20 March 2014

Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Assalammualaikum.


Baru ada masa nak coret pengalaman menjawab exam PPTM yang diadakan pada 8 Mac 2014 serentak di seluruh negara. Dapat juga komen2 yang membantu walaupun soalannya tak tau macam mana. Mungkin tips ni boleh bantu calon2 baru nanti. 





Peperiksaan ini terbahagi kepada 3 bahagian:

- Seksyen A : Pengetahuan Am
- Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C : Penaksiran Personaliti



SEKSYEN A  - PENGETAHUAN AM

Bila fikirkan mesti bahagian A ni banyak tanya pasal pengetahuan mengenai Malaysia. Study balik sejarah, isu2 semasa dan ICT. Banyakkan membaca bab berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pentadbiran kerajaan terhadap isu2 semasa. Ada juga soalan khusus mengenai cara penolong pegawai teknologi maklumat menyelesaikan masalah virus. Haa.. jangan terkejut.

Agak susah juga nak translate perkataan2 komponen komputer. Yelah, masa study semua dalam BI bila jawab exam dalam BM nak kena faham betul2. Mencabar bila soalan tanya peranti tetikus, RAM itu apa? LINUX, Storage, Software, Jenis2 topologi, ada 3 ya. Hehe.. Kalau nak faham lagi tentang komunikasi boleh refer website Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia. Boleh la tahu sikit perkembangan IT yang dibangunkan negara. 




SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH


Bahagian ni kesemuanya soalan Matematik, agak susah sikit sebab terpaksa berfikir dan mengira secara manual, dilarang membawa kalkulator. Selalunya exam dah terbiasa guna mesin. Masa 45 minit memang tak cukup untuk nak jawab 40 soalan. Soalan2 hanya mengenai logik math, tak ada pun Algebra, Geometry.  




SEKSYEN C - PERSONALITI CALON

Mengenai sahsiah dan minat dan situasi di mana personaliti diri akan dinilai. 94 soalan mengenai perangai dan kelakuan kita akan ditanya. Sila jawab dengan jujur. Calon hanyalah perlu menjawab YA atau TIDAK atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU. Soalan2 yang ditanya hanya untuk melihat refleksi diri sendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap dan cara pemikiran terhadap diri dan perlu POSITIF.


Masih ingat lagi soalan pernah bertanya:

1. Adakah bilik anda selalu berselerak?

a. YA
b. TIDAK
c. TIDAK PASTI


Jawapan : A, sudah pasti berselerak kecuali hari Ahad baru kemas bilik. Jadi dalam hal ni tak perlu malu beritahu hal sebenar.


Result keluar pertengahan bulan April.. Semoga berjaya terpilih calon2 PPTM :)

9 comments:

Miss Boo said...

thanks utk info yg bermanfaat ne :)

Pha Is said...

good luck bagi yg ambil exam ni..

MaMa Rey said...

mncbr jg soalannya kn nina..moga nina brjaya ya..

Lyaa Suriany said...

blh tahan..may be sbb bkn bidang kot.hehe

Purnomo Jr said...

Semoga sukses dan terwujud keinginannya :)

Asep Saepurohman said...

Wih matematik paling kurang suka saya.

Salam kenel dari saya :D

Ai Syah said...

kelakar soalan tye bilik berselerak tu?mana boleh..soalan peribadi tu..hehe..

susah gak blaja eng soalan bm..byk kot term2 y pelik nnti wujud..

apa2 pun..semoga berjaya yea..^^

Aisy Nasiha said...

Semoga berjaya k.. insyaAllah kalau ada rezeki takkan ke mana

Yun Sing said...

Waa.. baru tawu kewujudan exam ni (outdated T_T)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com