15 November 2013

Blog Dan Tuan Blog Kena Hentam !

Assalammualaikum.


Salam Jumaat buat semua. Bila baca, benda pertama mengucap dulu untuk kurangkan rasa marah. Entah di mana silapnya, akhirnya aku menjadi mangsa "Anony" di entri ini "Amukan Azazil : Scene Malam Pertama" . Selama 3 tahun berblog, aku hanya banyak bercerita pasal DIRI SENDIRI lebih dari hal lain, kalau buat entri pasal artis pun kurang sangat, boleh dikira dengan jari apatah lagi kutuk orang dalam blog sendiri. Tapi komen nie memang buat aku rasa down. Nina mintak maaf sangat, kalau ada yang boleh terasa sangat dengan isi kandungan dalam blog nie. Mungkin jadi blogger pun ada orang tak suka T____T  


Blog dihentam 


Ada banyak persoalan yang berpusing di otak kepala aku nie...


1. Kenapa nak marah sangat sampai kena kaitkan diri aku yang bertudung tapi kononnya tak faham tentang halal haram. Benda nie UMUM.. Sesiapa pon boleh marah bila ada orang komen kurang ajar. 


2. Hak nak berkreativiti, itu hak pengarah dan penerbit. Engkau marah2 pon movie sebegini tumbuh bak cendawan selepas hujan *boleh buat mushroom soup.. ting 


3. Paling kelakar bila dituduh suka promosi benda2 haram.. HARAM boleh dikategorikan dalam pelbagai jenis. 


4. Kalau nak bagi nasihat, sebaik-baiknya nasihat dengan cara elok dan sopan bukan main hentam macam nie. 


Aku hanya manusia biasa, semua orang tak perfect. Buat kawan2 blogger.. Kalau ada salah dan silap tu, tegur2 la eh :) Kritikan membawa kebaikan.. I loike

21 comments:

Aisy Nasiha said...

Setuju sangat dengan nina.. orang macam ni agaknya pikir dia tu 100% betul..orang lain tak ada apa2 yang ok... kalau kena caranya, kita pun tak kisah kan? Mmg tahu kita mungkin tak perasan buat silap.. tapi menyinga pula kalau dikenakan yg bukan2..

Kathy R'bain said...

mak ai..marah sakan dia ni..

Dhia Dirham said...

kalau kena kat dhia memang nanges la...

Raudzah Z said...

Kesian Nina..sabar k..jadi bloggers ni kena kuat. Tak semua orang suka apa yang kita tulis...Ada yang lempar batu sembunyi tangan macam anonym ni buat. Tak salah nak menegur. Gunakan bahasa yang lebih baik kan elok...hmmm

reenapple said...

Hurm.. aku pun ada pengalaman buruk dengan anonymous.

sabar je la. Apa-apa pun Nina boleh ambil langkah berjaga-jaga. Boleh disabled komen dari anonymous.

Dan jangan fikir.. abaikan. Mungkin dia tengah emosi masa baca entri Nina tu. *gosok bahu*

Puan Gojes said...

oh wow! hebaknya dia. kalau hebak sgt, kenapa tak letak nama, siap url blog erk. hurm. tak pe la awak, blogger mcm kita ni memang kadang ada yang suka dan tak suka. PG pun pernah mengalami benda yang sama. its ok. as long, kita tahu apa yang kita buat, tidak atas niat untuk mengaibkan sesapa.

#bersuara itu hak kita. so to the 'anony', mari kita ucapkan thanks for him/her, sebab berani bersuara :)

Murni Alfathunnisa said...

akak dah lama tak mai sini. maaf naa. tak sempat akak nak baca entry yang dimaksudkan tu. apa pun bersabar lah..dunia ni macam2 ragam manusia kita kena hadap.
jadikan ia sebagai pengalaman berharga.

BM said...

Kena sgt dgn entri saya hari ini...hehe
Sabar ye...kita xdpt nak puaskan hati semua orang. :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

ni memang tahap menghentam.. kalau nak tegur pun elok buat ayat berhemah.. dah dia anti sangat dengan pengarah/penerbit melayu kenapa nak melibatkan kita pula? huhu.. kenapa la dia guna nama anonymous, kalau berani cuba bagi nama sebenar..

Mysara Ab Rahman said...

ntah paham ngn si anon ni...dye paham xkonsep haram tu sbnrnyer..

Mia Liana said...

uikkk.... patutnya tegurlah dengan elok. sabar ya...

Khai♥Rin : anies said...

Pedulikn je nina

hainom OKje said...

Ooo....ada jugak yang mengutuk gitu yeh Nina...so far tak kena so OKje pun belum merasa kepedihannya...harap bersabar ye Nina..

Arham Md Ali said...

Troll comment je macam Nina. Kalau selalu posting dekat forum kan, selalu je ada post-post macam ni.

Puan Gojes said...

morning nina :)
PG dtg isi tabung chuper.
selamat hari ahad :)

Vee said...

tu la yg selalu saya fikir bila nak publish entry . selain isi kandungan , imej juga kena jaga ... manusia ni macam2 ... sabar yer ...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

cakap pasal ni, baru semalam akak dapat komen jadi anonymous ni.. berkenaan kisah yang akak kongsikan dala blog akak.. boleh dia cakap akak mereka cerita.. geram la juga bila kisah benar akak ada orang pertikaikan begitu.. mungkin dia baca entri akak tu main skip je, tu tak tahu cerita sepenuhnya.. lepas tu terus komen.. siap sebut perkataan 'melayu' juga.. akak syak macam orang yang sama je..

Pha Is said...

amboi.. mcm retis sekarang, siap ada org kritik ni.. hehe

Hafiza AizZawa said...

dia terase tu mst ader yg tak kene.. manusia mcm2 peel ader..

Fiza Rahman said...

Alahaiii...kita plak yg kena hentam.

Yun Sing said...

Hua.. ada juga orang yang tiba-tiba melolong macam ni.. huhuhu.. kite tak pernah kenala..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com