31 August 2013

Bunga Api Kemerdekaan


Assalammualaikum.


Merdeka.. merdeka. Bukan main seronok dengar budak-budak nyanyi lagu kemerdekaan dari tingkat atas rumah aku. Dah la time hujan pulak tu ada orang bakar bunga api dari atas bumbung kondo. Boleh nampak bunga api dengan jelas dari rumah. Tak puas tengok bunga api malam semalam. Hehe..


video


video
Bunga api yang ditembak kat taman rumah


Bunga Api Kemerdekaan 


30 August 2013

Hari Kemerdekaan Yang Ke 56!


Assalammualaikum..


Merdeka.. merdeka buat diriku apabila semalam lulus Ujian Kelayakan Moto. Hehee.. Dan tak sangka kawan yang sama-sama ambil lesen dulu datang tengok aku buat test lepas habis kerja. Tengs Eiya sebab sudi belanja tuan blog makan dinner di tepi pantai. Maaf tak bawa dslr jadi tak dapat nak shoot pemandangan langit. Rugiii... Nanti lah dating kat sana lagi. 




Oke lah, dah melalut dari tajuk asal. Tak sangka Malaysia sudah merdeka bagi kali yang ke 56! Tema bagi sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" yang lebih bersifat perpaduan, berorientasikan patriotik dan kesatuan negara bangsa. Sesiapa yang cintakan mata pelajaran Sejarah semasa di skolah mungkin lebih faham apa erti kemerdekaan. Tanpa pejuang di zaman dahulu mungkin Malaysia tidak seperti sekarang. Dah lama rasanya tak kibar bendera lepas tamat skolah. 



Kenal bendera ini? Haha..

28 August 2013

Kerana Lesen.. Jatuh Cinta Akhirnya




Assalammualaikum..


Kerana sekeping kad yang amat-amat penting, rasa letih bertambah-tambah pun boleh rasa tak putus asa. Aku dah jatuh cinta akhirnya.. Jangan salah sangka, jatuh cinta bila bertemu dan belajar cara untuk membawanya pi berjalan makan angin setiap petang sejak minggu lepas lagi. Sebenarnya sebelum puasa kami dah bersama. Dah belajar cara-caranya. Memang sekejap saja dah hafal. Akhirnya kami berpisah selama sebulan lebih. Apakan daya bulan puasa aku letih nak keluar dengan dia. Maaf kalau nina tak sempat nak terjah blog korang.  



Bertarikh 22 Ogos, kami keluar buat kali yang ke 2. Kena marah dengan mama pulak tu. mama marah manja je tapi dia baik.. Hehee. Marahkan tandanya sayang. Jadi semasa kami keluar bersama, mama selalu ingatkan supaya berhati-hati. Ingat lah orang-orang tersayang.  



No more driving class




Terima kasih yang tak terhingga kat Cikgu Mama sebab sabar mengajar budak yang jakun dengan kereta manual nie dan tak lupa jugak Cikgu Azwan yang terlebih dulu mengajar aku di kelas praktikal. Lepas raya, aku dah lupa step gear. Kena marah pun memang tak rasa kecil hati. Setiap kelas mesti mama bagi gula-gula, sweet sangat. Belanja air kelapa dan ais kacang. Selalu kami dating bersama mesti ada kenangan. Baru tau betapa seronoknya belajar di I.D.I Driving School. Boleh dikatakan tenaga pengajar di sana semua baik-baik saja dan ada beberapa cikgu suka menyakat, mengusik. Hehe.. 




Ku telah jatuh cinta dengan kereta manual!



Semalam menjadi hari last dating dengan mama. Ajak mama singgah beli laksa. Ingatkan nak belanja tapi mama tak nak jadi belanja air teh bunga saja. Selalu kalau ada klas mesti kami singgah beli air kat Permatang Pauh berdekatan butik Fareeda. Aku pelik jugak kenapa pelajar lain takda pun singgah beli air kat situ. Maybe kami special sikit. Hihi.. 



Dah layak Test JPJ



Dan harini, Alhamdulillah.. Lulus QTI atau Ujian Kelayakan Memandu. Sampai driving school aku cari mama dulu tapi tak nampak dia dan aku pun masuk offiice daftar nama untuk test. Tak sangka anak jiran ada sekali. Sama-sama menunggu dah serupa pesalah yang tunggu untuk dibicarakan bersama kunci kereta masing-masing. Tunggu nama semua dipanggil dan start Bahagian II iaitu mendaki bukit, parking dan 3 penjuru. Masa buat parking baru nampak mama tengah mengajar calon dan dia tetap bagi semangat. Senyum lebar saja aku nie.. Selesai buat tunggu Bahagian III iaitu jalan raya. Tunggu turn aku yang jadi orang ke 5. Nasib baik dapat drive kereta Viva baru (PKJ 8010). Ohh manyak syok oooo! Cikgu test pun sporting. Siap boleh sembang sepanjang jalan dan jalan masa tu pun tak berapa jem lagi. Cuma ada kesalahan bila aku terlupa nak check wiper dan side mirror. Huhu. Berkat sabar dan duduk bekas punggung calon budak Tahfiz kot. Hahaha.. Budak Tahfiz 3 orang memang lawak, 3 lelaki cina dan 4 ladies termasuk aku berjaya ^______^   



Kawan2 cakap aku dah gemok.. Nampak tak pipi. Hihi




P/s: Esok Ujian Kelayakan untuk moto pulak. Wish me luck. 
Tengs kat si dia yang selalu support :)

Cikgu test titew cakapkan kereta enjin paling best ialah Nissan Almera 

Tak sabar nak test JPJ . Haha



26 August 2013

Jadi Pengapit Jodoh Lambat?


Assalammualaikum..


Teringat kata-kata my mum yang tak setuju bila aku cakap nak jadi pengapit Tini dulu. Walaupun itu cuma sekadar usikan tapi realitinya tak minat nak jadi pengapit. Saya pemalu orangnya. Hihi.. *Pelish pecaya. Bukan pemalu tapi segan nak berkepit mengepit pengantin. 



Jadi pengapit jodoh lewat



Benar ke kalau jadi pengapit nanti lambat bertemu jodoh? Yea, mungkin orang akan mengatakan "ahh, janganlah pecaya benda-benda tu semua, karut saja". Adakah ayat ini hanya untuk menyedapkan hati saja? Atau ada benarnya? Orang dulu-dulu kan banyak pantang-larangnya. Erm.. aku memang takmo jadi pengapit sebab itulah Ika jadi pengapit menggantikan 3 calon pengapit Tini termasuk aku. Yelah.. bila orang cakap benda macam nie aku jadi takut jugak. Memang tak dinafikan soal jodoh, ajal, maut, rezeki semuanya urusan Allah, kita hanya mampu merancang.. betol kan? Usaha tangga kejayaan.. marilah kita berusaha mencari jodoh!! 


Nak tukar topik boleh tak? Haha.. Umur dah 23 tapi takda pengalaman menjadi pengapit. Bukan best pon jadi pengapit, even macam glemer (kononnya la). Tambah-tambah pulak si Aiman, pengantin tu asyik promote aku kat kazen dia 3 orang memerangkap pengapit dia. Hadoii.. Lagi lah aku reject. Semua kawan yang mai kenduri dok tanya aku bila nak kawen. So typical malay arr.. Tak boleh nak berlagak cool cuma cakap "doakan la aku kawen cepat-cepat". Habis cerita. Jadi conclusionnya nak tau bila si Ika tu kawen kena la tunggu ye. Ngeh..ngeh. 





Soalan-soalan nie akan sentiasa menghantui hidup kita... 


1) Masih bujang - "bila nak kawinnye?"
2) Sudah kawin - "dah ada isi ke?" a.k.a "bila nak ada anak?"
3) Dah ada anak sorang - "tak nak tambah anak lagi sorang ke?"
4) Bila anak dah besar - "bila anak nak kawin?" (soalan berulang kembali tapi versi anak ler pulak... bila anak dah kawin, tanya pulak bila nak dapat cucu) 



Itu hakikat yang anda dan aku patut terima... 


25 August 2013

SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN




 banner dan entri di paku sehingga 30 ogos 2013
setelah 4 bulan menyepi tanpa sebarang segmen akhirnya kathy muncul lagi dengan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN.kali ini kathy mencari bloglist untuk bulan September sehingga Disember 2013.semua akan di bloglist di Kathy Bloglist dalam kategori bloglist 4 bulan. namun ada syarat2 yang perlu di penuhi untuk melayakkan anda menjadi bloglist kathy iaitu 
1. mempunyai blog dan aktif update entri.buat entri segmen bertajuk PENCARIAN  BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN
 2. follow blog INI dan INI 
3. add G+ 
4. like fanpages 
5. setiap penyertaan akan di bloglistkan setelah segmen berakhir. dua orang peserta bertuah yang di pilih secara random akan di review blognya dan menerima hadiah misteri dari kathy.
 6. segmen bermula pada 25 Ogos 2013 sehingga 30 Ogos 2013 jam 11.30 malam.JOM PAKAT JOIN RAMAI2.



24 August 2013

Wedding Tiney & Aiman ❥ (Part 3 - Happy Ending)



Assalammualaikum buah hati..


Walaupun penat dengan driving class petang tadi dan rasa nak tidur saja tapi nak jugak story part last. Apapun kisah mesti ada part last even karangan bahasa melayu. Hehe.. Bab kawen memang best tapi letih hanya orang-orang yang rasa saja faham tapi lepas selesai majlis memang lega sangat. 



Hari kenduri, sampai dewan aku nampak Aifa. Lega sebab partner goodies cepat salin baju lepas majlis akad nikah. Sambil angkat kotak-kotak goodies, kami 2 orang saja girls dan abang Rizal, mai tolong angkat kotak. Sebelum nie aku tak berani cakap dengan abang Tini tu. Dia pun macam malu-malu kucing (single lagi.. Haha). Takda kaitan nak menggedik. Alhamdulillah dari takda orang nak tolong kami muncul pulak kaum-kaum adam membantu. Yeahh.. rasa nak nyanyi lagu Wonder Pets dikala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa *dari kipas angin



Pukul 1.30 petang, rombongan pengantin dan family sebelah lelaki sampai. Berlari anak pi jumpa DJ bagi tau rombongan sampai, abah Tini minta standby lagu zikir sebelum rombongan masuk ke dewan. 



Video pengantin berarak


video



Kompang dari Sg. Semambu, Kubang Semang, Bukit Mertajam. Haaa







Pengantin masuk je dewan, orang berpusu-pusu nak amek gambar. Aku pun nak amek video jugak sebelum sambung kerja jadi pemberi goodies. Hee.. 





Video pengantin bersanding 

video



Nampak tak pengapit lelaki asyik pandang pengapit perempuan? Ada jodoh tu. Haha 



Tengah bersanding pon nak gosip2.. khusyuk pulak Aiman dengar



Raja sehari makan beradab.. eh2 ada air sirap. Mr sunset wajib tengok pic nie. ehehe



Kerja pun dah tak jadi lepas tengok geng-geng skolah mai. Buat geng skolah, Tini dah asingkan goodies khas untuk mereka. Jadi aku dengan Aifa saja yang kenal muka-muka. Tapi lepas tengok kawan-kawan dah nak balik. Terpaksa tinggal kerja dan snap gambar. Lama tak jumpa lepas tamat form 5. 




Geng skolah tengah tulis ucapan. Hee



Candid !



Bila makin ramai kengkawan skolah yang berkumpul. Kami buat reunion dengan pengantin sekali dan pengantin lelaki jadi photographer kami. It's oke Aiman tak kesah! Ngeh..ngeh. Semua jadi gila nak bergambar. Aku pun dah tinggal kerja, nasib baik kazen Tini tolong gantikan. Bergambar kat photo booth sampai tak perasan mak ayah aku mai makan kenduri. Tertunai sudah hajat mak Tini nak jumpa my mum. 



Idea Tini buat photo booth tak sangka ramai tetamu yang suka. Ramai orang suka decoration kat dinding dewan tu. Last minute punya kerja, memang berbaloi bila ada yang menghargai hasil kerja kami. Cewahhh.. Kenangan pengantin buat tetamu yang hadir. Rasanya lepas nie kalau ada member skolah kawen konfem ada photo booth jugak. Hehe.. Best apa boleh amek gambar banyak-banyak lagi.



Posing manje gituw



Comelnya kek pengantin.



Tak larat nak senyum dah.. fenat2



Pukul 4.30, pengantin keluar outing photoshoot lepas semua geng skolah balik termasuk partner goodies aku. Dah janji nak balik dengan Ika jadi aku malas nak ikut diorang pi tempat selalu pengantin buat photoshoot. Dah jemu.. Herher. Baik tunggu kat dewan, boleh makan, boleh gosip-gosip dengan kazen Tini yang friendly. Dapat kawan-kawan baru, bertukar no dan dijemput untuk menjadi orang kuat kenduri kazen Tini pulak. Malunya bila mak saudara Tini tanya status aku. Hanya dapat senyum lebar jelah bila orang dah TER-berkenan nak buat menantu. Patut la semua pakat nak amek gambar sesama. Mesti ada rancangan ataupun surprise nie. Tak baik pulak salah sangka kebaikan orang kan. 



Anak Aifaa kot. Comelkan? 
Adik sayang semua.. muahhhh2




Penat menunggu pengantin dan pengapit yang tak balik ke dewan. Nak tunggu Ika sorang-sorang pulak kat situ. Nasib baik mak abah Tini tolong hantarkan. Nak tunggu diorang semua balik memey lambat la. Jadi kami singgah McD, abah Tini belanja makan. Text Ika dengan Tini ajak lepak mcd tapi Ika dah makan dengan abe photographer hanya pengantin dengan pengapit lelaki saja mai mcd pakai baju pengantin. 



Oke, habis sudah kisah raja sehari nie. Rasanya nak buat entry pasal reunion pulak. Tunggu gambar-gambar sweet kami tau. Tumpang happy dan tunggu turn pulak la. Amboiii. Makin ramai lepas nie jadi bini orang gamaknya. Ngeh..ngeh. 




Selamat Pengantin Baru
Hartini Yusof & Aiman Naim




22 August 2013

Wedding Tiney & Aiman ❥ (Part 2)



Assalammualaikum buah hati..


Kisah sambungan part 2 selepas aku letih menaip "Part I" yang panjang berjela macam karangan. Walaupun tak best tapi ada jugak orang baca sampai habis. Terima kasih semua.. terima kasih. Haha *Terharu sangat. Oke la, pagi ahad tu balik dari dewan, lepas aku berjaya siapkan bunga tangan dan tiba masanya untuk tidur tak sampai 4 jam. Aku ingat pengantin dah tidur biasa la aku tidur berkepit dengan dia. Dalam keadaan dah nak terlelap slash mamai, ikuti perbualan kami: 


Tini : "Weyh, aku tak boleh tidoq la"
Aku : "Tidoq la cepat, esok mata hang macam mata panda"
Tini : "Aku tak boleh lelap.. rasa tak mengantok pulak" (aku rasa dia dah tak sabaq nak nikah kot)
Aku : "Ikut suka hang la" (pusingkan punggung ke arah dia sambil tangan garu kaki)
Tini : "Oke..kalau macam tu layan lagu la" (dia buka lagu slow Pink-Give Me A Reason, Justin TimbaLake-Mirror lastly lagu Zikir sebelum aku terlena.. Ika dengan Aifa dah tidoq)




Hye.. saya Daisy Gold & Labyrinth Purple baru keluar dari peti ais. Hihihi




Jangan ditanya aku bangun pukul berapa.. memang tak tengok jam, sedar pun bila pengantin mintak nak iron baju. Lepas tu tidoq ayam ler. Mimpi-mimpi indah lesap entah ke mana. Tiba-tiba baru teringat baju kurung aku tu tak boleh iron. Kain Lycra baq hang mau terbakaq. Bangun menuju ke bilik belakang, Tini cakap baju aku tak payah iron sebab tak berkedut. Memey baju aku tak payah iron. Ngeh..ngeh. Tengah iron baju Ika, plug terbakar betol. Aku dalam bilik pun boleh bau hangit. Nasib baik tak terbakar rumah. 



Kami ber 4 bersiap lepas mak abah, abang Tini keluar rumah. Masa aku bersiap tu Aifa tengah make up pengantin. Boleh pulak Tini duduk tak diam. Lagi sekali rasa nak tampaq dia. Paling best bila gigi pengantin kena lipstik. Amekaw gelak cun punya.. Haha. Seyes, aku geram bila dia asyik tanya benda yang sama berulang kali. Baek lah disini nak cakap bakal pengantin jangan kelam kabut tak tentu arah. Kerana itu lipstick jatuh terkena kain baju nikah. Pukul 9.30 pagi kami keluar dari rumah dalam keadaan hujan renyai ke Masjid Jamek Seberang Jaya untuk majlis akad nikah pukul 10 pagi nanti. 





Hantaran pihak perempuan










11 dulang kesemuanya



Sampai masjid, Tini gelabah sebab tak nampak mak abah dia. Konfem la diorang semua kat dalam. Huu.. masuk dalam masjid pulak banyak kumbang bertenggek kat tangga. Yea.. mereka semua kawan-kawan Aiman dari KL dan abe-abe photographer melemparkan senyuman yang amat manis kepada 3 orang dara pinggitan bersama pengantin. Malas nak cerita part senget, dimana aku tak jumpa tempat buka bonet Myvi Ika, kena gelak dengan Aifa T____T Maka, majlis pun bermula. 








Ini pertama kali aku tengok orang akad nikah, last tengok masa tadika. Agak teruja tengok Tok Kadi bagi penerangan sebelum akad. Aku tengok Aiman siap gelak-gelak bila aku usik dia sebelum duduk depan Tok Kadi. Muka tak nerves langsung. Tini mogok takmo senyum. Dia still tak boleh duduk bersimpuh kerana lutut baru lepas operation. 





Biar pengapit saja yang senyum. herher




Abang Rizal khusyuk kat depan





Video Akad Nikah 

video




18 Ogos 2013, tepat pukul 10.36 pagi dengan hanya sekali lafaz Aiman Naim sah bergelar suami kepada Hartini. Ayat agak skema bukan. Time tu pandang Tini yang mintak tisu kat aku tetapi aku tak bawak. Dia dah menangis. Aku tak boleh nak selami perasaan orang dah bergelar isteri sebab tak pernah rasa lagi. Tapi dengar abah Tini baca kertas yang menyerahkan anak dia kepada suami tu buat aku sebak sama. Yelah, orang lelaki menangis saat menyerahkan tanggungjawabnya kepada seorang lelaki. 




Sign surat nikah rupanya


Oke, takmo touching. Lepas selesai sarung cincin, aku dengan parents Tini gerak balik rumah dulu hantar hantaran sebelum pi dewan. Pengantin dengan Ika terus ke Atuz untuk make up dan salin baju. Aifa pulak pi amek kek baru ke dewan menjadi pemberi goodies bersamaku. Wee.. dah terlebih panjang entry nie. Tunggu part last ye. 




Mesti Aiman solat tak khusyuk.. sorry



Upacara membatalkan air sembahyang.. kerja sengih saja



Mak cik siti dah dapat menantu.. huhu








Ika & Aifa





Saya Sebenarnya Isteri Aiman..




Tengahari nanti start driving class! Lupa dah step gear T___T

*Autopublish  


20 August 2013

Wedding Tiney & Aiman ❥ (Part 1)



Assalammualaikum buah hati..


Hi.. I'm back! Agak-agak ada orang rindu tak? Bagi aku rindu tetap ada.. Hehe. Lama tak online. Busy dengan majlis kawen kawan baik ahad lepas. Alhamdulillah.. Syukur majlis berjalan dengan lancar dalam keadaan cuaca baik. Terima kasih kepada 2 orang kawan yang meringankan beban aku dan pengantin di saat-saat akhir. Itu pun terpaksa hantar adik angkat balik sebab dia tak siap kerja skolah. Ini kisah disebalik tabir sebelum kenduri. 






Start hari raya ke 4, Tini dah kidnep aku di rumah lepas mai beraya. Kesian sangat takda siapa nak teman dia ke sana sini cari hiasan untuk hantaran. Tengok entry "Hantaran Pengantin Perempuan". Nak harapkan kengkawan skolah hanya aku saja yang jadi penggangur terhormat. Dalam 2 hari, aku balik ke rumah. My mum tak bagi stay rumah orang lama-lama. Itu pun dah siap isi goddies. Baru rasa betapa susahnya nak kawen. Macam-macam benda kena buat. Nak cari barang goodies untuk budak-budak saja kena drive ke Berapit nak cari pemborong coklat dan berkali-kali ke AtuZ beli hiasan. Petang pula, kami cari kedai bunga. Nak fresh flower untuk bunga tangan. Kedai bunga india direject sebab takda jual bunga cantik. Cari punya cari lastly jumpa kedai jual bunga Daisy dengan harga murah. Siap kena oder dari Cameron. Kerlass kau. 


Suka daisy.. adik-beradik sunflower



Macam-macam dugaan, berapa kali aku rasa nak tampaq bakal pengantin. Bila stress mesti dia menangis, tengah drive pun nangis. Parah juga aku tengok orang nak kawen nie. Parah juga nak memujuknya T____T Petang jumaat lepas, baru ke rumah Tini. Seronoknya malam tu tidur berdua saja. 2 malam asyik kena tendang dengan adik angkat. Huwaa itulah nasib bila tidoq tengah-tengah dengan budak buas. 



Pagi sabtu kelam kabut bila Aiman, si pengantin lelaki dengan 3 orang kazennya sampai Penang dulu. Lepas hantar diorang kat homestay, letak barang kami gerak pi kedai bunga then hantar Aiman balik, pakaikan dia inai barulah pick up Ika dengan Aifa. Riuh rendah dalam kereta. Maklum la jarang jumpa. Lepas tu kami pi Aeon Seberang Perai beli muffin untuk hantaran. 1st time makan laksa dalam kereta. Lapar punya pasal bedal sajalah. 



Malam tu, kami ke rumah kampung amek goodies dan bunga telur. Lagi sekali dugaan bila time tu hujan lebat. So, better pi dewan siapkan photo booth dan tengok pelamin. Sampai dewan kami disambut dengan kazen-kazen Tini sebelah ayah. Buat photo booth saja berjam-jam. Dah alang-alang Ika and Aifa nak balik rumah amek baju, kami sanggup pi pantai pagi buta semata-mata nak isi pasir dalam botol. Terima kasih pak cik Usop belanja makan kfc. Balik rumah Tini dalam kul 2.30 pagi lepas habis sesi melukis inai. Tergesa-gesa aku buat bunga tangan. Pukul 3 baru tidoq. Malas dah nak taip. Biar gambar saja yang menceritakan. Tunggu part 2 pula eh. Hehehe...     










Orang Kuat



Bakal pengantin buat kerja tak pakai kasut. Yang nie twin Elyana tau.



Suka..suka.. Hihi



Kononnya gelak tak pandang kamera la.. Acece



Perut kenyang jadi aku boleh sengih saja. Berat ohh meriba budak tu.




Tadaaa !! siap jugak Photo Booth



Kak Dila yang sudi lukis inai kat tangan kami2.. Ika, bakal pengapit suka. haha



8 jam sebelum bergelar isteri. Cantikkan pelamin nie



Tengs to Che'ah.. pereka pelamin AtuZ



17 August 2013

Gwiyomi Setia Hujung Nyawa Raya (2013)




Salam Readers..


Seronok la tengok Gwiyomi stail Zain, nyanyi khas untuk pujuk El. Telemovie Setia Hujung Nyawa Raya kali ni lain sikit sebab diaorang bakal dapat baby. Balik beraya di kampung siap ada orang nak mengorat Zain, siapa lagi kalau bukan sepupu hubby dia. Sweet tau. Haha.. 


video


15 August 2013

Hantaran Pengantin Perempuan ❤


Assalammualaikum.


Suasana hari raya tak habis lagi dah ditambah dengan suasana majlis kahwin pulak. I'm getting married! Opsss... Tunggu next entry oke. Banyak benda tak siap lagi. 3 hari saja yang tinggal. Yang penting dah pandai sikit nak buat hantaran, kenduri sendiri nanti senang. Hantaran 9 berbalas 11. Wahh.. banyakkan. Alhamdulillah dah siap termasuk goddies. Harini nak bw lajulaju nanti sampai hari isnin tak online. Semoga majlis berjalan dengan lancar ahad ini. Aminn. 


Goddies untuk budakbudak


Cantikkan Al Quran














Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com