22 March 2014

Trend Dan Tema Kek Perkahwinan

Assalammualaikum.


Nampak sangat dah takda idea nak update blog. Eh bukan macam tu. Hati ni dah lama geram nak makan kek pondan fondant pengantin tu haa.. Pulak tu anak sedara aku syok2 cakap dia kempunan nak makan nasi minyak aku. Ceh! *muda lagi taw.. Dan kawan2 seangkatan banyak kawen tahun ni. Nanti lah tayang baju kawen diorang tu. Hehee..


Oke.. Jom ikut tuan blog berangan pasal kek kawen. Semua perempuan mesti pernah berangan kek masing2 kan. Tak sangka jenis2 kek ada macam2 style. Diwajibkan sedia tisu sehelai takot meleleh air liur. Hahaa..


1. Cake dengan CupCake !



Black and White Wedding Cupcake Tree


Memang menjadi trend. Kebanyakan pengantin pilih kek dengan cupkek macam ni. Tetamu boleh pilih kalau taknak makan kek, boleh je makan cupcake kan. Kek pun nampak tinggi. 



2. Kek Kerawang




Kek kerawang yang simple dan akan ada bunga rose sebagai penyeri atau hiasan kek. Nampak cantik dengan butterfly kaler pink kan. Kek kalau guna fondant mesti nampak kemas. Kalau ramai sedara mara suka makan kek elok la tempah kek kerawang. 



3. Kek Hiasan Renda



Bird Topped Ruffled White Wedding Cake with Brush Embroidery 


Panjangnya nama kek.. Nak tempak nanti jenuh la pembuat kek pening kepala. Haha.. Kek ni la paling simple sekali, kalau burung couple tu nak tukar dengan patung pengantin pun nampak cantik juga. Renda yang kemas dengan fondant. Rasa sayang nak makan. 



4. Kek Untuk Hantaran




Sukanya kek hantaran macam ni.. Macam comel je, macam comel je nak makan. Mungkin kek ni jadi benda penting patut ada time kawen. Masa tunang sekarang pun dah ada kek untuk bertunang. 


4. Kek Bunga Meleret



Red Rose Petal White Gold Wedding Cake





Rasanya ni lah kek kawen impian nina!! Cantik dan nampak mewah. Corak bunga dengan bear mengikut wedding cake gaya overseas gituw. Ala ala omputih. Kira beruntung di Malaysia chef2 dah pandai buat kek style ni. Kalau dah tiba masa nak kawen nanti senang, tak perlu susah mencari idea kek kahwin. Boleh refer kat blog sendiri. Conclusionnya, kalau saudara banyak budak2 elok la kek 2 tingkat. Sedih kot majlis kawen kawan2 tak dapat makan kek sebab setingkat saja T____T


Blog kek kahwin yang boleh di jadikan inspirasi:



4 comments:

Ai Syah said...

Red-Rose-Petal-White-Gold-Wedding-Cake sgt cantik! suka..hehe..

btw, teringin la pulak nk makan kek..hee

Aisy Nasiha said...

Akak suka kek kerawang tu.. hihi.. apa kes bini orang rasa teruja tgk kek kawin ni?

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedapnya nina, memang melelh air liur ni.. hihi.. paling akka suka yang last sekali ada bear tu, comel dan mesti sedap.. :D

Yun Sing said...

Suka sangat kek dengan cupcake tu.. rasa nak makan je :3

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com