30 April 2013

Menternak Lemak Di Nando's


Assalammualaikum.


Selamat malam semua, baru harini dapat online. Rindunya kat blog, rasa macam lama sangat tak update entry kan. Cehh walhal baru 2 hari aku tinggalkan. Ada orang rindu tak? Hihi. Oke, sebelum ketiduran meh nak story sebentar. Dah la cuaca dingin dan seronok kalau tidoq sambil peluk bantal dan membayangkan ayam-ayam menari-nari di depan mata. Ohh indahnya ku rasakan. Benda apakah yang aku merepek nie?


Last Sunday, aku bersama sayang-sayang hangout together-gather di Sunway Carnival Mall. Sapa penah pi sila kenyit mata. Haha. Mulanya ingat nak shopping barang-barang buat Pavlova, tak sangka rupanya hari ahad tu bufday Eisya. Dah 2 tahun rupanya, gigi dah banyak tumbuh, dah pandai cakap tapi sepatah pun aku tak faham. Lepas nie mesti dah susah nak hangout dengan mereka berdua. Paling best, ada orang belanja makan Nando's. Wehoo.. seperti yang dijanjikan dari minggu lepas. Lama tak ternak lemak di Nando's. Rasa nak tambah ayam berkali-kali. Kalau makan Kenny Rogers, mesti kekurangan garam. Harga jauh lebih murah dari Kenny.


Happy Birthday yg ke 2 Nur Farisya Madhiha. Tongkat sakti RM 5

Harini, makcik nie balik Selangor, sempat jugak buat drama air mata kat belakang opis

The Menusss.. Semua sedap2


Sapa peminat Nando's mesti tau ayam-ayamnya rasa apa. Ada bermacam set dan kami ambil menu yang ada kesemua perisa ayam peri-peri, taktau nama menu tapi wajib rasa. Memang tak rugi duit. Kalau oder lemon ice boleh refill berkali-kali. Sup mushroomnya sedap jugak, lebih kurang macam Pizza Hut. Paling suka potatoes, sedap dimakan. Eisya pun suka, jenuh berebut. Kek pulak, agak kureng sikit sebab kek agak melekit. Cheese keknya rasa macam coklat Cadbury. Harga dalam 100++ dan di restoran yang kami menjamu selera dapat layanan yang baik. Kiranya first class. Hehe



Sebelum makan kita snap dulu

Tengs for this kak! :)

Ayamnya marvellessss.. wallah

Ini semua poyooo... 



Esok dah masuk bulan baru, welcome May. 
Selamat hari pekerja. Selamat bercuti. Yeayy, seronoknya.. Gudnite :)

SEGMEN KATHY MENCARI BLOGLIST MEI-OGOS



klik banner untuk join


Terima kasih kepada Kathy, kerana mempelawa untuk join segmen kedua beliau dan ini juga merupakan segmen kedua yang aku join untuk tahun ini. Terbuka kepada sema blogger. Join jom..


Jom Support Segmen Blogger Kathy! Hehe. 


27 April 2013

Resepi Moonhoney ❥ Pizza



Assalammualaikum.


Holla people, I'm back to blogging world. Nak habiskan kesudahan kisah aku lari dari rumah. Akceli aku lari untuk menuntut ilmu masakan. Haha, sila gelak kalau rasa lawak. Kalau tak lawak baca sampai habis tau. Nampakkan tajuk entry lebih kepada moonhoney or bulan madu tapi saja terbalikkan ejaan. Malam rabu lepas, aku dengan Sha bermalam di rumah K.Faizah (staf) di kuarters matrik. Memandangkan hubby dia bekerja di Klate, jadi boleh la ber ber gedik satu malam. Bergumbira sebelum kami-kami berpisah, Sha tu dah nak habis sem, aku dah nak habis LI jadi lepas nie mesti jarang dapat jumpa. 



Menunggu eisya di Taska. Kita snap dulu


Menunggu kak beli bahan2. Kami snap lagi. Kesian eisya separuh.
Dalam bulatan DUN Kepala Batas - Dato' Seri Reezal Merican


Eisya memang manja. Mommy to be.. Aminn


Model PLA.. Tunggu aku dukung nie. 


Oke, back to story.. kak selalu cakap pizza dia tak menjadi. So malam tu kami buat sampai menjadi. Haa, memang menjadi. 3 dulang untuk dibawa ke opis pagi khamis. Dengan bantuan aunty bread maker, tak lenguh tangan nak meng-uli tepung. Nak resepi? Bolehhh. Meh nak kongsikan saat-saat kegumbiraan di dapur membuat pizza mozarella bercheese. Ayat tak boleh blah.. 


Eisya tengah fikir, nak main iPad ke nak main tepung?
Sapa la calit tepung kat pipi dia. Hihi


Bread Maker dari Cosway. Harga 200++

____________________________________________________________________________

Bahan Roti:

2 cawan besar tepung high protein
1 sudu teh Yis
1 sudu teh gula
2 sudu susu segar
1 sudu teh garam
2 sudu mentega
Air secukupnya

Bahan Pizza Topping:

Isi ayam dan daging (hancur)
Nanas (tin)
Cendawan butang (tin)
Tomato Puree (Prego)
Oregano
Garam
Lada Putih
Lada Benggala
Sosej
Keju mozarella (diparut)
Mayonis






1. Tadaaaa! bahan yang diuli oleh auntry bread

2. Canaikan doh menggunakan penggelek. Disini la part paling umpphhhh. Gelek satu badan.

3. Sapu mentega di atas dulang dan masukkan pizza, kena penuhkan permukaan.

4. Pizza yang telah masak selama 15 minit dan biarkan sejuk.

5. Sementara tunggu pizza masak, potong bahan-bahan untuk buat topping dan goreng isi ayam dan daging.

6. Setelah pizza sejuk, ratakan pes tomato diatas. Hias ikut kreativiti sendiri.

7. Setelah siap hias, bakar pada suhu 200 darjah selama 5 minit. 



Dah siap! Hehe... Pizza yang dibuat dengan penuh kasih sayang.
Tak habis2 staf menyakat aku. Dah pandai buat pizza dah boleh kawen. OMG :)

25 April 2013

Majlis Perpisahan Encik Othman


Assalammualaikum.


Selamat malam semua. Kembali ke rumah selepas bersuka ria dirumah orang. Haha, nanti aku ceritakan. Tunggu next entry tau. Oke, semalam adalah hari perpisahan buat Cik Othman, bekas penolong tadbir pejabat. Maka berakhirnya tugas-tugas beliau selama 30 tahun bekerja di dalam sektor kerajaan. Lama tu angkanya. Bukan senang nak lupakan memori selama 10 tahun di tempat kerja setelah sekian lama berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Sebab itu aku tengok Cik asyik sebak sebelum kami mula majlis punch kad kali terakhir. First time ohh tengok orang lelaki menangis. Nasib baik kak-kak staf pandai buat lawak, takda nak sedih-sedih sangat. Terima kasih banyak-banyak Cik kerana belanja makan lunch aritu. Sangat berbesar hati dapat join. Dalam bulan nie saja dah 3 orang bersara. Tak lama lagi aku pulak yang akan tinggalkan tempat nie. Takmo sedih, jom tengok gambar majlis :)


Ahli mesyuarat pintu. Hehe


Comelkan?


Peace buat kali terakhir

Muat-muat kamera


Punch terakhir. Huuu sedih time nie

Abg Ijan shedih lettew.. Dah takda kawan

Sesi menghantar pulang

Selamat tinggal.. Seronok dapat naik kereta Honda Accord

Cantikkan? Berjaya jugak abang Razak snap gambar. Ini hasil kutukan dari akak2 staf. Selalu blurr je


23 April 2013

Counting Day!



Assalammualaikum.


Selamat malam wahai sang bulan
Selamat malam ayahanda dan bonda
Selamat malam wahai pemuda pemudi jalanan 
 Selamat malam pembaca diaryku.. 
Usah dirindu pada yang tak sudi, kita pasti bertemu kembali suatu masa nanti
Hanya ucapan rindu ku kirimkan di entry ini
Aku akan pergi membawa diri, beg usang sudahku packingkan
Menunggu masa tibanya untuk berangkat
Bukan niatku mahu melarikan diri dari rumah, hanya mahu menenangkan hati
Akan ku online kembali jika ada masa mengizinkan
Hatiku kini hanya menunggu masa berakhirnya azab seksaan jiwa lara
Menunggu seminggu saja lagi kecuali hari sabtu dan ahad
Maka MERDEKA la diriku.. Sekian


p/s: Maafkan tuan hamba, patik tak berapa pandai bersajak ^_________^



Selamat malam orang bawah
|
|
|
V

LI cepat tamat


22 April 2013

1 Malaysia Charity Night





Malam nie cuma nak post pasal pasal party konsert charity. Charity anjuran Parlimen Bagan. So, faham-faham jelah. Sebenarnya aku taktau pun program nie tapi disebabkan ada tertampalnya notis di papan lif rumah mengatakan malam nie ada makanan free terus ajak jiran serbu. Hehe, sekarang dah ada teman lama sepermainan masa kecik-kecik dulu. Dia pun dah habis belajar di Kelantan, jadi ini 1st time dating bersama. Kami tapau makanan banyak siap bawa balik rumah dan kekenyangan. Jadi nak buat peta dulu la. Gudnite :)


Untung la jadi kaya malam nie. Haha

Rare sungguh.. bawah jambatan tu

Veteren banyak stay depan stage.. Nak tengok gelek2

Peace vodooo! Eh budu la

Baju baru.. Heee. Support beb

Ya.. Habibi yaleyale. Mengancam mata aku. Orang laki? Haaa


21 April 2013

Marah Tanda Sayang Benci Tanda Rindu.


Assalammualaikum.


Seringkali kita tersalah mentafsir apa yang ada dalam hati mereka bila mereka sedang memarahi atau lebih tepat menegur kita. Seringkali kita menjauhkan diri apabila dimarah kerana berkecil hati apabila ditegur. Aku juga begitu, selepas dimarah mahupun diherdik, aku duduk lalu berfikir mengapa aku dimarahi? Apakah tindakan yang aku buat sehingga mereka memarahi aku? Sentiasa positif, kenapa kita dimarahi. Seteruk mana diherdik ayah, sesakit mana dileteri ibu, sebenci mana ditegur rakan, setakut mana ditengking guru. Ingat mereka sentiasa ada alasan tersendiri untuk memarahi dan menegur. 



Seseorang tidak akan menegur tanpa sebab yang kukuh. Mungkin kerana sikap kita yang negatif membuatkan mereka berfikiran begitu. Marah tanda mereka benar-benar ingin kita berubah dan benar-benar mengambil berat terhadap kita. Jangan sesekali membenci, kerana sejauh mana anda membenci pasti dia selalu bermain difikiran anda. Setiap kali membenci, setiap kali itu anda memikirkan mereka. Jangan cepat kita rapuh, jangan cepat membuat rumusan. Sebaliknya berfikirlah mengapa mereka marah dan menegur. Sudah pasti ada kesalahan yang kita lakukan dan perlu kita perbaiki supaya tidak dipandang serong oleh yang lain. Bencilah jika kita rasa itu terbaik kerana setiap kali kita membenci mereka akan tetap kita fikirkan. 


Namun ingat, jangan sekali biarkan ego menguasai diri. 

19 April 2013

Lunch at Aida's Cafe Bertam, Kepala Batas


Assalammualaikum.


Selamat malam semua. Harini baru ada masa sekejap nak update entry lunch di Aida's Cafe, Bertam, Kepala Batas. Itu pun memberi laluan kepada iklan sebelum tengok Sebenarnya Saya Isteri Dia. Semalam lagi shekali aku dapat makan free. Yeayy.. Seronoknya lunch bersama staf-staf. Terima kasih kepada Cik Othman yang bakal bersara hujung bulan nie. Kira buat farewell. Baik orangnya dan aku anggap dia tak ubah seperti bapa sendiri. Mulanya segan nak ikut bila semua sibuk call cafe tu, book makanan. Yelah, aku cuma budak praktikal dan macam tak best kalau join tanpa dijemput. Last-last kak Faizah paksa jugak ikut, rupanya dorang dah book untuk aku. Time tu Kak Waha tak mai keja jadi tersangat rugi dan petang tadi kat opis kami asyik tayang gambar makanan kat dia. Hahaa, jahat bukan. 


Makanannya boleh tahan sedap dan paling penting halal. Harga pulak, kami makan seramai 16 orang dan harganya dalam RM 180++ begitu yang tercatit dalam resit, sepatutnya harga dalam 200 lebih tapi disebabkan salah sorang kak staf berjiran dengan tauke cafe jadi boleh dapat diskaun dan lebih lauk. Hihi. Terletak di Kiosk Bertam Kepala Batas, Seberang Perai Utara mesti hampa tau cafe nie. Sesapa kat area utara meh bawak family makan kat sini. Promote sikit :)



Jus oren yang diperah bersama pati.. fuhhh 

Jemput makan

Sebelum makan kita snap gambar dulu..

Ikan siakap masak masam manis


Daging masak merah
Yummy! Sayur campur

Tomyamnya yang marvelles
My Fav! sayur kailan masak ikan masin

Kak cik sampai sinting lengan baju.. hehe

Asal muka aku pelik nie? Haha

Selamat bersara Encik Othman

16 April 2013

My Ohsem Day At Penang Matriculation! :)



Assalammualaikum.


Selamat malam semua. Harini amat bermakna, memang have fun walaupun penat tetapi entry nie patut dipublish malam nie jugak! Hee.. My whole day awesome with awesome people. Yeahh.. 3 ceremony at the same time. Fuhh.. totally tired tapi memang lepas nie takkan dapat dah kenangan tu. I will miss this place. Ayat sedih is coming. Oke, meh nak ceritakan. Today, aku bersama staf meraikan perpisahan timbalan pengarah, setiausaha, akak technician dan juga staf yang lain, at the same time lecturer aku datang melawat pulak and lastly I have to present the whole idea how to do the corporate video for matriculation in front ketua-ketua jabatan dan unit dalam bilik meeting bersama pengarah dan timbalan baru. Terrible sungguh bila takda masa nak makan kenyang-kenyang. Haha. 



Dapat jugak menggedik, lepas nie dah tak boleh nak manja-manja. Tak lama lagi dah nak tinggalkan mereka. Aku nak buat kenangan banyak-banyak sikit. Dan akhirnya dapat jugak jumpa dengan mak kawan lama aku memerangkap jiran. Dah lama tak jumpa, dalam 10 tahun lebih. Banyak benda yang nak disembangkan dan I'm happy for it. Bayangkan kami berkawan sejak tadika sehingga darjah 6 then berpisah, sampai sekarang still lagi tak jumpa. But seronok bila makcik Izat cakap anak dia bakal kawen. Congrats my old fren, lagi sorang dah nak jadi bini orang. Teringat kata-kata blogger yang komen kat entry 3 weeks aku lagi tu. Tengs sudi bagi kata-kata semangat. I love too :) Meh nak kiss sikit. Muahhhh


Kak faizah yang lawak.. Mereka memang sporting!

My kakak, my assistant supervisor.. klik sini mesti korang tau. Hehe

Riuh pagi-pagi.. Hehe

Ikat reben sampai berjam-jam. Haha

Cik Mad, ayah angkat gitu. Ingat nak sembunyi tapi nampak kepala.

The foods, kat sini mesti makan banyak

Abg Ijan tu.. Heee

Maaf aku tak dapat tahan cahaya.. Jadi sepet semacam. Ini la mak angkat saya. Cayalah duduk atas riba


Ku ingatkan seorang rupanya 3. Haha.. sekali tengok macam bini-bini gangster

Gudbye cik Othman

Mereka-mereka bakal bersara dan bertukar

Nasib baik bos dok tepi.. gelabah masa ni. 

Ketua-ketua jabatan. Haaa ramai noks



Terlalu banyak gambar, jadi banyak nie jelah yang mampu aku upload. By the way, esok lagi lagi banyak keja. Start kul 8 pagi esok kena standy handycam dengan camera. Kena shoot pengarah bersama pelajar matrik. Yelah, next week dah start exam. Setakat nie saja aku merepek. Mengantok sangat. Dear follower nanti nina follow, dear blogger nanti nina bw blog korang eh. Stay tuned! ^____^


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com