18 Jul 2013

Jangan Sedih Kalau Tak Dapat Tawaran Masuk Universiti

Assalammualaikum.


Selamat pagi semua, mesti semua pelajar lepasan STPM, Diploma dan Matrik dah tengok result masing-masing sama ada dapat masuk U ataupun tak dan tahniah kepada pelajar/blogger yang dapat masuk U yang dihajati. In Shaa Allah dapat bawa jurusan yang dipilih. Pesanan tuan kedaun nie buat pelajar-pelajar yang nak sambung degree tu termasuk lah aku. Yang pertama sekali, kalau dapat tawaran mana-mana universiti, tak payah fikir panjang. Masuk je. Tak suka dengan tawaran tersebut? Bersyukur.. Yang tak terpilih, jangan sedih-sedih. Rezeki tu tetap ada =) 
Hidup ini adakalanya tak perlu bergantung atau ikut satu arah saja. Bak kata orang, plan A tak berjaya, try plan B pulak. Jangan nak frust menonggeng dan lepaskan geram kat orang pulak. Takmo-takmo macam tu. Haha..




Bagi yang dapat tawaran, tapi tak suka 


Kita harus bersyukur sebab ramai lagi yang nak sambung belajar, tapi tak dapat. Kalau memang tak sanggup nak belajar bidang yang kita tak suka. Mungkin jurusan yang kita dapat tu akan menyebabkan kita belajar subjek-subjek yang sebelum nie tak boleh skor. Contohnya, kita dari jurusan Sains Hayat masa matrik. Memang suka sangatlah Biologi tetiba dapat Engineering. Agak payah jugakkan tapi kalau mampu teruskan.


1. Tukar Jurusan (cara menukar)


Belajar 1 sem dulu, dapatkan pointer yang terbaik. Kemudian, jumpa Dekan/Ketua Jabatan/Pihak Akademik untuk tukar jurusan. Selalunya kena tamatkan 1 sem dulu. Kebanyakan orang buat begini. Tapi ada jugak yang dah belajar jurusan "tidak suka" tu tapi lama-lama suka pulak. 



2. Tukar Universiti (cara tukar universiti)


Belajar 1 sem dulu, dapatkan pointer terbaik dan mohon tukar universiti. Sepupu buat perkara yang sama dan berjaya tukar UniKL MICET (Melaka) ke UPSI. Agak lari bidang sebenarnya dari aliran sains ke jurusan BioEngineering kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak. Bergantung juga kepada kekosongan yang ada. Kalau jurusan yang kita nak tu terlalu ramai di U yang kita nak dan permohonan mungkin ditolak. 



3. Apply IPTS. Akan dapat tapi bayarannya MAHAL.


Kalau nak masuk jugak pilih la under MARA kemungkinan bila habis semester pinjaman mungkin menjadi biasiswa atau kadar pengurangan bayaran balik mengikut pointer.



4. Apply tempat pengajian lain. Cuma kena tunggu. Kecuali budak matrik sebabnya sijil matrik tak laku nak apply kerja. Lebih-lebih lagi Program Dua Tahun (PDT) lagi kena sabar menunggu.



Tak dapat mana-mana tawaran


1. Buat rayuan di http://upu.mohe.gov.my
Rayuan akan diterima jika ADA KEKOSONGAN. Bukan nak buat anda down atau kecewa. Ianya realiti. Meh nak bagi tips buat rayuan. Hehe. 



a. Tengok semula result. Subjek mana yang dapat pointer paling tinggi? Pilih jurusan yang 'major'. Contohnya di matrik ambil sains tapi markah biologi lagi tinggi dari fizik, ada baiknya ambil jurusan berkaitan kimia dan make sure jurusan yang kita pilih menepati kelayakan kita.  


b. Elakkan dari apply semula jurusan yang ditolak. Lebih baik pilih jurusan lain pulak. Sekali sekala berubah angin apa salahnya.



c.   Pilih jurusan yang orang lain tak minat. Tak bermakna jurusan tu tak laku atau kurang pekerjaan nanti cuma jurusan tu tak seglamour atau tak diketahui umum macam Undang-undang, Farmasi, Sains Kesihatan ataupun Medik kerana yang tak glamour mungkin lebih baik. 



2. Apply pengajian selain IPTA


i. IPTS
ii. Maktab
iii. Apply diploma. Selalunya UiTM & UPSI (untuk SPM)



Kalau takmo, lebih baik bekerja. Buat bisnes sendiri ke. Try apply job yang serasi dengan kelayakan. Walaupun tak dapat masuk UUM tapi sekurang-kurangnya UniKL ada tawarkan jurusan yang aku nak. Mungkin rezeki disitu ataupun ditempat lain. Kalau offer kerja mai bergolek dulu pun apa salahnya boleh buat PJJ kan. In Shaa Allah semoga urusan kita dipermudahkan :')



p/s: Si dia suruh masuk UniKL. Boleh bertemu selalu.

41 comments:

  1. insyaallah. kalau rezeki tak kemana. :)

    ReplyDelete
  2. congrats bakal menjejakkan kaki ke menara gading..
    nasihat kyo plak.. jangan study di dalam universiti jer, tapi "study" la juga di luar universiti, buat part time, melancong, enjoy ur life.. sebab dah kerja nanti, x banyak masa yg ada ntk enjoy~

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah..
      betul tu.. suka study kt luar dr dalam kelas. nak buat macam zaman dip

      Delete
  3. Anak Kak Azie setahun dok rumah lepas result kuar sebab gagal dlm jurusan yang dia nak. 3 kali try termasuk interbiu rayuan baru dapat. Dia nak juga course yang dia minat. So, terpaksa la layankan juga wpun jenuh mulut bebel.

    Alhamdulillah... dapat juga dan dah semester akhir dah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah jugak tu kak. sampai 3 intebiu tu.
      Alhamdulillah dh rezeki dia ada lagi.

      Delete
  4. betul2,jgn sedih2 kalau xdpt tawaran ke IPTA.bukan bermakna semuanya sudah berakhir..bagi yg nak tukar course tu cubalah dulu course yg ditawarkan manalah tahu lame2 boleh jtuh cinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sedih2 buat apa kan. mana lah tau nanti jatuh cinta dgn course baru ke.

      Delete
  5. thniah pada yg berjaya..yg belum ishaallan ada yg terbaik di masa depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah rezeki setiap orang tetap ada..

      Delete
  6. owh..jangan lupa kalau tak boleh bawak course tu sila laa tukar kepada course yang anda minat belajar dan bukan sebab course tu popular..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. betul tu sis..mungkin rezeki anda di tempat lain..

    ReplyDelete
  8. sbnr nyer kalu ada kemahuan nk belajar, mn2 bidang / tempat sama je..tp yg x best nyer, ada da dpt tp pastu disia2kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurm ada kawan macam tu jugak..sayangnya buang duit dan masa belajar kos yg tak minat macam saya dulu.

      Delete
  9. Nina masuk uniKL eh? Tahniah! Belajar mana2 pun takpe. Asalkan ada keinginan nak belajar. Nak apply cos tu biar yang kita minat. Baru enjoy nak study. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..ingat macam tu la aida. Yup, betul2.. harap2 buat keputusan yg betul ^^

      Delete
  10. yang penting kena pandai mencari peluang buat duit jer sekarang..kat tempat aku dia graduan..tapi jual kuih je..sehari untung bersih boleh cecah rm 2oo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh.. memang bisnes boleh buat duit. mungkin plan buat bisnes dgn kawan2

      Delete
  11. apply IPTS yang diiktiraf..

    ReplyDelete
  12. masih banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran.. nice sharing nina, panduan berguna untuk adik-adik yang baru tamat sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih akak.. nanti senang la diorang nk buat keputusan yg mana tak dapat tu.

      Delete
  13. deno minat sgt2 melukis.. nak amik art n design tapi lect nsihat supaya tak amik sbbnya AD tu stress sgt2.. takut deno makin sakit.. so amik accounting... tp sama jugak.. nah amik 4 sem extend sbb sakit.. hihi.. tp abis jugak^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. oke la deno ada minat cuma dihalang oleh kesihatan je.
      Alhamdulillah deno dpt jugak habiskan study kan ^^

      p/s: buat doodle tu pun art & design juga.. hehe

      Delete
    2. Slm sy just nk tnya kalo dh sem 2 ijazak masih blh brtkr u x?tq

      Delete
    3. Wasalam.. itu sy xpasti.
      cuba bincang dengan ketua jabatan course tu ya.

      Delete
  14. wahhh btol 2..nice sharing =) bersyukurlah apa yg ada..ramai juga tgok blogger yg merungut psal smbung study..kalau kita ikhlas nk bljar..pasti kita bersungguh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..terima kasih =)
      nak merungut pun tak boleh juga sbb dh dipilih course kt u.
      belajar kena ikhlas bru oke.. hee

      Delete
  15. banyak tempat blh belajar ilpa, adtec ker..kolej swasta..mohon rayuan sekali lagi mana tahu lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. ada byk tempat lg tak semestinya takda langsung

      Delete
  16. Adik MJ dulu dapat jurusan yang dia tak minat, tapi bila dah belajar, terus timbul minat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. oke la tu MJ :D
      ada minat mesti boleh..

      Delete
  17. Slm mcmna eh procedure tkr u?spupu awk yg tkr u uh degree ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. itu sya tak sure.
      cuba berbincang dgn ketua jabatan.. Ya, degree bio eng ke pndidikan.

      Delete
  18. Hmm.. pening juga bab ni.. Fikir kemudian la.. lalala.. nak pening-pening stream masa form 4 pulak :D

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com