalau kelas Pengajian Islam masuk bab kawen-kawen mesti ramai budak laki datang kelas. Seronok dengar ustaz bercerita pasal part perkahwinan. Ngeh..ngeh..



Wali Pengantin Perempuan


Alkisahnya pabila my paksu mengesyorkan ayah menjadi wali kepada anak perempuan sepupu aku. Yang aku hairan dan pelik tu, acano ayah pulak kena jadi wali sedangkan arwah ayah budak tu ada adik yang boleh menjadi wali yang sah. Lain la sepupu aku tu nak kawen lagi boleh ayah menjadi wali memerangkap anak saudara abangnya yang sulung. Haaa.. faham tak? Kesimpulannya carilah wali sebelah ayah kerana pertalian darah lebih kuat. Wali sebelah mak tak boleh kerana tiada pertalian darah. Kesian jugak cucu sedara ayah aku nie sebab ayah kandung dah takda, adik lelaki pulak.. Tak payah story la. Ketika ini ayah dah otw balik kampung, tak sabaq nak tengok cicit sulung dalam keluarga akad nikah -____-" 


Kita rujuk kepada perkahwinan seorang pelakon yang tak sah kerana tidak menggunakan wali terdekat maka beliau terpaksa bernikah sekali lagi. Jangan pandang remeh isu wali kerana perkahwinan didalam Islam tak boleh dibuat main. Harap-harap ayah dapat mewalikan aku suatu hari nanti. Wee ~~




Jenis-jenis wali:

  • Wali Mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya. 
  • Wali Aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali.
  • Wali ab'ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika tiada wali aqrab. 
  • Wali Hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu.       


Susunan Wali mengikut giliran:


Bapa kandung
Datuk sebelah bapa ke atas
Saudara lelaki sebapa (Abang/Adik)
Anak saudara seibu-sebaapa
Anak saudara lelaki seibu-sebapa
Anak saudara lelaki sebapa
Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
Bapa saudara sebelah bapa sebapa

Gambar Perkahwinan Izzue Islam Dan Awin Nurin

Assalammualaikum.


Sebelum melelapkan mata, sempat lagi nak kisah story perkahwinan Izzue yang berlangsung ahad lepas. Baru sekarang sempat tengok gambar-gambar wedding dia bersama wife. Memang nampak secocok dan sweentya diorang. Dengan sekali lafaz tepat jam 9.45 pagi, Muhammad Izzul Islam B. Mazlan, 24, sah bergelar suami kepada Nurinafilah Binti Waharudin, 27. Izzue dan Awin telah diijabkabulkan oleh bapa Awin sendiri, Waharudin Jonit, 58 dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran RM 11,111.11.





Sut dan gaun serba hitam dan putih menjadi pilihan untuk majlis persandingan dan majlis memotong kek di Dewan N'Dah, Shah Alam. Turut hadir mestilah ahli kumpulan Forteen. Dan bila bercerita majlis perkahwinan Izzue mesti semua peminat dia tak sabar nak tonton episode ke 9 malam esok kan! Hehee.. Aku lagi excited setiap kali jumaat. Kisah cinta mereka bermula 6 tahun lepas sewaktu Awin yang mempunyai sebuah agensi pencari bakat menawarkan Izzue sebagai pelakon tambahan dalam drama Kampung Jagung. Ketika itu Izzue bekerja sebagai pembancuh air di sebuah kedai makan bersebelahan dengan salon kepunyaan Awin yang terletak di Petaling Jaya. Mula rapat dan kemudian jatuh cinta. How sweet bukan?




konsep indoor garden sebagai tema



"Sejak mengenali dia, hubungan kami semakin rapat tetapi tidak pernah terfikir pun untuk menamatkan zaman bujang. Namun, apabila jodoh sudah ditentukan bersama, saya memilih Awin sebagai isteri." kata Izzue Islam.

1 Jun 2013

Review Novel : Kasih Benar Kasih

Assalammualaikum.


Kali ini dapat juga habiskan novel yang dibeli masa last present untuk internship aritu. 3 novel juga borong masa "Final Year Hangout" tu. Harap tabah menghabiskan kesemua novel. Hehe.. Novel nie mengisahkan ala-ala kawen paksa tapi better sikit sebab diaorang berkenalan dulu before kawen walaupun pilihan keluarga.


Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 4 - 2012
Halaman: 550
Harga: RM21.00


Cerita pasal teruna-dara yang sama-sama cinta tak kesampaian.. cinta putus ditengah jalan.. ditemukan oleh 2 keluarga yang telah lama bersahabat. Keluarga mahu mereka bersatu. Pertemuan yang diatur oleh Safura, ibu Annura dan Nurlaila, mama Dr. Dinzley. Respon spontan Dinzley bila diajukan soal kahwin telah memerangkap dirinya untuk mengenali Annura. Annura yang masih belum berteman walaupun sudah berusia 29 tahun harus mengenali Dinzley, lelaki yang dah cukup umur untuk berkahwin tetapi masih lagi menyendiri.


Annura meminta masa setahun sebelum dia bersetuju berkahwin dengan Dinzley. Annura dan Dinzley bertunang dan bersetuju berkahwin semata-mata menurut kehendak orang tua kerana hati masing-masing pernah dilukai. Annura telah ditinggalkan Haffez dan Dinzley telah ditinggalkan Syirin. Perhubungan Annura dan Dinzley semakin rapat hingga terbit bunga-bunga cinta dalam hati tapi taknak luahkan. Selepas 2 bulan bertunang, Syirin muncul semula dan menuntut cinta mereka yang terputus disambung semula tetapi Dinzley enggan.


Tanpa pengetahuan Dinzley, Annura ternampak Dinzley dan Syirin makan bersama. Betapa pedih hatinya, walaupun belum pasti hatinya mencintai Dinzley. Di kala itu juga, Razlan menyatakan hasrat hatinya. Razlan itu menantu bosnya yang selalu mencari salahnya dan suka mengatanya. Terkejut dengan kata-kata Razlan menyebabkan kepalanya pening. Ketika hendak ke keretanya untuk pulang dia menolak pintu basement sekuat hati menyebabkan Zahil terduduk di belakang pintu. Zahil adik kepada Syirin punya agenda tersendiri bila terserempak dengan Annura. Dia diupah kakaknya untuk menganggu hubungan Annura dan Dinzley.


Kerana janjinya pada Syirin, Dinzley mahu menangguhkan perkahwinan sehingga waktu yang dia sendiri tidak tahu kerana Syirin dikatakan sedang sakit lalu Annura mengambil keputusan membatalkan perkahwinan mereka. Saat ini mereka hampir berpisah. Dalam kekalutan Annura memujuk hati dan Dinzley menyesali diri. Rahsia Syirin terbongkar lalu terlerai janji mereka. Dinzley meneruskan janjinya untuk menikahi Annura.


Dinzley tanpa sedar bukan saja melukai hati Annura, malah hatinya juga sarat menanggung rindu pada keletah Annura. Bukan mudah untuk meyakinkan kembali keluarganya supaya meminang Annura dan bila Annura besetuju, hatinya berbunga. Cuma dia tak tahu ada sesuatu yang sudah tertanam di hati Annura menyebabkan dia tega membalas dendam terhadap suami.


Namun kesabaran Dinzley begitu menyentuh hati. Walau berkali-kali diuji, dia masih setia. Biarpun ditolak banyak kali, Dinzley masih menerima dengan senyuman sehingga berjaya mencairkan ego Annura hingga Annura disahkan hamil. Happy ending.. Wujudkah lelaki yang begitu sabar ini? 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com