23 May 2014

Last Date Bersama Interns Di Subway



Salam Readers..


Harini aku agak emosional sikit. Sedih sebab 2 benda.. It's all about foods. Haha.. Sila gelak sebab aku tak dapat pi makan besaq dengan ofismates di Seoul Garden, Autocity Juru. Itu pun sebab kakak lecterur UiTM nak belanja kami makan. Yang kedua dah nak berpisah dengan interns. Good news ialah Dini maybe akan kerja di Perindustrian Bayan Lepas memandangkan bakal tunang dia pun dah dapat kerja di sana. Yeee.. yeeee. Boleh date lagi ! Hehee.. Sunil pula akan kerja di KL.


Salahkan tukang camera sebab kami tak ready lagi. Hihi


Ingatkan lepas makan di Seoul Garden boleh la pegi lepak dengan mereka ber 3 ni tapi tapi disebabkan Sunil brainwash, jadi aku cancel plan sebab takut balik lewat disebabkan nak makan. Oke.. takmo tamak2 pasal makan. Disebabkan takut tak sempat balik, kami terpaksa tukar plan nak ke Queensbay tukar ke Gurney Paragon dan lastly makan kat mainland jelah. Masuk pulau kang confirm jammed atas bridge -____-"   Biase lah orang Penang ni dah ada 2 bridge pun still lagi suka guna jambatan lama. 


Masa 1st date aku belanja diorang makan "KRR" last date Dini pula belanja aku makan siap dapat 2 souvenir. Amboihh terbalik dah ni. Dapat bagi Hot Wheels limited edition je. 


Chicken Teriyaki tetap dihati. Weee


Suji - ofismate (24)   |   Sunil Nayar  (25)    |    Tuan Blog Yang Kiut  (24)    |    Nur Dini   (25)
Haaa.. perbezaan umur cuma setahun sebab tu boleh rapat kot. Muat juga kerusi tu. Maklum la besar2. Heee


Sayang nak guna mug tu. Comel sangat.. Simpan lebih baik :)
Perasan tak pembalut hadiah sama dengan kain Dini. Haha.. 



11 comments:

Nadratul Syazwana said...

Dekat mainland? Itu Subway dekat Sunway Carnival ke?

Hafiza AizZawa said...

perghh.. dah lama tak g subway... sedap nye.. yelah.. pembalut tu.. black white strip

Khai♥Rin : anies said...

ha'ah sama laa... ;-)

puteri kasih said...

tak kisah di mana...yang penting dapat makan kan..hehe :)

Nora Karim said...

ha ah la... comei mug tu... hehehe

Yun Sing said...

LOL makanan lagi :3

ZUKI DIN said...

sedapnya dpt kuar mkn dgn kwn2. teringat masa abe kie muda2 dulu di Sabah n KL.

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Zumal belum pernah pergi Subway :))

Nurul Farahizzati Zakaria said...

huih.. sedapnya kak.. nanti belanja zizie ye ;)

Ai Syah said...

mug y memang comel!..

bila ckp sampul hadia tu sama dengan kain buat sy scroll naik atas balik..hehe..

Anonymous said...

Peculiar article, just what I wanted to find.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com