29 March 2014

Sinopsis Drama Aku Isterinya (Akasia TV3)


Assalammuailaikum.

Sekarang kalau tengok drama kat TV, semuanya dah follow dari novel popular walapun tak ikut 100%. Tak sabar sebenarnya nak tengok drama terbaru. Yang penting heronya Izzue Islam dan heroinnya Anzalna Nasir. Drama ni tak sama macam SSID tau. Lepas habis drama LYMA, aku bukan tengok tv pun.





Sinopsis: 


Mya Arlissa secantik namanya tetapi tak secantik hidupnya. Mya yang kematian ibubapanya telah dijaga oleh mak ngahnya tetapi sering didera. Semasa Mya berusia 15 tahun, dia telah dirogol oleh suami mak ngahnya. Mya dituduh menggoda Murad dan amat dibenci mak ngahnya dan orang kampung. Murad telah menjual Mya kepada David dan bermula dari itu Mya menjadi pelacur kelas atasan. Sehingga beralih tangan kepada Mikail.


Mikail hensem, kaya dan memang lengkap pakej mamat ni. 2 tahun Mya menjadi perempuan simpanan di kondonya. Mya telah dibeli dari Davis dengan harga Rm 50k. Segala caci maki Mikail sudah menjadi biasa. Dia perlu melayan nafsu Mikail apabila diperlukan. Mya mengangap Mikail sebagai penyelamatnya dari David. 







Dalam diam Mya menaruh hati kepada Mikail. Adam pula kawan baik Mikail dan secara diam dia menaruh minat kepada Mya. Dia menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan Mya dari Mikail. Hubungan Mya dan Mikail semakin mesra dan Adam bertindak merogol Mya apabila Mikail dalam keadaan mabuk. 


Adam telah bersepakat dengan Suzanne untuk merosakkan hubungan Mikail dan Mya. Suzanne memberitahu mama Mikail iaitu Datin Adiba mengenai Mya sebagai perempuan simpanan. Datin memaksa Mikail berkahwin dengan Suzanne. Dugaan datang bila Syamil, bekas kekasih Mya dari kampung ingin sambung cinta. Mikail yang semakin cintakan Mya telah pasang perangkap supaya dia dan Mya ditangkap khalwat.






Mikail memang romantik dengan Mya. Perangai berubah 100% dan Mya cuba pulihkan hubungan kekeluargaan Mikail dan papanya Dato Luthfi. Dendamnya bermula bila papanya berkahwin dengan aweknya, Lisa. Hubungan Mikail dan papanya semakin baik bila Mya disahkan mengandung. 


Adam dan Suzanne telah diugut Mikail supaya tak menganggu hidupnya dan Mya. Segala perbuatan jahat mereka diketahui secara tak sengaja oleh Mikail. Datin Adiba mula menerima Mya sebagai menantunya apabila Mya selamat melahirkan sepasang bayi kembar, Marissa dan Muqri. Mya bersyukur dia kini bebas dari title perempuan simpanan. 

1 comment:

Yun Sing said...

Macam best :) Sekarang episod berapa? Ke dah habis? xD

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com