30 June 2013

Film Review : Fast & Furious 6





Weekend hujung bulan nie disudahi dengan tonton wayang siri ke 6 Fast & Furious. Bagi peminat yang tengok full movie dari siri 1 - 6 mesti faham keseluruhan cerita. Akhirnya dapat jugak tengok sebelum ia ditamatkan tayangan di GSC Sunway Carnival. Nasib baik kawan lesen nak teman, kalau tak kempunan la jawabnya. Huhu. Walaupun banyak aksi yang wow! tapi serius lawak jalan ceritanya dengan aksi Roman tu. Tak habis-habis dengan perangai tak senonoh dia. Punya gelak kuat dalam wayang tapi kesian tengok kawan sebelah, dia agak blurr. Yelah, dia tak faham lettew apasal semua orang gelak. 


Scene lawak bila Roman gatai tembak kat dinding

Kenderaan baru.. Michael Schumacher pun kalah


Oke back to story, siri kali nie banyak unsur-unsur kekeluargaan dan percintaan. Tahniah buat Brian dan Mia kerana dapat baby comel dan mereka menetap di Canary Island, Spain. Macam biasa ada part romantik Vin Diesel dengan Elsa Pataky dalam bilik tapi harap maaf scene first tu kena potong di Malaysia. Sebelum ini Vin bersama Elsa selepas berjaya tumpaskan penjenayah Brazil. Kali ini, Hobbs bersama assistant barunya mengantikan Elena yang menjadi awek Toretto.  Misi kali ini, Hobbs meminta pertolongan team Toretto untuk tumpaskan pasukan lawan yang mencuri cips dan mendapati awek Toretto yang selama ini sudah meninggal rupanya masih hidup iaitu Letty. Hati tak keruan tengok awek sendiri tembak pakwe. 


Scene nie pun takda. Mesti Elena sedih putuskan hubungan dengan Toretto

Shaw dah jadi gila dan habis kereta Roman. Sebab tu dia fly begini. 

Syok tengok botak lawan botak.. Haha


Fast & Furious 6


Bertambah anggota baru dalam keluarga Toretto-O'Conner dan disambut bahagia oleh Dom. Namun kebahagiaan itu tak rasa aman kerana status mereka sebagai penjenayah antarabangsa masih menghantui. Hobbs bersama Riley, pembantu barunya tengah memburu sebuah organisasi criminal dan anggotanya terdiri dari pelbagai negara yang diketuai Shaw. Hobbs sedar untuk menumpaskan mereka dia harus meminta pertolongan team Dom. Ketika itu, Dom lihat gambar Letty, kekasihnya yang telah meninggal ternyata masih hidup dan menjadi orang Shaw dan Dom mengumpulkan teamnya dan hanya ada 1 permintaan iaitu memberi kebebasan kepada mereka diatas kesalahan jenayah. 


Dilema Dom yang kembali bersama Letty disaat dia bersama Elena memang sadis. Roman dengan sikap humornya, Tej yang seperti biasa dengan komputernya, percintaan pasangan Han dan Gisele. Ternyata Han dan Ramon tak pandai berlawan dengan Jah, orang bawahan Shaw. Scene hebat dimana Dom menjadi 'Superman' untuk menyelamatkan Letty yang berada di atas kereta kebal. 


Aksi-aksi berani yang penonton harapkan dari siri Fast & Furious, ridiculous but fun to watch. Scene last memang ohsem, mana taknya kereta menjatuhkan kapal terbang dan Gisele mati kerana menyelamatkan Han. Oke, aku sedih bila tengok. Mereka merancang untuk menetap di Tokyo. Time nie baru terbongkar rupanya pembantu Hobbs, iaitu Riley, awek Shaw rupanya. Sakit hati bukan. Tak sabar nak tengok siri ke 7 yang menjadi siri last pada 2015 nanti! Plot sekuel Tokyo Drift, Han terbunuh dan watak Jason Statham sebagai penjahat seterusnya :)  


video

29 June 2013

Anak Sedaraku Kawen Lagi! Hooreyyy


Assalammualaikum.



Harini seluruh kaum kerabat, anak cucu cicit Md Zin berkumpul. Anak sedaraku kawen lagi dan seronok tak terkira bila kenduri kendara sebegini. Meriah dan ramai jugak sepupu yang datang. Kali ni kenduri tak diadakan di kampung ayah tapi majlis di Kampung Seronok, Bayan Lepas. Well, kampung dah memang seronok lagi bertambah seronoknya. Hahaa. 


Tema pengantin ialah biru+pink! Memang combination warna yang cantik dan nasib baik hubbynya orang Batu Maung. So, dekat nak balik raya. Ngeh..ngeh. Harini jugak aku terkejut, akhirnya sepupu yang telah lama berada di dalam batu konkrit selama 7 tahun akhirnya dibebaskan semalam. Betapa cerianya muka ayah memeluk abang wan. Yaa, kami semua rindukan dia.. Dah terlalu lama dia tak tengok muka-muka sepupu. Aku pun tak berapa kenal. Welcome home my kazen. We all miss you so much. Walaupun dia tak bersalah menjadi mangsa keadaan. Nanti aku ceritakan. 


Kenduri di rumah kawan ayah

Cantikkan bendera marine.. bendera bermacam-macam


Sebelum tu, kami gerak dulu pi makan kenduri kawan ayah di Gelugor. First time masuk kawasan Jabatan Laut. Tema biru muda jugak, wahh sedondon pulak dengan baju. Time tu pengantin tak sampai lagi. Kami pun nak cepat maka tak sempat nak snap gambar pelamin. Huwaa cantik.. Jadi feeling excited tu lebih kepada wedding ke 2. Sampai saja terus berpeluk-peluk dengan mak-mak sedara, wah bajet macam seribu tahun tak jumpa. Cehh.. Makan tu terpaksa stop dulu sebab baru bedal nasi minyakkan. Benda pertama yang aku buat ialah... tengok PELAMIN! Yeayy.. bukan nak pi tolong potong tembikai. 



Enak bangat deh

Udang goreng yang dapat aku makan.. Hee

Makan rambutan bersama tembikai.. Nyum2


Masa sampai dewan tu kan nampak pengantin tengah bersanding jadi sebelum raja sehari makan beradab nih baek snap gambar makanan dulu. Herher.. Nanti dah licin takda faedah. Dan aku pasti anak sedara aku tu makan sikit sebab dia kurus. Mungkin ada peluang orang-orang dibelakang untuk menghabiskan makanan raja sehari. Oke, tak sangka DJ yang aritu ada lagi. Hihi.. Muka dia memang aku rasa fames bagi family sebelah ayah sebabnya setiap kali ada kenduri mesti ada muka dia. Awat depa tak bagi anugerah DJ terfames. Mesti ohsem. Part kesian bila takda pon family sebelah perempuan yang tepung tawar, semua sibuk dengan lauk pauk, bersembang bla..bla..bla. 






Lepas tetamu beransur pulang, maka it's time to kareoke. Suara-suara nyaring anak-anak sedara buat hati nak melalak jugak tapi malu dengan DJ tu. Gediknya hang nina oii. Cik Nadia pun nak join last-last mak dia a.k.a kak pah tarik lengan aku jumpa DJ, dia cakap "Amboi nak menyanyi pun kena paksa". Ish sibuk ler abang DJ nih. Tapi aku segan, Nadia nyanyi dulu baru aku. Jeng..jeng. Jom dengar suara nyaring kami. Jangan gelak guling-guling taw pabila menonton T___T


Adik pengantin tengah melayan lagu jiwang

Jadi model rumah Adabi pulak..



Saksikan lah nyanyian kami.. 


Mak Sedara


video

VS

Anak Sedara

video

Kisah anak sedaraku yang pertama sudah kawen di sini


27 June 2013

Hijab by Sugarscarf



Assalammualaikum.


Tak lama lagi seluruh umat Islam bakal menjalani ibadah puasa. Jangan buat-buat lupa pulak nak ganti puasa. Hehe.. Jadi harini dah penat membasuh dan menjemur kain langsir. Memang buat awal-awal, nanti bulan puasa dah letih nak buat. Oke, sementara tunggu mesin tu, terlayan pulak mata ni tengok hijab yang cantik-cantik kat Sugarscarf. Sekarang macam-macam fesyen tudung di pasaran tapi sayangnya tak reti nak belit-belit. Huhu. Jadi apa salahnya tengok butik yang terletak di Shah Alam. Harap-harap nanti ada masa untuk singgah bila turun KL. Ngeh..ngeh. Dah lama mengidam nak pakai macam tudung Radiusite tu. Sempena raya mesti sale banyakkan :)








26 June 2013

Film Review : Man of Steel




Filem nie lebih gila dari Iron Man 3, dari segi aksinya. Malah, filem ini lebih teruk ketidak logikannya daripada filem Fast and Furious. Ala, filem untuk berhibur, jadi have fun!. Tambah perisa lagi, kemusnahan harta bendanya lebih banyak dari The Avengers dan Transformers! Pendek kata Man of Steel bercerita tentang besi. Kadang-kadang merasakan Man of Steel seperti mengikut jejak The Dark Knight. Mungkin kesemua cerita adiwira begitu kot dan agak malas nak menonton. Cuma ketika scene pertama tu pelik sebab kenapa ada babak orang tengah bersalin nie. Haha.




Mengisahkan seorang budak yang berasal dari planet Krypton yang dihantar oleh ayahnya sendiri ke bumi demi menyelamatkan anaknya Kal-El/Clark Kent. Setelah 33 tahun hidup di bumi, beliau melalui berbagai situasi hidup disamping mencari jawapan atas kewujudannya. Disitulah dia berjumpa dengan seorang wanita Lois Lane. Kemudiannya General Zod mengesan Kal-El dan cuba untuk mendapatkannya semula. Kal-El cuba menyelamatkan bumi dari kemusnahan dan beliau bertekad untuk tidak mempercayai General Zod yang juga telah membunuh ayahnya sendiri.




Henry Cavill sesuai dengan watak tu tapi entah rasa sedih bila tengok kehidupan dia yang menjadi Clark Kent. Seperti hilang arah tuju dan rasa tak patut biarkan ayah angkatnya mati dalam puting beliung lebih kurang macam Spiderman pulak. Custom Russell Crowe macam wow! Dia tak rasa berat ke bila pakai macam tu. Memang hebat bukan. Wataknya sebagai ayah Clark memberi bahan tambahan yang istimewa untuk Man of Steel. 




video


Wordless Wednesday #4 : Gear



p/s: Cikgu cakap tangan kita bukan transparent.. Huhuhu
So Cik Eiya lukis menatang nie kat tangan aku.. LOL

24 June 2013

Kawan Buat Jahat Jangan Sekali Dibalas



Assalammualaikum.


Untuk membuatkan hati kurang rasa sakit baik aku layan lagu Afgan yang berjudul Pesan Cinta. Takmo tidur terganggu dengan perbuatan orang kepada aku. Dalam Islam, haram hukumnya mempercayai Hukum Karma kerana itu kepercayaan masyarakat Hindu mengenai kelahiran semula (Reborn). Ada juga setengah orang mungkin berfikir Karma yang dimaksudkan ialah "What goes around, comes around!". Rasanya semua orang faham maksud tu. Kiranya macam buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Tapi sebagai Islam, baik percaya pada Qada' dan Qadar Allah. 




Okelah. Secara terus terang, bagi kawan-kawan yang telah lama menjadi kawanku mereka tahu aku punya ramai kawan. Tak kira lelaki perempuan. Tapi aku lebih ramai kawan lelaki dalam hidup. Kawan je tau tak lebih dari tu. Hihihi *Saya Sebenarnya Tak Ready Lagi. Mungkin kawan lelaki lebih faham sikit dari kawan perempuan, contohnya kalau keluar mesti takkan ada orang lelaki yang kacau mengacau. So rasa lebih secure tetapi kawan perempuan tetap disayangi oke. Cuma kekadang rasa 'annoying' dengan perangai 'menunjuk-nunjuk' sesetengah mereka. Dat means I never choose 'bulu' baru boleh jadi kawan.. *Please don't hate me bloggers, I didn't say about you*




Punca sebenar aku kurang berkawan dengan perempuan kerana sudah banyak kali hati disakitkan oleh mereka. Kawan lelaki pun ada juga, dapat awek terus lupa kawan. Esok lusa awek tinggal baru terhegeh-hegeh cari kawan balikkan. Well, kadang-kadang aku tercari dimana salah silapnya aku dalam persahabatan. Yelah, kita lupa mungkin kita pernah buat salah, mungkin dibalas balik sebegitu tapi rasanya takda. And..and aku pulak jenis tak puas hati mesti disoalnya orang tu. Kalau diam sampai bila pun masalah tak selesai. Dan tabik springs sama kawan-kawan yang berani bersoal jawab dengan aku, complaint tentang perangai aku yang terlepas cakap ke. Haa.. kira bagus juga mereka still ada masa untuk nasihat aku. 



Kesimpulannya di sini. Kau tak payah balas dendam kalau ada orang buat jahat, percayalah nanti mereka dapat balasan juga. Kita hidup di dunia nie bukan macam tu saja, Allah maha melihat setiap perbuatan hambanya. Terima kasih kepada orang-orang yang memburuk-burukkan nama aku di tempat praktikal, akhirnya result LI aku cunn. Itu pun nasib baik aku tak block hampa kat FB, kalau yang sudah kena BLOCK dengan aku tu, harap jangan terasa ya. Itu dah tahap benci plus takmo amek tau dah pasal hidup hang.   



p/s: Sorry kawan. Aku mungkin bukanlah seorang kawan yang baik tapi semasa kita menjadi kawan aku dah melayan sebaik-baiknya sebagai seorang kawan tak kira lelaki atau perempuan. 

23 June 2013

Salam Nisfu Syaaban & Doodle Cute Dari Blogger Fais




Assalammualaikum.



Fenomena Supermoon.. cantikkan bulan malam nie? Subhanallah



Terlebih dahulu dengan rasa rendah diri nina ingin memohon maaf kepada semua pihak yang pernah nina sakiti, lukai dan terasai sepanjang perkenalan kita didunia nyata mahupun di dunia maya (blog) di atas segala kesalahan yang pernah nina lakukan. Gunakan lah peluang pada malam ini untuk beribadat dan memohon kepada Allah..bukan semata-mata hiburan. Malam ini bulan sangat cantik dan terang tanpa awan dan berwarna kuning cair. Kita menghitung lagi beberapa hari saja untuk menyambut Ramadhan. Tak sabarnya.. Semoga segala amalan diterimaNya dan malam ini buku catatan baru buat kita dibuka. 



May Nisfu Sya'ban be a reminder for us to be a better person for upcoming months and years.
In Shaa Allah
#SalamNisfuSyaaban






Sebelum menyepikan diri semula dengan kelas memandu. Nina nak ucapkan terima kasih kat Fais sebab dia berjaya buat doodle yang cute. Not bad buat orang lelaki seperti dia lukis doodle. Klik sini untuk tengok doodle blogger lain. Heee. Bak kata tuan doodle nie:



I love it! Fais macam tau2 je tuan blog suka lollypop :)


20 June 2013

Last Semester ❤ Finally Graduated !



Assalammualaikum.





Syukur Alhamdulillah.. Hanya perkataan tu yang disebut berulang-ulang kali. Ya, aku gembira dan tak sabar nak konvo. Finally berjaya bergelar pelajar jurusan Multimedia and bulan 7 akan keluar result UPU pulak. Sama ada aku ada rezeki atau tak untuk sambung degree. Harini tak tau pun pasal result.. cuma beberapa hari lepas ada nampak tweet junior-junior yang mengatakan result keluar harini. Malas nak fikir pasal result, cuma bergelak ketawa dengan kengkawan di driving school. Praktis moto dengan abang-abang yang amek lesen B full. Hehee.. Betul la kawan cakap sesi mencuci mata memang part paling best. Eh.. back to story, baru setengah jam tengok result dan macam tak percaya dengan result aku tu. Hello, please somebody "tampar muka aku berkali-kali".. Boleh la lompat-lompat atas katil lepas nie. Yabedabeduuuuuu !! Patut la semalam, asyik masuk butik baju mencari tema yang sama dengan jubah konvo nanti. Hamboii melampau nokss.. Sambil menyelam sambil minum clorin. Baju raya pun belum beli lagi sedangkan baju kurung Vietnam my mum pun dah siap menjadi baju. Herher. 



Aku sebenarnya tumpang gembira dengan kawan-kawan satu batch sebab kami bakal konvo pada konvokesyen yang ke 30. Rindu bangat sama mereka, tak sabar nak jumpa mereka semua bulan 10 nanti. Wehoo ~~ Dapat bergambar bersama, dapat itu dapat ini. Sampai tak sempat makan. Kesian aku tak makan lagi sejak balik dari driving school. Meh nak tunjuk sikit result tu. Hihi


Tak nampak boleh klik.. Herher



Congrats to Multimediarians !



Cilok dari fb member.. excited design kot dia tu. Hahaa


19 June 2013

Film Review : After Earth



Filem Review After Earth | Harinie ambil kesempatan untuk nonton movie yang berada di ranking ke 2 memandangkan setiap hari rabu wayang di TGV murah. Terpaksa melupakan niat tengok filem Fast & Furious 6 disebabkan tarikan hebat filem anak beranak Smith nie. Kena mengalah dengan orang tu. Nanti merajuk susah pulak, dah aku tak pandai pujuk. Tettt.. Oke, siapa yang tak tonton lagi pi tengok cepat-cepat. Boleh bagi 5/5 bintang kot. Memang ohsem dan hebat pengembaraan 2 beranak di planet bumi yang tak didiami oleh manusia lagi. Filem ini 1st time Will Smith berlakon dengan anaknya dan watak tu menjadi. 



After Earth Poster



Amaran keras bagi ibu-ibu mengandung dan pesakit jantung kerana sound gempak dan takut ada yang terperanjat. Aku pun takut tengok makhluk ursa tu. Haihh.. ada saja part nak menjerit. Ada orang melting bila tengok kehenseman Will. Harap dia tak bertukar jadi negro. Ngeh..ngeh. Part paling wooowww bila Will check keadaan kaki dia yang patah. Terfikir kalaulah doktor guna alat canggih untuk scan kerosakan dalaman badan. Mesti takda xray. 



Kitai dan Raige dalam perjalanan ke Nova Prime


Sinopsis After Earth :



Filem ini mengisahkan situasi Bumi 1000 tahun selepas berlakunya bencana dahsyat yang mengakibatkan seluruh manusia di bumi berpindah ke planet baru. Orang-orang yang masih hidup tinggal di planet yang dinamakan Nova Prime. Ada seorang jeneral, Cypher Raige (Will Smith) yang membawa anaknya Kitai Raige (Jaden Smith) ke sebuah planet bersama Ursa, makhluk yang membunuh manusia, tetapi ia buta dan dapat kesan menusia melalui ketakutan. 


Planet Nova Prime
Kitai ditenteramkan ayahnya

Makhluk bernama Ursa

Kaki Raige patah dan cedera dalam rempuhan



Dalam perjalanan tiba-tiba pesawat mereka dirempuh ribut asteroid dan terpaksa mendarat di planet bumi. Pesawat mengalami kerosakan dan Raige mendapati Ursa telah terlepas di Bumi. Ketika itu keadaan bumi sudah tidak sama dengan 1000 tahun dulu. Persekitaran mereka tidak selamat dan terdedah kepada bahaya. Memandangkan beberapa bahagian pesawat yang terpisah, Kitai perlu mencari isyarat kecemasan yang berada di ekor pesawat semasa terhempas. Scene flashback memang banyak, memori bersama kakak Kitai (Zoe Kravitz) yang mati dibunuh ursa. Scene sedih bila burung helang mati kesejukan kerana menyelamatkan Kitai. Dalam misi mencari bangkai pesawat itu, Kitai menghadapi kesusahan, bahaya dan belajar untuk tidak takut. Dari pengalaman itu, Kitai berjaya membunuh Ursa dan mereka pulang Nova Prime.



Raige memantau pergerakan anaknya

Diganggu babun liar yang ganas

Kitai teringat kakaknya sebelum dibunuh Ursa

Terlantar dalam kesejukan

Kitai berjaya mendapatkan bantuan kecemasan


video
🌟🌟🌟


Film Review : After Earth



Filem Review After Earth | Harinie ambil kesempatan untuk nonton movie yang berada di ranking ke 2 memandangkan setiap hari rabu wayang di TGV murah. Terpaksa melupakan niat tengok filem Fast & Furious 6 disebabkan tarikan hebat filem anak beranak Smith nie. Kena mengalah dengan orang tu. Nanti merajuk susah pulak, dah aku tak pandai pujuk. Tettt.. Oke, siapa yang tak tonton lagi pi tengok cepat-cepat. Boleh bagi 5/5 bintang kot. Memang ohsem dan hebat pengembaraan 2 beranak di planet bumi yang tak didiami oleh manusia lagi. Filem ini 1st time Will Smith berlakon dengan anaknya dan watak tu menjadi. 



After Earth Poster



Amaran keras bagi ibu-ibu mengandung dan pesakit jantung kerana sound gempak dan takut ada yang terperanjat. Aku pun takut tengok makhluk ursa tu. Haihh.. ada saja part nak menjerit. Ada orang melting bila tengok kehenseman Will. Harap dia tak bertukar jadi negro. Ngeh..ngeh. Part paling wooowww bila Will check keadaan kaki dia yang patah. Terfikir kalaulah doktor guna alat canggih untuk scan kerosakan dalaman badan. Mesti takda xray. 



Kitai dan Raige dalam perjalanan ke Nova Prime


Sinopsis After Earth :



Filem ini mengisahkan situasi Bumi 1000 tahun selepas berlakunya bencana dahsyat yang mengakibatkan seluruh manusia di bumi berpindah ke planet baru. Orang-orang yang masih hidup tinggal di planet yang dinamakan Nova Prime. Ada seorang jeneral, Cypher Raige (Will Smith) yang membawa anaknya Kitai Raige (Jaden Smith) ke sebuah planet bersama Ursa, makhluk yang membunuh manusia, tetapi ia buta dan dapat kesan menusia melalui ketakutan. 


Planet Nova Prime
Kitai ditenteramkan ayahnya

Makhluk bernama Ursa

Kaki Raige patah dan cedera dalam rempuhan



Dalam perjalanan tiba-tiba pesawat mereka dirempuh ribut asteroid dan terpaksa mendarat di planet bumi. Pesawat mengalami kerosakan dan Raige mendapati Ursa telah terlepas di Bumi. Ketika itu keadaan bumi sudah tidak sama dengan 1000 tahun dulu. Persekitaran mereka tidak selamat dan terdedah kepada bahaya. Memandangkan beberapa bahagian pesawat yang terpisah, Kitai perlu mencari isyarat kecemasan yang berada di ekor pesawat semasa terhempas. Scene flashback memang banyak, memori bersama kakak Kitai (Zoe Kravitz) yang mati dibunuh ursa. Scene sedih bila burung helang mati kesejukan kerana menyelamatkan Kitai. Dalam misi mencari bangkai pesawat itu, Kitai menghadapi kesusahan, bahaya dan belajar untuk tidak takut. Dari pengalaman itu, Kitai berjaya membunuh Ursa dan mereka pulang Nova Prime.



Raige memantau pergerakan anaknya

Diganggu babun liar yang ganas

Kitai teringat kakaknya sebelum dibunuh Ursa

Terlantar dalam kesejukan

Kitai berjaya mendapatkan bantuan kecemasan


video
🌟🌟🌟


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com