31 January 2013

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (Pelajar IPT)



Korang dah dapat kad diskaun siswa nie? Aku tak dapat lagi sampai sekarang. Sob.. sob. Siapa yang dah dapat dia tersangat la untung. Untung la dah dapat kan.. Sah untuk pelajar IPTA dan IPTS. Kad ini wujud adalah kerana nak membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar IPT. Nampaknya siapa yang jadi student nie mesti miskin, miskin sebab tak cukup duit nak beli itu, nak beli ini.




Kelebihan kad nie ialah pelajar bakal dapat diskaun sehingga 60% untuk pelbagai produk apabila menggunakan kad ini. Kad nie dapat free dan hanya pelajar yang mengikuti pengajian jangka panjang 1 tahun ke atas sahaja yang layak. Lepas nie boleh shopping, cuma perlu tunjuk Kad Diskaun Siswa dengan kad pengenalan sahaja. Kalau hilang kena buat kad lain dengan caj RM 2.00. Sah sehingga tamat pengajian. Huwaaa lepas tu dah tak boleh guna. Yang masih student tu, kalau tak dapat lagi tak perlu risau. Yang perlu risau student last sem macam aku nie. Nama anda semua telah dihantar ke Kementerian. 


Contoh:

Kementerian                        Contoh IPT

KPDNKK             Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
KPT                     Universiti Malaya (UM), Politeknik
KSM                    Institut Latihan Perindustrian (ILP), 
                            Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC),
                            Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
KKLW                  Kolej Poly Tech MARA (KPTM), UniKL, 
                            Institut Kemahiran MARA (IKM),
                            Kolej Professional MARA (KPM), 
                            Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),
                            German-Malaysian Institute (GMI), GIATMARA
KPM                    Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)


Senarai Kedai Yang Boleh KADS1M Digunakan


Buku & Alat Tulis

1. MPH Bookstores
2. Imlaq Book Centre
3. Borders
4. Rona
5. Kiang Trading
6. Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
7. Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad

Kelengkapan Sukan / Peralatan / Pakaian

1. BATA
2. Texline Lino
3. Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
4. Prominent Million Sdn Bhd (Mizi Sports)

Klinik Kesihatan / Optometri / Cermin Mata

1. Qualitas Health
2. Focus Point
3. Menara Optometry

Makanan / Minuman

1. KFC
2. Daily Fresh
3. A&W
4. Coffee Berry
5. The Chicken Rice Shop
6. Restoran Kenny Crab
7. Sweet Chat
8. Legend's Claypot Briyani House
9. Dubu Dubu Seoul Food
10. My Java Coffee
11. Pancake House International
12. Station One Product
13. Gloria Jean's Coffees
14. Bangi Kopitiam

Penginapan / Pengangkutan

1. Ancasa Hotel & Resorts
2. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
3. Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
4. Jerejak Rainforest Resort Penang
5. Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd
6. Leo Express Hotel
7. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
8. Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
9. Rakyat Travel Sdn Bhd
10. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (Rapid KL)

Salun / Pusat / Produk Kecantikan

1. Foot Master
2. Paris Hill
3. Proactiv
4. Clara
5. Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad

Produk IT

1. Koperasi Celcom Berhad
2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
3. IFamily

Lain-lain

1. BKZ Bikerz
2. Roller Star Arena
3. Double Site


Kalau tak pecaya tengok  SINI

29 January 2013

Panggil PUAN? Cik Sudah Ler



Entah kenapa tiba-tiba rasa nak post pasal benda nie. Bukan nak cakap kononnya aku nie bagus sangat. Takmo la orang panggil aku perahsan.. Kalau kawan-kawan ikut suka je nak panggil aku "Hoi" ke "Oit". Dimana budi bahasa sebagai orang melayu. Panggil la nama aku, tengah mood okay tiba-tiba jadi moody. Touching nie.. takda siapa pon nak pujuk aku (hentak kaki).



Al-kisah minggu lepas-lepas, bila kali pertama, kedua dan ketiga orang reception Seri Malaysia panggil aku "Puan". Ohh terasa macam dah jadi bini orang pulak. Eh titew suke taw, tiba-tiba aku jadi gedik. Hehee.. Elok la kalau dia panggil aku makcik baru padan muka. Panggil la Akak, Cik ke Adik baru la rasa muda sikit. Tambah-tambah bila pegi kedai ada salesgirl tanya "Ya Puan, boleh saya bantu?". Mesti rasa eh aku tak kawin lagi la. Lama-lama kita akan terbiasa dengan panggilan itu. Believe me.


Macam pelik je tgk nama ada Puan =.='



Kalau kat opis nie, aku antara paling muda.. jadi masa mula-mula masuk opis tu, bila tengok makcik dan pakcik yang dah beruban tu aku rasa sepatutnya panggil "Makcik/Puan" .. Tapi aku rasa pelik pulak panggil macam tu jadi panggil la "Kakak/Abang".. Hehehe.. walaupun mereka dah berpangkat ayah dan mak pada kita. Mereka pun panggil aku "Adik" takpon "Nak". Paling suka panggil "Cek". Amboi terasa macam kat rumah bila mak panggil macam tu. Biasa la bahasa orang utara.



Aku yang berbadan "rendang".. sekarang orang panggil adik, aku pulak yang berkerut dahi, sebab yang dok menyakat tu abang/pakcik berjawatan pakguard matrik. Adoii, tiap-tiap hari orang suka menyakat. Apa boleh buat, aku cuma sedekahkan senyuman. Yang penting jangan panggil aku nenek sudah sebab cucu pun takda lagi. Kalau panggil makcik boleh diterima lagi sebab anak saudara ramai. Semua pakat panggil "Maklong Lina".



Good Luck kepada semua pelajar Matrikulasi seluruh negara
Ujian Penilaian Semester 2
PST & PDT 2012/2013


28 January 2013

Perlukah Peluang Kedua?





Perlukah peluang kedua dalam perhubungan? Tak kira bagi pasangan bercinta atau suami isteri, perlukah diberi peluang setelah ditinggalkan tak kira atas sebab apa sekalipun? 
Ditinggalkan oleh pasangan. Mungkin kerana orang ketiga. Tup tup tup si dia tiba2 menghubungi korang dan pujuk rayu untuk kembali padanya. Tidak kisahlah pada waktu itu dah ada pengganti atau belum. Apa korang buat? Waktu taknak senang2 buang korang dari hidup dia, bila luka kat hati agak2 dah nak sembuh, dia datang lagi.. Amboi banyak cantik!! Apa respon? Terima kerana hati masih sayang @ belum ada pengganti atau reject walaupun masih ada perasaan padanya?


Bagi sesetengah orang memang sukar untuk memberikan peluang kedua seteleh kepercayaan dikhianati sewaktu peluang pertama diberikan. Agak sakit juga perasaan aku nie tapi bila fikirkan semula aku tak pernah mintak perkara nie terjadi dalam hidup. Mungkin seseorang tu perlu diberi peluang kedua. Harap2 dia dapat memperbaiki kesilapan diri dan menyesal atas apa yang dilakukan.. Aku bukan tuhan yang ada kuasa untuk menghukum dan aku yakin seseorang itu pasti boleh berubah dan belajar dari kesilapan.


Tak kiralah dalam hubungan apa sekali pon, keluarga, sahabat, suami isteri atau anak kepercayaan lebih penting dari segalanya. Tapi tiada lagi peluang ketiga, keempat, kelima kerana peluang kedua telah disia-siakan. Tiada maaf bagimu. Cewah melalut pulak aku nie. Me and my partner, wawa.. berada dalam situasi yang sama dan susah nak memberi peluang kedua kepada hati sendiri untuk terima sebarang cinta dari orang yang sama.

Cik nina tengah happy sekarang nie. Sekian


Kepada yang bergelar pasangan kepada seseorang, hargailah pasangan anda sebaiknya kerana peluang kedua belum tentu ada!


P/s: Penghulu Ahmad syok pulak nyanyi lagu Kassim Selamat.. Wakaka ~ "Dimana kan ku cari ganti..serupa denganmu"


27 January 2013

Hari Ahad Yang Bosan





Ahad, kita bertemu lagi. Kehidupan yang sia2 di hari ahad memang memalaskan diri aku. Lebih kurang macam nie la muka aku kat rumah harini. Muka mintak penampaq. Hadoii.. Tapi rambut aku takda macam budak perempuan nie. Oke..tak lawak. Tak payah gelak.


Harini aku buat apa je kat rumah ye?
Rasa-rasanya selalu setiap kali hari ahad mesti rasa sia2 saja.
Bagai melukut ditepi tangga.
Apa yang aku merepek nie. Nonsense mai dah..


Weyh..bosan weyh!
Tak taw nak buat apa..
Baju keja dah gosok, buku log dah tulis, bilik dah kemas
Habis tu dah takda keja nak buat.



Harini takda kawan2 nak ajak aku keluaq.
Kang habis pulak duit syiling dalam tabung tu.
Mereka semua dah lupa dekat aku kot?
Handfon aku langsung tak bunyi harini
Yang ada pon bunyi cerek menjerit kat dapur


Bila kepala otak dah taktau nak tulis apa, jadi macam ini la
Menggedik depan kamera. Nescaya kita akan berjaya dalam kerjaya.
Oke merepak macam baburn.
Hidung dah bau aroma cucur cempedak
Itu saja keja yang aku tau..makan jugak yang aku rajin
Bye.


26 January 2013

Film Review Hansel & Gretel : Witch Hunters - Pemburu Ahli Sihir





Dihujung minggu kali ini aku keluar tengok wayang lagi. Memang kalau ada duit, kalau ada masa memang hobi aku tengok wayang. Janji movie tu best dan rating tinggi konfem wajib tengok. Tambah2 pulak kazen keja kat GSC, memang dia menjadi bahan rujukan movie apa yang best. Kang rugi duit pulak tengok ceta tak best kan3..


Memandangkan aku sakit mata tengok budak2 sekolah beratur panjang semata-mata nak tengok Juvana, aku pon mengambil kesempatan beramah mesra dengan abang tiket buat2 macam bengong sekejap bertanya dia dah tengok Juvana ke belom tapi jawapan dia hampeh. Last2 aku pilih nak tengok movie pemburu ahli sihir nie. Abang tiket pon sokong sangat2 tengok movie tu. Mesti ada something nie?


Budak2 nie yang buat bising kat depan kaunter. Dressing mereka buat aku tergelak. Kalerfull


Masuk dalam wayang tu terus movie start tak payah nak tengok iklan datok dengan ayam kuning tu. Wah memang ramai jugak yang ton..ton..ton. Lawak time tengok setail pemburu lawan dengan ahli sihir. Gelak kuat2 dalam wayang tu nina oii.. Buat macam rumah sendiri ya. Tak payah segan-segan. Duduk sebelah lelaki pun aku gelak kuat. Lantak la.


Hansel dan gretel menyelamatkan seorang ahli sihir baik yang hampir dibunuh.


Mengisahkan dua orang saudara yang ditinggalkan ayah mereka didalam hutan dan mereka sesat kemudian mereka masuk ke dalam rumah yang diperbuat dari gula2. Rupanya itu rumah ahli sihir. Hansel dikurung dan Gretel di jadikan hamba. Sehingga hansel dan gretel membunuh ahli sihir itu dengan membakarnya. 


Selepas itu, 2 beradik ini telah bertekad untuk menjadi pemburu ahli sihir sepenuh masa dan bergerak dari satu kampung ke kampung lain. Mereka berdua kebal kepada jampi. Yang best tu hansel tu pesakit diabetes rupanya. Patut lah nak berlawan dengan ahli sihir kena cucuk dulu. Itu saja storynya. Nak tau kisah selebihnya kena la tengok. Serius lawak dan best. Tak tipu punya laa. 



video


And..and tak sangka ada adegan romantik pulak antara Mina, si ahli sihir baik dengan Hansel. Budak2 18 tahun ke bawah dilarang tengok taw. Patut la abang tiket tu suruh tengok rupanya ada babak geli2. Aww.. hahaa. Malu pulak titew tengok babak tu.





Sesapa yang tak tengok lagi sila tengok, memang tak rugi. Promote sikit untuk peminat filem omputih.


25 January 2013

Cerita Kosong




Selamat pagi ibu2 bapak2
Harini kena kerja la..
Orang lain sibuk cuti sampai Isnin
Oke aku sangat jeles! jeles baq hang
Bos pon cuti harini.. huwaaaa





24 January 2013

Pengorbanan Seorang Wanita/Kekasih



Assalammualaikum.. tak jawab dosa tau
Salam Maulidur Rasul wahai pembaca sekalian



Dihari yang mulia ini, aku rasa bersyukur kerana masih lagi bernyawa dan dapat melihat perasaan kawan baik yang sanggup bersusah payah berkorban hanya semata-mata untuk mencari baju perkahwinan beliau. Kenapa aku cakap macam tu??





Seminggu terlantar di hospital kerana otot tisu kaki dan urat hampir putus gara2 jatuh di opis. Wahh, baru petang tadi aku tengok dia dengan kaki berbalut tapi tetap jugak cari baju untuk wedding nanti. Sanggup berkorban dengan kaki kiri yang masih lagi sakit. Kalau korang sanggup tak?? Baik berehat kat rumah je dari tahan sakit kan.


Semoga cepat sembuh buddy.. Tak sabau nak makan nasi minyak nanti. Can't wait (bila dengar dia tempah dj, nanti boleh karok dengan ayah). Aku kagum dengan ketabahan dia, masalah family yang selalu dia kongsi dengan aku, berkongsi kasih sayang mak. Sesungguhnya aku tak pernah rasa dengki bila mak jugak sayangkan dia macam anak sendiri.


Nampak macam sihat kan? Elehh berlakon ja nie



Meh sini baca, nenek nak bagi tau sikit



Cinta adalah satu anugerah yang paling berharga yang dimiliki oleh insan terpilih. Hanya insan bertuah sahaja yang mendapatkan cinta tulus ikhlas dari pasangannya yang ikhlas mencintai. Namun, pengalaman sering mengajar kita erti kehidupan sebenar.


Ramai yang berubah kerana cinta dan ramai yang kecewa kerana cinta. Ada yang langsung tak percaya cinta akibat pernah terluka, tertipu, dan sebagainya. Namun, cinta yang pergi tak semestinya akan pergi selama-lamanya. Mungkin cinta yang berlalu pergi ada hikmah disebaliknya. 




Perkara yang perlu kita elakkan didalam perhubungan adalah sikap tidak mempercayai pasangan. Sering berprasangka buruk kepada pasangan selalunya akan memakan diri sendiri. Berlakulah jujur dan saling percaya mempercayai antara pasangan kerana itulah yang akan mengukuhkan lagi hubungan. Semoga hubungan itu akan kekal selama-lamanya.


23 January 2013

Penimbang Berat Badan Tak Boleh Pecaya


Selamat tengahari semua penduduk bumi.
Dah lunch ke? Kalau belom cepat2 pegi makan. Harini perut meragam jadi aku takda mood nak keluar lunch. Minum jelah air milo ais yang abang cafe buatkan. Punya manis tahap glukosa. Boleh dapat kencing manis kalau begini. Apa boleh buat ini semua mesti gara2 muka aku yang selalu monyok macam cekodok bila mintak ayaq/air. 


Well, harini aku timbang berat badan lagi then aku pelik bila tengok penimbang tu. Rasa nak hentak2 dengan kaki tapi kang rosak pulak hak kerajaan. Hahaa.. Mana tak geram, minggu lepas berat badan aku naik 3kg minggu nie turun 4kg plak. Aikk.. peliknya. Kesudahannya aku dapat terima kenyataan berat aku memang tak berubah. Asyik 45kg saja. Bila tak tau nak gemok. Sesapa yang ada lemak lebih tu bak sikit kat aku. Kita buat derma lemak pulak.


Jadi bila hati rasa tak puas hati, aku pon search pasal penimbang nie. Rupa-rupanya ada sebab penimbang berat badan tu tak betul. Antara sebab-sebabnya adalah:


  • Untuk perempuan, waktu yang sesuai timbang adalah Seminggu Selepas Period. Jangan dok gatai timbang masa period, konfem terbeliak biji mata tengok jarum, sebab badan kita retain banyak air masa period. Ohhh patut laa. Hihi

  • Kalau boleh masa menimbang tu pakai baju yang paling ringan dan seeloknya setiap kali timbang pakai la baju yang sama. Ala aku timbang pakai baju kurung je.

  • Jangan timbang berat selepas makan @ setiap hari. Timbang seminggu sekali dan kalau boleh pada hari yang sama. Jumaat dan Sabtu adalah hari paling ideal.

  • Timbang berat waktu pagi iaitu selepas keluar dari bilik air.

  • Berdiri tegak atas penimbang dan jangan bergerak. Mintak tolong kengkawan/wife/hubby/anak tengokkan..

Jangan jadi macam budak nie. Terlalu ringan sampai tak tenggelam. 


22 January 2013

Jurugambar Rasmi Perkahwinan Apek Dan Leuniey By The Photolicious



Assalamualaikum buah hati :)


Seperti yang kita tahu pemain bola sepak kebangsaan Malaysia si Apek dah kawen dengan Leuniey dah agak lama kan. Berkurun dah mereka kawen tapi baru sekarang aku nak cerita. Memang cerita nie dah basi pon tapi bukan nak cakap pasal Apek tapi aku lebih tertarik dengan para2 photographer rasmi untuk wedding Apek.


Berita baik haruslah dihebohkan untuk sahabat semua tambah2 bila tengok baju pengantin tu. Yelah, teruja tengok orang kawen. Cuma masa saja yang menentukan memandangkan aku tak habis belajar lagi apatah kerja. Duit sendiri tak dapat lagi weyh. Asyik menghabiskan duit rupiah mak ayah.


Apa pon trend kawen muda nie memang dah ramai. Kawan2 sendiri pon dah seronok main dengan anak. Pasangan Apek dengan Leuniey pon muda jugak okay. Khairul Fahmi Che Mat, 23 dan Nur Eilunie Natasha Nazri, 21. 


Tajuk dah lari sikit, sebenarnya dalam entry nie aku nak bagi tau pasal siapa itu The Photolicious. Jangan main2 tau, semua gambar yang cantik2 nie datang dari tangan perempuan. Hebatkan photographer wanita sekarang nie. Studio milik Kamalia Kamal yang terletak di Cheras. Sapa2 bercadang nak shoot pre-wedding boleh try ye. Aku pon memang minat bab2 photography nie. Tanya pasal edit?? boleh la edit gambaq sendiri dengan kawan2. 


Gambar2 by The Photolicious






















Sweet sangat2!




First entry dari opis.. masa untuk balik.. Tata semua :)


21 January 2013

Tiada Lagi Teman.. Al-Fatihah



Assalamualaikum


Ketika ini aku sedang berkongsi kesedihan bersama adik angkat tersayang. Aku berharap dia dapat tabah menjalani hidup selepas ini. Aku hanya dapat memberi kata2 semangat untuk dia dari jauh. Jikalau dia disisi, akan aku peluk dia seerat-eratnya. Bersedih di atas pemergian kekasih yang telah pulang menghadap si penciptanya malam semalam akibat lemas selepas pergi berkelah bersama kawan2 di Teluk Senangin. 


Paling sedih bila dia tak sempat meminta maaf kepada arwah. Semasa bersama, arwah tidak pernah menghiraukan dia. Dia amat terkilan dan tak percaya arwah dah tinggalkan dia buat selama-lamanya. Betapa sedihnya aku text dengan dia dari pagi tadi. Bila col dengar suara pon dah tak kenal. Aku tahu dia menangis terlalu lama..


Kalau aku ditempat dia, hanya Allah saja yang tahu. Aku berharap orang yang aku sayang dapat maafkan segala salah silap aku. Aku tak mahu menyakiti hati orang2 yang aku sayang dengan kata2 yang akan buat kita menyesal suatu hari nanti. Kita tak tahu bila ajal kita akan tiba. Hanya dapat berdoa semoga Allah panjangkan umur. 


Al-Fatihah Shahril Azmi dan buat Nor Liyana, tabahkan hati bunny :'(


Antara status-statusnya:




Lagu nie memang sedih..takkan ada penggantinya jika sayang seseorang itu sentiasa berada di dalam hati 

video



20 January 2013

Bestnya Kerja GOVernment





Setelah seminggu menjadi student praktical dibawah Jabatan IT. Agak seronok belajar benda baru, bergaul dengan staf2, tengok setail budak2 matrik belajar. Dulu kawan aku tak bagi sangat LI dengan gov, kononnya staf2 kat sana semua kerek tapi tekaan dia silap. Semua staf tersangat la peramah, keja gelak bila tengok mereka merepek merapu dan 4 kali berturut-turut diorang belanja makan. Segan jugak bila tiba waktu lunch. Kalau keja kat opis di bawah memang keja makan sampai ke petang. Boleh gemok macam nie dan ternyata berat aku naik 3kg. Senang lepas nie nak timbang berat badan sebab kat opis ada penimbang. Hehe


Siapa pernah guna benda nie? Syok edit video


Kepada budak2 SPM mai masuk matrik pulau pinang. Boleh bertemu budak paling kiut nie. Perahsan ler pulak.. Dapat kad sendiri tapi nampak gayanya aku buat perhiasan dalam bilik. Sayang nak pakai.


|
|
|
V

Budak atas nie banyak keja tak siap lagi
Design kad matrik baru untuk staf buat sikit ja
Jangan tengok lama2, terasa sayang nak pakai



p/s: Hari2 tengok mother board, hari2 tengok pc, hari2 kerja la... lalala


19 January 2013

Baucer Rebat Telefon Pintar 3G



Selamat petang semua pembaca kacak dan cantik..
Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke 3 di tahun baru nie. Baru harini aku dapat berukline sekejap. Sejak jadi kakitangan kerajaan nie aku dah agak malas nak melayan fb, twitter. Rasa seronok bekerja pulak. Btw semua dah daftar rebat telefon pintar RM 200 tu ke? 



Kalau belum sila pergi portal SKMM.. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dan daftar. Klik kat sini



Walaupun dah daftar dan print permohonan tu tapi masih lagi konfius dengan cara nak tebus rebat nie. Sesiapa yang dah daftar tu, diberi masa selama 1 bulan untuk tebus rebat telefon pintar RM 200 anda. Kalau gagal, kena daftar lepas 2 bulan dari tarikh permohonan terdahulu tamat. 


Prosedur Langkah Demi Langkah Pendaftaran Rebat RM200

  1. Satu bulan masa diberikan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan. Pendaftaran boleh di lakukan di halaman portal NBI SKMM Malaysia.
  2. Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta di NBI SKMM Malaysia. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus seperti yang kami senaraikan di paparan imej di atas
  3. Dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan ialah seperti Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera @ Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa
  4. Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan, anda boleh memilih telefon pintar 3G yang menjadi pilihan anda dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon 3G (smartphone) tersebut.
  5. Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat RM200 ini.
  6. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu membuat langganan yang baru untuk menuntut rebat (rebate) RM200 ini jika anda telah melanggan pakej jalur lebar sebelum ini.


untuk pengguna Celcom.. maxis belum keluar lagi ya!




Jenis-jenis Telefon




Nampak gayanya kena pakai prabayar dan tak payah topup lepas nie.
Fikir dulu sebelum memilih.. Banyak duit kena keluarkan..kan..kan


18 January 2013

Jenis-Jenis K.A.W.A.N


Kawan.. senang nak dapat, senang nak dibuang, senang nak dibenci dan senang nak disayangi. Keliling kita ada bermacam jenis kawan. Walaupun mereka tergolong dalam kategori yang berbeza, tapi masing2 mempunyai ciri2 yang menawan dan senang tertarik. Bila kita perlukan pertolongan mereka, tak kira kawan kita tergolong dalam kategori mana, mereka tetap menghulurkan bantuan. Ada tak kawan yang tak pernah nak tolong time susah, bila senang bersepah? Kalau ada, baik angkat kaki pergi jauh2, kerana mereka sikit pon tak pernah nak hiraukan kita. Sedihkan macam tu :(
Disini ada beberapa jenis kategori kawan yang perlu ada dan mengapa.




Si Pendengar

- Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili anda salah atau tidak. Mereka tak akan menyampuk luahan hati anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Anda patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan pula mereka sangat bagus menyimpan rahsia.


Si Jujur

- Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur saja tak kira anda suka atau tidak perkara yang anda dengar. Kawan jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau kasut yang anda pakai tak sesuai dengan baju anda. Namun, selepas dia mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk anda kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk anda.


Si Penggemar Fesyen

- Bercerita pasal kasut atau baju mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo ataupon Guess. Maka, anda patut memiliki kawan yang tergolong dalam jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya anda ingin berbelanja besar untuk satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa yang tinggi. Paling menarik, sila tengok almari beliau. Hebat bukan? Macam cerita Biar Mimpi Sampai Ke Bintang :)


Si Diva

- Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka bukan 'drama queen' tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa, comel dan tiada musuh. Yang pasti suka berlagak diva dan tahu semua perkara.


Si Lasak

- Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang bolh menolog anda. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangkan malah mereka sangat boleh diharap.


Si Pengambil Berat

- Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak2 dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.


Sekarang lihat pada diri anda sendiri, jenis kawan bagaimanakah anda dan beberapa jenis golongan kawan yang anda ada. Namun, kawan yang bersikap jujur dan baik hati tetap disukai ramai!! Ya, aku tergolong dalam kawan yang baik hati sampaikan ada kawan tak pulangkan kasut wedges yang aku bagi pinjam, ada yang sanggup mencuri baju aku semata-mata nak dressing. Ohhh KAWAN..

13 January 2013

Dilema Budak Tiada Lesen

Assalamualaikum..


Diketika ini, saat ini, hari ini aku berada dalam dilema. Ohhh dilemma gadis ayu.. cewah macam lagu ohhh fatimah pulak kan. Nampak tak aku dah mula merepek. Back to story, harini mak bercakap pasal lesen. Lesen apa? lesen kereta ler. Aku memang takda lesen dan tak cekap bawak kereta tetapi aku boleh bangga dengan lesen moto. Ada jugak lesen dari takda langsung.


Sukacita dimaklumkan tahun ini In Shaa Allah aku akan masuk sekolah memandu. Sampai bila lagi nak delay. Selalunya kalau orang baru dapat lesen nie mesti bila drive orang akan bagi hadiah 'hon'. Percaya laa.. yang bagi hon tu memang orang lelaki. Tambah2 si kaki pembuli jalanraya. Tapi lelaki ke perempuan yang tak cekap bawak kereta sebenarnya?




Berdasarkan gambar di atas, boleh pecaya mamat nie cekap bawak kereta sebabnya cuba tengok logo kat stereng tu tapi jangan ditanya auto ke manual. Kalau kereta pon hebat, orang drive pon kondifen hebat jugak kan -___-"




Okokok... tujuan entry nie bukan nak begadoh kaum adam sesama kaum hawa. Tapi tolong lah para lelaki jangan marah kalau perempuan baru dapat lesen. Ini yang seram kalau benda tu betol2 jadi kat aku. Contohnya:


1. Aku memang gelabah kalau nak tekan pedal minyak. Tak tipu ini betol2.

2. Jangan paksa2 aku suruh alih kereta dan parking lurus2 especially kat mall. 

3. Takot nanti terlanggar mat2 rempit, mati katak sapa nak jawab. Haa.. aku jawab la dengan polis.


Itu antara sebab2 aku malas nak amek lesen dari umur 18 tahun. Kang jadi macam mak2 saudara aku, ada lesen tapi buat pekasam dalam dompet. Nak drive husband tak bagi. Apadaaa.. Orang cakap sekarang dah senang nak amek lesen sebabnya dah boleh pilih nak belajar manual ataupun auto tapi better belajar manual right! Biar susah2 dahulu, berlenggang2 kemudian.


Raya nanti akan aku duduk atas kau kereta.. Hewhew


Pada pendapat aku, sama2 la kita menjaga keselamatan diri. Kau hebat ke, tak hebat ke jalan raya tu untuk semua. Kalau rasa tak cekap bawa kereta kena la praktis selalu ye cik nina. Kalau takmo cekap, naik beskal jelah. *aku sedang bercakap di depan kipas untuk diri sendiri T____T

12 January 2013

Tips Menjalani Latihan Industri


Tak sampai 24 jam saja lagi aku akan menjadi intern Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Seram bulu roma bila dengar abang2 senior cakap kalau dapat government nie. Pishang la aku jawabnya sampai bulan May nanti. But itu semua perlu dihadapi dan paling penting aku berada di negeri sendiri. Ohsem bila ingat dekat dengan mak ayah. 


Apa pon aku kena jugak bekerja disana tapi tak tau under department apa. Sama2 la kita nantikan pagi Isnin nanti ya. Btw nak bagi tau sikit tips2 nak menghadap hari pertama latihan industri. Nak kongsi dengan kawan2 seangkatan. Ada jugak yang dah start LI lebih awal dari aku. 

First thing ialah tak payah nak membodek macam dalam gambar nie
Sebenarnya nak jadi secretary tapi salah bidang pulak. Hehe



Tips-tipsnya ialah:


1. Rehearsal dulu sebanyak mungkin skrip2 yang bakal ditanya oleh supervisor di tempat kerja anda nanti. Kalau nak cari pasal try tanya soalan pulak kat supervisor tu. Haha


2. Buat2 selamba badak, buat muka seposen, relax, tenang dan bersahaja featuring professional. Bila ditegur, respon dan gaya yang bersahaja. Wah gitu..


3. Pakaian hendak lah sopan, bergaya dan tutup aurat. Rasanya baju kebaya aku reject kot. Kalau hasrat nak pakai seluar yankee berkaki ayam ke, kain pelikat bersama cap ke, baik terjun sungai. Kalau kawasan bandar yang takda sungai tu boleh terjun laut, longkang ataupun terjun dari tingkat 1.


4. Pastikan membawa dokumen2 yang berkenaan semasa nak berjumpa dengan supervisor. Jangan bawak mesin rumput kang bertukar jadi tukang kebun. To kengkawan jangan lupa bawak (Report of Duty Notification & Log Book)





5. Selesakan diri anda ditempat kerja dan pastikan diri anda betol2 sibuk, kalau boring pon berlakon jadi sibuk. Baru tak nampak skema sangat.


6. Bersembang dengan staf2 yang lain agar dapat menaikkan status sosialisme anda. Kalau takda orang nak cakap, cakap dengan makcik cleaner pon jadi la.


7. Last sekali dan paling penting, pastikan tengok jam selalu. Kalau tak pakai jam tengok jam dinding, jam phone, jam kat meja ke kalau ada tapi jangan sesekali tengok jam tangan supervisor kang tak pasal2 kena overtime. 


p/s: terima kasih tok guru atas kata2 nasihat dan juga tips2 #Nadd #Raff #Fafa


11 January 2013

Jom Isi Borang UPU


Salam sejahtera buat pembaca yang kacak lagi cantik. Buat pelajar lepasan SPM cepat2 pegi BSN dan beli no pin UPU. Tiba2 harini aku jadi budak spm pulak buka link dan isi borang tu. Diharap kesemua calon lulus dengan cemerlang. Aminn.. 


Oke kat sini cik nina nak bagi tau cara2 untuk isi borang upu memandangkan sepupu datang rumah petang tadi dan mintak tolong isikan borang nie. Dulu dah pernah buat untuk diri sendiri jadi boleh la tolong apa yang patut. Hehe


Langkah pertama, korang mesti mempunyai PIN UPU (Fasa 2) yang dibeli di BSN. Sebenarnya mudah saja, mula-mula korang pergi BSN yang berdekatan, ambil slip DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUTAN (warna biru), isi bahagian NAMA, NO. KAD PENGENALAN, TANDATANGAN DAN TARIKH. Untuk jenis urusan pula, korang tanda pada LAIN-LAIN dan tulis PIN UPU FASA 2 (SPM). Harga bagi PIN UPU adalah RM10.60.





First buka laman web nie


KLIK LOGO 



Lepas klik tu korang akan dapat ini


klik yang warna biru ye
dan keluar ini




pilih Lepasan SPM/Setaraf
klik 'Masuk'



klik 'Permohonan'



jangan pening2 lagi..isi semua tempat kosong
pilih KATEGORI A tau!
dah siap
klik 'Seterusnya'
korang akan jumpa bahagian yang lain
dan jangan lupa klik



Bila dah siap isi, akan keluar pop up dan korang kena save untuk rujukan
dan jangan lupa print




kalau was2 sila klik sini


Pilih kelapan-lapan jurusan yang korang sangat inginkan. Pelbagaikan pilihan universiti, jangan memilih sangat. Untuk sepupu aku tadi dia minat bab kira2 so aku pilih kos di uitm dan politeknik. Universiti jauh2 dia taknak. Mengada2 kan. 



Nanti kalau dah dapat result U, terpulanglah nak terima ke tak. Tak dapat ipta, ipts ada tapi kena tengok jugak bayaran untuk jurusan yang korang pilih. Pilihan lain ialah jangan lupa daftar untuk matrikulasi. Apa2 pon good luck dan selamat menjadi mahasiswa/mahasiswi. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com