30 July 2013

Doodle Kek Buat Blogger


Assalammualaikum.


29 Julai 1989 - 29 Julai 2013 genap sudah anniversary mak dan ayah yang ke 24! Hoho.. tahniah buat pasangan kerana berjaya dalam alam rumahtangga dan selamat berpuasa untuk hari yang ke 21. Takda nak celebrate sebab jatuh bulan puasa. Anak dah bagi flying kiss cukup kot. Oke lah, seperti yang dijanjikan pada awal bulan Julai haritu. Baca sini "Bye June Hello July Its Our Birthday" tuan tanah telah katakan mahu buat doodle kek buat blogger-blogger yang lahir pada bulan ini tapi sebenarnya doodle kek nie dibuat untuk suka-suka hati sebab takda kerja. Jadi buat blogger yang lahir bulan-bulan lepas pun boleh ambil doodle nie kalau nak. Hehe. Maaf la doodle tak cantik sangat pun.




Nina & Blogger Birthday Cake Doodle

Doodle Kek 1

Doodle Kek 2

Doodle Kek 3


Doodle Kek 4


Doodle Kek 5
Doodle Kek 6



Memandangkan lagi 2 hari bulan Julai akan melabuhkan tirainya dan disini nina sekali lagi nak mengucapkan Selamat Hari Lahir Buat Blogger yang menyambut hari lahir. Semoga kita panjang umur, murah rezeki dan berbahagia di samping keluarga dan kengkawan. Aminnn. Angka umur kalau yang boleh diterbalikkan tu mesti lagi muda tapi buat diriku lagi bertambah tua. Haha *joking.. Meh terjah blogger-blogger manis dan handsome tu. Ngeh..ngeh.




29 July 2013

Keranamu Kuih Samperit


Assalammualaikum.


Harini dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Harini juga diberi dugaan pabila start buat biskut raya. Luka sana luka sini. Huwaa pedih sangat T_____T . Hari jumaat lepas, aku bangun dalam keadaan mamai, bangun terus tuju ke pintu yang separuh terbuka, apa lagi dahi nie sedap terhantuk di pintu. Hadoii.. sambil gosok-gosok dahi terus sambung tidur semula. Pagi nie baru rasa benjolan di dahi. Dah macam ikan Flower Horn. Baru tergedik-gedik tuam dahi. 



Itu satu hal, lepas my mum TER-pecahkan mangkuk kesayangan aku. Huuu sedih tengok kaca pecah berderai lepas tu yang best kaki terkena kaca. Alih-alih buat biskut pulak, excited punya pasal nak buat samperit, ibu jari termasuk di celah hujung acuan samperit ada juga orang panggil biskut dahlia. Maka tersepit ibu jariku. Nasib baik darah tak terkena adunan kalau tidak tak pasal-pasal orang yang makan biskut tu jadi Vampire. Hoho.. Petang nanti mesti rasa uummphh bila luka terkena air. Tak apa itu semua dugaan dan luka penghapus dosa-dosa kecil. Oke la nak sambung buat Biskut Madu 3 pulak -______-"


Diminta jangan pandang lama-lama nanti batal puasa. Hehe
Diberi nama Samperit Kristal, apakan daya tak dapat nak makan sekarang. Sob.. sob

27 July 2013

Tema Warna 2013


Assalammualaikum.


Berita gembira super riang ria untuk semua yang sedang mencari trend warna yang hot untuk tahun 2013. Tak kisah la cari warna tema untuk hari pertunangan, pernikahan, resepsi perkahwinan, warna cat rumah, bilik untuk raya, nak cari baju kahwin, warna tema blog. Berapa banyak warna warni daaa... Hahaa. Untuk tahun ni banyak warna-warna pastel dan ceria. Check it out !


1) Mint Green 



2) Coral Peach 



3) Tiffany Blue



5) Monaco Blue



6) Dusk Blue



7)  Emerald Green



7) Yellow Lemon Zest 



8) Poppy Red



9) African Violet



10) Pastel Dusty Pink



Yeayy! Oke sila jangan over eksaited. Sememangnya semua color trend di atas cantik menarik tertarik. Walaupun menarik, kena pilih supaya tak menyakitkan mata nanti. Paling penting selesa (untuk fesyen dan aksesori) dan sejuk mata memandang (untuk dekorasi rumah, bertunang, wedding etc). Aww... rasa macam nak pakai semua warna ni.

26 July 2013

Tudung Dreemika by Radiusite


Assalammualaikum.


Harini dah masuk hari ke 17 kita berpuasa. Harini juga dah start nak proses kuih raya, dok kemas rumah sikit-sikit. Awal sangatkan aku kemas mengemas nie? Sebabnya kalau dah dekat raya lagi banyak kerja nak kena buat. Nasib baik baju raya untuk 3 orang anak beranak nie dah settle. Cuma tudung aku tak dapat beli lagi. Taktau nak match dengan baju tu. Ermmm kena shopping tudung dengan personal assistant la jawabnya. Jadi nak tunjuk kat korang, design hijab terbaru. Ya, aku rasa kalau mai ke Shah Alam untuk shopping raya wajib bawa duit banyak-banyak kerana anda akan rambang mata tengok butik-butik pakaian di sana. Hehehe.. 





Pernah dengar nama Dreemika? Salah satu butik under Radiusite dan suka tengok concept butik tu. Memang cantik-cantik. Dreemika bukan hanya menjual tudung malah baju kurung, jaket, blouse, jubah, cardigan pun ada. Harganya boleh tahan, rasa bagaikan shopping di dalam butik Fareeda. Oke dah mengarut. Nak tengok segala macam design boleh tengok kat website kat atas nie. 

Lana Peplum Kurung RM 229


Jubah Zahee RM 149


Iwani Dress RM 109


Maysa Blouse RM 69


Zerra Knitted Cardigan RM 65


Peplum Denim Jacket RM 129


Awena Dress RM 109

24 July 2013

Wordless Wednesday #5 : Gunung Berapi


Assalammualaikum.


Bersyukur kerana berada di dalam negara yang tidak mempunyai gunung berapi. Kalau Malaysia ada gunung berapi apa agaknya yang akan terjadi. Lets say Subhanallah. Selamat berpuasa blogger sekalian :')


Apabila Letusan Gunung Berapi Bertemu Kilat
=


#1


#2


#3


#4


*Autopublish

21 July 2013

Senarai Online Photo Editor Terbaik



Assalammualaikum. 


Selamat berhujung minggu di samping keluarga tersayang. Entry kali nie nak share dengan korang website-website yang sediakan perkhidmatan online photo editor. Senang cerita website untuk edit gambar. Website macam ini memang sangat berguna bagi orang yang nak cepat edit gambar. Terutamanya seperti blogger. Walaupun tak sehebat Photoshop tetapi ia dapat memudahkan kerja. Hehehe. Harini sehari suntuk kerja selongkar website. Nanti boleh la korang try edit gambar raya ke pastu dah siap edit boleh hantar kedai dan cuci gambar tu :') 



1. Pixlr


Ini adalah website photo editor yang terbaik. Sebijik macam photoshop!



2. LunaPic Online Photo Editor


Website ni ada banyak effect dan senang digunakan. Paling best buat animated pun boleh!


3. piZap
piZap ni terdapat di facebook dan bila selesai edit gambar korang boleh terus upload ke facebook.


4. PhotoFunia
Paling best guna Face Swap sebabnya boleh tukar muka korang dengan muka orang lain! Try la..


5. FotoFlexer


Apa yang menariknya korang boleh tukar warna kulit, warna rambut, mata dan macam-macam lagi. Takda skill edit gambar pun boleh guna.



6. Banner Maker


Website ni lebih kepada buat banner. Boleh buat banner animated dekat sini. Semua nya FREE dan senang digunakan.


 Comel tak kak ton? Haha..

Ini guna photoshop. Selamat mencuba edit gambar.
Selamat berhujung minggu dan selamat berbuka ! 

19 July 2013

6 Pesanan Untuk Wanita


Assalammualaikum.



Harinie terjaga dari tidur yang nyenya  Salam Jumaat buat semua. Alhamdulillah dapat berpuasa sehingga ke hari yang ke 10. Cepatnya masa berlalu dari sehari ke sehari bukan? Harap-harap semua sihat walafiat di samping orang yang tersayang. Disini nak share info yang dapat dari FB. Agak tertarik dengannya dan berharap suatu hari nanti dapat menjadi begitu juga. Walaupunsedar segala amalan masih tidak mencukupi tetapi hati tetap ada niat mahu berubah ke arah kebaikan. Semoga kita mendapat manfaatnya. Dicopy asli tanpa mengubahnya :')  



Setia Hujung Nyawa



1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.



2. Hidupkan bacaan Hadis Nabi S.W.T di rumah dengan keluarga. Baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan zaman Nabi S.W.T sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh dan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa dunia/akhirat.



3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah "Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini"



4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi S.W.T seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya. 



5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah S.W.T atas wanita tersebut.



6. Galak suami untuk bermujahadah atas agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. 

18 July 2013

Jangan Sedih Kalau Tak Dapat Tawaran Masuk Universiti


Assalammualaikum.


Selamat pagi semua, mesti semua pelajar lepasan STPM, Diploma dan Matrik dah tengok result masing-masing sama ada dapat masuk U ataupun tak dan tahniah kepada pelajar/blogger yang dapat masuk U yang dihajati. In Shaa Allah dapat bawa jurusan yang dipilih. Pesanan tuan kedaun nie buat pelajar-pelajar yang nak sambung degree tu termasuk lah aku. Yang pertama sekali, kalau dapat tawaran mana-mana universiti, tak payah fikir panjang. Masuk je. Tak suka dengan tawaran tersebut? Bersyukur.. Yang tak terpilih, jangan sedih-sedih. Rezeki tu tetap ada =) 
Hidup ini adakalanya tak perlu bergantung atau ikut satu arah saja. Bak kata orang, plan A tak berjaya, try plan B pulak. Jangan nak frust menonggeng dan lepaskan geram kat orang pulak. Takmo-takmo macam tu. Haha..







Bagi yang dapat tawaran, tapi tak suka 


Kita harus bersyukur sebab ramai lagi yang nak sambung belajar, tapi tak dapat. Kalau memang tak sanggup nak belajar bidang yang kita tak suka. Mungkin jurusan yang kita dapat tu akan menyebabkan kita belajar subjek-subjek yang sebelum nie tak boleh skor. Contohnya, kita dari jurusan Sains Hayat masa matrik. Memang suka sangatlah Biologi tetiba dapat Engineering. Agak payah jugakkan tapi kalau mampu teruskan.


1. Tukar Jurusan (cara menukar)


Belajar 1 sem dulu, dapatkan pointer yang terbaik. Kemudian, jumpa Dekan/Ketua Jabatan/Pihak Akademik untuk tukar jurusan. Selalunya kena tamatkan 1 sem dulu. Kebanyakan orang buat begini. Tapi ada jugak yang dah belajar jurusan "tidak suka" tu tapi lama-lama suka pulak. 



2. Tukar Universiti (cara tukar universiti)


Belajar 1 sem dulu, dapatkan pointer terbaik dan mohon tukar universiti. Sepupu buat perkara yang sama dan berjaya tukar UniKL MICET (Melaka) ke UPSI. Agak lari bidang sebenarnya dari aliran sains ke jurusan BioEngineering kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak. Bergantung juga kepada kekosongan yang ada. Kalau jurusan yang kita nak tu terlalu ramai di U yang kita nak dan permohonan mungkin ditolak. 



3. Apply IPTS. Akan dapat tapi bayarannya MAHAL.


Kalau nak masuk jugak pilih la under MARA kemungkinan bila habis semester pinjaman mungkin menjadi biasiswa atau kadar pengurangan bayaran balik mengikut pointer.



4. Apply tempat pengajian lain. Cuma kena tunggu. Kecuali budak matrik sebabnya sijil matrik tak laku nak apply kerja. Lebih-lebih lagi Program Dua Tahun (PDT) lagi kena sabar menunggu.



Tak dapat mana-mana tawaran


1. Buat rayuan di http://upu.mohe.gov.my
Rayuan akan diterima jika ADA KEKOSONGAN. Bukan nak buat anda down atau kecewa. Ianya realiti. Meh nak bagi tips buat rayuan. Hehe. 



a. Tengok semula result. Subjek mana yang dapat pointer paling tinggi? Pilih jurusan yang 'major'. Contohnya di matrik ambil sains tapi markah biologi lagi tinggi dari fizik, ada baiknya ambil jurusan berkaitan kimia dan make sure jurusan yang kita pilih menepati kelayakan kita.  


b. Elakkan dari apply semula jurusan yang ditolak. Lebih baik pilih jurusan lain pulak. Sekali sekala berubah angin apa salahnya.



c.   Pilih jurusan yang orang lain tak minat. Tak bermakna jurusan tu tak laku atau kurang pekerjaan nanti cuma jurusan tu tak seglamour atau tak diketahui umum macam Undang-undang, Farmasi, Sains Kesihatan ataupun Medik kerana yang tak glamour mungkin lebih baik. 



2. Apply pengajian selain IPTA


i. IPTS
ii. Maktab
iii. Apply diploma. Selalunya UiTM & UPSI (untuk SPM)



Kalau takmo, lebih baik bekerja. Buat bisnes sendiri ke. Try apply job yang serasi dengan kelayakan. Walaupun tak dapat masuk UUM tapi sekurang-kurangnya UniKL ada tawarkan jurusan yang aku nak. Mungkin rezeki disitu ataupun ditempat lain. Kalau offer kerja mai bergolek dulu pun apa salahnya boleh buat PJJ kan. In Shaa Allah semoga urusan kita dipermudahkan :')



p/s: Si dia suruh masuk UniKL. Boleh bertemu selalu.

17 July 2013

Giveaway Pheonix


Assalammualaikum.


Klik banner kalau nak join sekali



Terima kasih kepada Pheonix kerana menjemput untuk join. Takda cerita yang best sangat pun pengalaman di bulan puasa.



Ceritanya begini:



Pengalaman di bulan puasa ketika masih lagi belajar cara berpuasa penuh. Rasanya start belajar puasa masa umur 8 tahun dan dalam sebulan tu 2x jadi kes yang sama. Ada kali pertama tu aku ikut jiran pergi bazar ramadhan, tengah puasa ni dengan sabar sambil beli macam-macam (dah nama pun budak-budak) Kiranya lagi berapa minit nak berbuka, tengah berjalan balik rumah boleh pulak aku minum air sirap yang dibeli sebab tengok anak jiran tu syok minum air. Jawabnya balik rumah kena marah. Apasal la aku nyanyok sangat. Kali kedua pula dah bersungguh-sungguh nak puasa penuh ni ada la satu hari tu, bangun dari tidur dalam keadaan mamai, pening lalat semua ada lah sekali tengok jam dinding dah pukul 7 (jam dah mati), tengok makanan dah dihidang apalagi duduk baca doa sambil makan. Kena marah lagi nampaknya. Mak tak bagi makan sekali sebab aku tak puasa. Sob..sob.



Kesimpulannya disini, memang banyak halangan time nak belajar puasa tapi yang sedih tu duit upah kalau cukup puasa tak dapat. Sedihnya.. Merajuk la apa lagi. Nak duit jugak, maka aku ikut kawan sekolah pergi terawih. Nak belajar berterawih pulak (haih macam-macam nak dibuat) Balik terawih simpan telekung dalam beg, singgah taman permainan kat rumah tu boleh pulak main mercun. Main-main sampai tak sedar jam dah pukul 11 malam. Balik rumah kena duduk luar setengah jam. Meraung/menangis la depan rumah tu. Akhirnya bila dah masuk darjah 3 boleh puasa penuh sebulan. Hehe :)


Nak tag mereka:

Teena

Lala

Reen


15 July 2013

Bloggie Bertukar


Assalammualaikum.


Semalam dan harini selesai sudah kerja-kerja menukar kulit blog. Rasa lama jugak aku tak salin kulit blog buruk nie. Ingatkan ular je bertukar kulit. Haha.. Warna tema tetap kekal pink sebabnya dah taktau nak guna tema apa. Walaupun tak berapa minat pink tapi tak kisah la janji blog nampak gerlish. Awat selama nie blog nampak boyish ke? *Kidding. Tak banyak yang ditukar tapi penat jugak nak cari idea buat header. Macam biasa header pun aku buat main hentam saja, janji nampak penuh supaya tak nampak plain sangat. Dulu blog dah cantik tapi kerana gatal tangan jadi berubah makin hodoh. Bulan 10 nie genap lah bloggieku 3 tahun.




Kadang-kadang naik juling tengok warna pinky. Harap-harap tak terlalu terang warna tu. Biarlah jadi pastel. Nanti tuan blog pun sakit mata tengok. Untuk blogger yang rajin singgah, mereka dimasukkan dalam list baru. Bukan bermakna yang lain tak singgah cuma ada bahagian tertentu. Hee.. Jangan majuk-majuk tau. Ada lagi tak masukkan dalam list baru tu. Sabaq tau. Bulan puasa nie semua kerja jadi lembab bak lelabi. Hehe. 



List Sugar Candy - mereka-mereka yang letak blog nina dalam list blog mereka.
Terharunye. Rajin singgah, rajin mengusik, rajin bla..bla..


List Gegirls - Mereka-mereka ini banyak followers dan special sikit.. Hee


List Boboboy - Blogger lelaki yang rasanya hebat dari segi tulisan.
Gelak berdekah bila baca blog si Alief tu. herher..



Oke lah.. It's time to blogwalking.. Dah banyak blog aku tertinggal gara-gara masalah tak boleh view. Sabau jelah ye. Guna fon tersangat lah tak puas nak tengok jadi bila guna lappy, memang puas hati walaupun kena view berkali-kali. Sambil tu dengar lagu raya. Eh terdengar pulak. Ngeh..ngeh.

13 July 2013

Tragedi Kebakaran


Assalammualaikum.


Tragedi kebakaran | Padi tadi tidurku yang indah dikejutkan dengan bunyi bomba. Tengok-tengok asap hitam dah berkepul-kepul di awan. Dugaan di bulan puasa yang sudah masuk hari ke 4. Kiranya rumah tu dah terbakar dari pukul 7.40 pagi tadi dan bomba tak dapat nak padamkan kebakaran sehingga api merebak ke sebuah rumah lagi. Penduduk hanya dapat tengok saja api yang marak dan bunyi tong gas meletup. Selalunya bomba sukarelawan yang datang dulu, baru lah bomba dari Bagan, Raja Uda dan Prai. Bila bomba sukar nak dapatkan air kerana pili bomba jauh, nak sedut air sungai pun, bukan time air pasang lagi. 


Kampung Bagan Dalam, Butterworth


5 buah bomba pun tak cukup nak padam api tu. Kesian kat tuan rumah tu, agaknya rumah siapa la. Setengah jam tengok rumah tu di makan api. Baru pukul 8.15 pagi bomba berjaya padamkan api perlahan-lahan. Mesti esok masuk berita. Mak pulang dari pasar dan beritahu itu rumah pusaka jiran. Dia tinggal di tingkat 5 dan rumah tu 2 orang adiknya yang jadi penagih tinggal disitu. Berpunca dari takda duit nak membeli dadah maka bakar rumah jawabnya. Bijak-bijak.. kesian rumah 1 lagi. Habis harta benda disebabkan benda tu. Adioss.. mahu sambung tidur.


11 July 2013

Sinopsis Drama Kampung Girl Dan Biodata Nad Zainal & Akim Ahmad



Assalammualaikum. 


Malam nie cuma layan blog sambil menikmati Ferrero Rocher yang dikebas semasa kenduri anak sedara aritu. Saya sedih sebenarnya bila drama faveret dah tamat. Harap-harap drama Kampung Girl nie lebih kurang macam SSID. Sebabnya tengok pelakon comel Nad Zainal dengan Akim Ahmad (Akim AF). Wah kena tengok nie, adik aku berlakon. Eh perasan pulak, cuma nama bapa sama. Hihi. Hati dah berbunga-bunga nak tengok drama baru. Harus memulakan misi mencari novel Kampung Girl. Beli dan simpan buat pekasam ye cik nina. Novel SSID pun tak baca lagi. Mesti banyak orang tonton nanti tambah-tambah peminat Emma Maembong. Hehee.. Kalau tak sempat boleh tengok kat ton..ton..ton di bulan puasa  :)





Sinopsis:

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin. "Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu.. mummy jangan paksa Ash!" - Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?! - Ashraf Khairi, sepupu dengan Ainnur dan sejak kecil lagi dia memang tidak sukakan Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong itu. Identitinya yang belajar di luar negara dan bekerja sebagai cikgu English di rahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampung yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal ibu mertuanya. Mereka akhirnya ditunangkan dan akad nikah sebulan berikutnya. Dalam benci, Ashraf terlalu cemburukan Faisal yang cintakan Ainnur. Kerana ego hingga menafikan perasaan cemburu itu tandanya cinta. Bertambah terkejut bila dapat tahu Faisal telah bertunang dengan Ain Airina, bekas kekasihnya yang juga sepupu Faisal.    

Ashraf dan Ainnur
Majlis perkahwinan yang sweet
Pada malam pengantin, rahsia Ainnur yang berpendidikan terkantoi. Ashraf terlihat gambar graduation Ainnur di luar negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah pada Ainnur dan selama sebulan dia tak pedulikan isterinya. Ainnur di Ipoh dan Ashraf di KL. Kawan serumah Ainnur menasihatinya untuk memikat hati suami. Pelbagai usaha dilakukan Ainnur tapi ego suaminya terlalu tinggi. Atas nasihat Adam, abang Ashraf. Dia cuba untuk terima Ainnur dan berusaha memikat semula hati isterinya. Mereka macam pasangan baru bercinta dan bersatu sebagai suami isteri yang sebenar. Larangan kedua belah pihak untuk bersabar sehingga hari persandingan diabaikan. Benda halal antara kampung girl & budak bandar. Pada hari persandingan, Ainnur pengsan dan disahkan hamil. Ashraf happy sangat. Keluarga mengusik Ashraf yang tak sabar tunggu hingga hari persandingan. Kampung girl yang dibenci akhirnya menjadi orang yang amat dicintai budak bandar. So sweet !    



Kampung Girl setiap Jumaat ! 9.00 PM on TV3 dan boleh juga tengok di Tonton :')


Biodata Nad Zainal :




Nama Penuh : Farah Nadia Binti Zainal Abidin


Nama Komersial : Nad Zainal, Nadia Zainal


Tarikh Lahir : 16 Mei 1990 ( sebaya )


Tempat Lahir : Kajang, Selangor


Adik beradik : Anak Tunggal ( sama geng ! Haha)


Pendidikan : Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)


Kerjaya : Pelakon, Model Iklan dan Teater


Drama : Kampung Girl, Putera Rayyan, Bukan Bidadari, Memberku Hawa, Ke Pintu Bahagia, Sunsilk Impian, Bloggerboy 2 (2008), Apa Dosaku : Sybil Kathigasu (2009), Inikah Cinta, Qolbu, Papaku Nak Kahwin dan kisah futuristik, Rafik (2010), Buaian Kasih, Elly dan Epit, Incredible Tales.


Filem : Jidin Sengal, Kami Histeria


Teater : Muzikal Tun Abdul Razak (2009), Tanda,  Makyong Sindo


Iklan : Simply Siti, Simple 5 dan Kotex



Biodata Akim Ahmad :




Nama Penuh : Afiq Hakim Bin Ahmad


Nama Komersial : Akim Ahmad, Akim AF


Tarikh Lahir : 18 Januari 1991


Tempat Lahir : Johor Bahru


Adik Beradik : 5 orang


Tinggi : 176cm


Pendidikan : SPM di SMK Taman Johor Jaya (1)


Kerjaya : Penyanyi, Pelakon dan Model Iklan


(Pemenang Tempat ke 3 Akademi Fantasia 7)


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com