28 February 2013

Makna Open Relationship


Assalammualaikum.


Sejak dua menjak nie, aku lagi lagi lah tak melayan facebook. Bila bukak saja petang tadi nampak ada yang invite makan kenduri hujung minggu nie, nampak orang baru couple, nampak budak pompuan suka buat status In Open Relationship di Facebook, tapi berapa ramai yang tau maksud sebenar status tu?

Pakcik Wikipedia mengatakan:
An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.


Maksudnya Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka setuju mahu bersama, tetapi hubungan romantik dan seksual dengan orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi. Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka memang tak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun. Memang amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

p/s: Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

27 February 2013

Stalker Gila!!





Selamat tengahari semua, kejap lagi dah nak lunch. Bila tinggal sorang dalam bilik baru boleh layan blog jap. Takut stalker perasan. Entry nie bukan nak mengutuk orang sebenarnya tapi entah la, diri dan hidup aku tak sefamous tapi memang ada stalker tak bertauliah. Nampak gayanya aku kena tukar link blog lagi. Yang si stalker nie bangang jugak boleh pulak bagi hint. So apa lagi mendidih balik suhu badan aku. Haha. Sakit pulak hati kite nie bak kata wawa semput.


Aku punya dok private facebook sampai gila babi kalau ada orang datang kacau tapi dalam diam ada jugak manusia nie dapat tau link blog aku. Adoii dah masuk kali ke 2 kot. Punya la mereka-mereka nie nak tau kisah hidup aku. WTFish. Jangan harap ler aku nak buat bodo macam tiang. 




Hey hey hey! Aku pecaya hang memang stalker terhebat tapi tunggu masanya nanti. Tapi memang tak selesa kena stalk setiap hari, setiap waktu. Memang takda life hampa nie. Dunia berpusing. Pusing pusing dan pusing, nanti kena balik pada tempat asalnya. Jadi life aku sekarang nie, memang ada saja orang nak menyibuk.


Bukan tak suka orang baca blog tapi hanya orang-orang tertentu saja. Especially sesiapa yang baik dengan my ex. Aku sikit pun takkan pernah pecaya. Takmo pisang berbuah 2 kali. Niat mereka stalker blog cuma hanya nak menyakitkan hati, perli-memperli dan apa saja yang aku buat mereka jugak turut buat. Tolong jadi diri sendiri tanpa tiru style orang. Cuma perangai dan hati budi yang baik saja takkan ada sesiapa dapat tiru. 


26 February 2013

Kerana Kau Kambing



Assalammualaikum.


Harinie lagi sekali aku nyaris-nyaris accident. Damn, kalau naik moto memang tak sah kalau tak accident. Sesaja nak tambah parut dikaki. Huhu.. Itu la hakikat yang terpaksa diterima penunggang motosikal. Ayat rasa macam nak mintak penampaq kan?


Oke kalau ada sesapa rasa nak tampaq sila tampaq nyamuk. Eh, lupa pulak sekarang kan musim hujan jadi nyamuk mengambil kesempatan ber..ber..telurr. Haha, oke dah start merepek. Nak dijadikan cerita, masa otw balik keja tadi aku hampir nak terlanggar kambing biri-biri. Alahai comel sangat dengan bulunya yang putih. Mesti tuan rajin mandikan tapi tuan dia tak heran kalau kambing-kambing nie merayap kat sawah padi tu. Kambing pun pandai melintas jalan sebelah sana kejap sebelah sini. Kalau tak sempat break kambing dengan aku terpelanting masuk sawah kot.




Kalau pemalas sekali pun usah biarkan kambing-kambing anda berkeliaran sampai orang kena break emergency. Dah la masa balik lunch tadi pun kak staf break mengejut depan skolah Haji Abdul Kadir (saja nak bagitau lokasi kejadian -.-'). Ohh hari nie berapa kali daa aku kena kejutan. Nasib baik takda penyakit jantung. Dup..dap..dup..dap


@ Permatang Buloh, Kepala Batas


Kan best kalau dapat pakai jaket bulu kambing biri-biri. Aku dah tak tahan dengan aircond kat opis. Macam Alaska rasanya. Boleh mati kesejukan macam nie. Itu la ceritanya, takda kaitan dengan kambing-kambing jalanan yang sudah menjadi qurban. Adioss..


Jodoh Kuat?


Assalammualaikum..


Tajuk macam esok lusa je nak kawen kan. Secara umum yang semua orang tau, tanda-tanda jodoh adalah keserasian, saling memahami, masing-masing pandai bertanggungjawab dan saling bertolak ansur. Itu secara asasnya. Bukan senang nak bicara soal jodoh kerana ia milik Allah. Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada yang esa. 



Cinta dan jodoh kuat


Orang kata cinta tak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Cinta boleh dipupuk? Dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara ikhlas tanpa paksaan barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Memang kita taktau apa akan jadi pada masa akan datang tapi Allah sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak pecaya? Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam nie:


"Hisyh, asyik2 terserempak dengan dia, hari2 pandang muka dia"

"Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!"





Cinta depan mata



Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita

Pecaya tak? sebenarnya jodoh yang dicari berada berdekatan dengan korang. Mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh-jauh, rupa-rupanya dia dekat dengan kita. Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam.



Dekat di hati



Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi


Oke, ada situasi dimana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama-sama. Tak dinafikan, mesti wujud konflik kan? Disaat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mula tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan. Di sinilah sebenarnya kena main peranan yang penting. Walau apapun dugaan jangan sesekali cepat putus asa.


Jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar sampai bergaduh dan masing-masing berfikiran seolah-olah hubungan tu tak dapat diselamatkan lagi. Korang dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba dengan kuasa Allah. Konflik dapat diselesaikan, hubungan kembali seperti dulu, semakin memahami dan bahagia.


Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh kuat bersama si dia. In Shaa Allah banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jika jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?



Cinta mekar seperti kuntuman bunga


Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!


Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah lama berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik kita, maka ia milik kita. 


Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing-masing dan menguji rasa cinta antara korang. Memang sangat menyakitkan jika jodoh bukan bersama seseorang yang dicintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah. In Shaa Allah jika kita ikhlas dan redha, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Solat ini dapat membantu dan memberi petunjuk dalam soal pemilihan jodoh. 



Jangan serahkan pada takdir semata mata


Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan? Duduk diam? Salah tu. Sekurang-kurangnya korang harus mencuba. Seseorang hadir dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Tetapi kita boleh belajar dari pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok-elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga.


24 February 2013

Ada Apa Dengan Tudung Fareeda?


Tudung Fareeda?

Apa yang best sangat tudung nie sampaikan makcik aku pun suruh pakai? Haa, harini nak cerita sikit pasal tudung nie. Tak pernah lagi aku buat entry pasal tudung jadi apa salahnya share. Bagi peminat tudung Fareeda macam kak staf kat opis. Dia dah share info pasal tudung nie bila aku ikut dia terjah ke butik Fareeda di Permatang Pauh.


1st time masuk dalam gate dah nampak orang renovate butik siap pasang kerusi-kerusi macam dalam bank. Masuk dalam butik Fareeda, mak ai punya lah cantik tapi anda dilarang snap gambar dalam butik tu. Nanti kena saman baru taw. Memandangkan haritu hari jumaat maka orang yang datang membeli tak ramai macam hari sabtu sampai kena ambik no, sampai kena berebut-rebut. Kerana tudung orang sanggup habiskan duit sampai beratus-ratus. Hebat bukan?


Ini bukan tudung Fareeda oke. Jadi model tudung kejap



Manusia dalam butik tu semua pakai tudung yang sama, cuma kaler dengan corak saja yang lain. Rata-rata orang yang beli konfem ler keja dengan govern. Dan tudung ada pelbagai kaler dan cantik-cantik belaka, harganya pun cantik, diantara RM 150-200. Kalau nak beli tudung lebih dari 2, sori ler memey tak dapat. Wajib beli 2 saja. Jadi kak tu suruh aku berlakon beli. Seronok dapat try pakai bermacam-macam kaler. Duduk menghadap cermin dengan tudung Fareeda nie lama-lama mesti berangan. Kena dengan muka aku tapi rasa macam mak orang la. Rasa tudung nie tak sesuai lagi dengan umur aku. Jadi kak staf tu dapat 4 pasang tudung Fareeda sekaligus.


Kalau dah selalu jadi customer Fareeda memang owner kedai dengan pekerja dia akan cam. Jadi kalau nak beli lebih kena bawak kawan atau sesapa saja. Kalau dah beli memang tak boleh masuk balik butik tu. Ada jugak yang datang beli untuk jual, siap bawak mak, suami, adik. Tudung Fareeda ada macam-macam nama antaranya Sofiya, Suzana, Rania tapi dalam banyak-banyak jenis tu aku suka Sofiya. Tak terlalu sarat coraknya. Ada juga gelaran yang diberi contohnya ais kacang, caca, paddlepop (mcm aiskrim paddlepop). Brooch pun ada gelaran macam riben, jambatan, ulat, mata kucing, love. Cutting pun ada cutting utara, cutting Bangi dan cutting v shape. Sampaikan ada customer dari Bangi sanggup mai Penang beli cutting utara yang lebih berombak layernya.


Kalau nak try beli, pilih kaler yang match dengan 3 warna tudung tu dan cari brooch yang cantik. Semua tudung nie dibuat menggunakan kain chiffon dan lycra yang bermutu tinggi lagi selesa dan sejuk dipakai siap dengan layer bertingkat-tingkat. Memang tudung Fareeda dah jadi 1 fenomena. Dan bagi orang yang suka simpan koleksi tudung nie sampai berebut-rebut kaler yang diorang nak itu semua fans tudung Fareeda. Tapi oke la Fareeda nie. Owner dia orang Penang. Seronok tengok golongan kita maju setaraf dengan brand-brand macam LV, Gucci etc. Salute!


Tudung Sofiya.. saiz 10, 11 dan 12






Galeri FAREEDA di Pulau Pinang :

1453, Permatang Tengah, 13500 Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3901644

23 February 2013

Spiders 3D







Selamat berhujung minggu semua. Harap sihat-sihat hendaknya. Harini keluar tengok wayang lagi. Dan ini wayang yang kedua aku tengok dalam bulan Februari. Agak sedih bila takda masa nak beristirehat. Cuti 2 hari memang takkan pernah cukup kalau keja kena bawak balik buat dirumah. Tapi nasib baik jadual keja sudah disusun dan sempat siapkan sebahagian. 


Back to story, movie kali nie paling pendek pernah aku tengok. Tayangan cuma 88 minit dan tak taw nak cakap borink atau tak. Cuma tengok manusia berperang dengan ratu labah-labah. Agak ramai yang tonton tadi. Not bad. Kisahnya bermula bila meteor melanggar stesen angkasa Soviet Union dan jatuh ke bumi membawa labah-labah gergasi. Kalau sesapa yang takut nak tengok benda bergeli dinasihatkan tolong jangan muntah dalam wayang. Haha, lawak saja.


Lepas nie mesti lagi seronok kalau tengok wayang kat tempat tadi sebab tak sangka junior masa skolah keja kat situ dan sempat bertukar-tukar no fon. Boleh mintak diskaun lepas nie. Kuat jugak ingatan aku, kalau tak tegur memang tak perasan. Bila habis wayang, pi lepak sat kat pantai RnR Bagan Ajam. Lama ohh tak lepak situ. Teringat 1st date makan mcd tepi pantai. Aisehh jiwang pulak malam nie.


19 May 2012, 7:43 pm.. Angin bertiup sepoi2 bahasa utara


Tengs dekat si dia sebab bawak berjalan dari petang sampai ke malam. Maw tak penat. Mata pun dah mengantok. Dapat jugak harini keluar dengan dia. Dah sebulan lebih tak jumpa. Rindu ler angat-angat. Nak pi peluk bantal dulu. Gudnite :)


21 February 2013

Tak Semua Orang Pandai Tu Pandai






Assalammualaikum.


Mungkin ada yang berkerut dahi bila baca entry nie. Ya, boleh dikatakan kebanyakan orang yang pintar memang konfem dia akan digelar orang pandai. Kenapa aku cakap macam tu? Memandangkan dah hampir 2 bulan berada di matrik, mengutip pengalaman dan bergaul dengan bebudak matrik yang memang pandai-pandai belaka. Tapi sepandai-pandai mereka ada jugak yang tak berapa nak pandai.


Nak dijadikan cerita, pagi tadi sebelum pegi meeting, aku sempat tolong kak technician bukak lampu, on main suis pc. Sampai saja lab kat hujung, aku pelik sebab bebudak dok gelabah. Bila on saja suis pc baru aku dengar budak tu cakap "patut la tak boleh on pc rupanya suis tak bukak".. Hahaa. Kesiannya. Mungkin mereka takot nak on suis yang banyak-banyak tu.


Agak nak tergelak bila bebudak tu belajar programming, walaupun basic tapi dalam ujian still tak pandai nak buat pseudocode. Jangan ingat budak diploma saja belajar programming. Bukannya nak kondem orang yang pandai nie tapi belajar la macam mana pun dengan niat yang ikhlas menggunakan cara tersendiri untuk jadi pandai. 



salah satu jenis coding.. bermacam-macam lg pun ada



Dalam pelajaran semua orang nak berjaya. Lepas tu kena lah usaha berkali ganda untuk capai kejayaan yang diidamkan sejak sekian lama *tongkat dagu senyum sorang-sorang. Semua orang nak pandai, pi la tanya budak-budak kelas tercorot dan terceret konfem depa pun nak pandai. 


Dan tak semestinya kalau kita nampak orang tu dalam kelas tak berapa nak fokus, banyak main, suka kacau orang dan paling meluat tapi aku suka ialah tidur dalam kelas tak bermakna dia tak pandai. Tolong jangan pandang rendah dekat orang. Dan tak semestinya orang yang paling pandai dalam kelas, yang disayangi cikgu, yang mengadap buku 24jam, nampak nerd boleh cemerlang dalam pelajaran. 



saya bukan budak nerd


Maka, dengan sebab itu setiap insan diciptakan dengan kemahiran dalam bidang tersendiri, minat. Sebab itu la setiap orang ada kerjaya yang berbeza-beza. Bijak bukan hanya dalam akademik. Orang pandai selalu merujuk kepada 'A' dan dapat 'B' kebawah tak pandai. Ini dinamakan pemikiran sempit & terlalu exam-oriented. Doa la kita semua sama-sama berjaya. Ilmu jangan kedekut sorang je..kongsi dengan semua orang tak rugi mana pun..bertambah pandai lagi ada la. Mengikut kajian, 0.03% kepandaian manusia adalah sebab genetik dan yang lain tu sebab usaha mereka. So, fikir-fikirkanlah... 


p/s: pagi tadi hard disk kena selongkar dgn akak staf.. huwaa habis malu bila dia tengok pic2 aku. *blushing


20 February 2013

Pantun Khas Mat Rempit


Beruk rempit


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Beli motor bapak bayarkan,
Minyak motor emak isikan.


Kalau ada semur di ladang,
Boleh hamba menumpang madi,
Jangan diharap kami kan pulang,
Selagi ada minyak di tangki.


Apa diharap padi seberang,
Entahkan masak entahkan tidak,
Menjelang pagi tak juga pulang,
Entahkan hidup entahkan tidak.


Rama-rama cantik,
Ikan keli panjang,
Depan ada polis trafik,
Divider jalan kami seberang.

19 February 2013

Luahan Pelajar Tajaan MARA


Assalamualaikum.


 Aku antara pelajar di bawah pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA), jadi adalah menjadi satu tanggungjawab untuk para-para manusia yang memegang status penghutang. Sila bayar hutang anda sebelum nama anda di BLACKLISTkan. Harini seperti biasa kena fakskan resit pembayaran ke HQ. Untuk apa? supaya express sampai ke opis. Lebih senang dan jimat masa membuat pembayaran di pejabat pos dari bank.


Kepada pelajar IPT yang memohon pinjaman pelajaran MARA dan telah menamatkan pengajian, jangan lupa untuk memohon kadar pengurangan bayaran balik pinjaman. Berikut adalah pointer(Diploma/Ijazah) bagi pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.



3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%
(Nota: Kadar Pengurangan adalah berubah dari semasa ke semasa dan tertakhluk pada pihak MARA) atau klik sini


Contohnya kalau nak sambung degree dan nak mintak tangguh jadi kena la buat penangguhan bayaran balik kerana menyambung pengajian sepenuh masa. Ini kerana penangguhan bayaran balik hanya diberikan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja dan permohonan penangguhan boleh dibuat dengan cara menulis surat dan mengemukakan bersama surat pengesahan belajar dari institusi pengajian yang sedang diikuti yang mempunyai maklumat berikut:

- Nama kursus yang sedang diikuti

- Tarikh mula pengajian

- Tarikh dijangka tamat pengajian

- Bayaran balik perlu dibuat 6 bulan selepas tamat pengajian



Kalau dah start menjadi pembayar yang ACTIVE dan nak tau baki pinjaman. Sila buat ini
.
.
.

Masukkan no IC je untuk ID dan password dah boleh tengok baki pinjaman berapa. Mudah

Klik "sini"

Kalau nak tengok besaq2 sila klik 


WOW! aku ada hutang 24k... rasanya kalau rajin bayar sampai anak masuk skolah konfem dah habis. Haha, gatai sungguh. Jadi marilah membayar. Lalala

18 February 2013

Rokok Elektronik Tetap Bahaya


Pernah dengar nama rokok elektronik? Dari tahun lepas, aku dah tengok menatang nie masa pi kursus kat Langkawi. Syoknya tengok junior-junior aku sedup hembus dalam ferry sampai ke hotel. Ada yang suruh aku try, ohh saya tak merokok, saya cuma penghisap lollypop perisa apple saja.


gambar lama kawan editkan


Rokok elektronik atau "Electronic Nicotine Delivery Systems" (ENDS) dipasarkan sebagai pengganti rokok dan didakwa tidak menimbulkan bau dan asap. Bentuknya seperti batang rokok biasa, tetapi tidak membakar daun tembakau. Rokok nie dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menghisapnya.


Dunia memang semakin canggih dan rokok ini dilabelkan sebagai rokok yang selamat digunakan. Boleh pecaya ke? sebabnya rokok ini tak berasap, takda karbon monoksida dan takda abu. Secara terperincinya, dalam rokok elektronik terkandung sejenis nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine yang menjadi penyebab kanser. 





Rokok ini mempunyai kesan racun kimia yang tinggi jika nak dibandingkan dengan orang yang tidak menghisap rokok. Racun kimia ini pulak akan menyebabkan orang menderita kanser paru-paru, mulut dan tekak, kecacatan benih dalam kandungan dan serangan jantung. Rokok nie lebih kurang adik-beradik shisha yang juga bahaya. Jadi lebih baik tak payah menghisap apa-apa langsung. Kepada orang yang tidak merokok, jangan cuba-cuba merokok kerana ia akan menjadi ketagih.


Seperti bapakku yang merokok, sekarang nie dah makin berkurang dan aku akan kawal dari masa ke semasa. Siapa lagi nak jaga bapa kalau bukan anaknya sendiri. Dah la ada hati nak cari bakal suami yang tak merokok. Pesanan dari kementerian kesihatan dalam rumah. Hahaa.

17 February 2013

Cinta Platonik


Platonik.
Lelaki dan perempuan bersahabat baik itu namanya platonik.
Kawan baik pernah tanya. Boleh ke lelaki dan perempuan bersahabat baik tanpa menimbulkan apa-apa perasaan cinta??
Boleh ke?


Walau macam mana pun, tetap akan ada rasa sayang dan rindu. Tapi mungkin bergantung kat individu jugak kan? Tak semua orang sama. Seseorang yang hadir dalam hidup individu yang kosong harinya dan sunyi jiwanya juga bahaya. Lagi-lagi individu tu berlainan jantina. Eh, jangan layan sangat perasaan tu kalau dah ada yang istimewa.. Kalau takda, kot kot boleh jadi pasangan. Hihi..


Cinta Platonik ialah satu istilah yang diguna pakai bagi menjelaskan satu perhubungan intim (lebih dari sekadar kawan) antara sepasang lelaki dan wanita tanpa berlandaskan sebarang tarikan seksual mahupun fizikal semata-mata. Kebiasaannya, mereka yang melalui hubungan ini pasti akan cuba menyelindungkan keakraban mereka di sebalik "persahabatan" yang terjalin. Tapi jika ada sesuatu yang tak dijangka berlaku contohnya jika salah seorang daripada mereka ada hubungan dengan orang lain pasti akan ada diantara mereka yang tak puas hati tapi takda apa yang boleh dibuat memandangkan tiada sebarang pengakuan dan luahan isi hati yang terpendam daripada mereka tapi bagi mereka yang mengalami cinta platonik nie, mereka akan merahsiakannya. 






Punca mereka merahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Contohnya, masing-masing ego berkeras taknak meluahkan perasaan sesama sendiri dan tak yakin hubungan yang dibina mampu bertahan atau belum bersedia dan masih berusaha mengenal hati budi masing-masing. Mungkin juga takut dan risau sekiranya ikatan persahabatan akan longgar/kekok sekiranya membuat pengakuan tentang perasaan yang mereka pendam atau perasaan cinta memang tak wujud dalam diri mereka.





- salah satu kenangan -


Sesiapa yang punya cinta platonik mesti indah bukan. Seperti aku juga, tak sangka akan ada cinta sebegini. Ketika aku dan ex menukar nama fb masing-masing hampir berbulan lamanya demi tak mahu ada lelaki pelik-pelik add aku sampaikan takut nak approve akhirnya pada 12 April 2011 ada sorang lelaki add di fb yang ketika tu bernama tan sri el azrie dalam tulisan jawi. Entah kenapa aku approve dia tanpa rasa takut dan tak sangka 3 hari selepas tu aku break. Seminggu lepas tu dia pula tanya mana peginya nama ex aku, ohh rasa sedih sangat tapi mungkin dia taktau masa tu. Takkan bila orang tanya aku nak marah-marah pulak. Nasib baik kami cuma bermesej dalam fb tanpa orang lain tahu tambah-tambah lagi aku tak mahu adik-adik dan juga sepupu ex tau masalah aku. Sejak dari tu, kami berkawan baik, selalu berhubung cuma dalam fb tanpa bagi no fon. Ada juga dia ajak jumpa tapi aku takot, berkali-kali dia mintak no fon tapi berkali-kali jugak aku buat-buat taktau hingga tengah malam 14 May 2012 baru la aku beri no fon memandangkan keesokkannya cuti sem 4. Tak sangka dia sanggup datang amek di stesen bas, tunggu aku menyorok dalam 15 minit semata-mata aku takot nak jumpa. Mesti maw takot la tak penah-penah jumpa dan itu 1st time aku dan dia jumpa, tengok diri masing-masing, pegi makan sebab sama-sama lapaq, aku makan char kueteow, dia makan 2 bungkus nasi lemak. Lepas tu dok berebut beg aku yang berat tu. Oke, aku mengalah dan bagi dia bawak satu. 


Dari hari ke hari text..text n text..sampai dia ajak tengok wayang. Dari minggu ke bulan, memang takda lelaki lain yang aku keluar selain dengan dia. Semakin lama, aku suka dengan sikap dia yang jarang nak marah-marah, suka buat lawak, teman aku pegi kemana-mana saja. Mungin dari segi layanan dia membuatkan aku mula rasa sayang. Masing-masing meluahkan rasa dengan perbuatan saja tanpa cakap. Start balik Ipoh untuk study, aku rasa rindu pulak kat dia. Memang rasa macam aku nie dah sewel tapi cuma boleh control takut nanti orang cakap syok sendiri pulak. Malunya kalau macam tu. Takot jugak bertepuk sebelah tangan dan aku ingat kami berkawan baik macam teman mesra. Ciri-ciri lelaki idaman ada pada dia tapi jodoh belum tahu lagi. Oke stop sampai situ saja, aku harap hubungan nie akan bertahan lama tapi kita cuma boleh merancang. Mungkin salah aku jugak dia mendiamkan diri. Apa boleh buat hidup kena diteruskan, aku kena tumpu pada keja. Kesian bebudak tu nanti bila tengok portal matrik. 


Dah setahun 8 bulan kita kawan ye awak, lama tu. Sesungguhnya takda niat langsung nak main-mainkan perasaan atau nak bagi harapan. Apa yang jadi semua bukan lakonan. Harap dihalalkan segala makan minum saya. Saya mengaku yang saya sayangkan awak. Cuma berani nak buat pengakuan dalam blog kalau depan-depan memang tak berani. Semoga awak bahagia disisi orang yang tersayang.


Biar orang nak cakap apa lepas baca entry nie. Dah terlalu lama aku pendam. Makin disimpan makin resah. Aku nak hidup normal, eh bukan selama nie aku hidup normal kah? Hadoii, agaknya sebab aku tak tidur lagi kot. Sibuk siapkan portal student sampai lupa dah masuk pukul 3 pagi. Nak beradu dulu. Tataaa..


video
Suka tengok video ni ada maksud mendalam


16 February 2013

Siapa Itu Stalker?





Wahai si stalker.. seronok tak tiap-tiap hari stalker hidup orang? Hidup aku dikelilingi dengan orang-orang ini sehinggakan naik rimas dibuatnya. Dari Facebook, Twiiter hingga ke Blog semuanya nak stalk. Mereka itu semua hipokrit. Benda nie dah lama jadi cuma aku malas nak menaip disini kerana si STALKER tu suka baca. 



Aku bukan enis suka jaga tepi kain orang yang misteri lagi gila. Tapi kadang-kadang, ada jugak masanya aku boleh jadi stalker terhebat. Hahaha (gelak jahat). Keja jadi stalker nie tak best sangat, takda faedah. Aku penah try jadi stalker tapi makin dilayan makin rasa bosan tahap babun.



Actually, aku taknak cakap pasal stalker. Sungguh bodoh kalau aku terangkan apa itu stalker. Benda nie aku dapat tau dari tahun lepas lagi. Kalau tak kerana kawan baik, mungkin aku dengan ex tak bertegur sapa sampai sekarang. Bila dah mula bercakap itu, bercakap ini sampai panjang berjela-jela macam mee tu mungkin aku taktau lagi perangai sebenar pompuan sorang nie. 



Ketika kami berbual panjang, bercakap pot pet pot pet pasal masa lalu tiba-tiba ex aku bertanyakan tentang seorang lelaki yang aku memang kawan dengannya. Mau tak sentap aku, dalam hati tertanya-tanya macam mana mamat nie boleh tau pasal Amir? Mendidih hati nie. Aku memang syak kalau tak pompuan tu memang takda orang lain. Dia dah stalker fb aku sampai add Amir lepas tu boleh cerita pasal kisah aku kat my EX? Ohh cilakak punya orang. Tapi aku cool sampai sekarang.



Aku sebenarnya sangat anti dan tak suka orang yang melebih-lebih tak bertempat nie. Adakalanya kita kena jadi orang yang tak amek kisah pasal hidup orang, tapi tak semua benda sampai hal peribadi orang kena amek tau. Setiap hari tengok muka dia, rasa macam annoying nak mampos. Well, ada lagi stalker hidup aku. Rimasnya, jadi aku amek keputusan taknak update sebarang perkembangan terbaru di fb. Gua rasa tak selamat, gua taknak jadi manusia HIPOKRIT. Gudbye..


14 February 2013

Apa Itu Karma?


Assalamualaikum...



Percaya pada karma tak? What goes around, comes around. Kita selalu dengar orang-orang tua cakap, hidup nie macam roda. Tak selamanya kita berada di atas. 




Orang buat benda baik akan dibalas baik, orang buat benda jahat, akan dibalas jahat. Kalau perangai macam setan asyik buat orang lain sakit hati, jangan terkejut kalau esok lusa tulat anda akan banyak sakit hati bila orang lain buat perangai setan dengan lu. Kalau hari nie anda ikhlas dan banyak tolong orang susah, jangan terkejut kalau suatu hari nanti, kebaikan anda akan dibalas dengan berlipat ganda.



Sekarang nie kalau buat jahat buat lahanat kat dunia, Allah s.w.t bayar cash je. Lambat ke cepat ke tu semua kuasa Tuhan. Kalau kita taknak benda buruk jadi dekat kita, kita jangan la buat kat orang. kalau orang tu sayang kita macam separuh mati, hargailah dia. Bukan senang nak dapat kasih sayang yang sejati. Bukan time dia dah takda, time dia dah pergi, baru nak tercari-cari, baru nak terhegeh-hegeh. Baru nak rasa orang tu penting dalam hidup kita.





What you give, you get back.
Memang macam rasa kejam. Tapi kalau tak nak rasa diri kita di zalimi, jangan la zalim terhadap orang. Bila orang tu meroyan, sasau, terpaksa hadapi kesukaran dalam hidup, menangis 24 jam, kita cuma duduk dan tengok dari jauh. Mana pergi perikemanusiaan yang kita ada? Kenapa mesti ego? Selfish? Heartless?


Honesty + Commitment + You + Me = Us.


Semua nie penting dalam hubungan. Mana boleh mencipta hubungan tanpa komitmen. Kalau tak nak ada komitmen, jangan bermain dengan hati dan perasaan. Hapuskan perasaan tu. Buang ia jauh jauh. Jangan bagi harapan palsu.


Jika kau bercinta lagi
Jangan cintai seseorang setinggi langit kerana langit boleh runtuh. Jangan cintai seseorang sedalam lautan kerana lautan boleh surut. Cukup cintai seseorang sehujung kuku, walau kecil, walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh :')



Walau apa sekalipon, aku takkan pernah membalas dendam kepada lelaki yang pernah main-mainkan perasaan aku. Biar tuhan saja yang membalasnya. Hidup lebih tenang. Relax, tarik nafas dalam-dalam. Aku memang tak suka ingat benda remeh temeh, cuma ingat antara aku dengan dia memang takda jodoh. Harus diingat, jangan terlalu percayakan hukum karma. THE END...



Take Note Guys!

  • Jangan pikat wanita kalau tak bersedia cintakan dia
  • Jangan buat wanita jatuh cinta kalau tak cintakan dia
  • Jangan memberi wanita harapan kalau tak pasti
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau tiada hati untuknya
  • HARAM jika dijadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya
- UAI-

.
.
.
.
.

Ayat agak SKEMA disitu... Ada yang terasa?
Valentines Day ? No no no
Hahahaha.. 


12 February 2013

Tips Melayari Facebook




Memandangkan dah masuk minggu bekerja semula. Bermakna facebook takkan dilayan lagi. Well, jiwa tidak lagi pada fb. Sudah borink melayan itu, melayan ini. Kat sini ada beberapa tips penggunaan facebook dari Ustaz Zaharuddin, khususnya buat umat Islam yang telah ramai menggunakan facebook. Ini bukan entry nak menjadi penasihat agama ya. Cuma nak share saja :)




Tips Melayari Facebook


  • Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank, taraf kesihatan dsb. Cukuplah sekadar menyatakan nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.

  • Elakkan ghibah (mengumpat) di dalam facebook kerana mengumpat diibaratkan memakan bangkai saudaranya sendiri.

  • Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh-temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain.

  • Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib, horoskop. Sama ada atas dasar "suka-suka" atau sebaliknya.

  • Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (perempuan) tanpa had. Perlu diingat ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

  • Jaga aurat dan pandangan mata. Jangan muat turun gambar yang tidak lengkap berpakaian (faham2 jelah).

  • Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang ada dalam aplikasi percuma facebook.

  • Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database (pangkalan data pihak asing) untuk memantau kehidupan dan info peribadi kita jika tak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai malah ada satu organisasi di dunia yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik pon tak mampu mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Maklumat ini digunakan untuk tujuan kejahatan dan ketamakan. BEWARE !


P/s: Kalau nak selamat upload gambar banyak2 lagi. Haha. Twitter nampak lagi oke sebab takda aplikasi bodoh2, takda orang nk poke,takda nak invite main game, takda chat, takda like dan paling penting takda iklan lucah2 suruh beli produk 'mantap'...


10 February 2013

Jalan-Jalan Bersama Wawa Semput





Assalamualaikum pembaca yang kacak dan cantik belaka..
Seronok dapat angpow dengan buah limau? Ohhh best-best.
Minggu nie orang sibuk pakat balik kampung, aku pulak buat-buat sibuk nak balik Ipoh. Cewahh.. saja berubah angin dengan mood nak balik sana jumpa kawan-kawan. Well, terima kasih kepada bos sebab bagi aku punch card pukul 11.30am hari jumaat aritu. Sangat seronok ler bila dapat kad diskaun siswa tu. Siap merasmikan lagi kat restoren-restoren yang nak bagi diskaun.


Sesampainya aku di Ipoh, cik wawa dah selamat menunggu kedatangan aku, ayat macam nak termuntah dan kami merempit berdua ke kolej. Kononnya rindu sangat dekat lecturer tapi niat dihati nak cepat-cepat dapat kad tu dan rempit lagi ke Batu Gajah tengok anak buah/baby wawa yang comel. Memandangkan dah lama rasanya tak hangout dengan kengkawan so kami pegi tengok wayang cerita Wawa Semput. Sesapa yang tak tengok lagi cepat-cepat la tengok. Konfem korang awet muda sebab gelak memanjang dalam wayang tu. Tabik spring sama mamat belakang aku, dia gelak tersangat la kuat! APTB




WAWA SEMPUT - bukan lah cerita kawan aku si wawa tu tapi sambungan dari kisah Adnan Sempit tapi menceritakan kisah hidup Wawa (Secretary Nadia), Bobby dan Ismat. Lebih kurang macam cinta 3 segi tapi tak bersegi pon. 


Ketika Bobby dengan Ismat nak berebut hati wawa time tu la ada lawak ada juga yang tak masuk akal. Ceritanya begini, wawa yang baru break dengan bobby telah buat keputusan balik ke kampung. Ismat yang selama nie suka wawa ikut ke kampung untuk ngorat wawa. Endingnya memang trouble la bila bobby bakar gerai bakal pak mertua bagi membuktikan cinta sejatinya. Habis duit aku! Haha..



Back to story, kalau dah hangout tu memang tak sah kalau tak snap gambar kan tapi gambar wawa semput tu paling banyak. Untung la ada orang nak buat photoshoot berdua-duaan kat Taman Botani. Apa ingat Putrajaya saja yang ada botani. Hihi


Tunggu wayang


Alooloo... manjanya


Sedapnyaa Cheezy Wedges... nyum2


si buah hati Nazirul Andre? tak laa..


WAWA SEMPUT VS NINA SEMPIT


Bahagia !! lalala


Rombongan menonton wayang


Aku dah nampak berisi.. Yess


Sweet kan kami.. Hehe


Suka lepak sini sambil tengok sunset..


Setakat ini berita dari aku.. masa untuk berBBQ. Makan sampai gemok macam orang tu nina oii :)


9 February 2013

Biodata Nelydia Senrose


Assalammualaikum..


Biodata Nelydia Senrose | Nelydia Senrose pelakon drama Setia Hujung Nyawa. Bestkan layan drama "Setia Hujung Nyawa" dan terus nak share biodata heroin tu. Nelydia memang comelkan? Suka dengan perwatakan dan mukanya yang cool tu. Kalau nak tau Nelydia pernah berlakon dalam drama Spa Q menjadi anak kepada Norish Karman. 









Biodata Nelydia Senrose :
 

Nama Penuh : Nik Zaris Nelydia Senrose Binti Nik Sen


Nama Komersial : Nelydia Senrose 


Tarikh Lahir : 30 Julai 1994


Umur : 21 Tahun (2016)


Tempat Lahir : Tumpat, Kelantan


Asal : Kota Bharu, Kelantan


Adik-Beradik : Anak ke 3 daripada 7 beradik (4 Perempuan 3 Lelaki)


Anak Kacukan : Melayu-Siam

Kerjaya : Pelakon, Model, Duta & Pelajar

Akademik : Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya

- Mendapat 6A's dalam SPM

- Sedang melanjutkan pelajaran di SEGI College dalam jurusan Psikologi.

Pencapaian : Pelakon Drama Wanita Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur DFKL 2015

- Bintang Filem MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2015 







Drama : Spa Q 1 dan 2 (2007/2008), Spa Qistina & Datin Wan Abe (2009), Ahmad Durrah (2010), Pak Suman (2011), Puaka Bunga Tanjung, Friday I'm In Love, Setia Hujung Nyawa (2012), Cinta Jannah, Strawberi & Karipap (2013), Bukan Kerana Aku Tak Cinta (2014), Jasmine, Tundukkan Playboy Itu (2016)


Telemovie : Anak Aku Artis (2009), Iqra, Mistik Alam Hitam, Khalifah dan Si Tudung Tweet (2011), Setia Hujung Nyawa Raya (2013), Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris (2014), Strawberi & Karipap Hello Gold Coast (2015), Crush Next Door (2016)


Filem : Cinderella (2013), Mat Tudung (2014)

- Hampir 7 tahun Nelydia berlakon, baru sekarang namanya dikenali umum. Semuanya gara2 kegilaan ramai terhadap drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang ditonton hampir 3 juta orang di TV3, sekali gus membuatkan penonton membuka mata bila Nelydia membawakan watak Ersalina Imani (El) berganding dengan Amar Ashraf (Zain Hakimi). 


Nelly mula berlakon sejak berusia 13 tahun dan memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan bukan seni kerana berminat memerhati dan mengkaji tabiat manusia. Nelly juga sepupu kepada pelakon baru, Emma Maembong dan kakaknya, Uqasha Senrose, 21 yang turut berlakon.






Last Updated : 4/27/2016


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com