4 January 2014

When Ex Boyfriend Want to Be Friend on FB



Assalammualaikum.


Mesti orang pelik bila baca tajuk tapi ianya bukan pasal moto Honda EX5 tu tapi manusia yang pernah mahu menghayutkan aku datang mencari semula setelah 3 tahun. Apa motif dia sebenarnya pun aku tak pasti. Kononnya nak buat surprise tahun baru kot tiba2 buat fb lain dan add aku. Nak tau kisah silam boleh baca di entri ni "bila bekas" dan kenapa aku BENCI sangat dan tak layak dimaafkan.





Menyesal pula bila sampai sekarang aku masih simpan lagi kawan2 dia dalam fb. Patutnya dari dulu aku dah block kesemua bersama2 fb ahli keluarga dia. Pernah tak korang bertemu dengan orang yang salah dan akhirnya rasa takut itu melebihi segalanya? Bila budak hingusan start bercinta ini la padahnya bila tersalah memilih. 


5 tahun lepas, bila dia sesuka hati buat aku macam isteri yang sah konon, buat itu tak boleh buat ini salah. Keluar dengan kawan perempuan pun kena report siap menyorok tepi semak di rumah sewa aku kalau tak jawab col. Mesti la takut kalau sampai simpang masuk taman dah boleh nampak bf korang tengah tunggu senyap2 dalam kereta. Scary tak? *Taman Utama, Alor Star.





Kalau sesiapa ada bf perangai macam syaiton adalah lebih baik tinggalkan saja dan usah berhubung lagi sehingga ke akhir hayat. Semoga Allah tak pertemukan aku dengan dia. Perasaan takut tu masih ada. Bila tengah happy mesti akan ada ujian, hadapi dengan tenang di tahun baru :)


P/s : Tak sanggup nak hidup dengan kaki botol/kaki perempuan. Jauhkan lah...

21 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

semoga hidup anda tenang kembali.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semoga dijauhkan dari lelaki macam tu..

Pha Is said...

pergh.. smpai mcm tu sekali.. dah kahwin nnti x tau la macam mana.. heheh

Raudzah Z said...

La kesiannya nina...ada juga yang macam ni ya..nway jangan sedih-sedih k...selamat berhujung minggu!!!

Puan Gojes said...

morning nina :)
PG singgah segera. menabung ikea kat sini :D

ain syafieqa said...

scarynye dpt lelaki mcm tu. semoga bjumpa dgn mr. right lpas ni.hehe

izan mama mia said...

kwn dgn org yg baik..mg kita jd lbh baik... kwn dgn yg tak berapa baik..ajak dia jadi baik

reenapple said...

Huuuu... aku faham even aku tak pernah alami. Apa kata kau block je terus.. aku pun buat cenggitu kat ex aku. Hahaha and I'm proud of it. :D

Sobri Yaacob said...

ya nina klau bf mcm syaitan perangainya kuat mengkokng..
jgn dlayan sbaiknya cri yg bleh terima kita seadanya bcinta krana allah :)

Aisy Nasiha said...

Wah... selepas 3 tahun orang tu datang balik...kalau akak pun takut.. boleh pulak ada lelaki macam tu.. mmg mengerikan.. semoga nina dijauhkan daripada niat jahat manusia ya.. banyakkan doa utk yg baik2
..

adrianna syaz said...

Kita ditemukan dgn org yg slh dulu kan nina..hehe..jgn app..block je trus..wat mcm sya..huhu..senang..wat sakitati je baik tak pyh..nina..byk2 sabar tau.. ^_^ sama dgn sya jgk..

Purnomo Jr said...

Segala sesuatunya pasti ada hikmahnya ya mizz :)
Tetep semangat dan ambil positifnya aja :)

Azlan Strider said...

entry ini sebenarnya agak personal untuk sy komen tapi sy yakin awak saja yang memahami situasi sebenar sehingga awak tak nak maafkan ex awk..

Regards,
-Strider-

Knor said...

takut je akak baca...lelaki mcm note tu..jgn di layan dik..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum dik. akak dah lama lupa pasal ex. akak lebih sayangkan suami dan bakal anak kami. hehee. semoga adik bertemu jodoh yang baik. in shaa Allah. blog semakin cantik. tergoda akak :)

Kathy R'bain said...

ye..elok tinggalkan awal2..hehehe..

Fiza Rahman said...

Alahaiii...sabar jer lah. Bley plak tukar nama lain erk.

Wirda Amir said...

Cemburu ke nina?control sampai mcm tu sekali,biasanya org perempuan suka diberi perhatian selalu oleh bf..akakpun mcm tu juga,tp kenapa nina x suka?sbb kaki botol n kaki perempuan ke?nnti akak gi tgk entri yg lepas tu ye.....

hainom OKje said...

Suka mengongkong yeh...
Yelahkan...manusia ni mcm mcm perangainya.....berhati hati dan sentiasa waspadalah...

Khai♥Rin : anies said...

Biarkn je nina..anggap je dia sbhgn drpd 'buku teks sejarah'

Yun Sing said...

Huhuhu pernah kena juga.. serik dah .__.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com