29 September 2013

Kenangan Last Bersama Tester JPJ


Assalammualaikum.



Meh nak sambung part last and the lastly. Akanku rindu segala kenangan bersama 5 tester JPJ semasa ujian nie. Yea, ini semua gara-gara lari dari Ujian Kelayakan pada tahun 2008. Eh.. bukan lari tapi sambung study time tu. Rekod lesen aku ada kat JPJ lagi rupanya. Ingatkan dah buang. Patut la JPJ minta balik lesen L yang dulu. Maybe mereka ingat lagi muka aku. Muka macam kanak-kanak riang lagi. Haha.. 



Alhamdulillah, hari test tu hujan lebat jadi kena tunggu hingga hujan renyai dan tapak test banjir. Bonus buat aku sebab break mengejut tak payah buat. Hoyehh.. Orang fail menjadi orang last kena test. Aku dengan Nani (kawan baru) sembang sakan. Malas nak layan perasaan gabra. Tengah sembang, tester kereta aku jalan depan kami nak pi sembang dengan tester moto. Lepas tu, tester suka main mata tu mai sembang dengan cikgu moto pula. Hai, mereka 2 orang nie tak test budak ujian kereta kah? Ke saja-saja.



Anak Panah: Tester kereta Bahagian III yang lawak tu



Tak apa la janji senyum lebar kat mereka berdua. Masa turn aku, Nani cakap kena buat break mengejut sebab jalan dah kering sikit. Bila dapat moto dari budak india lepas turn dia, boleh cakap pula moto tak best. Panas hati aku, saja buat takut. Naik titi terus pandang depan, dah la hujan renyai. Turun titi jeans aku basah kena air. Dah serupa redah dalam banjir. 



Kenangan first:


Sampai di petak break, break mengejut hingga tayar terseret dengan jalan yang licin sampaikan adik yang tunggu turn pun boleh terjerit tengok aku dah nak terjatuh. Cikgu pula marah dia sebab menjerit. Hahaha.. Serius lawak! Tengok muka tester, dia boleh senyum tapi muka pandang tempat lain. Hampeh betoi. Tester di sebelah pula buat-buat tak nampak, tester tu juga menjadi tester masa ujian bukit aritu. 



Begini la keadaan jalan masa break mengejut. Seram kalau terjatuh..



Kenangan kedua:



Bila cikgu suruh park moto tepi pondok tester lepas tu arah aku park moto kat tempat biasa pula. Geram pula kena main-main dengan cikgu! Arghh.. lagi basah jeans sebab tolak moto dalam air. Tester senyum saja. Ohhh.. saja nak kenakan aku lettew. Huhuuu 




Bawah pokok ni lah, kena main-main dengan cikgu. Terpaksa redah air bertakung pula tu



Kenangan ketiga: 



Patah balik ke pondok tester nak amik result. Hamboi tester hensem yang test dibukit tu bangun dan senyum lebar. Ermm.. ada satu macam short current la asyik pandang muka dia. Ada budak Cina datang baru aku nak sign kertas result tu. And..and abang test tu cakap lulus. Terima kasih! Dah la masa fail aritu dia cakap aku menangis.


Rasanya lepas ni takkan jumpa dah tester-tester sebab test dah lepas! Yeahhh... Merdeka, merdeka! Mesti rindu time kena test tu dengan lawak mereka. Kalau umur panjang boleh amik lesen lain pula. Hehe.. Sayonara I.D.I Driving Institute :) Tak lupa cikgu-cikgu yang mengajar. Mereka sentiasa di ingatan. Plan nak ajak makan nanti. Wee ~~


1 comment:

Yun Sing said...

Hahaha.. best gak ye amik ujian lesen xD

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com