26 December 2013

Review : Shiseido Black Mask


Assalammualaikum.


Akhirnya.. Selepas sekali guna terus jatuh cinta padamu masker. Dah jadi faveret. Mask ni sangat penting dan beri instant result jadi paling oke kalau nak buang black and whitehead di muka. Mask jenis peel off sangat sesuai. Meh.. Try pakai gerenti tegang kulit muka. 





Suka guna black mask sebab senang nak pakai
Kalau white mask kena pakai banyak sikit sebab susah nak melekat di muka
Better pakai tebal sikit.. lebih oke
Harap-harap masa tarik mask tu kena tahan sikit sakit tu
Membersihkan pori-pori yang tersumbat dengan menarik mask
Sesiapa yang banyak white head or black head lebih elok pakai white mask kerana ia lebih kuat dari hitam. 




Kelebihan Shiseido Black Mask


Mengeluarkan black head or white head
Menghilangkan kotoran di wajah
Mengecilkan pori-pori wajah
Mengurangkan kedutan
Mencerahkan wajah.


Cara Guna Mask


1) Cuci muka terlebih dahulu
2) Steam atau wapkan muka dengan air panas supaya liang pori terbuka dalam 5 minit (tak diwajibkan, kalau rajin buat la).
3) Sapu masker di muka atau bahagian yang diinginkan saja contohnya di hidung atau di kawasan yang banyak blackhead dan whitehead.
4) Biarkan sehingga masker benar-benar kering/keras.
5) Tarik masker perlahan dari bawah ke atas muka.Jangan cabut dari atas ke bawah nanti tak berkesan.
6) Boleh lihat sendiri whitehead dan blackhead melekat di mask.
7) Bersihkan muka dengan air supaya pori-pori tertutup.


Boleh digunakan 1 atau 2 kali seminggu. Jika hanya guna di kawasan hidung saja, simpan baki masker dalam bekas tertutup.    


Muka model.. naya lah kalau model tau pasal nie. haha


Kawan nina hanya jual 1 paket cuma singgit je. Nak order boleh pm fb Baizura. Ada macam-macam lagi dia jual. 



20 comments:

NinaAz said...

Pernah pakai sekali. Memang best sebab dia tarik wh@bh

Puan Gojes said...

PG pun suka jenis ni nina :)
waaa, biar betul seringgit? PG tak jumpa lagi jual kat mana-mana store, sebab yang ni selalunya anak buah PG dapatkan utk PG. then, PG cari dulu kat sini, kalau tak jumpa juga, PG cari nina okei! :D

Khai♥Rin : anies said...

berseri la nina pasni ye ;-)

Kakzakie said...

Sekarang ni banyak produk yg buat black mask kan..

Azlan Strider said...

bw sini...nak komen pun saya tak tahu sangat..hehehe..

Regards,
-Strider-

Tia Fatihah said...

pernah pakai ni. kaler itam. tapi mahal dekat sini. sebungkus RM1.50 ke RM2 lah macam tu.

asha hana said...

hana pakai jugak menatang nie tp tang hidung je. sebab nak hilangkan bintik2 hitam. hehe

Sobri Yaacob said...

memang ramai yg guna produk ni..murah gak kwan nina jual ya :)

Kathy R'bain said...

wah..nak try nanti ni sis..tqvm..

Vee said...

thanks sharing . nak terjah fbnya .

Liza Licha said...

yg ni dia jenis kuat sikit lekat dia. huhu..kalau buat 1 muka siksa nya bila nak tarik. huhu

Raudzah Z said...

kita memang suka yang peel off nina..senang..bila take out very fresh!!!

MamaHarriz said...

wow cm best je ehh.takpenah try lg heeee

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

nampak menarik masker ini.. dah lama akak tak pakai masker..

izan mama mia said...

mmg best pakai nie...

Aku Penghibur said...

lelaki boleh pakai ke benda nie ?

Fiza Rahman said...

Murah tu.

Puan Gojes said...

hi nina :)
salam jumaat dari PG ;)
nina, kenapa tak letak kotak shoutmix ya?
PG singgah isi tabung sekali ya nina :)

Time Traveller said...

Nampak menarik.. tapi sesuai ke untuk lelaki? :D

Yun Sing said...

Pernah menang yang ni masa join Ga.. boleh guna ni :D

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com