2 May 2014

Tak Jadi Tukar Department



Salam Readers..


Dalam beberapa minggu ni jiwa kacau. Tangan gatai apply job lain, dah intebiu pun tapi bila ramai orang cakap perkataan 'Tak Payah' aku pun rasa tak payah la tukar department lain. 


Akceli aku dah dapat jawatan assistant LSC Engineer (Lean Supply Chain) tu tapi baru semalam kawan2 opis terperanjat bila supervisor tanya pasal kerja baru. Bila dengar sebelum ni ramai orang "lari" dari kerja bawah LSC tu sebab tak tahan kena marah, kena buat itu ini. Aku pun rasa sayang dengan kerja sekarang. Plus makcik pun tak bagi, takut aku menyesal. 
Kerja baru tak habis2 dengan Kaizen.. Aku tak rasa Malaysia boleh ikut macam style kerja rakyat Jepun!
No Improvement at all! 


Mana nak cari buku ni?



Antara sebab2 sayang nak tinggalkan Department Plastic Injection Moulding (PIM) :

1) Tak dapat nak huhahuha dengan ofismate, scandal2 aku (si Raam & Raj)

2) Ofis baru tak boleh buat event. Leceh kot. Kalau sekarang boleh buat event anytime. Makan2 la yang best tu. Setakat ni ada event 1 2 3 4 5 6 :)

3)  Kerja sekarang tak strees sangat walaupun Tooling Engineer tersangat la pemalas. Arghhh geram kadang2 tapi aku boleh handle lagi.

4) Yang penting boleh buat OT! Boleh kunyah2 swingam sambil dengar lagu dan buat kerja. 


p/s: Kerja yang seronok bila tak terlalu strees tak terlalu boring, tak terlalu mengulat. Yeahh.. Harini tertinggal fon dalam toilet! -___-"

11 comments:

Ai Syah said...

pilih la y terbaik . suasana y mcm skrg tu mungkin ada jugak kot , cuma tak nampak lagi sebab belum berada kat situ . ye x? sy rasa lah..hee.. =)

RDZ Z said...

Isthikarah k Nina..he..he

Yun Sing said...

Hahaha.. macam best :) My aunt siap boleh tidur kat tempat kerja sebab takde kerja xD Tertinggal kat toilet office ke? :p

Sis Vee said...

nasib baik tak pindah lagi yer . klu tak haru . jadi mcm2 cerita kat blog ni nanti ... hehehee

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Kan best kalau kerja xde stress langsung, ade ke? :))

Azlan Strider said...

kalau sy laa kan??sy akan pilih kerja yang membuatkan rasa kita rasa selesa dan happy sebab itu sebenarnya yang akan membuatkan kita menjadi seorang yang lebih productive..

Regards,
-Strider-

Ai Syah said...

semoga keputusan ni adalah y terbaik . =)

Aisy Nasiha said...

Kita fikir yg bahagian positif jelah Nina. Mana2 tempat pun pasti ada baik buruk. Tapi akak sokong mana2 ksputusan yg Nina bakal buat nanti..

Khai♥Rin : anies said...

Sabo la yek ;)

Kathy R'bain said...

tak pyh nak pindah sis..

Khamsi Abdullah said...

Tukar kerja or department sebenarnya memang berisiko. Kalau tukar kerja, beza gaji ofkos la jadi faktor utama kan. Tapi suasana tempat baru tu kita tak tahu macam mana. But, if Nina dah selesa kat department sekarang, sayang la nak tukar tempat. Kalau benefit lebih or dapat belajar lebih dan u willing to struggle then just shoot for it. Great luck ye! :)

Saya pulak, kalau jumpa tempat yang selesa, saya stay lama and absorb sebanyaknya.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com