11 July 2013

Sinopsis Drama Kampung Girl Dan Biodata Nad Zainal & Akim Ahmad



Assalammualaikum. 


Malam nie cuma layan blog sambil menikmati Ferrero Rocher yang dikebas semasa kenduri anak sedara aritu. Saya sedih sebenarnya bila drama faveret dah tamat. Harap-harap drama Kampung Girl nie lebih kurang macam SSID. Sebabnya tengok pelakon comel Nad Zainal dengan Akim Ahmad (Akim AF). Wah kena tengok nie, adik aku berlakon. Eh perasan pulak, cuma nama bapa sama. Hihi. Hati dah berbunga-bunga nak tengok drama baru. Harus memulakan misi mencari novel Kampung Girl. Beli dan simpan buat pekasam ye cik nina. Novel SSID pun tak baca lagi. Mesti banyak orang tonton nanti tambah-tambah peminat Emma Maembong. Hehee.. Kalau tak sempat boleh tengok kat ton..ton..ton di bulan puasa  :)





Sinopsis:

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin. "Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu.. mummy jangan paksa Ash!" - Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?! - Ashraf Khairi, sepupu dengan Ainnur dan sejak kecil lagi dia memang tidak sukakan Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong itu. Identitinya yang belajar di luar negara dan bekerja sebagai cikgu English di rahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampung yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal ibu mertuanya. Mereka akhirnya ditunangkan dan akad nikah sebulan berikutnya. Dalam benci, Ashraf terlalu cemburukan Faisal yang cintakan Ainnur. Kerana ego hingga menafikan perasaan cemburu itu tandanya cinta. Bertambah terkejut bila dapat tahu Faisal telah bertunang dengan Ain Airina, bekas kekasihnya yang juga sepupu Faisal.    

Ashraf dan Ainnur
Majlis perkahwinan yang sweet
Pada malam pengantin, rahsia Ainnur yang berpendidikan terkantoi. Ashraf terlihat gambar graduation Ainnur di luar negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah pada Ainnur dan selama sebulan dia tak pedulikan isterinya. Ainnur di Ipoh dan Ashraf di KL. Kawan serumah Ainnur menasihatinya untuk memikat hati suami. Pelbagai usaha dilakukan Ainnur tapi ego suaminya terlalu tinggi. Atas nasihat Adam, abang Ashraf. Dia cuba untuk terima Ainnur dan berusaha memikat semula hati isterinya. Mereka macam pasangan baru bercinta dan bersatu sebagai suami isteri yang sebenar. Larangan kedua belah pihak untuk bersabar sehingga hari persandingan diabaikan. Benda halal antara kampung girl & budak bandar. Pada hari persandingan, Ainnur pengsan dan disahkan hamil. Ashraf happy sangat. Keluarga mengusik Ashraf yang tak sabar tunggu hingga hari persandingan. Kampung girl yang dibenci akhirnya menjadi orang yang amat dicintai budak bandar. So sweet !    



Kampung Girl setiap Jumaat ! 9.00 PM on TV3 dan boleh juga tengok di Tonton :')


Biodata Nad Zainal :




Nama Penuh : Farah Nadia Binti Zainal Abidin


Nama Komersial : Nad Zainal, Nadia Zainal


Tarikh Lahir : 16 Mei 1990 ( sebaya )


Tempat Lahir : Kajang, Selangor


Adik beradik : Anak Tunggal ( sama geng ! Haha)


Pendidikan : Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)


Kerjaya : Pelakon, Model Iklan dan Teater


Drama : Kampung Girl, Putera Rayyan, Bukan Bidadari, Memberku Hawa, Ke Pintu Bahagia, Sunsilk Impian, Bloggerboy 2 (2008), Apa Dosaku : Sybil Kathigasu (2009), Inikah Cinta, Qolbu, Papaku Nak Kahwin dan kisah futuristik, Rafik (2010), Buaian Kasih, Elly dan Epit, Incredible Tales.


Filem : Jidin Sengal, Kami Histeria


Teater : Muzikal Tun Abdul Razak (2009), Tanda,  Makyong Sindo


Iklan : Simply Siti, Simple 5 dan Kotex



Biodata Akim Ahmad :




Nama Penuh : Afiq Hakim Bin Ahmad


Nama Komersial : Akim Ahmad, Akim AF


Tarikh Lahir : 18 Januari 1991


Tempat Lahir : Johor Bahru


Adik Beradik : 5 orang


Tinggi : 176cm


Pendidikan : SPM di SMK Taman Johor Jaya (1)


Kerjaya : Penyanyi, Pelakon dan Model Iklan


(Pemenang Tempat ke 3 Akademi Fantasia 7)


56 comments:

Kathy Rbain said...

wah..hebat citer ni...

Aku Penghibur said...

sweet gilller :) suka cita nie

Benn Abdullah said...

Comel bila btudung.

Mizz Aiza said...

akak tak ikut cerita ni.. menarik juga sinopsisnya ya..

||aLeaSaRa|| said...

kak lea pun kan tak sabar jugak tunggu he3...masa pesta buku islam ada jugak terselit novel2 yang akan dijadikan drama.memang dah nampak novel kampung girl,ni..

selamat bersahur tau ^^

zulhilmi tempoyak said...

siapakah dia ni...??

Khai♥Rin : anies said...

Sy nk tgk sm ke cerita dgn novel..sblm ni byk yg berubah..

Teena Tna said...

Tak sabar nk tgok citer ni...
betul ke akak nk bg kita doodle ni, thanks kak :)

Kancil 8349 said...

menarik ceritanya

izan mama mia said...

ehe, lagii novel jd drama,,,tak sempat tgk laa,,dh mula ker

man said...

oooi mcm beh je crt dia..hehe

tenku butang said...

cumeynya Nad bertudung.. sweet jea kan..

Fiza Rahman said...

Nak tgk malam ni. Suma citer skang ni amik dari novel kan.

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

cerita baru pula ye... huuuuuu... maaflah, ena ni bukan pengikut drama melayu sangat.. memang tak tahu cerita terbaru kat TV

Mieza Jhaa K said...

Wahh sweetnya citer... ∩__∩

AiSyA LiEzA said...

=) hehehe..on9 la nmpknya tgk cite nih -_-

S.K.A said...

he3..menarik kot..erkkk?? 9mlm?? trawih 8rakaat je hbis dh 9.30..hu3

deno said...

best citer nih... tengok semalam :)

Nana Liena said...

Nina anak tunggal ya? syok la tu..hehe
kita tak pernah tgk lagi apa2 drama pukul 7.. ada pun lebih kurang 10 minit ja mampu bertahan depan tv.. hehehe.. btw upu dah check blom kak oi? hehe

MaMa Rey said...

owh main kebas2 ye hehe..

tak tengok citer ni tp mcm best pla baca sinopsisnya..

latifah zainal said...

sweet je cite..aritu tak berkesempatan tgk,pasni mybe tgk 09

Khai♥Rin : anies said...

xberapa suka dgn gaya rambut akim dlm cite ni

Fatihah said...

nad zainal cantik ! hihi

Eiqa Almond said...

laa nad zainal tu atas akim..
comel jee kan cerita nie.! :D
bersemangat hari tu tengok depan tv, hahaa

Murni Alfathunnisa said...

baca sinopsis nya dan dah tengok satu episod..macam menarik. harap2 dapat la mengubat kerinduan SSID.

Aida Ismail said...

Comel gila Nad Zainal ni. Hishh~ xD

Amanina Mads said...

Hehe..kan sis

Amanina Mads said...

Hehehe.. sweet sangat :)

Amanina Mads said...

makin comel nad.

Amanina Mads said...

Boleh la tahan lawak cerita nie

Amanina Mads said...

Ohh.. hehe. sama la kak lea tgh cari novel kampung girl pulak.

Amanina Mads said...

pelakon la. herher

Amanina Mads said...

Itu lah.. cerita drama tak sama dgn novel

Amanina Mads said...

Hehe.. betol la akak nk bg doodle kek. welcome dik :)

Amanina Mads said...

ya kancil

Amanina Mads said...

hehe.. dh episode ke 2 akak

Amanina Mads said...

memang best..hehe

Amanina Mads said...

Comel nad dalam drama nie. hehe

Amanina Mads said...

Yelah fiza..hehe

Amanina Mads said...

Yup.. its oke. drama nie pun satu-satunya yg nina tgk

Amanina Mads said...

Memang sweet ^___^

Amanina Mads said...

Hehehe.. begitulah nampaknya :)

Amanina Mads said...

Hehe..menarik la. boleh tgk kat tonton

Amanina Mads said...

Bestkan :)

Amanina Mads said...

Yup2..hehe. biasa je nana
Ohh. drama skrg byk sangat. tgk kg girl jelah
dh check adik syg..heheh

Amanina Mads said...

Hehehe..tengok la nanti

Amanina Mads said...

memang sweet cerita nie..hehe

Amanina Mads said...

Haha.. tahu takpa.

Amanina Mads said...

cantikkan dia. hihi

Amanina Mads said...

Yup.. beza setahun je.
Hehe..sweet la :D
sama la. tiap2 jumaat tak sabar nk tgk

Amanina Mads said...

Huhu.. terubat rindu kat SSID bila tgk drama nie

Amanina Mads said...

Haha.. comel2 :D

nea lopah said...

Akak minat dgn Nad Zainal ni..comel

Amanina Mads said...

comelkan nad tu..hehe

Saj said...

Saya mmg suke tgk SSID dn drama yg klua dari novel sebab jalan cerite sume cutecute. bila dpt tau pasal kampong girl, saya tros tk sabar. Blh jgk hilang rindu saya terhadap SSID. Saya slalu sibuk dan ade episod yg saya terlepas. Sebabkan akak ni lah, saya paham siket siket. Hehe. Jadi, terima kasih lah!
Nad Zainal comel sngt! :D

Yun Sing said...

Amboi.. macam mana laa boleh terbaca sipnopsis ni.. huhuhu rasa nak tengok berkobar-kobar xD

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com