4 February 2014

Fakta Menarik Tentang Kad Pengenalan

Assalammualaikum.


Fakta tentang kad pengenalan korang.. Pernah tak tengok IC korang lama2. Ramai yang membebel sebab Jabatan Pendaftaran Negara tak reti nak edit gambar. Hee.. Yelah adakalanya nampak muka tak lawa. 



Kalau nak tau sejak tahun 1990, setiap warganegara Malaysia diberi 1 set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Group digit pertama (TTBBHH) ialah tarikh lahir pemilik kad pengenalan. Group kedua (NN) ialah kod negeri lahir, 01-13 untuk negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia, anggota polis, kod yang diguna ialah 88 dan anggota tentera 99.



Kad Pengenalan Mr Bean.. Haha
Ciri-ciri yang ada pada kad pengenalan / IC


Tetapi bila seorang anggota tentera atau polis telah tamat berkhidmat, no KP akan ditukar kepada kod nombor asal tempat lahir. Group no terakhir (###J) ialah nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. 



Perbezaan pemegang MyKad lelaki dan perempuan pula, no terakhir dalam siri KP tetah ditetapkan jika siri no terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Jika pemegang MyKad berangka ganjil, jantina pemegang ialah lelaki. Sebelum 1990, no KP dalam bentuk A####### kerana # merupakan no siri 7-digit dan no terakhir dalam siri no itu turut sama punya peranan membezakan jantina seperti siri no baru MyKad. Kod negeri asalnya ikut susunan alphabet nama2 negeri tapi sebab dah ramai rakyat, no tu bertambah. Sekarang, setiap negeri ada 2-5 kod masing2.





SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN


Johor – 01, 21, 22, 23, 24

Kedah – 02, 25, 26, 27

Kelantan – 03, 28, 29

Melaka – 04, 30

Negeri Sembilan – 05, 31, 59

Pahang – 06, 32, 33

Pulau Pinang – 07, 34, 35

Perak – 08, 36, 37, 38, 39

Perlis – 09, 40

Selangor – 10, 41, 42, 43, 44

Terengganu – 11, 45, 46

Sabah – 12, 47, 48, 49

Sarawak – 13, 50, 51, 52, 53

Wilayah Persekutuan (KL) – 14, 54, 55, 56, 57

Wilayah Persekutuan (Labuan) – 15, 58

Wilayah Persekutuan (Putrajaya) – 16


p/s: tak dapat nak BW sebab rumah ada gangguan elektrik. Dah macam disko. Hee ~~

21 comments:

NinaAz said...

kite 29 punya kod. hehe

jeBateja said...

wow...no tgh tu dah beso2 yerk....baru taw....ahakz

Ai Syah said...

setiap no. ade makna tersendiri kan..eheh..pandai je diorg ni..=)

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Nice info.. =D

Tihara said...

yang kod jantina tu akak baru tahu tahun lepas haha

ain syafieqa said...

muka dlm ic lama mmg mcm tah ape2 je tp bru ni tukar ic baru ok la plak.hehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. nice sharing! hehee. kelakar muka mr. bean. hihi. harap2 sheila sempat balik kampung beranak sana (",)

Kathy R'bain said...

hebatlah sis..info berguna ni..

Puan Gojes said...

omgeee. ada gangguan elektrik? da ok tak sekarang nina? risau juga.
PG singgah menabung. da beberapa hari tak mai menabung kat sini :)

Fiza Rahman said...

Baru tau pasal nombor genap tu utk perempuan ☺☺

t.a.t.a said...

Orang yang tukang ambil gambar tu pun muka masam nak mamtuuuut aje aku tengok itu hari. Huh.

Akeyla Azmi said...

hahahahah rumah mcm disko?
serious? :P
Hihihi
nak kawin dgn orang 03 hikkhik

Raudzah Z said...

ooo..macam tu yeaa..thanks nina...selamat ber"disco" ..he..he

Ema Johari said...

baru tahu ada nombor di tengah bermula dengan nombor puluh 4...

Azhafizah Md Nor said...

gambar kat IC tak pernah memuaskan.ade je yang tak kena..huhu

Azlan Strider said...

saya seorang pemegang ic kuala lumpur dengan no 14..hehehe

Regards,
-Strider-

hainom OKje said...

Terima kasih kerana berkongsi Nina....kalau idak baca ni lupa memanjang OKje ni hehe

Purnomo Jr said...

Info yang menarik..dan jadi menambah wawasan :)

Khai♥Rin : anies said...

aritu terjumpa ada org ic nyer (4 digit terakhir) bermula dgn no. 6..lazimnya bermula dgn no. 5

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

akak perak 08.. hehe..

Yun Sing said...

Owh.. baru tawu pasal jantina tu.. nice sharing ^_^ Kite 07 :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com