26 October 2013

Sweet Talker : Lelaki Bermulut Manis

Assalammualaikum.


Harini genap 6 hari sudah aku bekerja. Macam2 ragam manusia yang boleh dilihat terutamanya makhluk tuhan bernama LELAKI. Bagi pekerja baru macam aku, memang tak sah kalau tak jadi perhatian. Tak sangka mak sedara sepejabat dengan mamat2 hensem. Setiap kali aku datang opis tu mesti ada sorang pakcik nak introduce dengan mereka. Aku nie pulak pelik sikit. Bila dah jadi kes macam itu terus tak pegi dah opis tu. Hahaa.. 


Zul Khairi suka hantar IM macam nie. Dia suka aku masa study kat Kedah dulu.
Walaupun rumahnya cuma sejengka dengan rumah mak teh tapi tak pernah terserempak.
Mungkin ini dikatakan tiada jodoh. Say Cheese...



Bercakap tentang mulut manis lelaki. Manis bak madu lebah. Cuba lelaki panggil kita honey, confirm cair. Biasanya wanita mudah jatuh hati dan tertarik dengan lelaki jenis nie. Rasa melayang bila dengar kata pujian dan cinta. Selalu orang kata, ayat lelaki lebih manis which means lelaki pandai bermain kata2 dan bijak mengambil hati orang. Tapi bagi aku bukan semua lelaki pandai bermain kata.





Ada juga sweet talker suka buat pasangan makan hati dengan kerenah mereka yang suka memuji wanita lain tanpa menjaga hati pasangan. Tumbuk kang.. Haha. Ini kes parah, boleh makan dalam. Kalau puji ikhlas oke tapi berhati-hati jika terkeluar ayat nak mengurat. Contohnya:  

"Comelnya dia n bla..bla.." (Ayat ini aku cukup menyampah, tak kenal cakap macam tu)

"Awak lah paling cantik diantara ribuan wanita"

"Senyuman awak sungguh menggoda"

"Amboi depa macam adik dengan kakak la" (Ayat pakcik tu bila nampak aku jalan dengan mak sedara)



Jadi probability untuk si perempuan terjerat adalah tinggi kerana mereka ialah makhluk yang mudah cair apabila dipujuk, dirayu, digoda dan sewaktu dengannya. Bagi yang dah kawin, ia jadi kebahagiaan rumahtangga. Jika lelaki bawa jumpa family, tak bermaksud dah ada tiket nak jadi bini dia oke! Bagi aku yang dah alami situasi ini 2 tahun lepas, just anggap menziarahi keluarga dia untuk berkenalan.



Kebahagiaan yang sebenar bukanlah datang dari kata-kata, tapi datangnya dari niat yang ikhlas. 

14 comments:

Kathy Rbain said...

betul sis..tunjukkan syg dgn perbuatan,bukan setakat kata2 manis jer..

deno said...

betul! bukan kata2 segalanya

reenapple said...

Aku setuju dengan ayat last tu. :)

Lelaki yang ber mulut manis dan lelaki yang bermulut macam setan, dedua aku dah pernah alami dan kedua dua aku rasa macam lebih baik diorang pergi meninggal. Muahahahahaha. *gelak kejam*

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

akak dah banyak kali terjerat dengan lelaki bermulut manis.. yang bab jumpa family tu memang betul..

Khir Khalid said...

Betul tu Nina.. bukan semua lelaki pandai bermain kata.. ada yg tak boleh nk berkata apa pun walau di hati sebenarnya suka hehee.. Salam Ahad :)

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Sweet talker nie selalunya romatik.. mmg confirm cair la kan..hehehe..

Syazana Zainn said...

Kdg2 annoying la if laki sweet talker sgt
Rasa nk lempang pun ada haha

Kakzakie said...

Sebagai wanita/perempuan pula kena ada sense utk memahami di sebalik kata-kata. Jgn mudah terjerat!

are_lin@yu said...

ehehe sesaja lah nk ngusik tu kan ;-)

pha is said...

kata org, lelaki suka apa yg dia nmpak, perempuan suka apa yg dia dengar. sbb tu perempuan pakai make up, dan lelaki bermulut manis.. hehehe

Fais-SKA said...

he3..xkena kat awak lg kot..kalau kena dgn orang yg betol..pasti cair jgak kn =) stahu sy..smua permpuan suka pujian dan kata2 yg baik..lelaki pandai zahirkan smua tu..he3..

Azlan Strider said...

hehe..sebenarnya nak salahkan lelaki kerana bermulut manis pun tak boleh jugak sebab bak kata awak laa, majority perempuan akan cair sebab mereka yang meminta supaya lelaki bermulut manis..bukan semua lelaki bermulut manis jahat tapi sy tak nafikan ade sesetengah lelaki menyalahgunakan bakat bermulut manis nie...

Regards,
-Strider-

Khai♥Rin : anies said...

ni lelaki muda je kot...lelaki da berusia x rs nyer ekekekkee

Yun Sing said...

Betul tu kadang-kadang rasa hmm.. kadang-kadang menyampah xD

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com