31 March 2013

Hukum Menyimpan Anak Patung Di Rumah



Assalammualaikum.


Selamat berhujung minggu bersama keluarga wahai pembaca. Pagi tadi aku menyambung kerja kemas mengemas bilik dan terpandang Cik Ted yang comel-comel tu. Rasa sayang nak buang, semuanya hadiah pemberian orang, mesti nak simpan kan. Rasanya memang takkan dibuang walaupun rumah aku takda budak kecik. Apa salahnya simpan untuk anak main pulak nanti. Oppsss gatai! Oke la..sebenarnya salah simpan Cik Ted tu. Ada hukumnya bagi sesiapa yang tak tau lagi. 






Perempuan dan anak patung memang tak boleh dipisahkan. Dari kecik memang selalu main anak patung tapi sejak besar sikit dah tak minat langsung. Dulu, aku selalu dengar, rumah, bilik atau kenderaan yang ada anak patung memang takkan didatangi malaikat. Jadi, kalau kita beribadah, macam mana malaikat RAHMAT nak mendoakan untuk kita jika dia tak masuk pun tempat kita?? Jika malaikat tak masuk, siapa yang masuk?? Syaitan yang akan masuk ke dalam rumah. Bila syaitan masuk, rumah akan jadi panas, rumahtangga juga akan bergoyang. Malaikat masuk ke dalam rumah kita membawa keberkatan dan cahaya, so pilihlah nak siapa masuk dalam rumah..pilihan ditangan anda. (Macam slogan nak pi mengundi..hehe)




Para ulama berkata, anak patung digunakan untuk tujuan menyembah jadi aku fikir-fikir balik sepatutnya aku simpan Cik Ted yang ada atas almari tu ke tempat lain. Menyimpan patung berupa manusia dan binatang (mempunyai roh), selain daripada tujuan permainan adalah haram. Jika patung itu digunakan untuk permainan anak-anak, ianya dibenarkan. Hanya boleh untuk mainan kanak-kanak belum baligh. HARAM yang sudah baligh simpan dalam bilik sebagai hiasan. 


Sumber: UstazLove - Patung Gambar Lukisan


30 March 2013

Sabtu





Assalammualaikum.


Selamat hari sabtu dan selalunya aku agak rajin berbanding ahad. Harini aku rajin mengemas bilik. Untuk pertama kali sejak balik dari bermastautin di Ipoh. Akhirnya dapat aku kemas apa yang patut. Bilik anak dara la katakan, kalau boleh nak sembur glade satu rumah. Biar wangi sampai pening lalat. Bila dah letih kemas jadi malam nie aku mengantuk awal. Hehe.. 

#Kemas buku-buku skolah dengan novel.. Kalau jual laku tak? Berkotak-kotak dah nie. Nak buang sayang pulak.. Semua nie duit mak ayah :)



#My cadar dan sarung dah bertukar. Selalu sebelum tidur mesti tengok Glow in the dark dulu.. bercahaya dalam gelap. Gudnite my sweet blogger :) Esok nina Bw oke.. tata



Gila Kasut


Assalammualaikum.


Selamat pagi Malaysia! Selamat pagi wahai pembaca sekalian. Dah breakfast? Aku tak breakfast lagi. Bangun je tengok tinggal sorang di rumah. Mak dengan ayah tak dapat dikesan. Begitu la nasib patik dihari cuti. Jadi harini niat dihati nak kemas bilik yang dah serupa reban ayam segala mak nenek reban aku rasakan. Bukan pemalas cuma takda masa dan bila tengok kasut kotak yang makin bertambah, rasa nak buang. Memang aku gila kasut, itu la ayat perli dari ayah. Encik Ahmad bukan nak selami hati anaknya nie, dia tak faham bahawa kaki anaknya semakin memanjang setiap tahun. Haaa, ayat tak boleh blah kan. Sejak masuk skolah menengah, 5 tahun bermakna 5 pasang kasut skolah aku. Tak pecaya? Ada lagi dalam simpanan. Masih elok dan aku rasa nak sedekah saja. 




Khamis aritu, aku ajak ayah beli kasut lagi. Ingatkan saiz 7 rupanya kaki dah panjang lagi 1 inci. Nasib baik saiz 8 ada. Bila tanya saiz kasut kawan-kawan semuanya pakai saiz 5, 6. Aku nie selalu saja susah hati kalau nak beli kasut. Terutama kat Vincci dengan Chadstone. Bila jumpa kasut yang berkenan dihati, sekali amoi tu cakap takda saiz kaki aku. Agak frust bebeh. Buat masa sekarang, bagi perempuan yang berketinggian 160cm, berat still 45kg dan mempunyai masalah BMI paling utama ialah masalah kasut. Kena berebut kalau nak beli kasut. Paling suka beli kasut wedges, snikers. Boleh dibuat koleksi. Hehee. Kasut tinggi lebih 3 inci memang tak layan. Kalau berdebat dengan mak pasal kasut, confem gelak guling-guling. Yelah, mana taknya, kasut aku yang dah tak muat mak pulak yang pakai. Kaki saiz 4 nak lawan saiz 8, memey tak dapat ler.





Aku: Kaki makin panjang la mak. 

Mak: Haha, nak buat macam mana lagi, nanti pi kerat jari kaki tu sikit. Bagi pendek. 
Aku: Nak suroh orang jadi cacat la tu. 
Mak: Dah jadi macam makcik Minah hang (adik ayah), kasut kena tempah. 
Aku: Haa, takpa nanti raya kami pi tempah sama-sama. Siap design kasut raya. Lepas tu, aku pon letak kakiku di sebelah kaki mak. Amboii nak challenge kaki sapa lagi besaq. 
Mak: Tengok kakiku comei ja, dengan lebar. Tengok kaki sebelah panjang dan kurus tapi kaki mak putih lagi.
Aku: Untung la kaki putih, kaki ina selalu kena panas sebab tu coklat. Agak jeles disitu.
Aku: Awat tatau pi ikut saiz tokwan, kan dah susuh.
Mak: Dah baka macam tu, nak buat cemana lagi.


Hehe, kedua-dua tokwan memang tinggi orangnya dan cucu-cucu ikut sekali. Sebenarnya aku pening nie, entry dah serupa cerita pasal kaki -____-"



29 March 2013

Film Review Gangster Celop Memang Kelakar!


Assalammualaikum.




Minggu nie dihabiskan masa tengok movie dengan wawa semput. Gelak sakan tengok Syamsul Yusof dan Kamal Adli. Walaupun takda sangat scene gaduh2 tapi memang best. Paling penting dapat tengok blogger fames si Hanis Zalikha yang boleh berlakon dengan baik la. Yang kesiannya keluar penjara tak siapa pun yang jemput 2 gangster ni. Haha..


Kisah mengenai 2 orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal) dan Adam (Syamsul) yang baru keluar penjara selama 5 tahun dan bertekad menjadi insan yang baik. Mereka dikehendaki menjaga anak kepada Mat Jambu, seorang  ketua gangster yang pernah melindungi mereka dulu a.k.a bodyguard. Kalau tak bukan Suzana (Hanis) yang baru pulang dari overseas. 








Semua menjadi huru-hara apabila mereka terlibat dalam konflik antara Mat Jambu dan Man Cirit (Azad Jazmin) yang menjadi musuh tradisi. Rasanya movie nie kelakar la, tak sampai 5 minit dok bantai gelak ja. First time Yus Raja Lawak berlakon as one of the main character dalam filem nie. Memang sesuai dia jadi ayahanda gangster. Azad Jazmin memang terbaek kalau jadi gangster. Gila sungguh dia tu. Gangster Penang cakap ala-ala Jepun. Ending yang tak disangka-sangka. Hahaha.. Kena tengok movie ni taw.


Paling suka scene release tension kat dangdut tu. Haha.. Gangster layan dangdut la. Lawak tengok Kamal nyanyi lagu dangdut. Suara dia boleh tahan sedap la.  



Tokanda dan Oyanganda.. Haha



Lepas belasah samseng di Melaka



Antara dialog yang aku suka :


"Ini pelakon extra, sudah biasa berlakon extra.. Gelak.. Haha"

"Kita ni gangster apa celop nak jadi babysitter ni, tak gangster langsung"

"Man, ni semua kau punya pasal la man, spa halal la spa haram la.. Panas siot"

"How are you Mr Queen Inglish.. Yes it's isn't. Haha"

"Bang.. Inilah kali pertama kami merasai kenikmatan air ni bang.. Sedaap! (air Slurpee)

"Yelah memang orang tak tahu kita gangster, orang ingat kita ni bapok, gay"

"Eh jeles la tu kecik2 mak tak belikan Hello Kitty kan"

"Semakin lama dia berkuasa, makin lama saya tak merasa"


28 March 2013

Amanina Ahmad Bakal Menjadi Isteri Orang


Assalamualaikum.


Selamat pagi wahai para pembaca sekalian. Dah breakfast? kalau belom cepat-cepat la. Pagi nie agak seronok sebab pak guard belanja roti canai. Hehe.. Semoga murah rezeki pakcik ya. Aku kalau bab-bab orang belanja nie tak syok sikit, takmo orang belanja selalu. Sekali sekala takpa, tak suka mengikis duit orang. Ish..ish baikkan aku :P Oke, back to story, aku bukan nak cerita pasal orang belanja tapi pasal kembar aku bakal jadi bini orang. Eh sejak bila aku ada kembar? Sebenarnya kami cuma berkongsi nama yang sama dan bila nina tu post status, aku pun mula berangan bukan-bukan. Bila agaknya turn aku kan. Gatainya.. tengok la status dia. Tahniah buat kedua-dua bakal mempelai, semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Mesti aku akan buat status yang sama macam dia suatu hari nanti. Yang nak kawen nie bukannya amanina si tuan kedaun taw, ini amanina lain. Kang ada yang konfius ~~ 







Tuan tanah rasa rajin nak membalas komen-komen blogger awesome . Hehe.. 
Blogwalking pun dah merata-rata.. Herherher :)





26 March 2013

Tengkuk Ayam Ohh Ayam


Assalammualaikum.


Selamat tengahari dan selamat berlunch. Apa yang tengaharinya, dah masuk petang la. Mengigau pulak. Dalam bulan nie aku dapat penyakit baru. Entah berjangkit dengan siapa pun taktau. Setiap hari dah ketagih nak makan tengkuk ayam. Halamak teruk la camni. Sikit-sikit tengkuk ayam, meratah saja pun boleh. Mak-mak angkat diopis dah larang aku jangan makan tengkuk tu tapi hang makan jugak nina. Buat tak endah dengan teguran orang tua. Balik rumah tak mengidam pun. 


Nasi bersama tengkuk ayam. Nyumm


Kata orang tua dulu kala "kalau makan tengkuk ayam, bila kawen nanti kepala teleng". Sejak orang tu marah, aku dah kurang sikit nak fikir pasal kawen-kawen nie. Kat rumah kalau suruh mak beli tengkuk ayam memey tak dapat ler. Dibelinya dada, goreng garing-garing bagi aku makan. Yelah, aku pun taknak nanti bila tengah bersanding kepala teleng. Macam mimpi ngeri je, kesian my hubby kan. 


Tapi setahu aku, sebelum nie tak makan tengkuk ayam pun memang kepala suka teleng, kalau korang perasan setiap gambar dalam blog nie mesti kepala aku teleng, memang faveret suka teleng atas bahu orang.. Opsss bahu siapa ya? Hehee. So, lepas nie tak boleh makan kat cafe sebab ada tengkuk ayam. Takmo nanti ada orang mengata aku masa tengah bersanding :P Kalau nak teleng jugak, pengantin lelaki pun kena teleng sekali, teleng sama-sama, baru orang cakap "so sweet". Ngeh ngeh :) 


Eh..eh, kenapa bila baca lagi shekali, kite rasa macam entry pasal kawen. Kenapa perempuan saja yang kena? tak adakah lelaki yang mengidam tengkuk ayam? Haha. Soalan cepumas nie.. Jom teleng ke kiri, teleng ke kanan ~~ lalala

25 March 2013

Jalan-Jalan Cari Nasi Minyak





Assalammualaikum.


Selamat pagi dan selamat bekerja semua. Hari Isnin selalunya aku agak slow sikit, slow means malas tahap labi-labi, nak update entry nie pun memerlukan semangat nak menaip. Cewah, bajet macam letih sangat kalah pengantin. Semalam, aku, kak staf dengan adik comel serbu Sungai Petani makan nasi kenduri di rumah salah sorang staf. Tak sempat nak tengok pengantin, asyik makan itu, makan ini. Haa, jangan ditanya berapa pinggan aku makan. Buat muka tak malu, mentang-mentang la rapat dengan tuan rumah. Berjalan dari tengahari sampai ke malam. Lepas kenyang makan nasi minyak, serbu Amanjaya Mall pulak, sesapa pernah pegi, sila angkat 1 jari! Not bad jugak sebab ada wayang, bowling, game dan tempat karok. Aku kondem pulak tempat tu, tak pasal-pasal orang SP mengamuk kang. Chill la.. Amboihh, kalau dah jalan makan angin mesti rasa malas nak balik rumah. Haha. Jom layan gambar tak comel kami :) 


Menggedik berdua di surau.. asalkan sempat mesti snap


Eh..eh eisya pun masuk shekali..aloloo


Nampaknya eisya dah mula senget kepala kat aunty sha..hehe


Akceli sebelum pi kenduri tu, aku ada keja sikit kat matrik. Punya la datang awal semata-mata nak pi snap gambar around kolej. Nasib baik ada adik angkat, si Intan tu. Tolong temankan aku nie yang kononnya nak berteman. Dah habis keja pi pulak jemput si Sha tu kat bilik dia, nak sangat ikut pi kenduri. Sementara tunggu kak faezah siapkan anaknya. Kami nie bertumpang teduh di surau. Cuci mata, kot-kot la ada budak laki yang azankan solat. Hari minggu yang best jugak sebab dapat menjadi babysitter untuk budak eisya tu. Masa jumpa malu-malu kucing, sekali merayap duduk atas riba aku. Dah boleh dukung, kendong, dah boleh main kejar-kejar. Masa balik sempat jugak dodoikan eisya sampai tidoq. Aww, tiba masa nak kawen kot :P




Yeay happynya dapat bunga telur


Nampak kerja kami?? Ini bukan membuli ya


Eisya tengah cuba spek mata. Kahkah


We again! pantang jumpa cermin.


Oke dah stop upload pic gedik kami :) 


P/s: Tengs follower baru, nanti nina follow korang balik eh. 


24 March 2013

Earth Hour Feat Film Review Mama





Siapa yang bergelap selama 1 jam tadi memang aku respect la! Bukan senang nak menyokong earth hour nie kan. Tahun nie aku tak tutup lampu rumah sendiri tapi tutup lampu bilik kat rumah mak saudara. Haha.. apa aku buat dirumah itu, biasa la tengok wayang dalam bilik dengan my kazen. Kami bertiga buat wayang sendiri, tutup lampu then tengok movie Mama yang dibeli di kedai DVD. Tak sempat nak tengok kat wayang, yelah siapa nak pi tengok wayang dengan aku kan. Nampak tak penyokong setia earth hour nie, dah la tengok movie seram lepas tu tutup lampu siap berebut bantal dengan chikenet tu. Menjerit dalam rumah, penakut jugak aku nie. Nasib baik bukan malam jumaat, haaa takda kena mengena dengan malam tu. 







Mama mengisahkan seorang perempuan lari dari hospital bersama bayinya. Kemudian perempuan itu jatuh ke dalam tasik bersama bayinya yang tersangkut di ranting pokok. Dari situ bermula kisah seram dimana seorang lelaki bersama dua anak perempuanya mengalami kemalangan dan lelaki itu mati. Kedua kanak-kanak itu dibela oleh hantu mama. Stop sampai situ, aku seram nak cerita. Lagi seram kalau aku pegi tengok dalam wayang kan. Fuhh meremang bulu roma den. Oke la, aku sebenarnya buat earth hour dari pukul 10 malam sampai pukul 12 pagi. Hamboii punya lama. Kononnya nak seram tengok dari start sampai habis movie tu baru bukak lampu. Rasanya aku kena tidur dulu, esok nak pegi serbu Kedah. Makan nasi minyak. Hew..hew :)





Gudnite para pembaca.. Sweet dreams. Jom layan chikenet nie nyanyi dulu


video


21 March 2013

Resepi Pavlova ♡


Assalammualaikum.


Resepi Pavlova | Finally pagi nie my pavlova selamat sampai ke opis dan tengah berehat dalam freezer. Hehe. Petang jap lagi baru korbankan pavlova aku beramai-ramai. Bunyi macam aku buat majlis korban pulak kan. Biasa la bila dapat banyak pujian hatiku berbunga-bunga, kembang macam morning glory. Kenal morning glory tak? tak kenal pi bukak kamus. Oke, berjaya jugak aku cuba buat pavlova sendiri. Rasa seronok dan rasa nak buat lagi lah. Harap-harap pavlova aku tak manis sangat dan taknak orang-orang opis dapat kencing manis. Memandangkan whipping cream aku tawar jadi gula letak banyak sikit dalam meringue. Maybe ramai dah tau bahan-bahan dan cara membuatnya tapi nak bagi tau lagi shekali la. Hee. 



Strawberi


Bahan-bahannya:


Nona Castor Sugar
Kiwi Italy
Emborg Whipping Cream
 Strawberi Korea
Tepung Jagung
Telur
Cuka makan
Esen Vanilla


Cara-caranya:


  • Sebelum pecahkan telur tu, basuh dulu dan asingkan telur putih dan kuning. Mak tolong buat part nie sebab aku tak reti. Takmo ada satu pun kuning telur walaupun setitik.

  • Pukul putih telur tadi menggunakan mixer sampai kembang berbuih-buih sambil tu masukkan gula caster, tepung jagung, cuka dan esen vanilla. Aku guna esen strawberi sebab bau lagi wangi tapi ikut suka kalau nak guna esen lain tapi mesti perisa buah. 

  • Pukul hingga kembang dan lepas tu try angkat, kalau tak jatuh atas muka maknanya menjadi meringue tu. 

  • Buat ukuran bulat kat atas kertas minyak dan letak dalam acuan dan siap dibakar. Bakar ikut suhu oven korang oke. Aku bakar dalam masa setengah jam saja. Pastikan acuan lagi besar dari meringue tu. Kes aku yang semalam ialah, meringue banyak dan dibakar dalam acuan yang sederhana so jadi lah bunga rafflesia mekar dalam oven. But, it's oke sebab aku baru 1st time try dan belajar benda baru jadi lepas nie mesti meringue tu tak jadi macam bunga rafflesia dah. 

  • Untuk topping, pukul whipping cream sampai pekat, letak dalam freezer bagi sejuk baru boleh letak atas meringue. Kesalahan yang kedua, aku pi beli whipping cream jenis botol.. huhu, jadi memang cepat cair ler. Bila meringue dah sejuk boleh la hias dengan buah sesuka hati. Nak lagi best letak dalam peti ais kat bahagian beku tu. Haha 


Pavlova !


Sebenarnya kes pavlova nie memang aku take serius. Bukan apa pantang dicabar bila mak angkat bagi resepi dan suruh try buat mesti aku akan buat. Menyahut cabaran dan di opis dia selalu tengok blog Cik Epal. Amboihh jangan memain. Lepas nie resepi apa pulak Puan Ruziah nak bagi kat aku. Hehee :)



P/s: Tadi 1st time kite tengok adik perempuan Irma Hasmie. Wah, memang cantik orangnya seperti kakaknya jugak. Adik angkat kawan dengan adik Irma siap melambai-lambai lagi.. Wah, jauhnya belajar sampai matrik pulau pinang. Alhamdulillah, kazen aku dapat 5A. Seronoknya harini Ya Allah :)


20 March 2013

The Making of Pav


Assalammualaikum.


Today and this tonight I will teach you all how to cook pav****. Hahaa. Guess what? mesti semua orang tau kan aku nak buat apakah ini. Esok pagi baru aku postkan keseluruhan entrynya. Dah ready nak pukul 4 biji telur putih sebagai medium utama. Oke adunan tu aku dah masuk dalam oven jadi sambung benda apa yang nak aku taip nie. Lepas balik keja petang tadi terus pegi beli bahan-bahan dan balik rumah buat pulak kira-kira bajet 2013. 



Nona Castor Sugar - RM 2.50 
Kiwi Italy - RM 7.14 (7 biji)
Emborg Whipping Cream - RM 13.99
 Strawberi Korea - RM 12.88
Tepung jagung, telur, cuka makan, esen vanila free dari rumah :)


Step by step


Membaking bahan

Siap buat bahan pav


Alamak, terlebih gebu pulak aku punya pav tu. Boleh nampak gebunya dari dalam oven. Nampak macam volcano putih sedang meletop! Oke, aku tak tipu memang dah melimpah krim tu. Sekali tengok macam bunga rafflesia. Haha ~~


Gebunya


P/s: Esok result SPM keluar.. Good luck semua candidate, semoga mendapat result yang cemerlang. Buat kazen aku malam nie hang tak tidoq lena. Haha. Esok pagi kena bangun awal untuk sapu whipping krim and bawak pegi opis :) Percubaan miss nina 50% menjadi. Ingat tak pandai masak ke?


19 March 2013

Tudung Radiusite




Assalammualaikum.


Harinie agak penat dengan keja tapi hati tetap senang tengok keja siap. Sambil-sambil tu tengok website Radiusite. Tudungnya agak cantik jugak la dan aku berkenan dengan design. Sesapa nak tempah boleh la, untuk orang-orang area Bangi dan Shah Alam. Macam orang utara nie kena shopping kat sana la. Oke lah ada masa nina blogwalking dan follow blog korang eh. Nak tidur dulu. Tata :)


Radiusite




Shawl Nida


Mila Printed



Shawl Awfiyah (Ini la bakal kakak ipar Irine Nadia Marcello)


Shawl Luna


Shawl Alika


Raisha

Asha Printed


Cepat Kawen?



Assalammualaikum.


Jom kita kawen awak? Agak-agak bila aku tujukan soalan macam nie ada orang sudi tak nak kawen dengan aku. Haha.. *JOKE oke. Dari minggu lepas sampai ke harinie tak habis-habis mak-mak angkat kat opis asyik tanya soal kawen. Pagi tadi masa breakfast mereka ber-4 beri nasihat. Ya, aku suka orang-orang lebih tua memberi nasihat, itu bermakna mereka sayangkan kita sebenarnya. Antara ayat usikannya:


"Boleh tak join makan sekali nie, sat lagi cik abang tak berani makan pulak, tengah tunggu cik abang mai (datang) nie". Walhal aku dok sorang ja.

"Kalau kawen nanti jemput kami dak?". Aku taktau nak cakap apa.

"Kena keja dulu, simpan duit baru boleh kawen kan"


"Dah keja nanti mesti mak dia terus kawenkan dia". Haha, mak aku malas nak carikan calon untuk aku.



Itu antara ayat yang selalu mereka usik. Kadang-kadang sampai aku terkedu. Nak cakap takut tersalah kata pulak, last-last aku senyum kambing sampai ke telinga. Kalau keluar makan dengan kak-kak staf, depa jadi my angel. Sekiranya ada abang cafe or abang guard mengorat, mereka mesti kena sound. Minggu depan start cuti sekolah, yes i know darling, ramai orang buat kenduri kawen. Syoknya makan nasi minyak nanti. Petua nak kawen cepat??



First - opcos kena keja bersungguh-sungguh cari duit banyak-banyak.. Hihi, bila duit banyak, nak buat majlis kawen pun senang, tak gitu? Second - Hati mau bersih, banyak-banyak sucikan hati, jangan benci-benci kat orang, menurut Dr. Fadzillah Kamsah.. Katanya, selagi dalam hati kita ada yang kita bencikan, jodoh takkan dekat even ramai orang suka kat awak sekalian. Kemudian - kena banyak doa, amalkan doa-doa, buat amalan yang mendatangkan kebaikan.. Jodoh tu ditangan Allah, dan ditentukan, cuma kita kena berusaha! Yeayy, berusaha untuk kawen.. meh2. Untuk yang dah ada pasangan tapi tak kawen lagi kena jaga hubungan bukan merosakkan hubungan oke. Tak baik main-mainkan perasaan orang. Kalau kantoi memang habis. Semoga Allah memberikan kita jodoh yang baik. Aminn.. 







Irma dan Redza, pasangan yang bercinta selepas kawen manakala DD dengan FK bercinta kejap saja. Aww memang sweet dan bakal dapat baby :)


18 March 2013

Souvenir From Korea


Assalammualaikum.


Baru harinie aku dapat menatap souvenir dari Korea, itu pun ayah baru free tolong ambilkan di pejabat pos. Pemberian dari Cik Ili Fazrin atau Elie, siapa kenal dia angkat kening cepat! Haha, blogger fames memerangkap rakan tweet. Terus terang aku cakap, kami memang tak pernah berjumpa cuma berhubung dalam blog dan tweet. First time dengar suara time dia poskan video pegi Nami Island. Siap dapat main salji, tengok mulut kecik molek dia keluar asap bila bercakap. Aku pun teringin nak macam tu jugak. So, kena simpan duit dari sekarang. In Shaa Allah, tahun nie merupakan tahun aku melancong. Rasanya nak mengacau kazen aku Singapore cukup kot. Hehe.. 



Terima kasih banyak-banyak, ada jugak orang teringat nak belikan souvenir kat nina. Akan ku simpan dalam plastik, takmo bagi habuk hinggap. Tunggu turn aku melancong, akan ada souvenir untuk blogger ya. Adioss ~~ mau melelapkan mataku yang redup nie. Gudnite semua :) 





Souvenir from Korea




17 March 2013

Masakan Ibu Tetap No.1


Assalammualaikum.



Harinie terjaga dari tidur yang nyenyak gara-gara terbau masakan dari dapur bonda. Wow! Terus bangun dan mandi. Cuba teka aku bangun pukul berapa tadi? Haha. Opss, kang kantoi pulak. Memandangkan harinie hari lahir mak, jadi aku tak sempat nak celebrate, cuma hari seorang ibu nie dia tetap akan masak makanan feveret anaknya walaupun hubby takda dirumah.



Jadi boleh aku makan tambah berkali-kali tanpa risau berebut dengan ayah. Memang aku suka makn di rumah, memang licin pingan sampai nampak muka. Oke, tipu sebenarnya. Kalau pasal masakan memang semua anak-anak seluruh dunia akan cakap masakan mak, ibu, mama, umi la yang paling shedap kan. Memang tiada tandingan, McD pun boleh kalah macam nie.   



Ini namanya nasi minyak bersama daging kurma


Sebenarnya memang dari kecik lagi aku asyik makan masakan mak je, bila umur 5 tahun baru kenal apa itu ayam KFC, bila umur 11 tahun baru kenal apa itu McDonald. Ohh sangat shedih tapi satu-satunya cara nak ajar anak supaya tak terlalu makan fast food, western dan tak nak anak asyik nak makan kat restoran je. Begitu la cara aku di didik, tak nampak kejam sangat. Cuma dulu gemok dan bila dah besar kurus pulak.



Mungkin ibu-ibu moden sekarang nie kena pantau pemakanan anak-anak. Budak-budak Malaysia banyak obesiti. Kesiannya.. Tunggu entry seterusnya pasal masakan aku pulak, nak rest dulu, penant membayar hutang 70 komen dari pagi tadi. Thanks para pembaca :)


Dapat Adik Baru ♥





Assalammualaikum.


Macam mana ya nak cakap sekarang nie, eh nak expresikan perasaan dalam blog melalui penulisan. Aku tak pandai nak berkias-kias, berpantun-pantun, berteka-teki tapi memang hanya tau taip saja. Memang dalam mimpi kita boleh mimpi indah-indah tapi bila bangun, bila terjaga kita tetap dalam alam realiti. Haaa begitu la ceritanya. Tak faham lagi? Buat-buat faham.. Haha. Sebenarnya kalau baca tajuk pun orang dah tau aku gembira. Siap ada love-love lagi. Ingat senang nak bagi ♥ kat orang, yang tak layak saja aku tak bagi. Oke lah, sebenarnya adik aku bertambah lagi 2 orang, budak Sains dan Akaun. Haha, sila jangan tekejut beruk. Bagi orang yang tak berabang, tak berkakak dan tak beradik nie memang senang nak dapat adik, dapat abang, dapat kakak express.  



Pertemuan pertama 12 Mac 2013 di pondok rehat


Sila jeles dengan aku. Cewahh bukan nak ajak gadoh tapi memang dah lumrah kot hidup senang dapat keluarga angkat, cuma abang angkat saja takda, takut nanti aku terangkat sama. Memang naya! Tak sangka dah 2 bulan 2 hari aku jadi trainee kat matrik dan ada lagi sebulan lebih nak bermanja-manja dengan pak, mak, kakak dan adik angkat. Sedihnya bila tinggalkan mereka nanti. Tolong jangan nangis-nangis ya nina. Dah lama air mata tak keluar nie..

@ Blok Asrama A1


Back to story, adik baru nie aku jumpa secara tak sengaja masa dia tengah intebiu pak guard tentang masalah pembuangan bayi dikalangan pelajar. So, kira macam final projek la. Sembang punya sembang, dah jadi rapat. Ohsem betoi life aku, orang peramah memang cepat bab rapat merapat nie. Jadi ceritanya kat matrik aku memang suka buat kasih sayang. Makin bertambah adik-adik shaye, shuke hati jadi gedik pulak. Maklum la baru nak belajaq jadi gedik hoii. Hihi

Comelkan? Muka budak-budak. Mak cakap macam siam


Nor Sharwati Binti Khalid
Sains PDT Sem 2



And..and aku baru teringat today is... 


HAPPY BIRTHDAY
MAK & MAK NGAH !


**Ina sayang mak..nak peluk tapi dah tidoq..esok jelah
Dichan put pasa thai nit noi..horm mae (sila translate)



15 March 2013

Tudung Fareeda Lagi



Assalammualaikum.



Tudung Fareeda datang lagi.. Bagi peminat tudung Fareeda, jangan lupa tengok pattern terbaru untuk bulan nie. Cewah nampak macam tauke butik pulak. Ala-ala nak promote tudung gitu tapi bukan apa harinie lagi shekali aku pi Butik Fareeda. Saja ikut kak staf pi beli tudung terbaru. Aku yang tak pernah pakai tudung nie pun dah mula rasa nak pakai. Memang kainnya lembut tapi mahal dan memang fames kan..kan. Agak tekejut bila tengok dalam Nuffnang, ada orang search pasal tudung nie dalam blog aku. Semua cari ais kacang? Haha, jangan tak pecaya pulak memang ada tudung ais kacang. 




Oke kat sini nak bagi tau ada beberapa jenis tudung Fareeda yang memang jadi rebutan di butik petang tadi antaranya Suzanna, Sara dan Sofia. Suzanna ada bermacam design dan warna jadi semua cantik-cantik belaka. Tahun nie memang ada bermacam jenis design yang akan keluar lagi cuma cepat atau lambat saja. Kak staf beli tudung design baru ala polka dots, ada 3 warna iaitu pink, biru dan coklat tapi kaler pink keluar dulu. Peminat tunggu lagi 2 warna keluar tau.. Klik Fareeda untuk lebih lanjut. Hehe


Terbaru! Aku rasmi dulu.. Hehe


Jadi sesapa yang berminat nak beli boleh usha page Fareeda di facebook sebab dalam tu memang akan diupdate pasal design terbaru dari masa ke semasa. Selamat membeli! *Nak beli kat bakal ibu mertua pun boleh ye para lelaki..mesti future mother in law sayang. Fareeda.. Nyata Berbeza :) 




Ada lagi stock kat butik


Marissa dan Selendang Mawar coming soon

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com