25 November 2013

Throwback Engagement Day Roommates

Assalammualaikum.


Counting the days on my convocation ceremony. Excited, nervous, speechless all in one. Tak sangka dah habis study dan impian untuk sambung study still ada. Aminn.. semoga urusan dipermudahkan oleh-Nya. Dalam sibuk mengejar kerjaya sudah ada 2 orang roommates aku menjadi tunangan orang.


Oke, ini sangat terkejut beruk pabila aku menjadi orang last dapat tau. Nampak sangat Fb pun dah tak layan apatah lagi WeChat. Ngeh..ngeh. Nevermind tiada perasaan kecil hati kerana aku memang tiada perasaan. Haha


Gambar sebelum semua berpisah untuk menjalani Internships dan meninggalkan rumah sewa buat selama-lamanya.. Sedih ohh

p/s: Bersama 5 ex dormmates dan 3 new roommates.. Ramai noks dalam rumah banglow teres 2 tingkat tu. Hihi. Riuh macam pasar Selayang je setiap hari kecuali cuti sem.  #Taman Pekan Razaki, Ipoh dalam kenangan. Acece



Sebelum start Intern, dah dengar gosip2 yang mengatakan si Dayah nak bertunang lepas habis study. Aku ingatkan gosip je, rupanya betol. Dah lama bercinta elok la bertunang. Kalau dekat dah terjah tapi jauh hingga ke Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Tudiaaa.. Tengok pic pun jadilah. Hihi 


Nur Hidayah Arshad, 21 & Mohd Nizam
21 September 2013




Geng2 budak rumah area Kedah. 


Roommates yang ke2 lain sikit kisahnya. Sebelum nie memang bercinta dengan budak kolej lepas tu break. Tup..tup dah bertunang dengan seorang lelaki yang aku rasa kawan kepada abang iparnya. Wah dah jadi tunang abang Navy la. Sweetnya Nini.. Ini pun tak pegi sebab rumahnya di Kangar, Perlis. 


Nurina Iwanie bt Zainurin, 22
12 Ogos 2013



Terjawab suda antara kami 14 orang siapa dulu yang kawen. Diorang suka sangat cakap aku kawen dulu la. Nak buat macam mana jodoh Amanina dengan Azrie tiada. Kami hanya menjadi kawan.


*Autopublish.. Happy Monday everybody! :)

12 comments:

Azlan Strider said...

alhamdullilah...lepas nie tunggu berita dari lyna pulak..hehe

Regards,
-Strider-

Ema Johari said...

musim majlis pertunangan dan kenduri kahwin skrg ni

Khai♥Rin : anies said...

tahniah utk depa!

Dhia Dirham said...

moga jodoh mereka kekal hingga naik pelamin dan hingga ke jannah :D

Vee Zawiah said...

jgn sedih nina . insha allah , ada lah nanti tu ...

Raudzah Z said...

Tahniah nina..memang best perassan habis belajar ni..tapi I am sure after certain time you'll miss the uni time..semuanya dah tak sama bila bekerja..

Wirda Amir said...

Tahniah utk mereka berdua...kalau ada jodoh,tidak ke mana....

gadisBunga™ said...

bagusnya jodoh datang awal-awal macam ni. :)

mama3heroo said...

salam ptg..hai nina salam kenal dr m3h
done follower yg ke 402

Kathy R'bain said...

takpe..belum sampai seru tu..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tahniah kepada kawan nina yang dah bertunang tu.. nina muda lagi, pasti akan bertemu dengan seseorang yang baik.. :D

Yun Sing said...

Yeah *tepuk* Sekarang mesti dah kahwin kan akak2 ni :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com