17 February 2014

Perangai Kawan Berubah 180 °C

Assalammualaikum.


Manusia boleh berubah jadi semakin baik atau sebaliknya. Selalunya bila umur semakin meningkat, perangai pun akan berubah jadi lebih baik tapi tidak buat kawan aku. Mungkin dulu kami berempat berkawan baik. Sama2 share kisah suka duka time belajar di Alor Star 6 tahun lepas.




Ekceli kawan aku ni lelaki dan dulu perangainya seperti girlish gituw walaupun tak termasuk dalam kategori pondan. Tapi sampai la semalam, dia keluar hangout dengan Yana, kawan kami juga dan dia col aku semata-mata nak bagi tau dia keluar lepak. Dalam hati aku dah pelik's, apahal pulak dia ni?? Paling aku terkejut dia bagi tau kawan kami sorang lagi dah pregnant. Dia cakap:


Baby: 'Nina nak tau tak yana cakap bai dah pregnant'

Aku: 'Eh biar betul? tak sampai sebulan lagi diorang kawen'

Baby: 'Tulah, baby pun macam tak caya je. Cepat betol diorang buat projek n bla..bla &@$!#*$@%!'

Aku: 'Biar jelah.. baru je balik dari honeymoon'

Baby: 'Ada la hantar msj, ajak bai keluar lepak, lepas tu hubby dia yang reply cakap saya tak izinkan'

Aku: 'Hubby dia tak kenal kot mana 1 kawan bai'

Baby: 'Ok la nina.. tutt.. tutt'


Sori, aku tak boleh nak bagi tau perkataan yang lebih2. Malu bila dia cakap macam tu. Itu dah kira membuka aib orang dan persoalan semalam terjawab petang tadi. Dari dulu si mamat ni suka Yana tapi cinta tak dibalas sebab dah biasa jadi BFF. Kalau ya pun dah berkali-kali putus cinta tapi berubah mendadak macam ni bukan jalannya. Maaf la, tak bermaksud nak memalukan sesiapa tapi biar la tersimpan dalam blog. Semoga suatu hari dia akan sedar. 


Bila orang utaqa bercakap. Heh


p/s: Kadang2 susah juga bila jadi orang tengah antara kawan2. Malam ni tak dapat nak BW ye. See u soon ;) 

13 comments:

shasha yacob said...

Susah kan jadi orang tengah. same here. tapi kalau jadi orang tengah banyak tanggungjawabnya, nak kol si pulan nih, nak kol si pulan tu, alih alih orang tgh juga yang stress . xpa malaysia boleh . eh . haha

Pha Is said...

smoga kelak berubah kearah yg lebih baik..

Sis Vee said...

pusing gnak faham ... heheheee

Akeyla Azmi said...

Hmm. Betul, payah kalau kita jadi tengah tengah haih.
Dilemma T_T
Sabar ye kak nina :DDD

RDZ Z said...

Hmmm..manusia boleh berubah nina..ada yang semakin baik ada yang ke arah satu lagi..doakan yang terbaik ajelah untuk kawan nina tu..stress agaknya..he..he

reenapple said...

Aku rasa manusia akan berubah 1 hari nanti. Sama ada baik atau buruk, kalau kita tak boleh terima perangai baru atau mungkin perangai dia yang sebenar, better leave.

ain syafieqa said...

susah nak jumpa kawan yg betol2 nak jaga relationship dgn kita.yg selalu ada, dating dan pergi kan

Kathy R'bain said...

hai sis...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum nina. doakan yang terbaik buat sahabat awak tu ~~~

Kathy R'bain said...

hmm...nak komen pun kak kathy tak reti...

Dhia Dirham said...

sekali air bah pantai berubah.. inikan manusia.. happy tuesday (:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

doakan semoga kawan nina tu berubah ke arah yang lebih baik..

Yun Sing said...

Haih.. memang susah jadi orang tengah ni.. sabo jela .__.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com