29 September 2013

Kenangan Last Bersama Tester JPJ


Assalammualaikum.



Meh nak sambung part last and the lastly. Akanku rindu segala kenangan bersama 5 tester JPJ semasa ujian nie. Yea, ini semua gara-gara lari dari Ujian Kelayakan pada tahun 2008. Eh.. bukan lari tapi sambung study time tu. Rekod lesen aku ada kat JPJ lagi rupanya. Ingatkan dah buang. Patut la JPJ minta balik lesen L yang dulu. Maybe mereka ingat lagi muka aku. Muka macam kanak-kanak riang lagi. Haha.. 



Alhamdulillah, hari test tu hujan lebat jadi kena tunggu hingga hujan renyai dan tapak test banjir. Bonus buat aku sebab break mengejut tak payah buat. Hoyehh.. Orang fail menjadi orang last kena test. Aku dengan Nani (kawan baru) sembang sakan. Malas nak layan perasaan gabra. Tengah sembang, tester kereta aku jalan depan kami nak pi sembang dengan tester moto. Lepas tu, tester suka main mata tu mai sembang dengan cikgu moto pula. Hai, mereka 2 orang nie tak test budak ujian kereta kah? Ke saja-saja.



Anak Panah: Tester kereta Bahagian III yang lawak tu



Tak apa la janji senyum lebar kat mereka berdua. Masa turn aku, Nani cakap kena buat break mengejut sebab jalan dah kering sikit. Bila dapat moto dari budak india lepas turn dia, boleh cakap pula moto tak best. Panas hati aku, saja buat takut. Naik titi terus pandang depan, dah la hujan renyai. Turun titi jeans aku basah kena air. Dah serupa redah dalam banjir. 



Kenangan first:


Sampai di petak break, break mengejut hingga tayar terseret dengan jalan yang licin sampaikan adik yang tunggu turn pun boleh terjerit tengok aku dah nak terjatuh. Cikgu pula marah dia sebab menjerit. Hahaha.. Serius lawak! Tengok muka tester, dia boleh senyum tapi muka pandang tempat lain. Hampeh betoi. Tester di sebelah pula buat-buat tak nampak, tester tu juga menjadi tester masa ujian bukit aritu. 



Begini la keadaan jalan masa break mengejut. Seram kalau terjatuh..



Kenangan kedua:



Bila cikgu suruh park moto tepi pondok tester lepas tu arah aku park moto kat tempat biasa pula. Geram pula kena main-main dengan cikgu! Arghh.. lagi basah jeans sebab tolak moto dalam air. Tester senyum saja. Ohhh.. saja nak kenakan aku lettew. Huhuuu 




Bawah pokok ni lah, kena main-main dengan cikgu. Terpaksa redah air bertakung pula tu



Kenangan ketiga: 



Patah balik ke pondok tester nak amik result. Hamboi tester hensem yang test dibukit tu bangun dan senyum lebar. Ermm.. ada satu macam short current la asyik pandang muka dia. Ada budak Cina datang baru aku nak sign kertas result tu. And..and abang test tu cakap lulus. Terima kasih! Dah la masa fail aritu dia cakap aku menangis.


Rasanya lepas ni takkan jumpa dah tester-tester sebab test dah lepas! Yeahhh... Merdeka, merdeka! Mesti rindu time kena test tu dengan lawak mereka. Kalau umur panjang boleh amik lesen lain pula. Hehe.. Sayonara I.D.I Driving Institute :) Tak lupa cikgu-cikgu yang mengajar. Mereka sentiasa di ingatan. Plan nak ajak makan nanti. Wee ~~


27 September 2013

Lulus Test JPJ Moto! Akhirnya Dapat Lesen P


Assalammualaikum.



Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya harini bertarikh 27 Sept, lulus juga test jpj moto buat kali yang ke 2. Kecewa sebab lesen P tak dapat keluar disebabkan test moto sangkut. Maka 2 minggu terpaksa tunggu untuk test semula lepas fail pada 13 Sept aritu. Kena repeat bahagian II yang mana aku fail kat titi. Salahkan moto sebab cikgu bagi moto buruk. Huwaaa sob..sob. Tak sangka ramai juga yang sangkut kat titi. Tak apa ada geng. Hehehe.. 



Titi yang jadi mimpi ngeri. Hahaha



Betul la kawan lesen kata test moto kadang-kadang rasa lagi susah dari kereta. Dah kena baruku pecaya. Memandangkan semasa hari kejadian, geng FAIL nie menjadi orang last yang di test. Time tunggu turn, ada la sorang kawan nie peramah dan kami sembang pasal study dan macam-macam topik la sebab nak buang perasaan takut siap bergelak sakan. 



Tak kuasa mak nak tampal kertas macam ni. Hahaha



Tengah sembang baru perasan pegawai jpj yang test aku kat bukit aritu jadi tester bahagian moto pula. Alahaii... Bukan itu saja datang tester kereta aku buat-buat sembang la disusuli tester hensem yang bermain mata. Ceritanya di entri "Kenangan Bersama Tester JPJ Dalam Ingatan" . Yelah tak dapat nak dinafikan kalau aku pass konfem muka yang comel nie tak datang driving school dah. Mesti mereka rindu nak mengusik lettew. Hahaha.. Perasan! It's oke senyum saja lah. Nanti 2 orang pegawai tu tak senang hati pula nak test orang amek test kereta. Oke lah, nanti sambung lain. Maybe blog nie next week baru start edit oleh cik Aimi. Sementara blog tengah sakit boleh la buat doodle Top Komen dan BW blog korang :)


26 September 2013

Selamat Tinggal Dunia Blog



Assalammualaikum.


Bersemangat pagi kelmarin nak godek2 coding. Nak ubah kotak komen tu bagi nampak kemas dan senang nak reply komen. Sayangnya entah dimana silap, coding lari entah kemana. Apa pun nak minta maaf sebab tak sempat nak blogwalking dan singgah komen2 macam selalu. Kesedihan melanda sekarang T_____T 



Kebelakangan nie blog selalu berubah wajah. Walaupun kekalkan kaler "Pinky" tu sebab dah taktau nak pakai tema kaler apa lagi. Ini la padahnya bila tangan dah gatal sangat nak edit. Ya Allah, rasa dah putus asa nak edit. Huuuu... Boleh tak sesiapa sudi tolong nina? Kalau takda nampaknya blog nie akan sepi dan selamat tinggal semua. Terima kasih selama ini sudi singgah ke blog nina dan komen anda amat dihargai.



Tahun nie blog macam2 masalah. 
Sayangnya 3 tahun dah :(




25 September 2013

Senarai Drama Dan Filem Lakonan Azlee Khairi



Assalammualaikum.


Sejak drama LYMA tamat. Aku masih lagi tengok a.k.a ulang tayang drama tu. Tersengih-sengih macam kerang tengah rebus. Haha. Bukan itu saja aku tengok semula drama lakonan Azlee. Macam2 watak aku tengok. Tak pecaya korang boleh tengok kat youtube. Konfem tak kering gusi. Antara drama yang aku suka ialah Mak Sanggup. Lawak juga dan Suamiku Jururawat nampak hensem. Selamat menonton :)




1.  Klik "Nikah Kita Bercinta"



2.  Klik "Mak Sanggup"





3.  Dari Ibu





4.  Klik "Suamiku Jururawat"



5.  Klik "Andai Itu Takdirnya"




6.  Mahabbah




7.  Klik "Cinta Dari Syurga"




8.  Telemovie 3 Hati Ibu






9.  Kekasih Upahan





10.  Telemovie Mimpi Fara





11.  Telemovie Tarbiyah Ala Datin





12.  Ponti Anak Remaja






13.  Mencari Atirah





14.  Klik "Rania Tip Top"




15.  Iparku Diva (Astro Warna)




16.  Cinta Yang Satu



17.  Telemovie Setulus Kasih (TV3)




18.  Telemovie Cinta Ramadan




19.  Raya Ni Mesti Kahwin


24 September 2013

Sinopsis Drama Fira Ayuni (Samarinda TV3)


Assalammualaikum.


Harini bermulanya drama baru bersiri 15 episod. Peminat Azlee kena tengok la. Fira Ayuni mengisahkan perjalanan hidup anak tunggal dan manja berusia 21 tahun dalam keluarga ahli perniagaan, Datuk Fahmi dan Datin Shamsiah. Sejak kecil, Fira sudah menunjukkan minat pada bidang muzik. Fira boleh bermain piano sangat aktif dalam penciptaan lagu dan bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan seperti ayahnya dan melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan. 







Di kolej, Fira (Faralyna Idris) mempunyai seorang musuh iaitu seniornya, Duqqi Amani (Azlee Khairi). Sejak hari orientasi lagi Duqqi suka mencari pasal dengan Fira dan ikut saja arahan Duqqi yang menjadi fasilitator. Selepas orientasi, Fira berubah menjadi agresif dan melawan. Duqqi, 23, berasal dari keluarga berada yang memiliki perniagaan peralatan muzik di dalam dan luar negara disamping mempunyai galeri menjual alat muzik dan studio jamming. Perwatakan Duqqi bukanlah jahat tetapi dia sangat nakal. 






Kebahagiaan Fira mula direntap selepas ibunya meninggal dunia kerana kanser. Papanya tak dapat terima hakikat dan menyalahkan dirinya kerana terlalu sibuk dengan perniagaan. Beliau juga tidak mempedulikan Fira lagi. Fira merantau untuk mencari ketenangan dan merawat kembali hatinya hingga terjumpa bekas pengasuhnya dulu, Acik Hasnah. Fira menceritakan segala perkara dan menawarkan Fira untuk tinggal bersama dengannya serta membantu Fira mendapatkan kerja di Nusantara Holding milik Hadi Herwan, abang Duqqi. Pertama kali melihat Fira, telah terbit rasa cinta di hati Hadi. Perhatian Hadi sering dilebihkan pada Fira berbanding pekerja lain. Ini telah menimbulkan rasa cemburu di hati Rozita. 






Rozita sukakan Hadi tapi cintanya tak terbalas. Oleh itu, Duqqi dan Fira ditangkap khalwat di studio jamming. Ketika itu, barulah Fira tahu Duqqi itu adik Hadi. Mereka dipaksa kahwin dan masing2 hidup berasingan kerana tiada cinta diantara mereka. Hadi terpaksa melepaskan cintanya. Walaupun Fira telah menjadi adik iparnya, perasaan Hadi terhadap Fira tak berubah. Dia tahu Fira tak bahagia, dia juga tahu layanan adiknya terhadap Fira. Apakah yang akan jadi seterusnya. Tak sabar nak tengok :) 









Paling suka dalam drama ni ialah 2 lagu temanya dari penyanyi baru Mafa (Vokal Bukan Sekadar Rupa). Kalau tak sempat tengok drama ni korang boleh tengok kat TONTON ! Paling tersentuh bila heroin drama ini di dalam dunia realiti, Faralyna telah kehilangan ibu kandungnya sejak berumur 14 tahun. Realitinya, dia perlukan kasih sayang seorang ibu. Sedihkan..



Mafa - Tiba





  


Mafa - Pintu Hati 





Fira Ayuni


setiap Isnin - Rabu pukul 10 malam hanya di TV3

23 September 2013

Wedding Photobooth


Assalammualaikum.


Wedding dan Photobooth Props tak dapat dipisahkan lagi. Kebanyakan pengantin suka buat photobooth untuk menjadi kenangan di hari bersejarah mereka bersama tetamu. Satu trend yang popular di kalangan pasangan pengantin adalah mengadakan gerai foto di majlis perkahwinan mereka. Trend dari overseas sudah mula menular ke Malaysia.  




Apa itu Photobooth? Ada orang sudah tau apa bendakah itu dan ada setengah tak tau langsung. Ia bukanlah booth makanan tetapi menjadi satu kegilaan buat para tetamu untuk mengambil gambar. Kalau ikutkan semua majlis boleh menggunakan Photobooth tapi di Malaysia hanya dapat jumpa di majlis perkahwinan. Ia ialah sejenis gerai foto yang menyediakan topeng custom-made, rambut palsu dan topi, misai palsu yang boleh diletakkan dihadapan muka sebelum mengambil gambar. 


Tujuan Photobooth ini hanyalah memberi kenangan kepada tetamu dan pengantin disaat menghadiri majlis perkahwinan. Photobooth juga menjadi souvenir di majlis perkahwinan tersebut. Tetamu seronok pengantin bahagia. Singaa.. menawan keluarga bahagia! 





Menjawab soalan dari blogger sis Kathy yang bertanyakan macam mana nak buat Photobooth Prop ini caranya mudah saja dan boleh buat sendiri mengikut kreativiti. Cuma perlu: 


- Cari Photobooth prop di internet dan print saja coraknya.
- Selepas print, potong gambar contohnya misai dan lekatkan pada kayu.
- Kayu boleh pilih sama ada nak beli ataupun guna saja lidi bunga telur dan lilit dengan tali 
  or renda.
- Bekas untuk meletak prop boleh cari gelas panjang ataupun botol Vsoy. 


Tadaaaa !! Senang saja nak buat. Janji kreatif  :)

21 September 2013

Reunion Sekolah Menengah + Wedding Tinie



Assalammualaikum.


Akhirnya setelah sebulan pengantin kawen baru nak story part reunion bersama kawan skolah menengah di wedding aritu. Memandangkan esok kenduri di sebelah pihak lelaki di Batu Caves, Selangor. Tuan blog tak jadi pi sebabnya rumah housemate terlalu jauh antara Batu Caves - Bangsar. Jauhnyee.. Itu tak hadap jam lagi, lagi lagi naise. Reunion 1st time kami selepas tamat SPM. 5 tahun tak jumpa!


Oke la, back to previous.. Wedding kawan bulan lepas dihadiri dengan ramai kengkawan skolah, tak kira kelas mahupun sudah bertukar status menjadi isteri dan mak budak. Yea.. kami kami memang kelas lain tapi kalau bab kenduri mesti excited nak datang. Agenda utamanya mesti la nak bergambar bersama pengantin di pelamin yang cantik. Tak pecaya?? Percayalah pengantin lelaki kena buli dengan aku untuk jadi photographer. Haha.. It's okay, Aiman tak kesah. Akceli ada juga kawan yang balik awal dan rugi tak join. Jom layan gambar gediks sampai muntah. Hihi 



Geng Form 2




Kiri - paling rapat    |    Kanan - gorgeous mom, still maintain. kawan dari skolah rendah 




Photographer by groom.. bila lagi nak buli kan? hihi




My yayunk a.k.a suka buli aku.. Nampak bunga lagi cantik dari kami





Kiri - bini orang nie     |     Kanan - digelar twin pelakon Eja




Who will be the next bride? Jeng.. jeng
Geng SMK Convent, Butterworth



Tamat sudah kisah perkahwinan kawanku ini.. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat! :)
Tunggu kenduri orang lain pulak boleh huha huha.. 


"Wedding (Part 1)"
"Wedding (Part 2)"
"Wedding (Part 3)"


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com