30 Jun 2013

Review Filem : Fast And Furious 6


Weekend hujung bulan nie disudahi dengan tonton wayang siri ke 6 Fast & Furious. Bagi peminat yang tengok full movie dari siri 1 - 6 mesti faham keseluruhan cerita. Akhirnya dapat jugak tengok sebelum ia ditamatkan tayangan di GSC Sunway Carnival. Nasib baik kawan lesen nak teman, kalau tak kempunan la jawabnya. Huhu. Walaupun banyak aksi yang wow! tapi serius lawak jalan ceritanya dengan aksi Roman tu. Tak habis-habis dengan perangai tak senonoh dia. Punya gelak kuat dalam wayang tapi kesian tengok kawan sebelah, dia agak blurr. Yelah, dia tak faham lettew apasal semua orang gelak. 






Oke back to story, siri kali nie banyak unsur-unsur kekeluargaan dan percintaan. Tahniah buat Brian dan Mia kerana dapat baby comel dan mereka menetap di Canary Island, Spain. Macam biasa ada part romantik Vin Diesel dengan Elsa Pataky dalam bilik tapi harap maaf scene first tu kena potong di Malaysia. Sebelum ini Vin bersama Elsa selepas berjaya tumpaskan penjenayah Brazil. Kali ini, Hobbs bersama assistant barunya mengantikan Elena yang menjadi awek Toretto.  Misi kali ini, Hobbs meminta pertolongan team Toretto untuk tumpaskan pasukan lawan yang mencuri cips dan mendapati awek Toretto yang selama ini sudah meninggal rupanya masih hidup iaitu Letty. Hati tak keruan tengok awek sendiri tembak pakwe. 


Shaw dah jadi gila dan habis kereta Roman. Sebab tu dia fly begini



Fast & Furious 6


Bertambah anggota baru dalam keluarga Toretto-O'Conner dan disambut bahagia oleh Dom. Namun kebahagiaan itu tak rasa aman kerana status mereka sebagai penjenayah antarabangsa masih menghantui. Hobbs bersama Riley, pembantu barunya tengah memburu sebuah organisasi criminal dan anggotanya terdiri dari pelbagai negara yang diketuai Shaw. Hobbs sedar untuk menumpaskan mereka dia harus meminta pertolongan team Dom.



Ketika itu, Dom lihat gambar Letty, kekasihnya yang telah meninggal ternyata masih hidup dan menjadi orang Shaw dan Dom mengumpulkan teamnya dan hanya ada 1 permintaan iaitu memberi kebebasan kepada mereka diatas kesalahan jenayah. 




Dilema Dom yang kembali bersama Letty disaat dia bersama Elena memang sadis. Roman dengan sikap humornya, Tej yang seperti biasa dengan komputernya, percintaan pasangan Han dan Gisele. Ternyata Han dan Ramon tak pandai berlawan dengan Jah, orang bawahan Shaw. Scene hebat dimana Dom menjadi 'Superman' untuk menyelamatkan Letty yang berada di atas kereta kebal. 


Han mati?


Aksi-aksi berani yang penonton harapkan dari siri Fast & Furious, ridiculous but fun to watch. Scene last memang ohsem, mana taknya kereta menjatuhkan kapal terbang dan Gisele mati kerana menyelamatkan Han. Oke, aku sedih bila tengok. Mereka merancang untuk menetap di Tokyo.


Time nie baru terbongkar rupanya pembantu Hobbs, iaitu Riley, awek Shaw rupanya. Sakit hati bukan. Tak sabar nak tengok siri ke 7 yang menjadi siri last pada 2015 nanti! Plot sekuel Tokyo Drift, Han terbunuh dan watak Jason Statham sebagai penjahat seterusnya :)  


🌟🌟🌟🌟/5

16 comments:

  1. filem ni mmg ohsem :) yg terbaru xtgok lg..tggu msa nk dwnld je he3..mmg xpnh lg la trtggl 1 episod..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohsem kan :) hehehe.. kena download jugak nanti boleh tgk byk kali..

      Delete
  2. tgk kt cd cap lanun je hehehehe

    ReplyDelete
  3. ayu lyn gtu2 ja..hihi..kt panggung xpnh tgk lg..tp aksi mcm best

    ReplyDelete
  4. belum berpeluang lagi untuk menonton filem nie...tapi memang best giler...dah tengok iklannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. nanti boleh tgk kt cd atau astro. memang best

      Delete
  5. Tak sempat lagi nak tengok Fast6 ni. T_T

    ReplyDelete
  6. belum tengok lagi citer ni..ada kawan yg dah tengok kata mmg best sgt citer ni..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com