31 December 2013

Biodata Nur Fathia Heroin Drama Ariana Rose


Assalammualaikum.


Musim drama dari novel popular datang lagi. Memang best baca novel "The Wedding Breaker" adaptasi drama Ariana Rose ni. Wajib beli dan baca keseluruhan ceritanya. Sekarang baruku tahu heroin drama ni orang kampung cheq rupanya. Hehe..


Baru 2 tahun menceburi bidang lakonan, Fathia mula fames dalam drama Stanza Cinta. Mesti ramai yang tengok lakonan bakal lawyer ni dan bercita-cita nak buka firma guaman sendiri bersama adiknya, Nur Farhana yang juga bakal peguam.  











Cantiknyaaa



Biodata :


Nama Penuh : Nur Fathia Bt Abdul Latiff


Nama Komersial : Nur Fathia


Tempat Lahir : Ayer Hitam, Pulau Pinang


Tarikh Lahir : 1 September 1987 (27 Tahun - 2014)


Keluarga : Anak sulung daripada 4 beradik ( 3 Perempuan, 1 Lelaki)


Ibu : Badriyah Binti Hassan


Ayah : Abdul Latiff B. Tahir


Pendidikan : Pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UiTM Shah Alam


Kerjaya : Pelakon & Model


Drama & Telefilem : Joe & Faridah, Bila Musang Berjanggut (tv9), Di Bawah Ketiak Isteri (Astro Prima), Dea Sofea (tv2), Nur Kasih (tv3) - (2009)

Hani (tv3), Dunia Batinku (tv3), Laila Asyikin (tv3) - (2010)

Bertaut Kasih (tv3), Tongkah Arus Dosa (tv9), Stanza Cinta (tv3) - (2011), Hotel Hasanah (TV Al-Hijrah), Seruling Cintaku (tv3), Ms. Cinta (tv9), Mahabbah (tv3) - (2012)

Rentas Samudera (tv2), Cinta Halal (tv3), Bunga-bunga Kasih (tv9), Nur Sarah (tv3), Dalam Setiap Sujud (tv9), Diandra (tv3), Ariana Rose (tv3) - (2013).


Filem : Al-Hijab, Nasi Lemak 2.0, Darah Panas


Iklan Komersial : Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua & Panasonic.


Facebook Fan Page : https://www.facebook.com/tiyaalatiff


Twitter : https://twitter.com/fatiyalatiff


Instgram : http://web.stagram.com/n/fatiyalatiff/


Gojes lah pengantin Ariana







29 December 2013

Throwback Celebrate Birthday Officemate

Assalammualaikum.


Entri basi datang lagi.. Seperti biasa basi bukan sebarang basi tapi hari kejadian berlaku awal bulan ni. Patik tak sempat nak update, akceli banyak story nak cerita sampai kena lambung buah dadu. Haha.. Jadi sebelum masuk ke tahun baru baik update malam ni. Hari pun dah genap 2 bulan 1 minggu aku kerja. Rasa seronok sebab opismates dan bos lawak. Ada yang suka buat lawak, buli, mengorat. 


Oke lah, 4 Dec lepas sehari lepas balik dari Putrajaya terus dapat makan free. Kami meraikan hari lahir kak Ayu di cafe saja. Lama juga tak makan pizza. Akhirnya kempunan aku terlaksana. Walaupun rasa tak puas tapi rezeki jangan di tolak. Hehe.. Meh layan gambar2.



sedapnyaa... 




pizza bersama teh tarik.. umphhh !


kak maria bersama kirt, student LI dari unimap


birthday girl buzy buat kerja.. hehe

27 December 2013

Astaka Morocco - Millennium Monument, Putrajaya

Assalammualaikum.


Lagi berapa hari saja nak masuk tahun baru. Berakhir kisah masam manis 2013. Sedih sebenarnya.. Meh nak sambung kisah terakhir percutian aku bagi akhir tahun ini. Sob..sob. Selepas penat berjalan ke Alamanda dan melihat "Dusun Taman Warisan Pertanian", kami fly terus ke Morocco. Ala dalam 15 minit dah sampai. Dekat je kan. Sebelum fly kita makan aiskrim dulu. Hehe..


Shopping aiskrim lagi.. hehe


Tengs mak ngah belanja BR! Wee ~~


Walaupun hujan masih turun dari pagi hingga ke tengahari, tetap gagah bawa payung ke Astaka Morocco yang terletak di dalam Taman Botani, Precint 1. Rugi kalau tak singgah situ. Kalau tak hujan, konfem aku dah buat Le Tour Maghribi dengan ayah. Lumba beskal best ohh.. 





Terdapat 3 entrance.. Cantikkan


Rekaan dalaman sebijik mengikut seni bina yang terdapat di tempat asal negara "matahari terbenam". Serius cantik senibina Islamnya. Bila agaknya aku dapat pergi ke Morocco. Tiket masuk ke dalam aku tak tau sebab masuk separuh. Di dalam ditanam dengan pohon kurma dan aku suka ukiran khat di dinding. 








Kalau rumah buat macam istana ni kan best.. mata juling2



Dah puas tengok, balik dari Morocco terus ke Millennium Monument, Precint 2. Sebenarnya nak cari makan jugak. Dah alang tak pernah ke sana lagi. Apa kata naik ke menara tu bersama payung. Rupanya sepanjang naik ke tiang tu terdapat sejarah pembentukan Malaysia dari tahun 1946 hingga la merdeka. Boleh tengok pemandangan masjid besi dan 2 jambatan kalerfull tu. Boleh tengok gambar waktu malam kat entri "Putrajaya-BSP-Dengkil" :) 


Nampak macam pencil tapi malam sangat tau. Bukan sebarang tiang


Mr Google menunjukkan cahaya di waktu malam. Huii rugi tak pi



Background masjid besi tu. Baruku tahu cermin kaca tu keluar cahaya waktu malam T___T



Nasib baik ayah nak teman aku naik. My mum pula dah nampak cafe kerja jalan2 cari makan jelah. Haha.. Makanan kat Umai Cafe The Lake Garden sangat sedap! Especially lempeng kelapa. Fuhh terbayang pula. Shuhh.. shuhh nyah engkau. Habis sudah episode cuti2 Malaysia aku tahun ini sebelum kami pulang ke Penang malam 2 Dec aritu. Sampai pukul 3 pagi, tidur kejap terus pegi kerja. Lain kali nak datang lagi. Boleh main dengan anak2 Kak Rose a.k.a 4 ekor kucing.



Suka tengok rumah stail Inggeris nie..


Rindu dengan Tiger dan maknya kak rose


26 December 2013

Review : Shiseido Black Mask


Assalammualaikum.


Akhirnya.. Selepas sekali guna terus jatuh cinta padamu masker. Dah jadi faveret. Mask ni sangat penting dan beri instant result jadi paling oke kalau nak buang black and whitehead di muka. Mask jenis peel off sangat sesuai. Meh.. Try pakai gerenti tegang kulit muka. 





Suka guna black mask sebab senang nak pakai
Kalau white mask kena pakai banyak sikit sebab susah nak melekat di muka
Better pakai tebal sikit.. lebih oke
Harap-harap masa tarik mask tu kena tahan sikit sakit tu
Membersihkan pori-pori yang tersumbat dengan menarik mask
Sesiapa yang banyak white head or black head lebih elok pakai white mask kerana ia lebih kuat dari hitam. 




Kelebihan Shiseido Black Mask


Mengeluarkan black head or white head
Menghilangkan kotoran di wajah
Mengecilkan pori-pori wajah
Mengurangkan kedutan
Mencerahkan wajah.


Cara Guna Mask


1) Cuci muka terlebih dahulu
2) Steam atau wapkan muka dengan air panas supaya liang pori terbuka dalam 5 minit (tak diwajibkan, kalau rajin buat la).
3) Sapu masker di muka atau bahagian yang diinginkan saja contohnya di hidung atau di kawasan yang banyak blackhead dan whitehead.
4) Biarkan sehingga masker benar-benar kering/keras.
5) Tarik masker perlahan dari bawah ke atas muka.Jangan cabut dari atas ke bawah nanti tak berkesan.
6) Boleh lihat sendiri whitehead dan blackhead melekat di mask.
7) Bersihkan muka dengan air supaya pori-pori tertutup.


Boleh digunakan 1 atau 2 kali seminggu. Jika hanya guna di kawasan hidung saja, simpan baki masker dalam bekas tertutup.    


Muka model.. naya lah kalau model tau pasal nie. haha


Kawan nina hanya jual 1 paket cuma singgit je. Nak order boleh pm fb Baizura. Ada macam-macam lagi dia jual. 



25 December 2013

Makan Malam @ Pen Mutiara Curry House, Butterworth


Assalammualaikum.


Alangkah seronoknya bila melangkah ke fasa baru, fasa bekerja dan pemikiran juga menjadi matang pabila kita bergaul dengan pelbagai orang dan dari background pendidikan yang berlainan. Semalam aku dinner bersama officemates. Terima kasih buat engineer si Akmar yang sudi belanja kami semua makan besar. Balik kerja pukul 3, terus bersiap dan pergi semula ke opis sebabnya lagi 6 orang opismate balik kerja pukul 7. 


Gambar sebelum makan.. Hiho

Ikan masak masam manis

Telur dadar dan kerabu mangga

Sayur kailan ikan masin


Mulanya plan nak makan di Pen Mutiara, Batu Maung. Sayangnya tempat bertukar last minutes disebabkan bencana ikan naik di Lahad Datu. Jadi salah sorang hubby akak tu tak bagi kami pi makan di Batu Maung. Takut tsunami. Nasib baik ada cawangan di Butterworth. Dekat pula dengan rumah. Hihi *senang la Hanim nak hantar balik. Akmar cakap nanti dia tetap nak ajak pi makan di Batu Maung jugak. Kat sana restorannya lagi cantik. Waaahh



sotong goreng tepung

Kari kepala ikan 

pencuci mulut 


Sampai saja, dapat pula makan di tingkat atas dan makanan baru dihidangkan. Masih panas2 lagi. Perut masing2 berkeroncong, yelah lunch pukul 12 lepas tu dinner pukul 8.30. Makanan memang sedap terutama siakap sweet soursotong goreng, kerabu mangga dan paling best kari kepala ikan! Kali pertama makan terus jatuh cinta. Hehe.. Jom layan gambar2. Meleleh air mata tengok.



Gambar sebelum makan sementara tunggu 5 ladies solat


Rupanya kesemua opismate aku nie kaki makan dan paling penting makan sehingga licin. #Team MMSB (Mattel Malaysia Sdn Bhd)


22 December 2013

Film Review The Hobbit : The Desolation of Smaug



Assalammualaikum.


Harini baru sempat keluar tengok movie The Hobbit! Walaupun dah 2 minggu ditayangkan tapi penuh wayang juga. Sebelum tunggu movie start dalam pukul 3 sempat la kami berdua menternak lemak di McD dan shopping membeli baju kerja. Maklum la berat aku dah bertambah 3.7kg. Fuhh.. 2 bulan kerja ni aku kuat makan, hati selalu gembira. Hehe


Prosperity kembali melanda.. 




Mangsa kekejaman.. try baju konon


Imma fatty girl


Kalau la orang tau kerja kami dalam fitting room mau tergelak. Sekali sekala sewel datang macam2 hal boleh jadi. APTB.. Layankan jelah. Kalau sesiapa dah tengok Hobbit sekuel pertama mesti tau kan jalan ceritanya. Boleh baca entry ini "The Hobbit : Kisah Si Kerdil"





Sinopsis:


Kisah sambungan Bilbo Baggins, Gandalf dan 7 orang kerdil yang dipimpin oleh Thorin Oakenshield menuju ke Lonely Mointain. Bilbo dan orang kerdil bersama untuk merebut kembali wilayah kekuasaan mereka, Dwarf Kingdom of Erebor, yang telah diambil alih oleh Naga Smaug.  




Setelah mereka selamat dalam perjalanan menuju ke Timur dan sepanjang jalan mereka bertemu dengan Beorn, yang pernah menjadi hamba orc dan sekumpulan labah2 raksasa di hutan Mirkwood yang berbahaya. Semasa berlawan dengan labah2, muncul pula puak Wood-elf dan menangkap mereka kecuali Bilbo.




Serius filem ni banyak lawak dan scene paling gelak sampai keluar air mata time diorang lari dari penjara Wood-elf. Bilbo punya idea ialah sembunyi dalam tong. Haha.. Dalam penjara tu boleh pula si Kili jatuh cinta dengan Tauriel. So sweet.. Tengah berusaha melarikan diri muncul pulak geng Orc menyerang dan Kili kena panah di kaki. Legolas dan Tauriel berusaha menolong kerdil2 melarikan diri dan membunuh Orc yang cuba bunuh kerdil disepanjang sungai. 
Legolas pijak kepala kerdil sorang2. Cool..


Luke Evans sebagai Bard, cicit dari Raja Dale terdahulu. 


Setelah berjaya lari dari Orc yang mengekori mereka dari kawasan Wood-elf, mereka bertemu dengan Bard, seorang manusia yang dalam perjalanan pulang ke rumah. Lagi sekali lawak sebab kena masuk dalam tong dan dipenuhi ikan. bard masukkan ikan supaya tak disyaki oleh sesiapa. Nak seludup orang kerdil masuk ke rumah dia melalui jamban. Haha..





Suka tengok Evangeline Lily.. Comel


Legolas anak kepada Thranduil. Hensemkan Orlando !


Thranduil, Raja Elf. Lee Pace pun hensem.. 



Akhirnya Orc menyerang rumah Bard, nasib baik Legolas dan Tauriel datang tolong kerana hanya 4 orang kerdil saja yang tinggal untuk menjaga Kili yang cedera. Yang lain termasuk Bilbo sudah pergi ke Lonely Mointain. Tiba2 Tauriel sanggup tak ikut Legolas kejar Orc, dia boleh pulak jadi nurse merawat Kili. Jatuh cinta sudah. 



Di gunung pula, selepas berjaya masuk ke istana. Bilbo kena cari batu apa entah. Lupa pulak namanya dan dia sudah buat Smuag si naga tu terjaga. Suddenly, naga terbang ke perkampungan Bard. Continue next year pula. Hihi



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com