18 Sept 2013

Sinopsis Dalam Setiap Sujud

Assalammualaikum.


Baru malam nie habis marathon drama Dalam Setiap Sujud arahan pengarah Raja Ahmad Alauddin (director kesukaan). Walaupun drama dah lama tamat dari bulan Februari tapi baru sekarang dapat tengok full episod kat Tonton. Maklum la masa tu, aku baru start intern. Jadi sibuk dengan LI sampai tak tengok tv. Drama yang disiarkan pada 8 Jan lalu di TV9 itu. Tengok dengan khusyuk memandangkan hero heroinnya Azlee Khairi dan Nur Fathia. 




Seriusly, bila tengok drama ni baru aku tau siapa Keith Foo, yang menjadi sepupu kepada Irham dalam Love You Mr Arrogant. Rupanya, dia pelakon Malaysia yang sudah 10 tahun menetap di Indonesia. Jadi tak hairan la dalam drama ni, Keith fasih cakap indon dan terkejut kot tengok Keith solat dalam. Eh.. dia Islam ke?


Sinopsis :


Mengisahkan Hendra (Keith) yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogjakarta. Kehadiran Jannah (Fathia), sukarelawan dari Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihat kelembutan Jannah melayan anak kecilnya, Ilah.




Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah, bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee).




Sweetkan? Ohh melting.. haha



Malangnya, Fareez yang suka berfoya-foya tak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudah mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza Ul Haq). Bagi Fareez, Jannah tidak layak menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan nya lebih setaraf.


Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima piihan ibunya. Jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu, Fareez berjanji akan membuatkan Jannah terseksa hidup bersamanya. Sedangkan Hendra tak pernah melupakan Jannah. 


Bila tengok keseluruhan drama ni, segala persoalan terjawab. Jeng..jeng. Antaranya, status agama Keith. Lakonan Azlee dan Keith yang best dalam drama ni hingga mereka bergandingan dalam drama LYMA. Cayalah.. Kalau tengok watak Fareez dalam drama ni mesti rasa geram sebab dia sangat jahat dengan Jannah time honeymoon kat Indonesia. Ego yang tinggi. Last sekali, rindu juga kat bini. Rasa sejuk mata memandang masa scene solat tu. Berapa kali menangis sambil berdoa. Lastly, pura2 sakit. Hehe.. Kalau tak tengok lagi, boleh tengok di TONTON ! :)

2 comments:

  1. Macam best cite ni.. dari dulu memang tak pernah sempat tengok lagi..

    ReplyDelete
  2. Macam best cite ni.. dari dulu memang tak pernah sempat tengok lagi..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com