28 November 2013

Holiday ! Gudbye Bloggie

Assalammualaikum.


Harini kerja half-day sebelum gerak ke Putrajaya. Semoga pergi dan balik dalam keadaan selamat. Aminn.. Balik nanti baru buka blog. Maaf dapat terjah beberapa blog saja semalam. Nanti nina update story masa raptai oke. Mungkin semasa entri ini dipublish, nina dah pun dalam perjalanan.


Salam sayang buat semua :) 



*Autopublish

26 November 2013

Berkarya Di Dinding Bilik


Assalammualaikum.


Sebelum tidur nak jugak publish entri. Semalam singgah rumah makcik main dengan kucingnya. Nanti nina post pic kucing tu eh. Dah alang2 masuk bilik encik teruna. Muda lagi tau baru lepas SPM PMR. Aku perasan perangai melukis tu sejak tahun lepas. Pulak tu mamanya belikan DSLR sebijik macam aku. Well, aku kot yang ajar dia bab2 seni halus nie. Ngeh..ngeh. Dah nampak cita2 nak jadi graphic designer kot.



Alangkah seronoknya kalau dapat travel/melancong ke semua tempat di dinding bilik Kimi tu. Emma Maembong ada buka kelas lukis tak? Weee ~~ Gudnite semua :) 




Banyaknya Soalan Tracer Study

Assalammualaikum.


Tinggal lagi 2 hari saja sebelum aku berangkat. Nanti tak dapat nk blogwalking, kecuali kalau tak keluar makan angin. Hehe.. Harini baru lega lepas persiapan konvo dah siap, baju pun dah pack. Paling penting slip2 untuk daftar nanti dah siap di print. Tak sangka bakal graduan wajib jawab soalan kajian. Punya banyak soal selidik kena jawab siap alamat company pun nak. Rasanya dalam 50 soalan. Macam jawab exam pulak. Fuhh.. 






Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) ialah kaji selidik dalam usaha meninjau tahap kebolehdapatan kerja terhadap graduan. Bertujuan mengumpul data dan menyediakan maklumat mengenai pelbagai aspek berkaitan pekerjaan graduan baru dan pengalaman semasa di IPT. Baru aku tahu pasal kaji selidik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) nie. Jadi setiap graduan wajib isi kalau tak korang tak boleh amek jubah dan konvo. Tak kira la IPTA ataupun IPTS. 





25 November 2013

Zara Zya Popular Dalam Drama Love You Mr Arrogant

Assalammualaikum.


Surat khabar harini harini ada cerita pasal Zara Zya. Tetap cantik walaupun tak pakai tudung tapi aku suka kalau dia bertudung. Lebih ayu gituw. Apapun tahniah la sebab 10 tahun berlakon dan drama LYMA berjaya buat dia popular kan. 





Walaupun sudah 1 dekad membina karier dalam industri lakonan, drama LYMA merupakan karya pertama yang berjaya menaikkan populariti Zara Zya. Sewaktu mula2 mendapat tawaran dulu, Zara diberitahu yang cerita itu diadaptasi dari novel. Kemudian, beli novel dan baca sebelum terima tawaran watak Zaara Amirah. Akhirnya, drama itu menjadi trending dan tak sangka ia akan menjadi fenomena. 





Berlakon sejak berusia 18 tahun lagi dan populariti one-off atau sekali naik tidak mematahkan semangat Zara untuk mengekalkan nama dalam bidang ini. Tanpa peminat dia tak akan mampu dikenali. Jika mempunyai masa terluang, Zara akan membalas semua komen yang dituju kepadanya melalui Facebook dan Twitter. 


Cinta lokasi Zara dan Azlee

Cinta lokasi antara hero dan heroin bukan perkara baru dalam industri lakonan. Apa yang pasti, cerita itu memang tak benar sama sekali. Kami tak pernah keluar bersama atau lepak dan seumpamanya. Yang bercinta bukan Zara dan Azlee tapi watak Zaara Amirah dan Zafriel Irham.


Sweetkan diorang? Kalau kawen betol2 pun apa salahnya. Hehe


Throwback Engagement Day Roommates

Assalammualaikum.


Counting the days on my convocation ceremony. Excited, nervous, speechless all in one. Tak sangka dah habis study dan impian untuk sambung study still ada. Aminn.. semoga urusan dipermudahkan oleh-Nya. Dalam sibuk mengejar kerjaya sudah ada 2 orang roommates aku menjadi tunangan orang.


Oke, ini sangat terkejut beruk pabila aku menjadi orang last dapat tau. Nampak sangat Fb pun dah tak layan apatah lagi WeChat. Ngeh..ngeh. Nevermind tiada perasaan kecil hati kerana aku memang tiada perasaan. Haha


Gambar sebelum semua berpisah untuk menjalani Internships dan meninggalkan rumah sewa buat selama-lamanya.. Sedih ohh

p/s: Bersama 5 ex dormmates dan 3 new roommates.. Ramai noks dalam rumah banglow teres 2 tingkat tu. Hihi. Riuh macam pasar Selayang je setiap hari kecuali cuti sem.  #Taman Pekan Razaki, Ipoh dalam kenangan. Acece



Sebelum start Intern, dah dengar gosip2 yang mengatakan si Dayah nak bertunang lepas habis study. Aku ingatkan gosip je, rupanya betol. Dah lama bercinta elok la bertunang. Kalau dekat dah terjah tapi jauh hingga ke Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Tudiaaa.. Tengok pic pun jadilah. Hihi 


Nur Hidayah Arshad, 21 & Mohd Nizam
21 September 2013




Geng2 budak rumah area Kedah. 


Roommates yang ke2 lain sikit kisahnya. Sebelum nie memang bercinta dengan budak kolej lepas tu break. Tup..tup dah bertunang dengan seorang lelaki yang aku rasa kawan kepada abang iparnya. Wah dah jadi tunang abang Navy la. Sweetnya Nini.. Ini pun tak pegi sebab rumahnya di Kangar, Perlis. 


Nurina Iwanie bt Zainurin, 22
12 Ogos 2013



Terjawab suda antara kami 14 orang siapa dulu yang kawen. Diorang suka sangat cakap aku kawen dulu la. Nak buat macam mana jodoh Amanina dengan Azrie tiada. Kami hanya menjadi kawan.


*Autopublish.. Happy Monday everybody! :)

23 November 2013

Film Review : The Hunger Games : Catching Fire



Assalammualaikum.




Happy weekend dan harini aku cuti.. Yess! Semalam 1st time tengok wayang dengan officemate. Aku dengan Hanim nak sangat tengok Ender's Game. Pulak tu tukar tempat date gara2 kazen aku. Nevermind, dia hantarkan aku ke Sunway Carnival. Yang sedihnya dalam web tiket pukul 7.30, rupanya 9. Jadi, kami pon tengok la movie nie. Janji ada title 'game' tu. Hehe.. And aku baru tau ini sekuel ke 2. Sebelum tu, ada la sikit2 Hanim explain panjang lebar jalan cerita pertama movie nie. So, aku dah baca kat sini 'Filem The Hunger Games' . 






The Hunger Games adalah filem pengembaraan sains fiksyen berdasarkan novel Suzanne Collins. Catching Fire ialah sambungan ke 2 dalam Hunger Games trilogi. Ada lagi 2 sekuel iaitu The Hunger Games : MockingJay Part 1 & 2 (proses shooting). Wahh.. tak sabar nak tengok sambungannya nanti. 








Sinopsis:


Setelah kejayaan Katniss Everdeen dan Peeta Mellark pada The Hunter Games ke 74, mereka telah menjadi idola kepada semua District (12 District) dan telah membuat President Snow tidak senang duduk. Kehidupan Katniss dipantau dan setiap gerak geri diperhatikan bagi membuatkan semua District merusuh. Dalam masa yang sama, President Snow mengugut Katniss supaya berhenti berlakon bahawa dia bercinta dengan Peeta agar setiap District tidak membantah apa saja suruhan Capitol atau keluarga atau orang tersayang akan dibunuh. 


Untuk membuatkan President Snow tak menganggu Katniss dan Peeta, mereka telah mengumumkan hasrat ingin berkahwin. Dalam masa yang sama, President Snow mengumumkan adanya The Hunger Games ke-75, adalah siri Quarter Quell, dimana para survivor & pemenang sebelum ini akan dikumpulkan kembali bagi mewakili District masing2. Nasib baik ada Haymitch yang sering bantu dan beri sokongan. Kali ini mereka perlu bersekutu dengan beberapa District untuk terus hidup.  


Kemarahan Katniss membuak-buak dan bermacam cara President lakukan supaya Katniss buat perkara yang yang akan membuatkan District marah dan tak sokong Katniss dan terus menjadi hamba Capitol. 







Banyak adegan menarik dalam filem nie. Detik sedih pun banyak terutama bila tengok orang tua kena tembak kat kepala dan time Cinna, pereka baju Katniss kena pukul sebelum perlawanan. Tapi part paling aku suka bila Katniss menggayakan baju semasa perarakan tu dan menyala keluar api & wedding dress yang diberi oleh President Snow dan diubah suai oleh Cinna. Terbaekk lah dari wedding dress bertukar ke Mockingjay dress siap berkepak lagi. Cantikk! Kalah designer dalam dunia realiti. Hehe..







Pemenang setiap District

District 1: Gloss & Cashmere (Pasangan adik-bradik - jahat)
District 2: Enobaria & Brutus (Fames dengan gigi tajam)
District 3: Wiress & Beetee (Genius dalam bab sains)
District 4: Mags & Finnick (Pasangan paling veteren dalam Hunger Games)
District 5: Mati awal
District 6: The Morphlings (Mati awal)
District 7: Johanna & Blght (Johanna anti President, bersekutu bersama Katniss)
District 8: Cecilia & Woof
District 9: Mati awal
District 10: Mati awal
District 11: Seeder & Chaff
District 12: Katniss & Peeta
District 13: Coming Soon - Katniss & Gale


Arena baru sebenarnya ialah jam..





Arena baru yang banyak halangan. Ada bom, litar pintas, gas beracun, babun ganas, tsunami dan air bersih tiada. Haymitch hantar satu benda berupa pili air untuk diketuk kat batang pokok. Part paling menjerit 1 wayang ialah babun menyerang tu. Haha.. 




Gale ni kekasih Katniss sebelum perlawanan Hunger Games dan adik kandung Thor.. Liam Hemsworth ! tak ubah macam abang dia. Herher




Overall filem nie best. Cuma kena tengok sekuel pertamanya baru boleh tengok yang ke 3. Haymitch, Finnick dan Plutarch (the Head Gamemaker) rupanya dah bersekutu. Cuma Katniss tak diberitahu sebab President Snow awasi dia 24 jam.  Lepas Katniss dah jahanamkan Arena, sempat la Johanna hapuskan tracker di tangannya. The Hunger Games: Mockingjay nanti ada kisah cinta Gale dan Katniss. Dah tengok trailernya. Can't wait 2014! In Shaa Allah kalau umur panjang. Selamat menonton :)  


20 November 2013

Jatuh Cinta Dengan Hot Wheels ♥,♥


Assalammualaikum.


Tak sangka dah masuk sebulan aku bekerja di Mattel tapi harini baru 1st time aku masuk bilik E-Store, which is store that sold all brands under Mattel example such as Hot Wheels, Barbie, Fisher-Price and etc. Eh.. eh tersasul pula taip dalam BI. Sebulan juga aku speaking dengan supervisor, kalau dengan manager hentam BM. Hihi.. Sukanya masuk bilik manager tengok almari besar penuh koleksi kereta dari tahun 80'an. Perghhh.. 





Hot Wheels Power Rangers Edition


Oke la, dah alang2 masuk store tu jadi aku terbeli Hot Wheels - Power Rangers Edition tapi tapi tak sempat amek tadi kat pondok guard. Bagi staf yang membeli mainan, selepas buat pembayaran dan passcard di scan secara autonya barang yang dibeli tadi akan dihantar kepada guard. Kang tak pasal2 dituduh mencuri. Dah la setiap hari badan aku asyik kena scan, bag kena check -____-" 






Bila dah tengok kereta Hot Wheels dan Barbie tiap2 hari makanya aku sudah jatuh cinta. Sebenarnya nina ada niat nak hadiahkan kereta mainan kepada pengomen tegar bloggie nie. Lagipun my mum pernah tanya, asyik aku je yang dapat stuff dari blogger, aku nie taknak bagi pula ke? Opcos la nak. Ngeh.. ngeh



Senarai Top Komentator akan diupdate nanti ya :)


19 November 2013

Sinopsi Drama Sweetheart Fantasia Hanya Di TONTON



Assalammualaikum.


Sejak drama Love You Mr Arrogant tamat, hati ini tak tengok langsung drama Playboy Itu Suami Aku. Maklum la peminat tegar LYMA. Aku dulu bukan lah yang sekarang. Cewahh.. sekarang layan drama 5 minit di Tonton. Orang busy elok sangat la tengok. Pulak tu ada Emma dan Syarul. Hihi.. Dah tengok drama nie memang best dan konfem tak jemu. 


Bila anak suka tengok drama maka maknya pun terjebak sama. Seriusly my mum suka sangat dengan Emma dan boleh cakap Syarul hensem. Oke tersedak aku. Mesti semua ingat lagi si Faizal, lelaki psiko yang gilakan Zara siap Irham tumbuk muka dia. 




SweetHeart Fantasia merupakan drama bersiri web diinspirasikan daripada 2 brand haruman terkenal SILKYGIRL dan SG Men iaitu SweetHeart & Fantasia dan dilakonkan oleh 2 dutanya. Drama ini telah bermula pada 11 Nov lalu, sebanyak 13 episod.






Sinopsis:

Drama komedi romantik ini berlatar-belakang kotaraya Kuala Lumpur, berkisar tentang percintaan di antara Julia Jane (Emma Maembong) dan Jimmy yang harus menempuh pelbagai rintangan serta dugaan dalam menerima diri masing2. Menerusi drama ini Emma memegang watak sebagai Julia Jane, seorang aktres baru yang pernah gagal dalam percintaan sehinggalah dia bertemu dengan Jimmy Daeng (Syarul Ridzwan), seorang jejaka yang baru menceburi bidang pengarahan filem dalam industri hiburan. 








*Kalau nak melting bila tengok muka Syarul yang ada iras2 Aaron Aziz tu jadi kena tengok drama 5 minit nie di www.tonton.com.my taw setiap  Isnin & Jumaat pukul 12 tengahari ;)

18 November 2013

CPUV Yang Pertama =)



Assalammualaikum.


Pertama kali tengok dalam akaun Nuff dah di credited kan CPUV buat pertama kali. Wahh.. Terima kasih banyak Nuffnang! Lagi pun ramai bloggers yang dok update pasal CPUV Misteri - XAXIS #0150 nie.. 





Maaf la pasal CPUV nie aku jakun sikit. Maklum la tak pernah dapat. Baru teringat 12 November lepas genap la setahun buat akaun Nuff. Herher.. Alhamdulillah rezeki berblogging baru nak berbuah :) 


After lunch sempat lagi berposing.. Hihi
Genap suda 4 minggu bekerja. 
  

17 November 2013

Pokok Belinjau Atau Buah Belinjau


Assalammualaikum.


Fakta Pokok Belinjau atau buah belinjau | Happy weekends! Harini tak keluar pon, stay rumah dan jadi tukang pengupas buah belinjau yang akan dijadikan gulai. Entah bila mak nak masak, cuma kupas dan simpan dalam fringe. Sapa tau Pokok Belinjau? Mai nak habaq buah zaman purba nie. Mesti ramai yang tak tau dan tak pernah makan dan buat muka berkedut bila dengar nama kan..kan. Ada juga orang panggil buah malinjau. Aku lebih suka makan gulai dari keropok. My mum suka sangat keropok belinjau sampaikan nak order kat si Mel. Officemate nak balik Medan next month. Ngeh..ngeh  






Buah Belinjau



Sejenis tumbuhan yang berasal dari kawasan Asia Tenggara terutama di Indonesia, Malaysia dan Filipina. Digunakan untuk makanan ringan dan perubatan. Dikenali juga dengan nama Malinja & Melinjo. Bijinya diproses menjadi kerepek. Biji Belinjau kaya dengan antioksida, meningkatkan daya tahan tubuh dan mengandungi Vitamin A dan C. Protein didalam biji dapat mengurangkan Penuaan, Hipertensi, Kolesterol, Penyempitan Pembuluh Darah. 



Buah belinjau yang siap dikupas biji


Dah siap diproses! Tunggu nak masak je dan menjadi seperti ini

*
*
*
*

Encik Google



Start kenal buah nie bila kat belakang rumah tok ada pokoknya. Pokoknya hidup dah hampir 40 tahun sebelum ditebang oleh pemaju T___T Teringat lagi setiap kali nak petik buah nie mesti aku panjat pokoknya yang agak tinggi. Biasa tarzan&jane juara memanjat pokok disandang oleh aku. Haha.. Selalunya orang kampung kaitkan buah nie. Pucuk muda, bunga dan kulit biji belinjau boleh dimakan. Pucuknya sedap dimasak lemak. 






Kerepek Belinjau by Mr Google lagi





Buah muda berwarna hijau, dah masak berwarna merah. Buah tua selalunya dibuat keropok Belinjau. Sekarang senang nak dapat sebab banyak di import dari Indonesia. Kat Malaysia nak jumpa pokoknya dah susah. Keropok Belinjau memang sedap, rasanya lemak2 dan pahit sikit. Harga keropok belinjau agak mahal. Sekilo dalam RM 14. Yelah proses nak buat tu susah. Cara nak buat keropok belinjau dengan hanya menumbuk buah tua hingga leper dan jemur. Lebih sedap makan panas2 dengan nasi, orang berpantang pun elok makan.  





16 November 2013

Biodata Fattah Amin Hero Drama Playboy Itu Suami Aku


Salam Readers..


Fattah Amin memang sesuai watak sebagai Raja Adrian Benjamin yang menjadi Playboy dalam drama Playboy Itu Suami Aku dengan lagaknya sebagai anak orang berada yang akhirnya jatuh cinta kepada isterinya. Memang sweet sangat. Hehe..
  




Biodata Fattah Amin
Hero Playboy Itu Suami Aku :


Nama Penuh : Abdul Fattah Bin Mohd Amin

Asal : Setiawangsa, Kuala Lumpur

Umur : 25 Tahun (2015) *sebaya

Pendidikan : Pelajar Sepenuh Masa Bidang Seni Layar UiTM Puncak Perdana

Pekerjaan Sampingan : Model & Pelakon

Ketinggian : 180cm

Drama : Cinta Jannah (Akasia TV3-2013), Kerana Sarah (Azalea TV3-2013) & 'Memberku Hawa' (2013-Astro Ria), Playboy Itu Suami Aku (Akasia TV3-2013), Merah Bukan Jambu (RTM 1-2014), Cinta Ibadah (Astro Prima/Astro Maya HD-2014)

Telemovie : Kearah Kuburmu (Astro Prima-2013)

Pencapaian : Pemenang Hero Remaja 2012

Profil Rasmi Fan Page : www.facebook.com/pages/Fattah Amin 

Profil Rasmi Instagram : fattahamin

Profil Rasmi Twitter : https://twitter.com/fattahamin



Fattah bersama teman wanita, Sherry Ibrahim

15 November 2013

Blog Dan Tuan Blog Kena Hentam !

Assalammualaikum.


Salam Jumaat buat semua. Bila baca, benda pertama mengucap dulu untuk kurangkan rasa marah. Entah di mana silapnya, akhirnya aku menjadi mangsa "Anony" di entri ini "Amukan Azazil : Scene Malam Pertama" . Selama 3 tahun berblog, aku hanya banyak bercerita pasal DIRI SENDIRI lebih dari hal lain, kalau buat entri pasal artis pun kurang sangat, boleh dikira dengan jari apatah lagi kutuk orang dalam blog sendiri. Tapi komen nie memang buat aku rasa down. Nina mintak maaf sangat, kalau ada yang boleh terasa sangat dengan isi kandungan dalam blog nie. Mungkin jadi blogger pun ada orang tak suka T____T  


Blog dihentam 


Ada banyak persoalan yang berpusing di otak kepala aku nie...


1. Kenapa nak marah sangat sampai kena kaitkan diri aku yang bertudung tapi kononnya tak faham tentang halal haram. Benda nie UMUM.. Sesiapa pon boleh marah bila ada orang komen kurang ajar. 


2. Hak nak berkreativiti, itu hak pengarah dan penerbit. Engkau marah2 pon movie sebegini tumbuh bak cendawan selepas hujan *boleh buat mushroom soup.. ting 


3. Paling kelakar bila dituduh suka promosi benda2 haram.. HARAM boleh dikategorikan dalam pelbagai jenis. 


4. Kalau nak bagi nasihat, sebaik-baiknya nasihat dengan cara elok dan sopan bukan main hentam macam nie. 


Aku hanya manusia biasa, semua orang tak perfect. Buat kawan2 blogger.. Kalau ada salah dan silap tu, tegur2 la eh :) Kritikan membawa kebaikan.. I loike

14 November 2013

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku

Assalammualaikum.


Sudah seminggu drama LYMA menutup tirainya tapi hati tetap berbunga ulang tayang drama tu kat lappy lepas tu gelak sorang2 macam minah meroyan. Erkk... teruknya, anak dara siapa lah kan. Hehe. Walaupun tak tengok sangat PISA tapi aku tetap tengok ulangannya di Tonton. Mungkin mula2 tengok drama Playboy Itu Suami Aku rasa macam slow tapi lama2 jadi sweet antara Fina dengan King Buaya tu kan. Sokong lah drama buatan Malaysia :) 










Sinopsis:

Mengisahkan Afina, seorang gadis lemah lembut dan sopan santun bertemu jodoh dengan Adrian, seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tak seiras, Afisya yang suka bersosial dan salah seorang teman wanita Adrian. Di awal perkenalan mereka, Fina disimbah dengan air lopak apabila Adrian memandu kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan saja tidak minta maaf malam dia tak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun 'King' (King of Crocodile) sering membuatkan Fina panas hati. Suatu hari, Fina & Syaf menghantar tempahan bunga untuk digubah ke rumah Puan Sri Zahida sempena majlis hari jadi cucu sulungnya. Puan Sri tertarik dengan penampilan Fina yang tak meninggalkan solat. Maka, dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. 





Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walau apa pun terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus dari teman2 wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika mahu menjadi CEO Kiara Emas. Akhirnya Fina dan Ad berkahwin kerana masing2 mempunyai agenda sendiri. Selepas berkahwin, Fina cuba menawan hati suaminya tetapi Ad tetap dengan sikap playboynya. Ad membuat pengakuan bahawa dia tak ingin mengahwini Fina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya dan dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Fina. Oleh kerana cintanya tak diterima Ad, Fina telah menulis isi hatinya dan disimpan dalam botol sebelum ditanam di tempat rahsia. 




Fisya menyimpan dendam terhadap Fina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang menjadi jejaka idaman semua wanita. Fina terlibat dengan kemalangan dan koma. Selepas sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Fina menjadi binggung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Ad mengingatkannya tentang janji mereka akan terus menyamar sebagai pasangan bahagia hingga Ad dilantik menjadi CEO. Fisya pula menyambung study di luar negara.   



Selepas sedar dari koma, Fina berubah menjadi seorang yang kasar dan berani melawan. Fina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga2 cinta di hati masing2. Di saat Ad bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Fina, Fina telah meninggalkan Ad tanpa pesanan. Adakah kepulangan Fisya bakal menjadi masalah dalam hidup Adrian dan Afina? 


Playboy Itu Suami Aku setiap Isnin - Khamis ! 7.00 PM di TV3  :')





Boleh tengok online di  Tonton


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com