31 Aug 2013

Bunga Api Kemerdekaan

Assalammualaikum.


Merdeka.. merdeka. Bukan main seronok dengar budak-budak nyanyi lagu kemerdekaan dari tingkat atas rumah aku. Dah la time hujan pulak tu ada orang bakar bunga api dari atas bumbung kondo. Boleh nampak bunga api dengan jelas dari rumah. Tak puas tengok bunga api malam semalam. Hehe..




Bunga api yang ditembak kat taman rumah


Bunga Api Kemerdekaan 


30 Aug 2013

Hari Kemerdekaan Yang Ke 56!

Assalammualaikum..


Merdeka.. merdeka buat diriku apabila semalam lulus Ujian Kelayakan Moto. Hehee.. Dan tak sangka kawan yang sama-sama ambil lesen dulu datang tengok aku buat test lepas habis kerja. Tengs Eiya sebab sudi belanja tuan blog makan dinner di tepi pantai. Maaf tak bawa dslr jadi tak dapat nak shoot pemandangan langit. Rugiii... Nanti lah dating kat sana lagi. 



Oke lah, dah melalut dari tajuk asal. Tak sangka Malaysia sudah merdeka bagi kali yang ke 56! Tema bagi sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" yang lebih bersifat perpaduan, berorientasikan patriotik dan kesatuan negara bangsa. Sesiapa yang cintakan mata pelajaran Sejarah semasa di skolah mungkin lebih faham apa erti kemerdekaan. Tanpa pejuang di zaman dahulu mungkin Malaysia tidak seperti sekarang. Dah lama rasanya tak kibar bendera lepas tamat skolah. 


26 Aug 2013

Jadi Pengapit Jodoh Lambat?


Assalammualaikum..


Teringat kata-kata my mum yang tak setuju bila aku cakap nak jadi pengapit Tini dulu. Walaupun itu cuma sekadar usikan tapi realitinya tak minat nak jadi pengapit. Saya pemalu orangnya. Hihi.. *Pelish pecaya. Bukan pemalu tapi segan nak berkepit mengepit pengantin. 



Jadi pengapit jodoh lewat



Benar ke kalau jadi pengapit nanti lambat bertemu jodoh? Yea, mungkin orang akan mengatakan "ahh, janganlah pecaya benda-benda tu semua, karut saja". Adakah ayat ini hanya untuk menyedapkan hati saja? Atau ada benarnya? Orang dulu-dulu kan banyak pantang-larangnya. Erm.. aku memang takmo jadi pengapit sebab itulah Ika jadi pengapit menggantikan 3 calon pengapit Tini termasuk aku. Yelah.. bila orang cakap benda macam nie aku jadi takut jugak. Memang tak dinafikan soal jodoh, ajal, maut, rezeki semuanya urusan Allah, kita hanya mampu merancang.. betol kan? Usaha tangga kejayaan.. marilah kita berusaha mencari jodoh!! 


Nak tukar topik boleh tak? Haha.. Umur dah 23 tapi takda pengalaman menjadi pengapit. Bukan best pon jadi pengapit, even macam glemer (kononnya la). Tambah-tambah pulak si Aiman, pengantin tu asyik promote aku kat kazen dia 3 orang memerangkap pengapit dia. Hadoii.. Lagi lah aku reject. Semua kawan yang mai kenduri dok tanya aku bila nak kawen. So typical malay arr.. Tak boleh nak berlagak cool cuma cakap "doakan la aku kawen cepat-cepat". Habis cerita. Jadi conclusionnya nak tau bila si Ika tu kawen kena la tunggu ye. Ngeh..ngeh. 





Soalan-soalan nie akan sentiasa menghantui hidup kita... 


1) Masih bujang - "bila nak kawinnye?"
2) Sudah kawin - "dah ada isi ke?" a.k.a "bila nak ada anak?"
3) Dah ada anak sorang - "tak nak tambah anak lagi sorang ke?"
4) Bila anak dah besar - "bila anak nak kawin?" (soalan berulang kembali tapi versi anak ler pulak... bila anak dah kawin, tanya pulak bila nak dapat cucu) 



Itu hakikat yang anda dan aku patut terima... 


17 Aug 2013

Gwiyomi Setia Hujung Nyawa Raya (2013)

Salam Readers..

Seronok la tengok Gwiyomi stail Zain, nyanyi khas untuk pujuk El. Telemovie Setia Hujung Nyawa Raya kali ni lain sikit sebab diaorang bakal dapat baby. Balik beraya di kampung siap ada orang nak mengorat Zain, siapa lagi kalau bukan sepupu hubby dia. Sweet tau. Haha.. 



15 Aug 2013

Hantaran Pengantin Perempuan

Assalammualaikum.


Suasana hari raya tak habis lagi dah ditambah dengan suasana majlis kahwin pulak. I'm getting married! Opsss... Tunggu next entry oke. Banyak benda tak siap lagi. 3 hari saja yang tinggal. Yang penting dah pandai sikit nak buat hantaran, kenduri sendiri nanti senang. Hantaran 9 berbalas 11. Wahh.. banyakkan. Alhamdulillah dah siap termasuk goddies. Harini nak bw lajulaju nanti sampai hari isnin tak online. Semoga majlis berjalan dengan lancar ahad ini. Aminn ❤


Goddies untuk budak-budak

Cantikkan Al Quran


10 Aug 2013

Selamat Hari Raya 2013

Assalammualaikum buah hati.


Entry bergambar: hari raya pertama dan kedua :')


Baru ada masa sikit..sikit je untuk story hari raya tahun nie. hehe
3 hari sibuk beraya saja. Makan free la katakan.


Selamat hari raya semua! macam mana raya tahun nie? Oke ka? Aku punya oke lah, better than previous year as ramai saudara mara yang gather at one place untuk beraya macam tahun lepas dan tahun nie juga lebih bermakna bila aku kali pertama beraya bersama hijab. Tetap meriah! cuma raya tahun nie duit raya makin merosot. Mendadak weyh masa malam raya pertama sebelum tidur tu aku terbayang anak panah macam kat index bursa saham malaysia tu rajah turun mendadak. Haaa lebih kurang macam tu la. Hewhew..


Raya tahun nie pertama kali bangun awal dan bangun sendiri weyh. Alarm tak bunyi lagi tapi aku dah bangun. Ada perasaan bangga disitu. Suddenly bila gosok menggosok mata pintu terbuka dengan senyuman my mummy! hoho.. Tengok anak dara dah bangun sendiri sebabnya malam raya aku tidoq awal. Itu la pasalnya. Text masuk pon aku dah tak heran sebab mata dah terlelap. Syawal tahun ini menyaksikan pegaruh besar baju Peplum terhadap golongan wanita di Malaysia tapi masih belum mampu menyaingi baju kurung dan kebaya. Well, my faveret always Baju Kurung :)



  Baju kurung moden kaki kembang ala Saloma by Salim Wahab D'Boutique


Menu hari raya pertama tahun nie mak dah tak buat lontong macam tahun lepas cuma menu tahun nie ialah nasi beriani bersama ayam masak merah ditambah kek pelangi buatan aku. Orang puji gebu kek tu. Haha. Makan sambil tengok rancangan tv drama OMG Hero Kampung kat tv3 tu. Tak sangka kawan kolej aku berlakon sebagai pelakon tambahan. Salute Deder ! Kalau sapa tengok ingat tak ada budak gegirl kat scene dalam bas kenyit mata dan scene budak menangis dalam rumah. Haa itu lah kawan sama course cuma kelas lain-lain. Lepas habis beraya, apa lagi petang tu tidoq la. Nak buat apa lagi. Heee...



Kek Pelangi by Me.. sedia untuk dimakan

Nasi Beriani + Ayam Masak Merah


Menu hari raya kedua pula bertempat di rumah Pak Long, menunya nasi beriani bersama ayam masak merah dan ayam goreng kampung (ayam kampung). Sedap lagi kazen aku buat air sirap limau. Perghh sedap sirap tu sebab limau banyak dan manis seperti orang yang membuat. Hehe.. Ayam kampung tu pula ialah ayam peliharaan anak pak long dimana 5 ekor disembelih untuk menjamu sedara mara. Aku tengok reban ayam ada pulak 5 ekor anak ayam belanda. Nice :)



Ini la rupa ayam kampung.. sama saja macam ayam biasa cuma isinya liat sikit



Aktiviti malam raya kedua pula, macam tahun lepas buat BBQ di rumah Mak Teh tapi tahun nie menunya Bihun Sup Ayam dimakan bersama Sambal Udang dan ayam panggang. Tapi aku prefer makan sup ayam dengan nasi panas-panas fuhhh sedap dengan ayam panggang tu. Dah puas makan, makan pulak ketupat palas dengan kuih kapit share dengan my pak long. Takut tak habis. Aku manja sebenarnya dan kalau di rumah sedara mara memang muka tak tau malu lah. Yelah buat apa nak malu, nak makan banyak mana pun orang tak marah. Itulah kesudahan menu yang aku makan selama 2 hari berturut-turut untuk raya tahun 2013. 



Saudara Mara sebelah my mum.. raya dirumah Mak Lang at Nilam Baiduri, Kulim, Kedah.


Boleh tak nak sambung sikit part hari raya ketiga.. boleh la boleh la. Oke, harini dalam kul 10 pergi pula menjamu selera di rumah mak jang. Makan Roti Jala with Kari Ayam & Kuah Durian bersama Cucur Jagung. Makan puas-puas sebelum aku keluar dating raya dengan kengkawan. Tak sempat pun nak pegi open house rumah kawan kat Pokok Sena. Nantilah.. nak restkan perutku dulu.




Nampaknya raya tahun nie aku kerja makan AYAM selama 3 HARI berturut-turut. Hah Amekaw! Bulan puasa punya lah tak teringin nak makan ayam last-last ayam jugak menjadi menu untuk OMP iaitu Operasi Memboncitkan Perut! Aku tengok wayang Percy Jackson. Nanti lah part story penuh hari raya ketiga eh. Nak tidoq dulu. I need my beauty sleep. Ngeh..ngeh.. 


Tahun nie Merah Hati 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

7 Aug 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum.




Selamat Hari Raya Aidilfitri dari nina sekeluarga buat rakan-rakan blogger dan juga kepada pembaca setia blog. Disini nina ingin memohon ampun dan maaf jika selama ini ada terkasar bahasa, menguris hati atau pun perasaan. Yeahh.. Yeahh esok raya! Kepada blogger yang beraya di Penang tu jemput datang ke rumah. Kepada yang pulang beraya tu berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang. Ada ucapan dari tuan tanah buat pembaca kesayangan:


Lagu raya kian berkumandang, 
Yang jauh dimata dikenang selalu,
Hanya dirimu sentiasaku sayang,
Terimalah Salam Aidilfitri terawal dariku buat kamu sekalian...


 Salam Aidilfitri dari Nor Amanina Ahmad :')


6 Aug 2013

Sampul Duit Raya Dari Anies

Assalammualaikum.


Bila tengok sampul surat yang tertera nama aku automatik senyum sampai ke telinga. Angpow dari blogger Anies dah sampai sebelum raya. Terima kasih banyak ya anies. Tak sangka terpilih dalam GA tu. Bila rasa nak join tapi tak sempat join sehingga la ke last minute. Last-last join jugak. Hee. Ramai yang join "GA Raya, babe! 2" tu dan tahniah kepada penerima angpow yang lain. Sebenarnya angpow yang dipilih ada yang kehabisan stok dan anies gantikan dengan yang lain. Tak kisah sangat pun pasal tu. Orang ikhlas nak memberi dan terima kasih daun keladi. Sayang nak guna dan simpan buat kenangan :')


sampul duit raya Ana Muslim


5 Aug 2013

Review Filem The Conjuring (2013)

Assalamualaikum.


Rasanya ini filem seram paling best tahun ni dan diarahkan oleh James Wan, anak kelahiran Kuching, Sarawak. So far semua movie hantu yang dia buat box office worldwide. That's mean ni MEMANG BEST ! Wan percaya pada dunia tahyul. 




Sinopsis:


Filem berdasarkan kisah benar kes yang dikendalikan oleh Ed Warren dan wife, Lorraine Warren. Pasangan suami isteri ini kerjanya tangkap roh hantu, setan (kira bomoh versi mat salleh dan bebas dari bau kemenyan). Lorraine ada kelebihan ala 6 sense. Dia boleh rasa dan nampak benda ghaib yang orang lain tak boleh nampak. Dalam banyak2 kes, ada 1 kes yang paling teruk pernah diselesaikan dan kes tu tak pernah diceritakan kepada umum, jadi James pun buat movie ini. 


Al kisah, ada keluarga baru pindah ke sebuah rumah yang dibeli secara lelong. Keluarga Perron ada 5 orang anak perempuan yang comel dan cantik. Semasa duduk di rumah tu bermacam benda pelik jadi pada family ni. First day berpindah, anjing dia asyik menyalak sambil pandang ke atas. Esok tengok dah mati kena bunuh. 






Malam first pindah, ayah budak2 ni (Roger Perron) jumpa 1 bilik rahsia bawah tanah lepas anak2 dia main Hand & Clap dan terlanggar dinding bilik sampai pecah (ganasnya). Badan mak budak2 ni pula makin hari makin banyak kesan lebam kena gigit. Semakin hari semakin banyak benda pelik dan anak2 Perron menjadi mangsa hantu. Sampai ada yang kena rasuk, kena belasah, kena cekik dan macam2 lagi. 


Filem ni seram start dari permainan "sorok-sorok" dan "tepuk". Scene bawah tanah paling aku terkejut. Sebab dah tak tahan dengan gangguan setan, mak bebudak ni pun minta pertolongan Ed & Lorraine. Seperti dikata, rumah cantik kalau dijual murah confirm banyak jembalan dalam tu. Rumah yang mereka duduk tu dimiliki oleh pemuja syaitan. Akhirnya si Ed & Lorraine terpaksa berhadapan dengan setan yang masuk dalam badan Carolyn. 






Dipendekkan cerita, Ed terpaksa buat exorcism dekat Carolyn. Nak tunggu paderi datang lambat. Tapi tak berapa berkesan sebab setan ni kuat sangat. Lagi teruk bila Carolyn sanggup nak bunuh anak sendiri. Akhirnya kuasa setan tu berjaya dikalahkan kerana sifat penyayang yang tinggi dalam diri dia. Cuma cara Carolyn sembuh dari rasukan agak mudah. Filem diakhiri dengan gambar mangsa kejadian sebenar serta akhbar hasil kajian pengarah. 






Kalau korang tengok filem ni dimulakan dengan kisah pendek mengenai patung Annabelle, salah 1 kes yang dikendalikan oleh Ed & Lorraine.



Annabelle merupakan kisah penyiasatan Ed & Lorraine Warren yang terkenal dengan kes paranormal pada tahun 1970 dan ditulis dalam buku Demonologist. Difahamkan ini ialah salah satu kes paling luar biasa daripada semua kes paranormal yang direkodkan. 


Tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik daripada kedai barang2 lama. Anak patung itu hadiah hari jadi anak perempuannya, Donna. Dia seorang pelajar kolej dan lulus ijazah kejururawatan dan tinggal di pangsapuri kecil dengan Angie (roomates). Donna meletakkan patung itu di atas katil sebagai hiasan dan tanpa perasan pelik hingga kejadian.


Sehinggalah mereka sedar kejadian pelik dan menyeramkan tentang patung tu. Patung seolah-olah bergerak, seperti perubahan dalam kedudukan, semakin lama semakin berubah kedudukannya. Kadang2 patung dijumpai meletakkan kaki di sofa dengan tangan yang dilipat, pada masa lain tegak, berdiri di atas kaki, bersandar di kerusi makan. Sudah berapa kali Donna letak patung itu di sofa sebelum keluar bekerja, lepas pulang ke rumah Donna terpaksa mencari patung tu.


Pada suatu malam, Donna pulang ke rumah dan mencari patung itu dan ia berpindah sekali lagi. Kali ini berada di atas katilnya. Donna memeriksa sesuatu yang aneh. Rasa takut tiba2 bila ternampak kesan titisan darah di belakang tangan dan dada patung itu. Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar. 


Tak lama kemudian, Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins, seorang gadis muda yang tinggal di kawasan sebelum pangsapuri itu dibina. Gadis 7 tahun yang mayatnya ditemui dalam pangsapuri itu. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan mahu tinggal dengan mereka sebelum berpindah ke patung. Sebab itulah patung tersebut berpuaka, kerana roh budak mati dibunuh telah melekat di patung hingga membunuh salah sorang kawan Donna. Sehingga sekarang patung Annabelle disimpan rapi dan tidak dibenarkan ia dikeluarkan atau disentuh sekali pun kotak tempat simpanannya.

4 Aug 2013

E-Kad Raya Dari Kathy

Assalammualaikum.


E-Kad Raya Dari Kathy ♡ | Short entry pagi nie sebabnya busy sikit dan ambil masa nak bw. Cuma harini baru tengok dua e-kad raya dari blogger kathy. Oke kedua-duanya sangat cantik dan nina hargai sangat-sangat. Bukan senang nak buatkan. Terima kasih ya Kathy buatkan kad raya buat juri blognya. Dah lama tak dapat kad raya sejak masuk sekolah menengah. Sedih bukan? Tapi tak apa sebab ada juga orang nak bagi, kad nie kalau print cantik jugak. Ini juga gift yang ke 3 dari Kathy. Hehe.. Tak lupa juga kat Pheonix sebab terpilih sebagai pemenang saguhati berupa topup RM 5 di entry ini "Senarai Pemenang Pheonix Giveway".. dah topup pun. Tak sangka lagi 4 hari nak raya! Kepada blogger yang pulang ke kampung harap berhati-hati dan selamat sampai ke destinasi ya. Selamat Hari Raya :')






3 Aug 2013

Selamat Hari Lahir Teman Lelaki

Assalammualaikum.



Siapakah orang yang dimaksudkan? Setelah 2 tahun lebih kami membawa haluan masing-masing dengan seribu tanda tanya dan berbagai perasaan. Sepanjang tempoh 2 tahun juga aku tak pernah mengucapkan sebarang kata-kata pada dia. Maksudnya, bila kebencian dan kemarahan masih ada memang sepotong ayat kemaafan tak akan terucap. Alhamdulillah.. tahun ini kami sudah berbaik dan menjadi kawan semula malah agak lama juga aku tak pernah menceritakan apa-apa tentang dia dalam blog ini. Maaf, penulisan agak dramatik sebab sudah melayan 2 buah novel cinta  . Hoho.. Baru tahun nie masing-masing nak wish birthday. Bak kata pepatah "Orang berbudi kita berbahasa"



Entry ini saja dipublish awal-awal sebabnya bufday boy jatuh pada hari raya ke 2. Wish awal takut terlupa pulak maklum la sibuk beraya nanti. Setiap kali masuk bulan 8 pakcik tu akan bertambah umur semakin tua. Haha *gelak jahat .. Nak ucapkan  


Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 21 
buat Nur El Azrie
9 Ogos 1992



Semoga menjadi anak yang soleh buat mak & abah.
Menjadi abang yang baik buat Qidah, Afiq & Arif.. Takmo bulibuli tau
Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam apa jua perkara yang dihajati. Aminn...  

Notes:
Kejap je awak dah 21 tahun..
Rasa macam baru sambut bufday yang ke 18 ramai-ramai
kat McD Medan Gopeng, Ipoh
Sambil calit krim kek Blueberry tu.
Oke, itu satu kenangan yang lepas buat kita :')
Pelish jangan kembang hidung kalau baca entry nie.    
Sincerely : your ex gf..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com