6 June 2013

Dari Sungai Petani - Kulim - Padang Serai.. Akhirnya Tengok Jurassic Park 3D


Assalammualaikum.


Hari minggu lepas menghabiskan masa yang berlebihan keluar tengok wayang. Itulah wayang yang pertama dalam bulan nie. Sebenarnya selepas majlis pertunangan zura 1 June aritu aku terpaksa balik ke Padang Serai kerana ada kenduri dan saudara dari jauh balik berkumpul di sana. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Plan nak balik ke Kulim naik bas sebab aku ter ter lupa bawak helmet masa pegi rumah kawan tunang tu. Last-last sedih tengok bas takda langsung dari Sungai Petani ke Kulim. Memang sadis time tu, dah la hujan pulak. Nasib baik mama zura bagi pinjam helmet jadi balik lah naik moto ke rumah yana dulu di Labu Besar, Kulim. 


Meredah hujan lebat sepanjang jalan, basah kuyup berdua, jalan yang rosak dan dipenuhi air bertakung. Memang banjir setiap jalan. Seumur hidup ini 1st time aku rasa susah teramat. Terpaksa tahan sejuk, baju basah, air hujan tu bila kena kulit memang sakit. Jalannya masuk ladang kelapa sawit keluar pokok getah masuk kampung memang rasa tak mahu lagi pegi tempat tu. Dengan bab jalan, eh asal aku jalan ikut daerah Baling lepas tu masuk daerah Kulim. Memang jadi jakun atas moto. Tengok kenduri dalam estate. Bau wangi nasi minyak dari ladang. Betul la tempat sendiri tak sama dengan tempat orang. Walaupun aku sedar risiko accident tu amat tinggi tapi hanya tawakal semoga selamat sampai. Dalam keadaan mengigil tu aku takut sebenarnya. Pengalaman mengajar erti kepayahan, dah terbiasa naik moto dalam cuaca hujan. 


Alhamdulillah, sejam perjalanan sampai dirumah kawan tu. Baju spare yang kering jadi basah dan terpaksa pakai baju lembab. Text mak minta bawak baju dan seluar lebih. Lagi sekali pertolongan datang, abang yana sudi nak hantarkan aku. Serius ini pun jakun jugak, ku sangkakan rumah kenduri dalam daerah Kulim rupanya Padang Serai. Patut la jauh. Kena tengok map macam nie. Sampai di rumah, semua mak saudara tanya asal baju basah dengan pakai seluar tidur. Apa boleh buat. Mereka bising sebab aku balik dalam keadaan hujan. Nak buat acano lagi, main redah jelah. Oke sebelum balik ke Butterworth dah plan nak keluar tengok wayang dengan Mr. S. Rumah dia pun area Padang Serai. Boleh dikatakan dia berani datang pick up aku kat rumah kenduri. Fuhhh nasib baik mak-mak sedara dok sibuk beli produk Al-Jabbar dalam rumah. 




Jurassic Park 3D mengisahkan para-para saintis yang ingin mengkaji Pulau Nubar yang dikatakan didiami makhluk species dinasour yang telah pupus. Seorang dermawan yang kaya dan sekumpulan saintis genetik telah mencipta satu taman tema klon dinasour, Jurassic Park. Taman tema ini diadakan untuk menjadi sebuah pulau lawatan terkenal kepada peminat-peminat dinasour di dunia. Namun perancangan tersebut gagal apabila mereka menjadi mangsa keganasan spesies itu. Keadaan menjadi buruk apabila sistem keselamatan taman tema dimatikan semasa pencurian embrio dinasour. Kesemua pagar elektrik taman tema telah ditutup dan seekor Tyrannosaurus Rex terlepas. 








Kali ini, cerita dikembalikan dalam format 3D dan diterbitkan untuk menyambut ulang tahun filem ini yang ke 20. Filem ini masih mengekalkan jalan cerita dan pelakon yang sama tetapi terdapat sedikit perubahan pada dinasour. Dinasour nampak lebih "real" dan seolah-olah ada bersama didalam filem. Jadi kepada peminat dinasour jangan lupa tengok versi 3D pulak ya. Maaf, dapat tengok separuh sebab mak gua kacau daun. Hihi.. Itulah gatal nak tengok wayang midnight sangat. Apapun sporting la beb! :) Sedar tak sedar sebelum kami keluar bersama nie dah masuk 2 bulan, 2 minggu tak jumpa sebenarnya. Ohh memang lama kan.




Terasa macam kat Lost World of Tambun pun ada.. Hee

16 comments:

AiSyA LiEzA said...

cm bestt jeee.. :)) tapi seram un ada je ..ekekeke >.<

Nies alhaQ said...

Kesiannya dia bermandi kan air hujann. Nasib baik tak demam naa. Untung dpt tgk wayang walaupun separuh. Hihih

Kathy Rbain said...

wah..seronok tengok jurassic park ye?

Tihara said...

akak dah lama tak gi tgk cinema :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

syioknya..

Mizz Aiza said...

dah lama akak tak tengok wayang..

S.K.A said...

wowwww.. mcm best :) fav movie sy ni

Amanina Mads said...

Hehee.. seram tgk gigi dinasour tu :))

Amanina Mads said...

Huhuu.. Itu la nasib baik tak demam.
Rugi duit sebab tengok separuh. haha

Amanina Mads said...

Hehee.. boleh la sis

Amanina Mads said...

Hehee.. tgk cd pun ok gak :)

Amanina Mads said...

Heehee..

Amanina Mads said...

Nanti ada masa tgk la..hehe

Amanina Mads said...

memang best tgk 3D :) ohh kena tgk taw

Aida Ismail said...

Cam best je versi 3D ni. Hehe~ Lama sangat tak tengok wayang. Masa study dulu boleh kata tetiap minggu keluar tengok movie. ^^

Amanina Mads said...

Hehee..memang best aida. nampak real dinasour tu.
Ohh sama la kita. hehe ;)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com