12 September 2013

Mawar Fareeda Bakal Tunang Fizo Omar



Assalammualaikum.


Entri per Siapa peminat tudung Fareeda mesti tau kan yang anak gadis kepada pemilik empayar perniagaan tudung, Fareeda House of Scarf (Fareeda), Mawar Abdul Karim, 24, bakal bertunang dengan pelakon Fizo Omar pada November ini. Tak sabar nak tengok gambar mereka bertunang nanti. Kesungguhan Fizo menguruskan perniagaan membuatkan Mawar terpikat. Status sebagai selebriti bukan platform mudah bagi Fizo untuk mencairkan hati Mawar. 








Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata Mawar seorang yang komited pada kerja dan tak seperti kebanyakan wanita yang senang didekati. Berjumpa atas dasar kerja tanpa melibatkan perasaan, akhirnya hati lelakinya terpaut pada Mawar selepas melihat kesungguhan wanita itu menguruskan perniagaan ibunya. Selepas berkenalan pada tahun lalu dan mendapat restu daripada ibunya, Hasnah Jidin, dia tidak menunggu lama dan terus merisik Mawar pada 28 Ogos lalu. Fizo tidak mahu bertunang terlalu lama dan merancang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini.





Mawar menolak dengan baik bila gambarnya dirakam secara berdua. Katanya tidak manis gambarnya dirakam sebelum dia dan Fizo mempunyai ikatan yang sah. Kesungguhan Fizo pada kerja dan juga restu dari ibunya, Faridah Zakaria yang melembutkan hatinya untuk menerima Fizo. 


Sweetkan diorang? 

1 comment:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com