10 Nov 2013

Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda

Assalammualaikum.


Baru sempat tengok majlis pertunangan dan perkahwinan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim di Tonton. Maklum la hari sabtu, kerja pula. Tersengih-sengih bila dengar nasihat Ustazah Bahiyah dalam Nasi Lemak Kopi O di Tv9 berkaitan perkahwinan. So sweet :) 




Fizo dan Mawar sebelum tu telah mengikat tali pertunangan yang diadakan di rumah pihak perempuan di Country Height, Kajang. Sama cantik sama padan. Semalam bertunang harini akan bernikah dan hanya sekali lafaz, Fizo sah menjadi suami kepada Mawar jam 9.35 pagi tadi.


Rombongan Fizo didahului penunggang motosikal disambut meriah. Antara yang mengiringi Fizo ialah Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Nazim othman, Fahrin Ahmad, Iqram dan Shila Amzah. Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berupa Cincin, Mas Kahwin RM506, Motor Vespa, Kek berupa Hot Burger, Beg tangan, Jam, Al-Quran dan jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011 kilogram. Manakala pihak perempuan membalas 9 dulang hantaran berupa Cincin, Motosikal Ducati bernombor plat WWF120, helmet, jaket, MC Book, Beg duit, kek dan set penjagaan diri.





Pasangan ini merancang untuk berbulan madu mengelilingi Eropah selama 3 minggu dan majlis resepsi di Kelantan dan Pulau Pinang akan dibuat di akhir tahun selepas pulang berbulan madu. Tahniah buat Fizo dan Mawar. 

14 comments:

  1. cantik,sama padan.

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada mereka.. semoga diberkati oleh Allah sellau dan kekal hingga ke syurga.. :D

    ReplyDelete
  3. macam pinang dibelah dua tengok dorang nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. Muka dia orang seiras..semoga jodoh berpanjangan..

    ReplyDelete
  5. Bestnya dah kawen..hehe..boleh buat2 roti tuk suami plak ni..heee

    ReplyDelete
  6. Bagus diorang ni kahwin cepat. Maybe diorang ni bercinta lepas kahwin nanti agaknya.

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat Fizo & Mawar :)
    Muka mereka ni mmg ada iras lah kan. hehe

    bestnya pergi berbulan madu mengelilingi Eropah...

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat mereka..mmg sama cantik dan sama padan.. =D

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat mereka berdua..
    Mawar memang cantik kan :)

    ReplyDelete
  10. Suka tengok mereka berdua....muka mcm samakan Nina...

    ReplyDelete
  11. Sama cantik sama padan. Suka tgk dorang.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com