1 Jan 2014

Review Filem : 47 Ronin

Assalammualaikum.


Entri pertama di tahun baru dan harini tengok wayang lepas habis kerja bersama opismate. Orang lain cuti tapi aku kerja. It's oke nanti boleh cuti sepuas-puasnya bila raya cina nanti. Ngeh..ngeh. 


Lama sebenarnya tak tengok filem lakonan Keanu Reeves nie. Layan sambil menikmati Subway yang diseludup masuk ke pawagam. Tak kuasa mak jemah nak makan pop corn. Perut dah lah asyik nak mintak makan je. Apapun bila tengok filem ni boleh dikatakan filem The Last Samurai lakonan Tom Cruise tetap dihati :)





Oke lah, filem 47 Ronin adalah kisah benar yang terjadi di zaman feudal Jepun mengenai 47 orang Samurai yang telah kehilangan ketua mereka di tangan Shogun hasil tipu muslihat dan helah ketua dari puak pesaing. Samurai tak bertuan dipanggil Ronin dan 47 orang Ronin ini ingin menuntut bela di atas kematian tuan mereka. Tetapi ada sesetengah benda tak terjadi seperti dalam filem ni. Watak Kai tak wujud dalam sejarah Jepun tu. 



Kai



Sinopsis : 


Dalam filem 47 Ronin, Keanu Reeves sebagai Kai, seorang darah kacukan yang dilatih semasa kecil oleh roh jahat (dipanggil jembalang dalam filem ni). Dia melarikan diri dan terserempak dengan seorang ketua puak bernama Lord Asano dan orang kanannya, Oishi. Dia kemudian dibesarkan oleh Asano dan jatuh cinta dengan anaknya, Mika. Apabila dewasa, puak Asano diberi kepercayaan untuk menjadi hos kepada Shogun dalam majlis yang dihadiri puak pesaing diketuai Lord Kira yang mempunyai sorang ahli sihir, Mizuki. 





Kisah penuh emosi bermula bila seorang pemerintah dari kerajaan lain iaitu Lord Kira telah menggunakan ilmu sihir untuk menjatuhkan ketua Ronin 47. Mizuki telah membuat helah menyebabkan Lord Asani hampir2 membunuh Lord Kira. Ini menyebabkan Asano diperintah untuk menjalankan upacara Harakiri (ritual membunuh diri bagi mengekalkan kehormatan). Mika diberi 1 tahun untuk berkabung sebelum dikahwinkan dengan Lord Kira. 






Sejak dari itu, Kerajaan Ako telah kehilangan pemerintah sekaligus menyebabkan kesemua samurainya dibuang daerah. Kai telah dijual sebagai hamba dan Oishi telah dikurung dalam lubang bawah tanah selama setahun. Pada mulanya Oishi tidak menentang tapi dia merancang membalas dendam bagi pihak tuannya dengan bantuan Kai. Disebabkan kehebatan Kai, lama-kelamaan dia diterima oleh para samurai dan bersatu untuk membalas dendam.  




Sukar nak cakap filem ni dari Hollywood, boleh dikatakan ia sebuah filem Jepun yang dialih bahasa kerana jalan cerita berdasarkan Jepun kuno cuma dialog dalam bahasa Inggeris. Nak tau kesudahannya kena tengok. Babak lawak pun ada dan kisah cinta Kai dan Mika walaupun mereka tak dapat bersama.

30 comments:

  1. Kn keje? Xpe..tgk muka ex pakwe sy tu si keanu reeves tu sure hlg penat;)

    ReplyDelete
  2. Wah..keje hari ni.. masyukla gaji bulan ni.. haha.. yang penting nina dan kawan2 gembira.. sedap makan chicken teriyaki.. nak sikit

    ReplyDelete
  3. cerita epik ni selalunya menarik .

    ReplyDelete
  4. Dah tengok dengan boyfriend! Hehe~ Best movie ni! I like~ ^^

    ReplyDelete
  5. Sepertinya seru nih mizz filmnya :)

    Selamat tahun baru ya

    ReplyDelete
  6. Oo.hero matrix ku..hehe..oo seludup beger..dulu sya seludup sushi..hoho..memang sgt best..abes stu pnggung bau ikan..haha

    ReplyDelete
  7. Mcam best aje nina..nway handsome keenu reeves kan!!!

    ReplyDelete
  8. Salam nina...

    Maaf lambat dtg sini..selamat tahun baru 2014 buat nina seisi keluarga...

    Mcm cite the last samuraii je tu nina....

    ReplyDelete
  9. Selamat tahun baru nina..dah lama tak makan subway....huhuhu

    ReplyDelete
  10. tak tertengok2 pun cerita ni..huhu nk g movie pun bz je kblkngan ni..:P

    ReplyDelete
  11. tgk scene dia macam citer last samurai plak..hehe..daripada jalan citer nampak best..i pun tak tgk lagi citer nie..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. dah tengok.. boleh la tahan..

    ReplyDelete
  13. Okje mcm kurang suka tgk cite gini Nina.....tp tang makanan tu mmg suka haha...lepas yeh masuk dalam benda tu tak bau ke?

    ReplyDelete
  14. suka tengok keanu ni..semboy..hehehehe..

    ReplyDelete
  15. already watch this movie..terbaik...
    wow hbat mcm mana leh seluduk subway dlm panggng..kmahiran yg tinggi ni :)

    ReplyDelete
  16. alamak lg tergoda tgk subway tu haha

    ReplyDelete
  17. cerita nie mesti best nie. hana tgu dia keluar dekat web je. then donlod. nak wayang? tak ada masa. haha

    ReplyDelete
  18. morning nina :)
    PG singgah awal pagi, menabung kat sini :D

    ReplyDelete
  19. member2 ckp mmg cite nie best giler.. sedapnye subway.. dah lama jugak fiza tak makan..

    ReplyDelete
  20. Mcm best jer. Sedapnya subway. Dah lama tak pekena subway.

    ReplyDelete
  21. akak sekarang ni tunggu keluar dvd je la nak tengok wayang tak dapat lagi

    ReplyDelete
  22. terliurr tgk subway..jemput follow blog saya yang tak seberapa itu..;)
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  23. cadang nak pergi tengok wayang.. asyik tangguh je..

    ReplyDelete
  24. Keanu muka dia dari zaman The Matrix dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. Nina kerja apa ye? Semoga tahun ni sekurang-kurangnya kita bangun hari esoknya jadi insan lagi baik dari hari sebelumnya. tak kisah walau sikit.

    ReplyDelete
  25. betul tu...penggunaan bahasa ingerris pada zaman tu pun sebenarnya hanyalah rekaan semata mata..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com