21 Jan 2014

Review Filem The Last Airbender (2010)

Assalammualaikum.


Aku tak pernah tengok cerita ni dan tengok pun kat Youtube sebab ternampak iklan tayangan movie ni kat TV3 hari jumaat ini. Kalau tengok tb konfirm bangun lambat nak pi kerja kan. So tengok awal2 nanti sekuel ke 2 boleh tengok kat wayang ye dok. Hihi *naik juling mata tengok 3D kat utube.. OMgee


Aku baru tau ni adaptasi dari kartun "Avatar: The Last Airbender". Kartun ni banyak perkenalkan budaya dan pengetahuan orang Asia tapi dalam filem ni watak kebanyakannya omputih. 







Jalan cerita yang ringkas, iaitu pertempuran antara pihak baik dan jahat. Terdapat 4 negara mengikut unsur; Tanah, Api, Air dan Angin. Untuk mengekalkan keamanan, seorang saja yang boleh mengawal keempat-empat unsur iaitu Avatar bernama Aang. Tugas Avatar untuk menjaga kestabilan 4 negara. Lepas tu, Avatar tiba2 hilang dan muncul kembali selepas 100 tahun. Itu pun lepas 2 beradik iaitu Katara dan Sokka dari suku air selatan jumpa bongkah ais yang Avatar sembunyi. 







Keadaan kucar kacir. Kerajaan Api mengisytiharkan perang ke atas semua negara untuk menghapuskan Aang. Kerajaan Api telah menguasi kesemua Negara. Aang mempunyai masalah besar untuk berlawan dengan Api untuk kembalikan keamanan semua Negara tetapi sebelum tu, Aang perlu kuasai kesemua unsur. Cerita ni oke la sebab ada adegan lawak, ketabahan Aang belajar semua unsur, romantik antara puteri Yue dengan Sokka.



Lagipun ini baru bab 1 - Avatar belajar unsur Air. Pelakon pulak tak sama macam dalam kartun Aang, Putera Zuko, Katara, Sokka nampak lain. Scene yang pelik masa kerajaan Api serang Air. Memang tak relevan Kerajaan Air tunggu sampai puak Api sampai baru nak berlawan. Haih.. Putera Zuko tu tak habis2 nak tangkap Aang sebab dia kena buang oleh ayahnya dan merantau bersama pakcik. Kesian..








Jap, yang paling menarik ialah Puteri Yue. Cantik kan? Tapi dia mati. Ohh No! kesian Sokka :( Filem sekuel ke 2 The Last Airbender - Crossroads of Destiny, Aang belajar unsur tanah pulak. Kena la tunggu 2-3 tahun lagi. Hoho


3 comments:

  1. memang beza dengan citer kartun yg aku tenngok.. huu

    ReplyDelete
  2. mesti incek comei x sabo2 nk ajk tgk cite ni..oh myyyy

    ReplyDelete
  3. Weyh nak tengok ni.. dulu masa sekolah rendah setiap hari lepas sekolah wajib buka TV9.. hahaha.. ada la kartun dia ^_^

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com