2 June 2014

Farewell Kak Mariah : Lect UiTM Penang



Salam Readers..


Lepas sorang interns pergi, pergi lagi sorang.. Shedih rasanya tak dapat nak bergurau-gurau dah. Aloloo touching pulak. Oke, harini sorang lagi intern memerangkap lecturer engineering di UiTM Pulau Pinang meninggalkan kami. Selama setahun berada di Mattel. Sebelum aku masuk kerja lagi kak Maria ni dah ada tau. Esok bermula rutin sebagai lecturer. Lepas ni dapat la pangkat IR untuk golongan Master. Hebatkan? Tahniah buat kak comel :) 


Comel doremon Akma ! Haha *eng pun berseni tau

Mommy to be :)


Jadi harini seperti biasa ada makan2 lagi. Kali ni serius makan berkali-kali dari tengahari sampai la ke petang. Hahaa.. Terasa macam baru semalam aku makan "cheese cake" masa besday aritu. So, makanan kami untuk majlis banyak di sponsor oleh manager engineering dan konco2 nya. Hahaa.. 



Peach cake yang mengiurkan. 


Dialog si kek-kek ni : 

si Peach Cake : Aku lagi comel dari cake hitam ni..

si Chocolate Cake : Sehitam-hitam aku pun sedap juga.. *tapi asal tulisan atas kau kecik? Salahkan kedai kek

si Peach Cake : Aku lagi besaq dari hang

si Chocolate Cake : Aku lagi comel dari hang


15 minit kemudian...


si Chocolate Cake : Yeahh.. Aku habis dulu.

si Peach Cake : Oke fine.. Aku tunggu orang bawa balik aku :(


3 jam kemudian.. lebihan peach cake dibawa balik oleh manager eng.. 



Rajin pulak aku buat skrip. Maaf tuan blog pening sebab terlebih makan kari kambing. Gara2 itu juga aku basuh tangan sekali dengan phone -____-" Arghhh... I hate u kambing janggut ! Dah makan sedap baru tau itu kambing. Damn! Oke.. dah terlajak perahu taip ni dari tajuk. Sebelum makan2 tu sempat la manager eng, supervisor production dan kak maria bagi ucapan terima kasih dan upacara beri hadiah dan terus serbu makan ! :)  



Sebelum majlis mesti la bergambar dulu

Baby coming soon this October !

Senyuman lebar bila nampak makanan.

Nampak tak situasi kelaparan di atas. 


Lepas ni tak tau la event apa pulak yang akan menjelma. Lepas raya lah kot. Bulan puasa nanti tak boleh tunjuk makanan. Kesian orang terliur. Hihi.. Tetiba rindu dekat budak "Kitkat" ni ! Sawadikap Khun Kha Kirt ;)

14 comments:

Nick Nashram said...

ni entri pasal farewell ke atau entri gaduh antara peach cake ngan cekelet cake..tetiba je..hehe

Linda Ishak said...

Sedapnya.... makan... makan...

Kathy R'bain said...

makan2 lagi..sodap..

Ema Johari said...

sedihkan bila dah nak berpisah... bukan main lagi dialog antara kek ni..apapun tetap meriah... nina tak makan kambing erkh..mcm akak tak makan kambing juga...tapi bila nina cakap tak sedar makan kambing sebab sedap..lepas ni dah boleh makan kambinglah kan...

Nora Karim said...

Wah seronoknya makan2 time... hihi

Sis Vee said...

nak kek , nak kek ... terliur dpt tgk jer ...

RDZ Z said...

Singgah Rabu disini Nina...sedapnya makanan tu..macam-macam ada..

Azlan Strider said...

wahhh...meriah opis tu..ramai gak yang turut serta majlis farewell ini ek..majlis macam nie kalau buat potluck memang best..macam2 benda boleh makan..hehehe

Regards,
-Strider-

Yun Sing said...

3 jam kemudian kek coklat dah ada dalam lubang tandas. Peach cake ketawa terbahak-bahak *saja nak potong stim :p

Nanie Dean said...

Kek coklat tu memang menarik!

Khai♥Rin : anies said...

dua2 kek nmpk sedap...tp kalau msk ke tekak ni laaa ;-)

Aisy Nasiha said...

Haha.. kononnya tak makan kambing ya. Kalau tak tahu itu kambing boleh je telan kan? Masa akak dulu tak makan itik kononnya geli.. tapi pemah dirahsiakan itu itik, selamba je makan. Lepas kenyang baru diberitahu.apa lagi redha jela wlaupun rasa nak pitam dek tak percaya
.hhaha..

wah syoknya kawan Nina ni, nampak muda sangat lagi dah jadi IR. Blm 30 kan orangnya?

Ai Syah said...

kelakar perbualan kek2 tu..hehe..mmg coklat la menang..always juara kot..hehe..=)

Fiza Rahman said...

Sedapnya kek tu.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com