17 September 2013

Tips Keluar Dari Hutang


Assalammualaikum.


Semua orang berhutang. Percaya? Tiada apa yang perlu dimalukan.


Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul. Yang penting, berhutang ikut kemampuan dan bukan berhutang mengikut kata orang. Apabila berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang yang berpanjangan. Bagi aku bila berhutang dan tak jelaskan hutang mesti hati tak tenteram. Hati takkan rasa senang selagi tak bayar hutang. Duit takkan datang dengan sendirinya selepas kita membaca doa. Namun Nabi s.a.w telah mengajar cara untuk keluar dari beban hutang. Iaitu 5 langkah yang perlu kita buat:

Tips Keluar Dari Hutang



1. Hilangkan perasaan susah dan sedih



Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini. Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana, ada di mana-mana hutangnya. Hutang sudah keliling pinggang.



2. Tanam sifat rajin


Setelah berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin. Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin.  Harus rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan. Tiada alasan, itu harus diikhtiarkan.




3. Menjadi berani dan banyak bersedekah


Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani. Jika gaji anda tidak mencukupi untuk keperluan hidup, kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain. Yang paling penting, mesti berani dalam bisnes. Namun kebanyakan kita tidak berani sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnes.

Dan pada masa yang sama, banyakkan memberi sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang.. Jangan jadi bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang. Give first, earn later.



4. Bayar hutang secara sistematik


Apabila kita telah membuat 3 langkah awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat. 3 langkah sebelum ini menjadikan kita ada pendapatan lebih.

Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang dengan cepat.



5. Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang


Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan membantu dengan caraNya, bertawakallah dengan berusaha. 



Sumber: FB

16 comments:

Kakzakie said...

Betul... setuju kakak dgn N3 Nina ni. Begitu juga sebaiknya sebelum berhutang kena tahu kemampuan diri dimana...

Ujie said...

bila dah kawin ni makin byk utang..keta, rumah. Mmg sume berjadual, tapi alangkah best idup tanpa hutang.

S.K.A said...

nice sharing =) alhamdulillah, sgt2 stuju..mnusia ni mmg xdpt lri dri hutang..xkiralah hutang pd manusia @ Allah...nsb baiklah sy ni msih igt hutang2 yg ada..jenuh gak duk pk..xpe, pasti ada jalan...pinjam 5k boleh?? nk bt byar hutan ni..he3

Kathy Rbain said...

perkongsian menarik sis..tqvm..

mama maman aka yana said...

betul tuh.. lg besar pendapatn makin besar peluang utk berhutang.. haha

Mieza Jhaa K said...

Bila dah berhutang kenalah bayar..jangan sampai org meminta-minta pulak.. seeloknya jauhi hutang yg membebankan.

Ema Johari said...

nice entry..goood tips

Khai♥Rin : anies said...

jgn mengelat utk byr hutang udah ler...

Khai♥Rin : anies said...

p/s kalu dtg ke sini, roger2 la sy..b leh nnt JJCM together-gether... ;-)

Raudzah Z said...

Betul tu nina..sebenarnya banyak cabaran berhutang ni..memang kena pandai manage...bila nak berhutang pikir banyak kali..kalau rasa ready..then go ahead..kalau tak jangan cari masalah...

Anonymous said...

Memang banyak utang itu susah yaaaa....
Bagaimana bila cik nina,sedekah ke aku saja ? Wakakaka..canda.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tips yang bagus nina.. akak hutang dengan PTPTN tak habis bayar lagi ni.. hehe..

Eiqa Almond said...

nice sharing dear ^^

hainom OKje said...

So selesaikan dulu hutang yg mana ada tu...tak yah dah ambik hutang yg baru kan Nina....
Kalau tidak sampai sudah asyik berhutang je

Raudzah Z said...

Bila berhutang kena banyak berdoa semoga Allah permudahkan kita untuk settle hutang secepat mungkin...dthen memang kena banyak bersedekah..supaya harta kita bertambah..

Yun Sing said...

Oops.. thanks.. haha.. entri ini buat saya teringat sesuatu *ehehe

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com