5 June 2013

BFF Engagement Day ❤ (Part 2)


Assalammualaikum.


Selamat petang si kacak dan si cantik. Bersambungnya kisah last pengembaraan 2 hari menjadi camerawoman tak bertauliah. Lepas nie tahap ketagihan shoot gambar menjadi-jadi lagi di kampung sebelah ayah. Anak kazen gua kawen ler tapi mak longnya nie tak kawen lagi. Jeles nih. Oke itu kemudian nanti, sebelum tu nak melayan kisah sebelum majlis pertunangan tamat dan aku terpaksa meredah hujan lebat. Sadisnya hidup, itu yang membuatkan my life so colourful. Ceh ditimpa perasan pulak. Heee..


2 dari kiri kakak si tunang bersama sepupu. Budak Daniel tu anak kak ton!
p/s: senyuman kakak sulung zura berbaju hitam tu sebiji macam kazen aku yg meninggal :'(


Posing manja pulak


Cantikkan Kak Ton! Memerangkap photographer bersama. Cewahh



Sebelum majlis berakhir, kami buat-buat busy bergambo walhal sebenaunye kami-kami nie tak sabau menunggu rombongan lelaki balik, ada plan besau nak dibuat petang tu. Semua pakat-pakat bersetuju nak outing photoshoot di Pantai Merdeka. Yeahh seronok baq hang. Last time lepak Pantai Merdeka 5 tahun lepas. Dok kedah kami memang rajin overnight. Biasa la student kalau mai waktu cuti minggu macam tu la. Oke back to story, lepas rombongan balik. Cakap kat kak ton, waktu dah sesuai sangat nak photoshoot dan masa perjalanan yang jauh setengah jam baik gerak cepat sebelum sunset hilang. Nasib baik papa zura bagi pinjam Honda Streamnya. Kalau tak jenuh nak bawak 9 orang. Budak kenit tu pun nak ikut. Jawabnya aku kena riba dia. Huhuu.. Janji kak ton amek alih bab kamera aku pulak jaga anak dia yang tak pernah jumpa laut. Hahaa kesian..


Pic candid.. rushing ke pantai


tuan blog terlebih pakai blusher


Walaupun menjadi kak yong dalam kereta tapi bila tengok pemandangan sawah padi yang menghijau dan rumah kenduri kendara sepanjang jalan buatkan hati terubat rindu sedikit. Lama sungguh tak jejakkan kaki ke pantai tu. Dan suasana kampung tak berubah, sawah padi paling cantik memang disana. Terasa rugi pulak tak sempat photoshoot kat sawah padi tu. Ditambah mat rempit kampung yang naik moto dalam keadaan bahaya tanpa memakai helmet memang mintak orang langgar. Tak sia-sia mati katak pulak. Mana taknya tengok kereta bawak perempuan lagi ramai dari lelaki. Si driver pun takut nak drive lelaju sebab kena marah dengan kakaknya. Kesian mirul mesti stress bawak mak-mak datin yang bernyanyi nyaring kat belakang tapi alhamdulillah tak hujan. Hihi.. Nampaknya suara kami sedap. Pantang dengar lagu best-best mesti ikut nyanyi, Justin TimbaLake pun jadilah. Bluekk nak muntah pulak bila taip macam nie.




Walaupun agak sempit tapi kami tetap sengih.. say PEACE bak kata Daniel



Akhirnya selepas punggung panas berasap-asap, oke aku tipu, kami pun sampai la pantai. Mak ai punya ramai orang, rupanya ada pesta pantai. Sementara tunggu driver cari parking, mak dara dan anak dara kena kacau pulak dengan jejaka-jejaka hensem. Ahh baik aku lari cari jamban dengan balkish dah alang-alang time tu budak kenit nak terkencing sampai pegang seluar. Jatuh saham aku kalau orang tengok. Hahaa. Cari toilet pun tak jumpa, nasib baik tanya pakcik kedai makan. Rupanya nun jauh disana toiletnya, maklum la aku dah lama tak mai. Lupa habis semua benda. Bayaran masuk toilet pun dah naik 30 sen dan disediakan selipar. Not bad service cik daniel cakap dengan muka legaaaanya.


Kuch kuch hotak hey.. Ngehngeh melepas time pi jamban -___-


Merenung masa depan lettew.. Wahhhh. pandai kak ton shoot



Bila patah balik ke tempat kami turun, tengok-tengok mak dara dan pengikutnya lesap bersama kamera. Hamboii express sungguh depa pi tangga kat tembok tu. Melilau mata mencari dan nampak lambaian tangan kak ton melambai lembut kepada kami. Macam drama hindustan pulak kan..kan. Sayangnya hero takda dan tinggal lah heroin bersama pelakon tambahan. Lupakan mata-mata yang melihat kelakuan kami di situ janji pemandangan Pantai Merdeka, Tanjung Dawai dan Gunung Jerai di depan mata. Paling best dapat tengok live sunset terbenam. Elok sangat la menghabiskan masa 3 jam kat situ.  


Cinta Pantai Merdeka :)




sibuk nak interframe.. separuh badanku hilang


Dari satu tempat ke satu tempat hingga hujung pantai kami berubah tempat. Bukannya apa cuma agak rimas bila orang-orang suka menyibuk bertanya mana perginya pengantin lelaki? Helloo.. dah nampak macam baru lepas kawen ke? Jadi mak dara menjadi tukang jawabnya, yang lain tak kuasa nak melayan. Kalau layan melebih-lebih pulak bertanya. Haru hidup jadinya.. maka kami-kami membawa diri ke tengah pantai. Dah tu kena kacau dengan abang bot pulak -____-"


cantikkan sunset.. non edit


Jadi mak andam pulak.. hiks



Lastly sebelum matahari hilang dibalik awan, kami duduk di hujung pantai yang tak ramai orang. Subhanallah cantiknya matahari terbenam depan mata, terasa dekat. Pertama kali tengok sunset dan memang paling cantik pernah aku tengok. Cuma tunggu dan lihat sampai hilang cahayanya. Sebelum balik sempat jugak snap gambar reramai. Bila lagi dapat jumpa macam gini.


Save the Date - June 1st, 2013 - 7:49 pm - Merdeka Beach


selamat tinggal Tanjung Dawai.. entah bila dapat datang lagi


Antara kami berdua..siapakah yang kawen dulu? Jeng..jeng


Jom layan disebalik tabir.. Awwww


video



Cuaca pun semakin gelap dan masing-masing dengan muka letih maka kami berangkat pulang ke rumah. Takot pakcik Rahman risau pulak balik lewat. Sampai rumah semua terbungkang atas katil, paling awal mandi mesti la budak kenit tu. Siap pakai baju melayu, punya bergurau kat atas turun bawah dah terlelap kat sofa. Kesian dia, penat buat istana pasir tapi aku tak sempat amek gambar. Itu la kesudahan kisah pengembaraan 2 hari di Taman Mewah, Sungai Petani, Kedah. Sekian.. boleh mintak upah 20 sen sebab penat menaip.. Hehehee. Will be continue with adventure to Padang Serai ya. Stay Tuned! ^___^


Muhd Shah Daniel tidoq nyenyak jaa.


Ini lah apam comel..siapa pernah makan? memang sedapkan. 
Kami ramai-ramai korbankan apam yang comel nie.


p/s: Dulu bertanya pada si dia pernah tak makan apam nie, sayangnya dia taktau pun :)


32 comments:

Azwar Syuhada said...

Ingatkan kak Nina tunang, rupanya kawan kak nina laa.. :)

Nies alhaQ said...

Waaa, happening betull tgk gambar2 diorang nii. Hehe. Teringin pulak nak merasa. Anda bila lggg cik nina? hehe, anyway, congrats utk bff =)

reenapple said...

Happy engagement day . :)

Khai♥Rin : anies said...

Lamanyerrrrrrr x g pantai merdekaaaaaa...posing giler2 semua nyer yek :-)

PakcikLie PCL said...

wah pantai merdeka...ada sesuatu yg menarik di sana..

p/s : pcl doakan hangpa dua orang cepat dapat jodoh dan semetinya nina dulu yg naik pelamin. :))

nuyui a.k.a miss YUI said...

eh2..mcm pnh tgk yg baru tunang..ad dlm friendlist fb..siti baizura rahman ke? huhu..

Kakzakie said...

Oh... buat shooting outdoor ye..
Cantiklah pemandangan pantainya.

Miss Volvo said...

sikit lagi macam rosma AF :) ada pertalian saudara ke? :)

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

cantik pic sunset tu..selamat bertunang untuk kawan nina.tahniah =)

Kathy Rbain said...

wah..seronok bergambo...

Hanis Azla said...

Salam nina..

Amboi.. bukan main posing lagi semua orang kan.. photoshoot tepi pantai lagi.. happening sungguh.. cantik2 gambar2 tu..

Lisa Sheila said...

musim cuti sekolah aka musim kenduri kendara..hee...nina,cntik picture yg ramai2 kat pantai tu....yg save the date ;)

AiSyA LiEzA said...

tahniah utk bff anda :)) hee~ lama x p pntai..huhu~

latifah zainal said...

bukan main haa berposing,cantikkk...apam tu mmg comel,mcm syg pulak nak makan..hehe

Mizz Aiza said...

cantik sunset tu.. lepas ni nina pula ya.. hehe..

Amanina Mads said...

Hehee..kak nina lambat lagi :)

Amanina Mads said...

Hehee..terima kasih nies.
cik nina tak sampai seru lg. hehe =)

Amanina Mads said...

Tengs reen :)

Amanina Mads said...

Hehee..posing habis kt situ ;)

Amanina Mads said...

Hehee.. menarik kalau nak beli ikan masin..
Haa.. Aminn. semoga doa dimakbulkan tp nina dulu naik pelamin macam tak ja. Hehee :))

Amanina Mads said...

Wahh.. zura frens fb dengan awak la tu.. hehe

Amanina Mads said...

Ye kak.. memang cantik pantainya. hehe

Amanina Mads said...

Hehee.. kan2. dah macam rosma pulak :)

Amanina Mads said...

terima kasih kak =)

Amanina Mads said...

Hehee..boleh la tahan

Amanina Mads said...

Wasalam hanis..

Hehee..bab posing no 1. terima kasih :)

Amanina Mads said...

Hehee..kan2.. Ohh, terima kasih kak lisa ;)

Amanina Mads said...

terima kasih :)) best kalau pi pantai kan

Amanina Mads said...

Hehehe.. biasa saja. apam comel pun habis jugak akhirnya.

Amanina Mads said...

cantikkan.. nina lambat lg kot. hehe

LelakiS said...

best ke bertunang ni...org cakap berkawen lagi best...hehe

Amanina Mads said...

Hehehe.. tak merasa lg

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com