30 October 2013

2 Dalam 1 : Sehari Di Opis


Assalammualaikum.


Harini dalam sejarah, buat pertama kali aku diarahkan kena check mesin, amek no setiap mesin untuk report.. Mesin?? Apa sangat yang aku tau. Dalam masa yang sama 2 report kena buat. Pula tu belum puas teroka setiap mesin, kena pula meraikan perpisahan 2 orang budak Trainee yang nak habis LI jumaat ini. Baruku tahu budak Shahir yang malu2 kucing tu rupanya tengah LI. Haha.. Selama 9 hari, aku tak pernah tau. Ingatkan staf, yelah asyik malu.. Nak tunggu aku cakap memang tak la kecuali masa jamuan tengahari tadi. Dia sibuk nak snap gambar ramai2. Time tu baru aku tanya itu tanya ini. Rupanya dia nak aku cakap dulu. Hampeh betol.. 





Al kisahnya dengan budak Shahir, paling lawak masa mula2 masuk opis, dia asyik keluar masuk. Masa nak keluar lunch, tengok dia ada dalam opis, tengah pilih lauk kat cafe dia sudah beratur belakang aku. Macam chispmore kan.. kan. Dasar tinggi, aku ingatkan dah umur 20 lebih. Rupanya budak Politeknik Seberang Perai (PSP), jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). Budak rupanya tapi tertipu dengan ketinggian. Haha.. 


Yang buat peace tu la budaknye.. Ahaha



Nampak gayanya kerja aku nie dah lari bidang. Ini cabaran, mana boleh putus asa lagi pun best apa bercinta dengan mesin buat kereta Hot Wheels.. Cantik2 pula tu. Design makin upgrade. Bersinar mata aku melihatnya. Paling penat kena berjalan tengok 215 mesin ! Banyaknyee... Lepas nie kena berbaik-baik dan beramah mesra dengan abang2 engineer sebab mereka saja yang boleh tolong kalau aku tak paham. Ngeh..ngeh. Buang segala segan silu ekau tu nina. Oke daa.. masa untuk tidur :)

29 October 2013

Love You Mr Arrogant - Order Novel Online


Assalammualaikum.


Akhirnya semalam dapat juga aku menatap muka buku #LYMA. Sekarang nak singgah kedai buku, nak layan novel pun dah tak sempat apatah lagi blogwalking. Makin busy dengan report yang kena buat setiap hari. Senang saja kalau dapat beli novel dalam online. Order dan bayar siap dapat diskaun lagi. Hihi.. 


Akanku baca semasa perjalanan ke Putrajaya bulan depan :)


Lepas nie nak order novel boleh terus ke website "Karya Seni" . Buat akaun dan boleh terus order buku novel yang akan dibuat drama atau filem. Setiap novel yang diorder akan dapat diskaun RM 3. Bagi aku lebih senang bayar guna Pos Berdaftar. Jika bank in susah sikit sebab harga ada no genap. Contoh RM 25, konfem kena bank in 30 kan?


Walaupun penat drama nie tetap dilayan 4x seminggu dengan my mum. Esok scene Irham lari dengan Zara ke Penang and and minggu lepas, sorang kawan aku berjaya membuatkan diriku jeles. Dia serbu tempat diorang shooting kat Batu Feringghi. Sob..sob. Jeles mak esah tengok tau. Haha.. Nampaknya ada lagi peminat Mr Arrogant yang tegar. Tegar time cuaca hujan pula tu. Tabik spring sama wawa ! Hewhew. 




Jeles tak? Tak jeles.. haha


Comeynyeeee sign diorang..


Terima kasih ada juga trending dalam blog tak popular nie. Ada juga orang nak membaca walaupun tuan blog dah kelaut nak update story best-best dan bw express macam dahulu kala. Maaf, bukanku pinta jadi wanita ada career. Sekarang baru faham apa itu erti mencari rezeki lepas kena batang hidung sendiri. Haha. Harap malam nie dapat la bw kejap sebelum aku tidur sepuas-puasnya. Letih baq hang balik keja terus ke matrik, menziarahi akak-akak staf. Rindu ohh lepas habis LI. Sempat la peluk cium. Hee.. Tujuannya hanya 1, aku nak membayar hutang, takut terlupa nak membayar. Sekarang hati dah tenang sebab hutang sudah pun DIHALALKAN :)



Bayar la hutang walaupun sedikit, peringatan buat diri. Mata dah mengantok sangat.. Nampak biri-biri melompat. Ngeh..ngeh

27 October 2013

Weekend Yang Singkat


Assalammualaikum.


Al kisah weekend harini yang aku rasakan paling singkat. Cuti 1 hari rasanya cukup kot memandangkan aku dah lama bercuti goyang kaki kat rumah. 6 hari bekerja, 8 jam di opis tak terasa betapa pantasnya masa berjalan dan 4 hari lagi dah nak masuk bulan November. Tak lama lagi penghujung tahun 2013 kan.. 




Jadi keluar la ke Sunway untuk mencari makan dan makan apa saja yang diidamkan. Selera aku sekarang dah macam orang preg. Mengidam tu mengidam ini. Semuanya nampak sedap asalkan halal. Haha.. Makan la banyak mana pon badan still maintain slim. Slim ke? Janji aku nampak lagi besar punya dari budak bawah nie.. Kihkih



Comel orangnya.. Terharu dia pakai kasut yang aku pilihkan. Haha


Begitu la kehidupan orang yang masih bujang trang tang tang macam kami. Weekend bebas kemana saja asalkan tak balik lewat. Sampai saja mall terus ajak Ella makan Mcd yang terbaru tu. Kunyah macam setahun tak makan a.k.a gelojoh. Sambil jalan mencari barang2 yang nak dibeli ternampak la pula kereta Mr Arrogant, si Irham tu versi BMW putih dan no plat lain. No WYD maroon laa..



Kereta twin Mr Arrogant ni.. percayalah


Penat shopping, singgah makan di kedai nasi kandar faveret aku. Tak sampai 2 jam lapar lagi. Dah kena ketagihan mengunyah aku rasa. Order la roti susu dan ais kacang Cherry. Ala-ala dessert gitu. Kehidupan aku kini hanya la commitment kerja dan keluarga. Bekerja untuk simpan asset dari muda dan menjaga kedua ibu bapa. Ayat ikhlas dari hati T____T 



Ais Kacang Giant + Roti Susu Giant = Mamak Giant

|
|
V


26 October 2013

Sweet Talker : Lelaki Bermulut Manis

Assalammualaikum.


Harini genap 6 hari sudah aku bekerja. Macam2 ragam manusia yang boleh dilihat terutamanya makhluk tuhan bernama LELAKI. Bagi pekerja baru macam aku, memang tak sah kalau tak jadi perhatian. Tak sangka mak sedara sepejabat dengan mamat2 hensem. Setiap kali aku datang opis tu mesti ada sorang pakcik nak introduce dengan mereka. Aku nie pulak pelik sikit. Bila dah jadi kes macam itu terus tak pegi dah opis tu. Hahaa.. 


Zul Khairi suka hantar IM macam nie. Dia suka aku masa study kat Kedah dulu.
Walaupun rumahnya cuma sejengka dengan rumah mak teh tapi tak pernah terserempak.
Mungkin ini dikatakan tiada jodoh. Say Cheese...



Bercakap tentang mulut manis lelaki. Manis bak madu lebah. Cuba lelaki panggil kita honey, confirm cair. Biasanya wanita mudah jatuh hati dan tertarik dengan lelaki jenis nie. Rasa melayang bila dengar kata pujian dan cinta. Selalu orang kata, ayat lelaki lebih manis which means lelaki pandai bermain kata2 dan bijak mengambil hati orang. Tapi bagi aku bukan semua lelaki pandai bermain kata.





Ada juga sweet talker suka buat pasangan makan hati dengan kerenah mereka yang suka memuji wanita lain tanpa menjaga hati pasangan. Tumbuk kang.. Haha. Ini kes parah, boleh makan dalam. Kalau puji ikhlas oke tapi berhati-hati jika terkeluar ayat nak mengurat. Contohnya:  

"Comelnya dia n bla..bla.." (Ayat ini aku cukup menyampah, tak kenal cakap macam tu)

"Awak lah paling cantik diantara ribuan wanita"

"Senyuman awak sungguh menggoda"

"Amboi depa macam adik dengan kakak la" (Ayat pakcik tu bila nampak aku jalan dengan mak sedara)



Jadi probability untuk si perempuan terjerat adalah tinggi kerana mereka ialah makhluk yang mudah cair apabila dipujuk, dirayu, digoda dan sewaktu dengannya. Bagi yang dah kawin, ia jadi kebahagiaan rumahtangga. Jika lelaki bawa jumpa family, tak bermaksud dah ada tiket nak jadi bini dia oke! Bagi aku yang dah alami situasi ini 2 tahun lepas, just anggap menziarahi keluarga dia untuk berkenalan.



Kebahagiaan yang sebenar bukanlah datang dari kata-kata, tapi datangnya dari niat yang ikhlas. 

21 October 2013

Bekerja Di Mattle Inc.


Assalammualaikum.


Syukur Alhamdulillah.. Sangat gembira harini sebab berjaya dalam interview pagi tadi. Seawal 7 pagi dah tercangak kat guard house. Ada satu perasaan pelik sebab dalam seumur hidup ini kali pertama aku interview kerja. Terima kasih mak saudara sebab tolong recement kerja. Tanpa bantuan kawan2 opisnya tak mungkin aku dapat job position di bahagian production. 



Nasib baik cuma 9 orang je yang dapat kerja tapi tak sama bahagian dengan aku. Masuk bilik, isi borang dan serahkan note dari mak saudara, buat medical check up, di panggil interview 2x dan diterima bekerja. Sangat suka bila speaking berterabur dengan supervisor. Dia berharap aku menjadi pekerja yang menepati masa. Punctual Time please! In Shaa Allah.. nama baik njang kena dijaga :) 


Buku panduan pekerja Mattel Malaysia


Bermula esok pagi, aku akan bercinta bersama komputer sambil menghadap kereta Hot Wheels yang comel2. Ohsemnya kerja pagi balik petang. Tak macam orang lain ada shift. Nak bangun awal memang aku FAIL. Sebelum pukul 7 pagi, kad dah kena scan. Kalau tidak, gajiku dipotong RM 70. 



Sebenarnya risau juga, takut orang cakap aku senang2 dapat kerja sebab ada orang dalam tapi nasib baik pemilihan berdasarkan kelayakan walaupun SPM tetap diambil kira. Doakan nina eh, semoga dapat kerja dengan baik di tempat baru dengan sistem keselamatan yang ketat. Sekurang-kurangnya rasa selamat. Next week ada lawatan dari bos besar Mattel, US. Fuhh..



Comel tak Kak Ton? Hihi.. Suka tengok kad comel nie :)

19 October 2013

Wedding Huda : Kawan Tadika Dah Kawen! :)


Assalammualaikum.


Walaupun cuaca hujan, ku gagahi juga pegi kenduri ini. Rasa malas ku buang jauh-jauh. Nasib baik kenduri kawan. Memey wajib kena attend. Hew..hew. Harini salah sorang kawan lama selamat sudah menjadi isteri orang. Rasanya selama 11 tahun kami berpisah, harini baru bertemu kembali. Lama kan tak jumpa? Tup..tup dah kawen. Tahniah buat pengantin memerangkap kawan tadika, kawan mengaji Al-Quran dan kawan skolah rendah sebelum dia berpindah ke Penaga. Memang kalau ikutkan kami senegeri tapi tinggal di negeri lain-lain. Dia di KL, aku di Ipoh.. Datang kolumpo pun tak pernah jumpa. Haha.. 






Al kisah boleh terjumpa mak pengantin masa tengah LI kat matrik P.Pinang. Bila dah jumpa, opcos la banyak benda yang ditanyakan. So, my mum dah jumpa la jiran lama dia. Tak sangka boleh jumpa akak-akak staf library. Rindu sama gelak tawa mereka yang mengelar diriku Miss Pavlova. Ngeh..ngeh. Pulak tu kawan lama makan semeja dengan staf. Jumpa si nana dengan ibu dia. Still maintain cik pengawas tu. Sekarang dah jadi nurse rupanya. Kalau nak tau, Syazana tu pengawas yang baik masa darjah 6. Buat jahat pun dia backup. Bestkan.. Kami pun sudah 8 tahun terpisah selepas PMR dia masuk skolah teknik.





Boleh dikatakan mereka berdua nie tetap tak berubah walaupun jarak memisahkan kami. Dari muka, badan hinggalah ke perangai tetap sama! Ermm.. cuma aku dengan adik pengantin tak bergaduh dah. Dia tu dulu musuh ketat aku kot, ingat lagi dia suka baling kasut aku atas bumbung rumah ustaz. Benci baq hang dengan budak tu. Orang utara panggil budak "Jemuan" a.k.a jahat. 


Selamat Pengantin Baru buat

Huda Nasuha Azimi & Mohd Azwin Mohd Razani


p/s: Kerana cuaca hujan, tak dapat la tuan tanah nak tengok hero dengan heroin #LYMA shooting kat Padang Kota

18 October 2013

Cara Nak Check Jantina Laptop


Assalammualaikum.


Salam Jumaat buat semua pembaca. Harini teringat pulak sejarah aku pertama kali guna Apple iMac dan menjadi batch pertama yang merasmikan komputer tu dalam lab selama 2 sem. Syok tak terkiraku rasakan. Sebelum guna tu lect ada ajarkan cara2 nak check jantina PC/Laptop. Pernah tak korang try check? Haa.. jangan terkejut sebab lappy aku ialah Gegirl ! Meh nak ajar step by step...  





Step 1


Buka Notepad



Step 2


Taip kat notepad coding nie






Step 3






Save As: I love   ....  you.vbs

Save as type: all files

Encoding ANSI




Step 4



Save kat desktop

Lepas tu klik icon tadi dan dengar bunyi boy atau girl




Tadaaaa.. Dah siap !



16 October 2013

Harta Tak Membawa Bahagia


Assalammualaikum.


Selamat hari raya haji yang kedua.. Orang balik kampung seronok tengok lembu kena korban lain pulak yang jadi pada family ayah. Tengok tajuk pun dah tau pasal harta. Baru sekarang aku faham kenapa manusia boleh berebut, bergaduh dan sanggup membunuh hanya kerana harta. Baru sekarang terjadi dalam keluarga sendiri. Ini cuma meluahkan kekesalan ayah dengan sepupu-sepupunya. 





Ingatkan bila ada adik-beradik ramai seronok rupanya ada juga yang tak bestnya. Arwah tokwan ada 3 beradik. Walaupun mereka dah takda tapi adik tok ada tanah di Lawin, Perak. Well, sebelum ayah kawin seronok la dia balik sana bila tiba musim buah. Aku pun teringin jugak nak pergi rumah kazen ayah tu tapi paksu pulak cerita, ada salah sorang anak dia jual rumah pusaka. Aku hanya jadi pendengar yang setia. Terfikir juga, kenapa jual rumah senyap2 tanpa berbincang dulu. 


Conclusionnya, disebabkan harta adik-beradik boleh bergaduh. Baru aku teringat kenapa arwah tok sebelah mak tak pernah teringin nak balik Siam untuk ambil harta moyang, mungkin tok taknak suatu hari nanti akan jadi masalah berebutkan harta. Jadi lebih baik kami anak beranak hidup dalam sederhana. Ada harta segunung pun tapi hati tamak tak guna juga. 



Tak jadi OKB pun hidup tetap senang. Syukur Alhamdulillah.. Ada harta tapi hati tak tenteram buat apa, tak bersedekah pula. Lama2 habis juga harta tu. Semoga kazen ayah tu tak bergaduh lama2 eh. Chill la ! mizz nina nak tengok #LoveYouMrArrogant :)


14 October 2013

Hari Raya Aidiladha - Selamat Bercuti Blogger


Assalammualaikum.




Alhamdulillah, blog sudah dioperate dan beroperasi seperti biasa berkuatkuasa semalam. Hoho.. Terima kasih kepada blogger Aimi kerana tolong editkan blog. Nak edit blog comel2 boleh tanya Aimi oke. Sementara menunggu kek dibakar, sempat la nk blogwalking. Banyak blog kena terjah. Sebelum tu mesti ramai dah pulang ke kampung masing2 untuk beraya. Hati2 di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi. Esok pagi, seluruh umat islam akan menjalankan ibadah korban :)




7 October 2013

PMR Batch 2005 Dalam Ingatan

Assalammualaikum.




Mungkin ini entri last sebelum blog dioperate bak kata Eiqa. Walaupun dah dekat pukul 1 pagi tapi mata tetap tak boleh lelap. Apa kes? Itulah petang tadi tidur mengalahkan baby. Dari tengahari hingga ke petang. Amekaw! Syok tidur ditambah cuaca hujan. Hehe.. Teringat lagi 3 hari saja candidates PMR akan menamatkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah bagi batch terakhir. Maka rabu nanti, merdeka la ye adik2. Merdeka la sepuas-puasnya.. Hoooreyyy! 




Batch PMR 2005.. Carilah dimana nina? Hihi



Terkenang saat menjadi calon PMR dulu time pagi macam ni tak tidur lagi. Tak habis2 study sampai pukul 2. Tidur kejap, subuh sambung study dan terus pergi sekolah. Nasib baik result lepas. Biasa la last minute punya study membawa sampai zaman dip. Agak-agaknya tahun depan, bila PMR dah takdo, apa akan jadi kat skolah2 teknik? Harap2 2 orang budak nih dapat jawab soalan dengan mudah. Diorang kalau bab komputer memang pandai.. menternak virus lappy. Haha. 


Mereka bakal pemimpin generasi masa depan.. Cewahhh


Tahun ini, lebih 400,000 calon PMR terakhir yang bermula pada 2-3 dan 7-9 Oktober di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara. PMR yang diperkenalkan sejak 1992 akan dimansuhkan mulai tahun depan. Sedihnyaa bila baca keratan ayat kat paper. 



Semoga Berjaya di dalam Peperiksaan PMR buat Adik2 !
Study Hard Smart okay & banyak berdoa :)


6 October 2013

My New Licence P.. Yeayy



Assalammualaikum.


Akhirnya lesen dah keluar dalam masa 2 hari saja! Wahh express betol JPJ, Seberang Jaya.. Selalunya lambat sikit. Terima kasih encik-encik JPJ kerana begitu memahami kerana dirimu begitu berharga. Cewahh sebijik macam iklan Maybelline. Haha.. Habis test 27 Sept lepas tu 2 Oct dah siap. Gatal tangan nak drive dah nie. Ada lesen jangan simpan buat pekasam kata ayah tapi kena saman bayar sendiri. Siap kena WARNING. Harap-harap dalam masa 2 tahun nie, aku tak kumpul mata demerit. Fuhh.. Saya nak jadi pemandu yang berhemah lagi sopan. Hee ~~ 





Entah bila nak lepak-lepak dengan cikgu mama tu. Bajet nak makan ais kacang tepi jalan konon. Sedap kot, kalau sedap selalu ingat. Harap-harap cepat la dapat kerja sebelum hujung bulan 10 nie. Nak tunggu lepas konvo, berjanggut la. Heh..  By the way ada 3 good news. Gembira juga la dengan 3 blogger fames nie. Hehe.. 



1. Blogger PCL


Klik gambar untuk terjah 


Terima kasih kerana review header blog-blog selama seminggu bermula 2-8 Oktober ini. Jom terjah blog mereka :)



2. Blogger Sheila


Klik untuk terjah peserta RB 2.0  :)


Best dapat join segmen Review Blog 2.0 . Tak sempat lagi nak follow dan terjah blog yang direview. Harap-harap lepas nie Sheila buat segmen review 3.0 pula ye. Hehe *gurau je



3. Blogger Aimi
Sesiapa nak edit blog boleh tanya aimi okay. Tengah imagine blog baru, sketch dan send kat dia untuk diedit. Ermm.. Nak simplekan blog refer komen dari review Sheila :)


Notes:
Terima kasih ya followers baru. Nanti nina terjah sorang2 tapi sekarang tak berapa sihat, hidung tersumbat pula.. Dah macam ikan tak cukup oksigen je -___-" 

5 October 2013

Biodata Azlee Khairi Hero Drama Love You Mr Arrogant





Biodata Azlee Khairi :




Nama Penuh : Azlee Khairi Bin Zulah Hainee


Tarikh Lahir : 19 Januari 1989 (27 Tahun - 2016)


Tempat Lahir : Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak


Anak Kacukan : Pakistan, Cina & Jawa


Pendidikan : Diploma Teknologi Kreatif Artistik (Filem Melayu) UiTM, Shah Alam


Hobi : Bersukan dan Memancing


Makanan Kegemaran : Tempe


Adik-beradik : Anak ke 2 daripada 6 orang adik-beradik (3 Lelaki 3 Perempuan)


Idola : Shah Rukh Khan


Pelakon Kegemaran Azlee : Johnny Depp (kerana lakonannya jarang sekali berlakon watak yang sama)



Pemain Bola Sepak & Pasukan Diminati : Ronaldinho dan penyokong setia #Team Liverpool



Ciri2 Gadis Idaman : Bijak berkomunikasi. Komunikasi adalah tunjang dalam setiap perhubungan dan sukakan gadis yang manja.


Kerjaya : Pelakon, model


Pencapaian : Anugerah Drama Festival KL 2014

Drama Pilihan - Love You Mr. Arrogant
Pelakon Lelaki Pilihan – Azlee Khairi ( Love You Mr. Arrogant)
Pasangan Hero & Heroin Pilihan - Zara Zya & Azlee Khairi (Love You Mr. Arrogant)



Model Iklan : Brylcreem


Pernah menjadi pemain bola sepak pasukan Perak FA mewakili pasukan bawah 18 tahun sejak Tingkatan 3 lagi.


*Tiada pertalian dengan Remy Ishak ataupun Afiq Muiz


Drama : Ponti Anak Remaja The Series (2010), Rojak, Iparku Diva, Dingin Lavenda, Jangan Bunuh Matahariku 2, Kelaas Kau Maria, Karma (2011), Mahabbah, Bukan Bidadari, Julia, Syukur Allah (2012), Dalam Setiap Sujud, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Cinta Yang Satu, Fira Ayuni, Love You Mr Arrogant (2013).



Telefilem : Kemelut Cinta (2010), Tarbiyah Ala Datin, Geisha Melayu Terakhir, Pusing Raya, Qaseh & Aiman (2011), Baju Kebaya Terakhir Bapak, Cinta Si Tukang Kasut, Mak Sanggup, Cinta Dari Syurga, Demi Kasihku, Setahun Setengah Mencari Cinta (2012), Hanya Dikau, Lara Qaseh, Suamiku Jururawat, Andai Itu Takdirnya, Anak Menantu, Miss Aaliyah, Takdir Cinta, Mimpi Fara, Dari Ibu (2013), Nikah Kita Bercinta & Rania TipTop (2014). 


Filem : Raya Tak Jadi (2011), Ratu The Movie (2011), Bujang Terlajak (2012)


Nak tonton drama lakonan Azlee? Boleh tengok sini "Drama Lakonan Azlee"






- Azlee telah berlakon selama 6 tahun dan bermula sebagai krew produksi ketika masih menuntut di UiTM dan berlakon sebagai pelakon tambahan. Dia tidak mengejar populariti dan glamor malah lebih selesa jika bakat lakonan lebih dikenali berbanding peribadi. 


Berlakon cuma platform untuk terjun ke bidang pengarahan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Soal populariti bukan prioriti untuk dia menjadi artis kerana nak popular. Dunia populariti itu merimaskan! 



Bekerja sebagai krew produksi selama 4 tahun dan baru 2 tahun betul2 aktif dalam lakonan. Pernah aktif dalam bola sepak ketika zaman persekolahan dan terpaksa meninggalkan dunia bola sepak disebabkan komitmen serius pada bidang seni. 


Pelakon ada 3 jenis. Pertama, berlakon kerana mencari populariti, kedua berlakon untuk kumpul duit, ketiga berlakon kerana bekerja. Azlee dalam kelompok ke3, berlakon kerana bekerja. 



"Saya akui saya memang menjalinkan hubungan dengan seorang gadis, dia pun ada terbabit dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengarahan"


p/s: Lakonan Azlee dalam drama Dalam Setiap Sujud dan Fira Ayuni pun sweet.



Azlee bersama kekasih 
Azlee dalam iklan Brylcreem



1st time tengok dia berlakon dalam movie ni "Raya Tak Jadi" lepas tu terus minat Azlee. Hihi.. Lucu tengok dia jadi salah seorang penculik dalam misi menculik pengumum raya! 

Jom tengok iklan Brylcreem. Serius hensem ! 

4 October 2013

Biodata Zara Zya Heroin Drama Love You Mr Arrogant



First time tengok Zara Zya berlakon dalam drama Love You Mr Arrogant ni. Not bad rupanya dia ni dah lama dalam bidang lakonan rupanya.  



Biodata Zara Zya :


Nama Penuh : Zainurul Razia Bt Mohd Zainuddin

Nama Komersial : Zara Zya

Tarikh Lahir : 22 Oktober 1985

Asal : Lenggong, Perak

Umur : 31 Tahun (2016)

Pendidikan : Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)

Tinggi : 153 cm

Berat : 42 kg

Adik Beradik : Anak bongsu daripada 4 beradik

Kerjaya : Pelakon, Model


Drama/Telefilem : Tanah Merah (NTV7), Puisi Cinta Rubiah, Supermak, 3 Budak Botak - 2 Hari Di Hari Raya, Selipar Jepun Suria, 3 Janji, Enigma, Wasiat Huda, Barat Ke Timur, Kisah Benar, Kudrat, Janji Kita, Suaramu, Kenduri Sakan, Bujang Sepah Lalalitamplom, Sumayyah, Haryati2, Ais Krim, Roti dan Gol, Kitab Rindu Terindah, Kampung Jaguh, Gerimis  Yang Calar, Bilik No.13, Gila, Now And Forever, Mencintaimu, Travelling Beruang, Puteri Malam, Dudu Terlajak Laris (Akasia TV3), Kifarah Mistik,

Teater : Dan 3 Dara Terbang Ke Bulan, Lorong Neraka, Dari Bintang Ke Bintang.   





- Tahun ini genap 10 tahun Zara Zya menjadi pelakon. Pelakon kecil molek ini seakan-akan belum betul2 menyerlah seperti pelakon2 seangkatan dengannya. Dia pernah tidak menerima tawaran berlakon selama hampir 6 bulan. 



Emaknya (Kamarul Ain Mohd Amin) banyak memberi semangat supaya tidak putus asa. Dia terus berusaha menambah moto lakonan dengan menyertai kelas lakonan yang dianjurkan Fauziah Nawi selama 6 bulan termasuk kelas Datin Marlia Musa dan Shariza Mahmud. Paling banyak melihat gaya pelakon Norkhiriah dan Nadia Nisa dalam drama2 lakonan mereka melalui YouTube. Dari situ Zara banyak belajar teknik berlakon. Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd     


Sekarang tengah tengok Zara berlakon dalam drama terbaru di TV9 iaitu Puteri Malam setiap Isnin pukul 10.30 malam sebagai heroin utama.





Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com