14 March 2014

Kartun Terbaik Tahun 90'an


Assalammualaikum.


Masihkan budak2 zaman 90'an ingat lagi kartun2 faveret diorang dulu. Dah lama tak tengok kartun. Tak pasal2 dikategorikan buang tebiat, dah besar pun tengok kartun lagi kan.. kan. Tapi budak laki standard mengaku tengok lagi kartun2 ni. Hahaa.. Kartun2 ni la yang menemani zaman budak hingusan aku. The Best Cartoon 90an Ever !



USOP SANTORIAN


Bila tengok usop mesti teringat gigi jongang dia tu. Hahaa.. Cerita kisah kawan 1 Malaysia kat Parit Sonto. Paling ingat Usop ni ada sekor ayam nama Selebet. Paling suka bila dengar Singh cakap melayu terbalik. 


KELUANGMAN


Kisah sorang laki kononnya gila kat Tampoi tapi malam2 dia keluar menyelamatkan orang. Ala2 Batman gituw. KeluangMan ni ada partner nama TiongMan. Surprisingly lagu tema dia pun ingat lagi. 


"Dia bagai seorang pahlawan,
Menjadi pembela pada yang tiada upaya.
Dengan ketangkasan langkah pergerakkannya
Menewaskan musuh yang membuat angkara.
Dialah Satria
Biarpun di mana jua dia datang di kala malam tiba
melakukan tugas mulia.
Di desa juga di kota
Dia akan memberikan bantunya
demi hidup aman sejahtera.
Keluangman 2x"


YOKIES


Kartun bentuk telur. Ada papa yokies, mama yokies dan anak2 yokies. Cerita Yokies ni juga pernah di alaih bahasa dan ditayangkan di US. Not bad? Teringat misai papa yang lentik macam pelakon A. Galak tu. Haha


ANAK-ANAK SIDEK


Cerita AAS ni pasal adik-beradik jaguh badminton negara anak2 Haji Sidek dan Rukinah. Tak silap ada 6 orang. Macam2 ragam masa kecik2 pun ada. Layan lepas balik mengaji. 


Sinchan yang buat aku gelak mengekek depan TV. Hihi



Suka makan bayam lepas tengok popeye. Terpengaruh nak jadi kuat konon. 


TELETUBBIES



DONALD DUCK


Itik ni la yang selalu buat aku bangun awal2 pagi. Mak dan anak siap layan itik ni kat Disney Club Malaysia TV3 dulu. Taktik hari sabtu, buka kartun ni konfem aku pun bangun. 



Banyak lagi kartun yang aku layan macam Mickey Mouse, Mojacko yang selalu sebut "Moja-moja", Sailormoon, Ninja Turtle, Bob The Builder dan Pingu, si penguin yang suka membuli adik dia dan sebut "Noot... Noot! Hebatkan kartun Malaysia dulu. Zaman 90an kartun legend paling banyak. 

7 comments:

Ai Syah said...

aha..semua sy rasa pernah tgok..tp xegt tjok..hehe,,

tp betul..favourite tu..ehe

Pha Is said...

pergh..lejen kot katun2 tu...

Aisy Nasiha said...

Anak2 sidek , sin chan dan popeye tu kegemaran akak. Lagi2 sin chan.. memang banyak sangat episodnya akak tgk.. kelakar sangat

shasha yacob said...

saya budak 90-an, dan saya tahu semua kartun di atas heeee, my fav usop santirian and shinchan. heee . eh doremon mana?hee

Sobri Yaacob said...

ya nina yg lahir 90 an je tau kaertun ni.. epc tambah usop sontorian n yokies :p

nina saya mnabung inti :P

p/s; kenapa berapa hari ni nak msuk blog ni x bleh..hari ni baru boleh??

Purnomo Jr said...

Kartun era 90 memang berkesan :)

Yun Sing said...

Huhuhu.. rindu tengok kartun dekat tv :3 Spongebob takde ke? hehehe..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com